×

Penana
US
search
Loginarrow_drop_down
Registerarrow_drop_down
Please use Chrome or Firefox for better user experience!
  • Writer
    Puan Sara
    Puan Sara
    “Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

    ― A. Samad Said
    See more
campaign Request update 0
Report this story
Diari Ustazah Sara
R Paid content
54.0K
48
5
13.3K
0


PENGENALAN

KELANTAN adalah negeri tersohor dengan beberapa gelaran seperti Serambi Mekah, Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Gelaran itu meniti di setiap bibir pengunjung ke negeri ini. Selain memiliki kebudayaan yang unik seperti dikir barat, wayang kulit, kertuk dan sebagainya, Kelantan juga adalah destinasi membeli-belah yang digemari pelancong dari dalam dan luar negara.

Setiap kali musim cuti, Pasar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu akan dipenuhi ribuan manusia. Memandangkan sambutan yang begitu baik, kerajaan negeri mengambil insentif membangunkan pasar raya baru bagi memenuhi keperluan pengguna.

Kini, selain daripada Pasar Raya Pantai Timur dan Bersatu (The Store), kini terdapat Pasar Raya Billion dan KB Mall. Beberapa daerah di Kelantan yang terletak di pesisir Laut China Selatan turut menarik pengunjung luar bagi melihat keindahan pantainya seperti Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, Pantai Irama dan Bisikan Bayu di Bachok dan Pantai Seri Tujuh di Tumpat. Kampung Rantau Panjang di Pasir Mas juga terkenal sebagai pusat membeli-belah barangan murah.

Yang penting diperhatikan adalah pusat-pusat pengajian agama di negeri Serambi Mekah ini tumbuh begitu subur. Sejak tahun 90-an, kerajaan negeri menubuhkan pusat pengajian formal berteraskan al-Quran dan hadis. Selain pusat pengajian pondok dan sekolah menegah agama, maahad tahfiz turut ditubuhkan bagi memenuhi hasrat Menteri Besar Kelantan yang bercita-cita menjadikan setiap rumah di negeri ini mempunyai seorang penghafal al-Quran. Rentetan daripada itu, Maahad Tahfiz Sains dicetuskan bagi melahirkan agamawan profesional yang menghafal kalam Allah.

Sekolah tahfiz yang wujud di Kelantan hanya dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja. Kecuali Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang memberikan peluang pengajian sains kepada pelajar perempuan untuk menjadi penghafal al-Quran. Kurikulum di sekolah maahad tahfiz tidak jauh beza daripada sekolah agama lain, cuma subjeknya lebih banyak dan ia juga adalah sekolah berasrama penuh. Memandangkan kurikulum yang padat dan berat, disiplin yang dikenakan ke atas pelajar agak ketat berbanding sekolah lain.

Pelajar diwajib menghabiskan sukatan hafalan 30 juzuk al-Quran dalam masa tidak lebih daripada lima tahun. Ini memerlukan komitmen dan sikap konsisten yang ampuh ke atas pelajar. Selain daripada sekolah maahad tahfiz, Kelantan juga mempunyai beberapa sekolah bestari. Antaranya sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat.

Namun SMKA Naim Lilbanat ini agak berbeza dengan kebanyakan sekolah agama lain sama ada daripada sudut pentadbiran mahupun kurikulum kerana ia tidak bernaung di bawah Yayasan Islam Kelantan. Subjek dan pengajian SMKA Naim Lilbanat adalah sama sahaja dengan kebanyakan sekolah menengah yang lain kecuali ditambahkan beberapa subjek berbahasa Arab. Manakala pelajarnya adalah perempuan sahaja dan sebahagian daripadanya ditempatkan di asrama.

Maahad tahfiz pertama yang ditubuhkan dalam sejarah negeri Kelantan ialah Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong, Machang. Maahad ini ditubuhkan pada tahun 1991 dengan pengambilan setiap tahun hanya 30 orang pelajar. Namun kuota 30 pelajar berubah sejak tahun 2000 dan kini ia menerima 60 pelajar setiap tahun. Disiplin yang ketat dan rutin harian yang padat membuatkan sesetengah pelajar berasakan seperti berada di penjara. Ada segelintir pelajar terpaksa menamatkan pengajian mereka kerana tidak mampu mengikuti jadual harian maahad tahfiz yang berat.

Tekanan pengajian memang tidak dapat dielakkan, namun atas didikan guru-guru yang komited dan bertarbiah berasaskan al-Quran, kebanyakan penuntut tegal merentasinya. Hanya yang terpilih dan terbaik akan terus merentasi landasan sehingga berjaya. Selain melahirkan seorang hafiz, maahad tahfiz juga bermatlamat melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berketerampilan dalam semua aspek kehidupan. Mereka dilatih untuk berpidato, menjadi imam solat, mengendalikan kumpulan dan mengurus organisasi secara berjemaah.

Latihan ini adalah sebahagian daripada kurikulum maahad tahfiz bagi meningkatkan modal insan. Apa yang penting, generasi yang lahir dari latar pendidikan sebegini akan mampu menyeru seluruh masyarakat ke arah menghayati agama Islam selaku agama rasmi di Malaysia, secara syumul.




