Iskandar Zulkarnain yang ditinggalkan berseorangan didalam gua Kubur Mayat Hidup yang besar itu telah merayau-rayau seorang diri. Didalam gua itu, terdapat banyak lorong yang mengelirukan. Iskandar Zulkarnain yang masih belum mahir dengan selok belok didalam gua itu telah tersesat.
74Please respect copyright.PENANAB3mlLxmHTI
"Makcik! Makcik! Saya dah tersesat. Makcik! Makcik!" Iskandar Zulkarnain yang ketakutan memanggil-manggil Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAhFZijXVFvv
Keadaaan didalam gua itu yang agak gelap dan suram membataskan pergerakan Iskandar Zulkarnain. Dia bertatih-tatih berjalan sambil kedua tangannya meraba-raba dinding gua, umpama orang buta.
74Please respect copyright.PENANA3zrWn1a4R7
"Makcik! Makcik dimana? Gelapnya... Makcik! Makcik dimana? Saya tak dapat keluar. Makcik...." Iskandar Zulkarnain terduduk dan menangis sambil mulutnya tidak henti-henti memanggil Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAlZN8K7ZbsL
"Macam mana kamu boleh sampai kesini?" Soal Puteri Rania yang tiba-tiba muncul dibelakang Iskandar Zulkarnain.
74Please respect copyright.PENANA4dBR9nGO1I
Iskandar Zulkarnain yang ketakutan terus berdiri dan berlari memeluk Puteri Rania. Puteri Rania berasa kaku dan terkejut, tanpa memyedari tangannya membelai lembut kepala Iskandar Zulkarnain yang sedang menangis itu.
74Please respect copyright.PENANA1zEjJ8Ixm4
"Makcik..saya tersesat tadi." Iskandar Zulkarnain mengadu sambil menangis.
74Please respect copyright.PENANAncnE9Rm3it
"Kenapa kamu menangis?" Soal Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAi5bEypgn5Z
" Makcik..tempat ni gelap. Macamana makcik dapat melihat sedangkan saya langsung tak nampak apa-apa?" Soal Iskandar Zulkarnain hairan.
74Please respect copyright.PENANA1F9gQ1rcxg
"Saya membesar didalam keadaaan yang gelap sejak kecil lagi. Jadi, saya tak perlukan cahaya." Kata Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAbhwDEL8Ake
Puteri Rania berjalan kehadapan sambil mendepakan kedua belah tangannya. Lengan bajunya yang labuh dan kelihatan seperti sayap, menyapu lembut wajah Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain berasa teruja melihat tok gurunya itu, sebelum akhirnya dia mengejar dan mengikuti Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANA1QhdrOHyUa
"Makcik... Makcik... Saya rasa risau sangat tadi." Panggil Iskandar Zulkarnain.
74Please respect copyright.PENANAFn0OVFNjYz
"Apa yang kamu risaukan? Kan saya dapat cari kamu?" Soal Puteri Rania pelik.
74Please respect copyright.PENANA4WNHL1EyWG
"Saya bukan risau pasal tu. Saya risau yang makcik ingatkan saya dah larikan diri. Mesti makcik akan rasa sedih." Iskandar Zulkarnain tersengih.
74Please respect copyright.PENANADaWy3wRqdy
"Kalau kamu larikan diri, bukan saya yang mungkir janji. Kenapa pula saya nak bersedih?" Puteri Rania menyoal kembali.
74Please respect copyright.PENANA0bxZzK0eLo
"Eh..makcik dapat tangkap ke orang tu?" Iskandar Zulkarnain menukar topik.
74Please respect copyright.PENANANShRYPrOq7
"Ya." Puteri Rania menjawab pendek.
74Please respect copyright.PENANAPQ6hk6cRiv
"Oh. Rupanya makcik pergi tangkap pendeta tu untuk berlawan dengan saya." Iskandar Zulkarnain tersengih lagi.
74Please respect copyright.PENANAeCmBMP25At
"Pendeta? Pendeta apa?" Soal Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANA7HVzGMUFN4
"Bukankah makcik pergi tangkap mereka tadi?" Iskandar Zulkarnain berasa pelik.
