"Lain macam? Apa maksud awak? Awak nak tuduh saya ada orang lain ke kat luar?" Hamidah mula berasa bengang.
"Eh mana ada saya maksudkan macam tu. Saya cuma rasa pelik je sebab selalunya awak bukan main gembira lagi kalau saya balik rumah. Mesti nak ajak berjimak 24 jam. Tapi sekarang lain pulak." Jelas Hazman.
"Saya dah kurang nak berjimak sebab kita ni dah tua, mana larat kerap buat seks. Yang awak fikir bukan-bukan ni kenapa? Awak dah tak percaya dekat saya lagi ke?" Hamidah inginkan kepastian.
"Saya percaya dekat awak lah, saya cuma curious je. Awak, esok saya dah nak start berlayar dah. Apa kata malam ni kita enjoy puas-puas nak?" Cadang Hazman.
"Malas lah sebab saya penat bekerja. Lagipun hari ni saya period lah." Jelas Hamidah.
"Ye ke? Takpe lah kalau macam tu. Selama tiga bulan saya berlayar nanti, awak jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa makan minum Husna tau." Pesan Hazman.
"Saya tahu lah. Setiap kali awak nak berlayar, mesti awak bagitahu benda yang sama. Dah lah saya nak tidur, pergi matikan lampu boleh tak?" Arah Hamidah.
Hazman menuruti arahan itu lalu bangun dan mematikan suis lampu. Walaupun mulutnya mengatakan beliau mempercayai kata-kata Hamidah, namun jauh di sudut hatinya beliau merasakan ada yang tidak kena.
Manakan tidak, semenjak dua menjak ini isterinya itu sentiasa bersikap dingin terhadapnya. Walaupun wanita itu cuba lagak bersahaja, namun beliau masih dapat merasai kedinginan layanan daripada wanita itu.
Namun akibat sayang, beliau tekad untuk tidak bersangka buruk tehadap wanita yang sudah 15 tahun menjadi isterinya. Beliau berharap bisikan-bisikan yang tidak elok di dalam fikirannya segera terhapus.
Tiga bulan semenjak kapal di mana Hazman bekerja berlayar meninggalkan tanah air, kini kapal itu sudahpun menghampiri pelabuhan. Terasa gembira hatinya ketika ini untuk pulang bertemu dengan keluarga.
"Weh Man, kita sepatutnya dijangka pulang seminggu lagi, tapi sekarang kita dah nak sampai Malaysia. Apa kata seminggu ni kita pergi enjoy dulu." Cadang Latif.
"Malas lah aku sebab aku tak sabar-sabar rasanya nak jumpa family aku ni." Balas Hazman.
"Alah kita cuti tiga bulan kot lepas ni. Kau boleh spent time dengan family kau tiga bulan. Takkan lah seminggu enjoy dengan kitorang tak nak?" Latif masih lagi berharap.
"Tak boleh lah. Aku memang rindu sangat dekat family aku ni. Kau lain lah, kau bujang lagi. Jadi kau tak faham perasaan bila dah berkeluarga ni." Jelas Hazman.
"Kalau kau tak nak takpe lah. Tapi kalau kau ubah fikiran, kau bagitahu lah ye." Latif kemudian beredar meninggalkan rakannya itu.
Mata Hazman kini hanya memerhati laut yang meluas di hadapannya. Walaupun jarak masih lagi jauh, namun beliau dapat melihat daratan di hujung lautan. Daratan di mana keluarganya setia menunggu kepulangannya.
Setelah memandu kereta selama lebih kurang tiga jam, akhirnya Hazman tiba di perkarangan rumahnya. Jam di tangan tertera sudahpun masuk pukul sebelas malam, jadi tidak pelik rumahnya kelihatan gelapa gelita.
Beliau terus bergegas menuju ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. Ketika baru sahaja ingin melangkah kakinya masuk ke dalam bilik, kedengaran suara yang agak ganjil datang dari dalam bilik tersebut.
Hazman cuba mengamati suara tersebut, ternyata itu suara isterinya. Namun selain daripada suara Hamidah, kedengaran suara yang asing berselang seli. Ini membuatkan Hazman menjadi sungguh curiga.
Beliau tidak menunggu lama, lalu terus sahaja membuka pintu bilik. Kelihatan bilik itu sungguh gelap gelita. Beliau terus sahaja menghidupkan suis lampu, dan alangkah terkejutnya apa yang dilihat.