PROLOG

1 Ramadhan 1443H (Tahun 2022)

Bismillah. Aku memulai kisah hidupku ini pada bulan yg mulia dan pada hari pertama Ramadhan. Entah mengapa kisah hidupku ini terasa sesuai dikisahkan dalam roh Ramadhan. Mungkin kerana aku rindukan suasana ini yg telah sebati dalam jiwaku yg awalnya lagi telah dididik dan dibesarkan dengan keluarga Islami. Suasana ini juga mengenangkan aku kepada kisah-kisah lalu, nostalgia zaman silam ketika diwaktu muda remaja, juga termasuk di zaman persekolahan yg penuh kenangan suka dan duka.

Sebelum memulai dengan lebih lanjut. Perkenalkan, namaku Sharifah Putri Sara Annisa Syed Zainal Abidin. Orang memanggil aku dengan berbagai nama. Ada yg memanggil Sha, Put, Putri, Sara, Ann, Nisa. Aku tidak kisah kerana semua itu adalah nama aku. Namun, para pelajar akan memanggilku sebagai Ustazah Sara. Nametag ku juga ditulis sebagai Ustazah Sara.

Aku mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan British. Kedua ibu bapaku mempunyai darah Arab tetapi mengalir juga darah British di susur galur sebelah ibu dari sebelah moyangnya. Bapaku Syed Zainal Abidin Al Yahya adalah seorang ustaz di sebuah sekolah agama. Ibuku Sharifah Maryam Al Hady pula seorang ustazah yg turut mengajar di sekolah agama.

Kami bertiga adik beradik memanggil mereka berdua sebagai Abi dan Ummi. Setelah Abi tiada sejak 10 tahun yg lalu, Ummi menikah lagi setelah 5 tahun menjanda. Namun, kami memanggil bapa tiri sebagai abah. Abangku bernama Syed Faiz dan adikku bernama Syed Faizal. Secara ringkasnya, begitulah latar belakang keluargaku. Di dalam diari ini, maklumat tentang mereka akan diceritakan dengan lebih terperinci lagi.

Kisah di dalam novel Rahsia Keluarga Fauziah (RKF) membawa aku pulang ke negeri kelahiran iaitu Kelantan Darul Naim. RKF Siri 2 Ep. 2 mengkisahkan tentang perjalanan aku pulang ke kampung halaman. Sebenarnya, aku ingin meneruskan sahaja kisah aku dalam RKF 2 sebagai watak sampingan tetapi apabila pulang ke kampung halaman, kisah aku sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan dan aku tak mahu kisah aku akan mengambil alih Rahsia Keluarga Fauziah menjadi ‘Rahsia Keluarga Sara’ pula.

Maka, aku memutuskan untuk membuat suatu cerita terpisah dan menjadi cerita asal atau cerita pertama dalam universe Siri Kisah Keluarga Moden. Mengapa cerita pertama? Kerana latar cerita bermula pada tahun 2003 lagi. 16 tahun sebelum kisah di dalam novel Rahsia Keluarga Fauziah. Karya-karya yg aku tulis itu langsung tidak dicedok dari mana-mana idea ataupun penulisan orang lain melainkan dari sumber asal iaitu dari pengalaman sendiri, pengalaman sahabat, kenalan dan inspirasi kisah masyarakat yg berada didalam lingkungan kehidupanku.

Diari Ustazah Sara aku akan cuba menghikayatkannya dengan baik walaupun berbagai perasaan bercampur baur untuk mengangkat menjadi kisah ini di dalam novel. Aku tahu, ramai yg menunggu episod- episod erotik. Namun, sebelum episod-episod itu dikeluarkan, aku akan menceritakan punca atas semua itu supaya ada iktibar bagi pembaca kerana sesiapa yg melalui sepertimana yg aku lalui, sukar untuk kembali. Sukar menjadi manusia yg normal. Sukar dan memang sukar.

Aku menikah dengan suamiku pada 11 tahun yg lalu. Kami tidak memiliki anak bersama tetapi aku mempunyai 4 orang anak. Semua itu adalah anak-anak ku tetapi bukan anak-anak suamiku. Keliru bukan? Sabar, kisah ini akan sampai juga nanti. Anakku yg sulung berumur 11 tahun, yg kedua 10 tahun, ketiga dan bongsu masing-masing berumur 7 dan 2 tahun. Hanya yg tinggal bersama aku adalah anak ketiga dan bongsu manakala anak sulung dan kedua tinggal bersama ummi dan abah.

Di episod 1 selepas ini adalah bagaimana kisah bibit-bibit perkenalan aku dengan suamiku yg bernama Syed Abdullah.

Agak bosan bukan? Permulaan memang begitu.




Diari Ustazah Sara (DUS) merupakan sebuah novel yang mengisahkan tentang perjalanan spritual dan seksual penulis dan keluarga. Novel ini adalah novel pertama atau novel 'episod pertama' dalam timeline novel yang ditulis oleh penulis. Novel ini mempunyai 10 episod dan  berbayar. Setiap episod mempunyai episod yang sangat panjang.

Cara untuk membayarnya ada dua pilihan, iaitu membayarnya melalui coins di penana, (beli coins di penana melalui debit card) atau transfer melalui transaksi bank. Jika ingin melalui transaksi bank, sila dm di inbox penana. Harga bagi setiap episod adalah RM 6 atau 1200 coins. 

X
Never miss what's happening on Penana! Close