74Please respect copyright.PENANAEODxDQmWjf
"Sudah. Mari kita berlatih silat sekarang." Puteri Rania mengajak.
74Please respect copyright.PENANAsXYhtcvht9
Iskandar Zulkarnain berasa gembira mendengarnya. Tidak sabar rasanya dia ingin mempelajari ilmu persilatan daripada Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANATeZUFFG5km
****
74Please respect copyright.PENANAM1TW6U2rAo
Raden Mas Aulia duduk termenung didalam biliknya. Hatinya menjadi tidak keruan. Apa yang dilakukannya pada hari itu, semuanya seperti tidak kena. Botol penawar yang diberikan oleh Puteri Rania tadi diambil dan dihidu. Masih terbau haruman Puteri Rania dibotol itu.
74Please respect copyright.PENANArstUpG1F34
Raden Mas Aulia tersenyum seorang diri. Masih terbayang difikirannya saat pertama kali Puteri Rania memunculkan diri saat gadis itu datang menyelamatkan Nenek Sun dan Iskandar Zulkarnain. Dan pagi tadi, masih segar dalam ingatannya saat Puteri Rania tiba-tiba muncul dihadapannya. Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan dapat bercakap dengan Puteri Rania secara berhadapan berdua.
74Please respect copyright.PENANAeDl1pUpCuf
Raden Mas Aulia merasakan cintanya terhadap Puteri Rania semakin dalam, namun jauh disudut hati, dia tidak berani untuk meluahkannya. Tanpa dia sedari, botol penawar pemberian Puteri Rania dikucup dan terus berangan.
74Please respect copyright.PENANAZnWwGqPthv
****
74Please respect copyright.PENANAIcd9991QYS
Puteri Rania membawa Iskandar Zulkarnain kesatu kawasan didalam gua Kubur Mayat Hidup. Iskandar Zulkarnain hanya mengikuti rapat tok gurunya kerana suasana didalam gua itu agak kelam dan malap.
74Please respect copyright.PENANAgjo8jqbJit
"Makcik, kenapa makcik bawak saya ke Mari? Gelap sangat tempat ni, langsung tak nampak apa-apa." Soal Iskandar Zulkarnain ingin tahu.
74Please respect copyright.PENANADTVCoiBauz
Puteri Rania langsung tidak menjawab. Dia hanya buat tidak endah kerana mulut Iskandar Zulkarnain langsung tidak berhenti berbunyi kalau dilayan.
74Please respect copyright.PENANAttNbj4Daob
"Makcik..makcik nak ajar saya silat apa?" Soal Iskandar Zulkarnain lagi sambil terlompat-lompat bermain dengan lopak air didalam gua itu.
74Please respect copyright.PENANAZ8QHO4jRgK
"Kamu akan tahu sekejap lagi " kata Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANA02eLpJAmy3
"Makcik, benda apa yang seronok dalam gua ni?" Soal Iskandar Zulkarnain.
74Please respect copyright.PENANA2f3AFckc8s
"Kamu nak main lagi? Asyik nak berseronok je, saya tak nak ajar kamu apa-apa baru tahu. Mari sini." Kata Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAQjuk5orZ7S
Dia kemudiannya menghulurkan tangan kepada Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain tersengih lalu memyambut tangan Puteri Rania. Puteri Rania kemudiannya memimpin Iskandar Zulkarnain menuju ke satu ceruk.
74Please respect copyright.PENANAGEyNfNXqBP
"Eh..banyaknya tulisan pada dinding ni." Iskandar Zulkarnain berlari kearah dinding batu gua yang penuh tulisan dan gambar.
74Please respect copyright.PENANAkwzLtUmMqz
"Mari sini." Puteri Rania merengus kecil lalu menarik telinga Iskandar Zulkarnain yang langsung tidak mendengar cakap itu.
