"Belum lagi, saya still single." Jelas Husna.
"Oh ye ke? Awak ingat tak janji kita dulu?" Soal Rizal lagi.
"Janji apa ya? Saya tak rasa yang saya ada janji apa-apa dengan awak." Husna sendiri tidak pasti.
"Janji yang kalau kita berjumpa lagi, kalau awak masih tak berpunya time tu, awak bagi peluang untuk saya bukakan hati awak. Sekarang awak kan tak berpunya, jadi boleh tak saya nak buka hati awak?" Rizal mencuba nasib.
"Kita jumpa secara tiba-tiba je hari ni. Tak nak lah saya cakap pasal buka hati apa semua tu. Boleh tak kita buat kerja jadi pengapit je hari ni?" Pinta Husna.
"Haha ok lah. Ehh, awak dah makan belum? Kalau belum jomlah kita makan sekali, kejap lagi kita dah nak sambung jadi pengapit diorang ni." Pelawa Rizal.
Husna bersetuju dengan pelawaan Rizal, lalu mengekori lelaki itu menuju semula ke bawah khemah. Dirinya yang masih lagi belum menjamu selera semenjak daripada pagi lagi tidak sabar untuk memenuhkan perut.
Beberapa bulan telah berlalu semenjak pernikahan Anisa dan Daud. Kini Husna sudahpun mendapat pekerjaan di sebuah firma guaman. Walaupun sudah bekerja, namun dia masih lagi tinggal bersama ayahnya.
Dia juga sudah bertukar-tukar nombor telefon dengan Rizal pada hari pernikahan Anisa dahulu. Semenjak dari itu, dia dan lelaki itu sering berhubung. Kini hubungan dia dan lelaki itu menjadi semakin rapat.
"Sorry lambat, lama ke tunggu?" Soal Rizal sebaik Husna memasuki keretanya.
"Ada lah dalam 15 minit." Jelas Husna.
"Kereta awak tu apa yang rosak?" Soal Rizal sebelum memulakan pemanduannya.
"Entahlah tiba-tiba taknak hidup. Tapi saya dah hantar ke service center, tunggu jelah sampai siap nanti." Jelas Husna.
"Nak kena beli kereta baru kot. Yelah sekarang awak kan dah ada kerja tetap, gaji pun ok." Rizal memberi cadangan.
"Ehmm, saya sayang kereta tu sebab hadiah daripada mak saya. Saya dah guna kereta tu dari semester dua masa kita kat U lagi." Ujar Husna.
"Kalau awak sayang takpe lah. Kena jaga elok-elok lah lepas ni. Ehmm ayah awak takde ke nak hantar awak kerja?" Rizal menyoal lagi.
"Takde, dia dah pergi berlayar. Kenapa awak tanya, awak rasa saya menyusahkan awak ke kena ambil saya balik kerja?" Husna terasa hati dengan soalan itu.
"Ehh mana ada, saya just tanya pasal ayah awak je. Ehmm awak nak saya hantar awak balik rumah terus ke?" Rizal cuba mengubah topik.
"Kenapa?" Balas Husna.
"Saya lapar lah, apa kata kita pergi makan dulu. Lagipun bukan ada orang kan kat rumah awak, jadi siapa yang nak masakkan kalau awak balik terus." Ujar Rizal.
"Ikut awak lah, awak yang drive." Balas Husna.
Setelah seketika menghabiskan masa bersama untuk menjamu selera, kini Rizal menghantar Husna pulang ke rumah. Sebaik tiba di hadapan rumah teres dua tingkat gadis itu, kelihatan persekitaran rumah sungguh gelap.
"Rumah awak gelapnya." Ujar Rizal setelah menghentikan kereta.
"Dah takde orang kat rumah, memang lah gelap takde siapa hidupkan lampu." Jelas Husna.
"Awak tak takut ke duduk sorang-sorang?" Soal Rizal.
"Saya dah biasa tinggal sorang. Kenapa, kalau saya takut awak nak teman saya ke?" Husna pula menyoal.
"Haah, saya nak temankan awak. Boleh ke?" Rizal melemparkan senyuman kepada gadis itu.