"Kau siapa?! Apa yang kau dah buat dekat bini aku?!" Teriak Hazman sebaik melihat dua sosok tubuh tanpa seurat benang pun di atas katil.
"Haz..Hazman. Kenapa awak ada dekat sini? Bukan sepatutnya awak balik minggu depan ke?" Soal Hamidah dengan suaranya terketar-ketar akibat ketakutan.
"Aku tanya apa yang korang tengah buat ni?!" Hazman tidak menjawab persoalan isterinya itu.
Ini kerana amarahnya sudah memenuhi ruang fikiran. Tangannya digenggam, lalu beliau terus meluru ke arah lelaki yang berada di atas katil. Sedar nyawanya dalam bahaya, lelaki itu terus melompat turun dari katil.
Lelaki itu mencapai pakaiannya yang berada di atas lantai, lalu melarikan diri. Hazman tidak menunggu lama, lalu mengejar lelaki tersebut. Beliau betul-betul mahu melepaskan amarahnya terhadap lelaki itu.
"Hazman, stop it!" Hamidah kemudian mengambil tuala, lalu membaluti tubuhnya. Dia kemudian cuba mengejar suaminya itu.
Dalam kelam kabut, lelaki itu sempat menyarungkan seluar ke tubuhnya. Baru sahaja mahu keluar melalui pintu utama, tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Lelaki itu tergolek ke atas lantai.
"Kurang ajar kau, berani kau sentuh bini aku!" Satu tumbukan kuat dilepaskan Hazman lalu hinggap ke muka lelaki itu.
"Takde perempuan lain ke kau nak sentuh?! Bini aku juga yang kau cari!" Hazman mahu melepaskan tumbukan lagi, namun tiba-tiba tangannya dihalang oleh Hamidah.
"U, cepat lari!" Arah Hamidah. Lelaki itu kemudian menolak tubuh Hazman, lalu melarikan diri dan keluar dari rumah.
"Jangan lari!" Hazman cuba mengejar, namun tubuhnya dihalang oleh Hamidah.
"Kenapa kau halang aku?!" Teriak Hazman.
"Awak, ni semua salah faham je. Awak jangan bertindak melulu." Ujar Hamidah seraya menenangkan suaminya.
"Salah faham? Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tak tahu apa yang kau dah buat dalam bilik tadi?!" Tengking Hazman.
"Dengar dulu penjelasan saya boleh tak?!" Pinta Hamidah.
"Nak jelaskan apa lagi dah terang-terang korang berdua tengah berbogel dalam bilik tu. Ke kau nak cakap yang laki tu datang sebab nak repair aircond?!" Hazman semakin hilang sabar.
Hamidah terdiam seketika kerana tidak tahu apa lagi yang cuba dia katakan supaya lelaki itu bertenang. Ini kerana dia tahu jika lelaki itu sudah marah, tiada sepatah kata pun mampu menyejukkan hati itu.
"Kenapa kau diam? Tak tahu nak kelentong apa lagi?!" Ujar Hazman.
"Ya memang saya curang, tapi ini semua salah awak!" Hamidah pula kini membalas.
"Salah aku? Kau berzina dengan jantan lain, tapi ni salah aku kau cakap?" Hazman menjadi tidak mengerti.
"Ya, sebab awak jarang ada dekat rumah. Awak tahu tak betapa sunyi diri saya ditinggal keseorangan. Awak ada fikir semua tu tak?" Balas Hamidah.
"Kau ingat aku keluar berbulan-bulan tu untuk suka-suka ke? Aku kerja untuk bagi makan minum yang cukup untuk kau dan Husna. Tapi kau balas pengorbanan aku dengan berzina dengan lelaki lain?" Hazman semakin tidak keruan.
"Saya tak perlu pun semua tu. Apa yang saya perlu hanyalah kepuasan batin. Tapi ada ke awak fikir semua tu? Kalau lah hubungan kita macam ni, lebih baik.." Hamidah ingin sahaja meluahkan.
"Lebih baik apa? Lebih baik kita berpisah? Kalau itu pilihan kau, baiklah. Hamidah, mulai malam ni, aku ceraikan engkau dengan talak satu." Akhirnya amarah yang berbuku di hati Hazman dilepaskan.
"Abah, apa semua ni?" Tiba-tiba Husna yang ketika itu berusia 14 tahun muncul di ruang tamu. Gadis itu sungguh terkejut setelah apa yang didengarinya.2033Please respect copyright.PENANAOBIqdXIPh5
2033Please respect copyright.PENANAozUUCBnfNw