74Please respect copyright.PENANArlcwJJo1ke
"Mulai hari ini, saya akan ajarkan kamu silat asas aliran kita."kata Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAzTkGGTc6fY
Iskandar Zulkarnain melompat dan bersorak gembira. Tidak sabar rasanya dia ingin mempelajari ilmu silat barunya.
74Please respect copyright.PENANAdyxnO3Tg1c
Puteri Rania kemudiannya berdiri dihadapan Iskandar Zulkarnain. Dia kemudiannya mula membuka bunga-bunga persilatan dan gerak tari silat. Sambil itu, dia memandang wajah Iskandar Zulkarnain sambil tersenyum. Iskandar Zulkarnain hanya memandang dengan penuh khusyuk, terpesona dengan gerak tari dan bunga silat tok gurunya. Kemudian, satu bongkah batu pada dinding gua itu terangkat keatas perlahan-lahan. Kelihatan satu tirai umpama dinding halus menutupi ruang yang telah terbuka itu. Didalamnya, terdapat banyak burung pipit yang berterbangan.
74Please respect copyright.PENANAsfe3YwcGIL
"Makcik..kenapa ada banyak burung didalam ni?" Soal Iskandar Zulkarnain gembira sambil melihat burung-burung didalam ruang itu.
74Please respect copyright.PENANAGgRnKTDsD4
"Kita akan berlatih menangkap burung pipit hari ini." Kata Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAMCxEAoURgu
"Tangkap burung? Seronoknya." Iskandar Zulkarnain melompat gembira.
74Please respect copyright.PENANAeOwtQQySyE
"Kamu pergi tangkap tiga ekor burung pipit tu. Tapi tak boleh cederakan kaki dan bulunya."arah Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANAdoJhQmiONk
"Ha? Tiga ekor sahaja? Baiklah." Iskandar Zulkarnain memasuki ruang itu.
74Please respect copyright.PENANA6LiJM8tjaw
Iskandar Zulkarnain mula melompat dan berlari kesana sini. Puteri Rania hanya tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya melihat telatah anak muridnya itu. Apatah lagi melihat Iskandar Zulkarnain yang tersungkur beberapa kali.
74Please respect copyright.PENANAlKUw8ixUqW
"Kamu takkan dapat menangkap apa-apa dengan berlari macam tu. Kamu mesti selaraskan tenaga dalaman kamu, baru akan berjaya. Faham?" Puteri Rania akhirnya memberitahu.
74Please respect copyright.PENANAxZ1MMUXCHj
" Tak." Laung Iskandar Zulkarnain dari dalam.
74Please respect copyright.PENANAbVhViNFzTB
Puteri Rania akhirnya memasuki ruang itu. Dia mengarahkan memberi isyarat supaya Iskandar Zulkarnain ketepi dan melihat caranya. Puteri Rania mula membuka bunga-bunga dan tarian silat. Dalam sekelip mata, seekor burung pipit telah berjaya ditangkap. Kemudian dia melepaskan burung itu semula, dan tangan kirinya pula menangkap seekor burung yang lain.
74Please respect copyright.PENANAXCA9i6IWYF
Iskandar Zulkarnain berasa terpegun. Dia mula meniru pergerakan tok gurunya. Dia berjanji akan berlatih dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengecewakan Puteri Rania.
74Please respect copyright.PENANADHXokPFJNA
****
74Please respect copyright.PENANATs1qpnnAUs
Raden Mas Arya dan Raden Mas Aulia masuk kedalam dewan utama Maktab Al Qalam untuk menghadap Lima mahagurunya. Raden Mas Arya baru sahaja sembuh akibat disengat lebah semasa dia mengejar Iskandar Zulkarnain tempoh hari.
74Please respect copyright.PENANArM5isBEXLy
"Arya, bagaimana dengan keadaaan kamu?" Soal Tuan Guru Megat Al Qayyum.
74Please respect copyright.PENANAWmKttqRSJW
"Keadaaan saya dah semakin baik, Tuan Guru." Raden Mas Arya menunduk hormat.
74Please respect copyright.PENANAfgRFjBULEo
"Iskandar Zulkarnain yang banyak timbulkan masalah itu dah berseronok didalam Kubur Mayat Hidup sekarang." Tuan Guru Megat Al Qayyum mengeluh.