"Kalau nak teman, jomlah masuk rumah." Pelawa Husna.
"Ehh taklah, saya gurau je." Rizal menolak pelawaan itu.
"Nak ke taknak ni? Kalau nak, jomlah." Husna mengulangi pelawaannya.
Rizal tidak mampu menolak kerana sebenarnya beliau sudah lama mengimpikan berdua-duaan dengan gadis itu seperti dahulu. Beliau kemudian mematikan keretanya, lalu keluar dari dalam kereta bersama-sama Husna.
Setelah melangkah masuk ke dalam rumah, Husna terus sahaja menyalakan lampu. Rizal meninjau-ninjau sekeliling rumah tersebut dan sungguh kagum dengan perhiasan-perhiasan yang berada di situ.
"Mahal barang-barang tu kan?" Soal Rizal sambil jarinya dituju ke arah ukiran-ukiran kayu.
"Entahlah ayah saya suka sangat benda-benda macam tu. Awak duduk lah dulu, saya ke dapur sekejap." Husna meninggalkan Rizal sendirian di ruang tamu.
Rizal kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa. Jantungnya kini berdegup dengan kencang kerana hanya berdua sahaja dengan Husna. Beliau tidak tahu sama ada beliau akan dapat rezeki ataupun tidak malam ini.
Namun dari cara Husna mempelawa untuk menemaninya pada malam ini, beliau berasa gadis itu juga mahu menghabiskan malam bersama. Bila difikir-fikir balik, ia membuatkan beliau menjadi semakin resah.
"Minum lah dulu." Tiba-tiba Husna kembali ke ruang tamu dengan membawa segelas air.
Namun apa yang memeranjatkan Rizal ialah gadis itu kini sudahpun menanggalkan tudungnya. Matanya tidak berkelip melihat keindahan yang berada di hadapannya kini. Gadis itu terlihat sungguh ayu.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Husna kehairanan.
"Cantiknya rambut awak." Rizal memuji sambil tangannya menyambut gelas yang dihulur.
"Eleh macam lah awak tak pernah tengok rambut saya." Husna mencebikkan wajahnya.
"Tapi dulu tak sama macam sekarang." Rizal kemudian meneguk air kopi yang berada di dalam gelas.
"Apa yang tak sama? Saya rasa sama je takde yang berubah." Ujar Husna sambil mengusap-usap rambutnya di hadapan cermin di dinding.
"Emm awak nak saya teman sekejap je ke atau sampai esok pagi?" Rizal mengubah topik.
"Ikut awak lah. Kalau awak rajin nak teman sampai esok, awak tidur lah sini." Ujar Husna.
Husna kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Rizal. Dia kemudian mencapai remote tv, lalu menghidupkan televisyen yang berada di depannya. Rizal hanya memerhati pipi gebu Husna.
"Kalau saya tidur sini, awak nak tidur sekali dengan saya ke kita tidur asing-asing?" Rizal mencuba nasib.
"Amboi gatalnya nak tidur sekali! Awak tidur je kat ruang tamu ni!" Arah Husna.
"Emm yelah, saya tidur dekat ruang ramu je." Rizal berasa sungguh kecewa.
Impiannya untuk mendapatkan rezeki malam ini tidak tercapai langsung. Apa yang dibayangkan sebentar tadi tidak menjadi realiti. Sedang berasa hati, tiba-tiba tangannya dipegang oleh Husna.
"Tapi saya boleh temankan awak sekejap dekat ruang tamu ni." Suara Husna begitu lembut dan menggoda ketika ini.
"Awak nak temankan saya macam mana tu?" Rizal inginkan kepastian.
"Awak nak saya temankan awak buat apa je malam ni?" Husna meleretkan senyuman.
Rizal masih lagi tidak mendapatkan jawapan, namun beliau hanya mencuba nasib. Dirapatkan wajahnya ke arah Husna, lalu beliau mendapatkan bibir gadis itu. Mereka berdua kini berciuman mulut dengan penuh romantis.1501Please respect copyright.PENANAwhhO8qhWzw
1501Please respect copyright.PENANAYtLoVijmGQ