74Please respect copyright.PENANApb6jDiCJZA
"Tuan Guru, saya dah hantar orang untuk mengawal di luar gua Kubur Mayat Hidup. Sebaik sahaja Iskandar Zulkarnain itu muncul, saya akan tangkap dan bawak dia balik untuk terima hukuman." Raden Mas Arya berkata geram.
74Please respect copyright.PENANAMURHl11lEs
"Huh. Bergaduh dengan seorang budak bukan keperibadian saya." Marah Tuan Guru Megat Al Qayyum .
74Please respect copyright.PENANATxsnOUUoyi
"Tapi....Tuan Guru.." Raden Mas Arya tersentak.
74Please respect copyright.PENANAOrhCBC8MEf
Kamu tak membezakan antara musuh dan kawan. Malah, kamu telah menahan Zulkarnain Shah. Tuan Guru Megat Al Qayyum memyuruh kamu mengajar Iskandar Zulkarnain. Tapi kamu timbulkan masalah begini." Bentak Tuan Guru Megat Al Qaisar, salah seorang diantara mahagu berlima itu.
74Please respect copyright.PENANASJSHMLPuyB
"Err..Tuan Guru... Semuanya berpunca daripada Iskandar Zulkarnain. Dia yang tak mematuhi peraturan." Raden Mas Arya cuba menyelamatkan diri.
74Please respect copyright.PENANAMfVletc9EA
"Kamu tak dapat mengawal walaupun seorang budak kecil, bagaimana kamu nak memimpin kepada lapan puluh ribu anak murid aliran Al Qalam?" Tuan Guru Megat Al Qayyum berasa geram.
74Please respect copyright.PENANANP4mFRatFl
"Tuan Guru..saya yang bersalah. Saya sedia dihukum. Tapi, Iskandar Zulkarnain tidak mematuhi peraturan aliran kita. Dia mengkhianati aliran kita. Tok guru..." Raden Mas Arya cuba menyakinkan.
74Please respect copyright.PENANAV6Lw8E29F7
"Diam. Saya dah berbincang dengan tok guru kamu berempat. Kamu bersikap panas baran dan tidak beradab. Kamu tidak layak menjadi bakal ketua Aliran Al Qalam. Mulai hari ini, Raden Mas Aulia adalah bakal ketua Aliran Al Qalam" kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
74Please respect copyright.PENANAEkQvYl1fOF
Raden Mas Arya dan Raden Mas Aulia amat terkejut mendengar kata-kata tokgurunya itu. Mereka berdua sailing berpandangan. Jelas terpancar riak terkejut dan kecewa pada wajah Raden Mas Arya. Raden Mas Aulia pula berasa serba salah.
74Please respect copyright.PENANApg9jjq1wPP
"Tuan Guru..saya rasa Abang Arya tidak sengaja melakukan kesalahan ini. Harap Tuan Guru tarik balik perintah tadi." Raden Mas Aulia segera melutut dihadapan Mahaguru berlima.
74Please respect copyright.PENANAQOq3TNCsv1
Tuan Guru Megat Al Qayyum hanya berdiam diri. Dia melihat wajah kedua-dua anak muridnya itu sambil berfikir.
74Please respect copyright.PENANAcmjpOX3CHw
"Arya. Tengoklah rupa kamu. Adakah ini sikap seorang bakal ketua?" Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
74Please respect copyright.PENANADomLZh8Ep5
"Terima kasih atas ajaran Tuan Guru." Raden Mas Arya menunduk hormat.
74Please respect copyright.PENANAb3cvTn0sYb
"Adik seguru..tahniah." Raden Mas Arya menunduk hormat pula kepada Raden Mas Aulia dengan senyuman terpaksa.
74Please respect copyright.PENANArMq5evv5aF
Raden Mas Aulia berasa serba salah. Dengan wajah terpaksa, dia turut memberi tunduk hormat kepada Abang segurunya itu.
74Please respect copyright.PENANAUMMazRc55U