"Hah, tu pun mak ayah saya dah balik. Awak pakai semula baju tu, takut nanti apa pulak diorang fikir." Arah Syamel sebelum menuju ke pintu rumah. Terasa lega kerana berjaya melepaskan diri dari godaan gadis itu.
Namun tekaannya salah sama sekali kerana yang berada di hadapan rumahnya ketika ini bukanlah ahli keluarganya. Beberapa lelaki bersongkok yang tidak beliau kenali sedang berdiri di muka pintu.
"Assalamualaikum, kami daripada jabatan pencegah maksiat. Kami mendapat laporan bahawa ada berlaku maksiat di rumah ni. Boleh bagi kerjasama." Salah seorang yang berada di hadapan rumahnya mula memperkenalkan diri.
"Mana ada maksiat kat sini. Saya cuma tinggal sorang je. Ada lah sorang penyewa ni, tapi dia dalam bilik dia jelah, tak keluar dari rumah." Jelas Syamel yang wajahnya kelihatan sungguh pucat.
"Siapa tu awak?" Tiba-tiba Eliza memunculkan diri di muka pintu dengan hanya memakai coli di bahagian atas tubuhnya.
Syamel hanya mampu terdiam dan tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Beliau tidak tahu kenapakah gadis itu masih lagi tidak mengenakan pakaiannya. Pegawai pencegah maksiat pula memandang sesama mereka.
"Boleh tak encik berdua ni ikut kami ke pejabat agama?" Pegawai itu memberikan arahan.
"Apa yang sebenarnya berlaku ni?" Soal Syakirin setelah mengambil kedua-dua mereka daripada pejabat agama.
"Ni semua salah faham je. Eliza datang sini semata-mata nak ambil document dia dalam bilik je. Kami tak buat pape pun." Syamel cuba menerangkan.
"Betul ke ni Eliza, korang memang takde buat pape?" Hamidah pula bertanya.
"Sebenarnya... Syamel yang minta saya datang sini. Dia cakap takde orang dekat rumah sekarang, jadi dia minta saya puaskan dia." Eliza pula membuka kata.
"Astargfirullah.. Betul ke Syamel?!" Syakirin mula meninggikan suara.
"Mana ada! Hey Eliza, apa semua ni? Kenapa awak cuba reka cerita macam ni?" Syamel menjadi terkejut dengan apa yang cuba diperkatakan oleh gadis itu.
"Sebenarnya ni bukan lah kali pertama kami terlanjur, dah banyak kali sebelum ni. Saya sekarang ni dah mengandung dua bulan anak hasil hubungan saya dengan Syamel." Tutur Eliza sambil wajahnya ditunduk ke lantai.
"Ya Allah, kenapa macam tu sekali?" ucap Hamidah. Semua yang berada di dalam rumah ketika ini sungguh terkejut.
"Menipu! Semua ni rekaan je semata-mata. Kenapa kau buat cerita macam ni?!" Syamel cuba menafikan.
"Kalau betul saya menipu, cuba awak bersumpah yang awak tak pernah sentuh saya?!" Ugut Eliza. Syamel terdiam seketika.
"Kenapa kamu diam?! Jelaskan semua ni Syamel!" Bentak Syakirin kepada anaknya itu.
"Memang betul kami pernah terlanjur, tapi sekali je dan..." Belum sempat beliau menghabiskan kata-kata, Husna terus berlari meninggalkan ruang tamu.
"Husna, dengar dulu penjelasan saya!" Syamel cuba mengejar gadis itu, namun tangannya dipegang oleh Syakirin.
"Papa tak pernah ajar anak-anak papa jadi manusia yang tak bertanggungjawab. Apa yang kamu dah lakukan, kamu mesti bertanggungjawab!" Tengking Syakirin.
"Tapi papa, dengar dulu penjelasan dari Syamel." Rayu Syamel.
"Takde tapi-tapi! Papa nak kamu bertanggujawab jugak! Jangan kamu nak memalukan papa kalau orang lain tahu hal ni!" Tengking Syakirin.
Di dalam bilik tidur, Husna mula mengemas pakaiannya. Dia tidak tapat menerima kenyataan apa yang berlaku di antara Syamel dan gadis itu. Bertapa luluh hatinya ketika ini hanya tuhan sahaja yang tahu.
Tidak dapat dia menerima kenyataan bahawa lelaki yang dia sungguh cintai itu sanggup menikamnya dari belakang. Dia nekad untuk meninggalkan rumah ini malam ini juga kerana tidak sanggup menghadapi semua ini.
"Husna nak pergi mana tu?" Hamidah sungguh terkejut melihat anak gadisnya itu turun ke tingkat bawah dengan membawa beg bagasi yang besar.
"Husna nak pergi dari sini mama. Husna tak sanggup nak lalui semua ini." Ujar Husna dengan matanya mula berair.
"Awak, dengar dulu penjelasan dari saya." Syamel memegang tangan Husna supaya gadis itu tidak berlalu pergi.
"Lepas lah! Aku benci kau!" Bentak Husna sebelum merentap tangannya.
Setelah pegangan itu terlepas, dia terus berlalu keluar dan memasuki perut kereta perodua myvi miliknya. Dia tidak mahu memandang ke belakang lagi dan nekad untuk meninggalkan rumah tersebut.
"Abang, buat lah sesuatu! Takkan abang nak biarkan Husna pergi macam tu je?" Pinta Hamidah kepada Syakirin. Mata wanita itu mulai berkaca mengenang akan nasib satu-satunya darah dagingnya.
"Ini semua salah kamu! Papa nak kamu yang settle kan masalah ni!" Syakirin melepaskan amarahnya kepada Syamel.
Syamel hanya terdiam tidak berkata apa-apa memandangkan beliau tahu semua ini berpunca dari dirinya. Jika beliau tidak tewas akan godaan Eliza dahulu, mungkin semua ini tidak akan berlaku. Namun semua itu sudahpun terlambat.
Namun segalanya sudahpun terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Syamel hanya mampu meratap kesedihan dengan segala yang berlaku ketika ini. Namun di sebalik kesedihannya, ada yang bergembira.
Di wajah Eliza jelas kelihatan senyuman kegembiraan. Segala perancangannya untuk memerangkap lelaki itu telah berjaya. Tanpa dia sedari, ada seseorang menyedari senyuman penuh tersiratnya.
Syaqila dapat mengagak ini semua perancangan daripada Eliza untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dia perlu melakukan sesuatu demi menyelamatkan keluarganya daripada terus berpecah-belah.
"Masuklah." Pelawa Anisa.
"Minta maaf tau sebab dah ganggu kau tengah-tengah malam ni." Ucap Husna lalu melangkah masuk ke dalam rumah Anisa.
"Jangan risau lah. Kalau kau ada masalah, mana mungkin aku tak tolong." Anisa kemudian mengunci semula pintu rumah.
"Mak ayah kau mana?" Soal Husna sambil memandang sekeliling rumah.
"Mak ayah aku dah tidur dah. Jomlah ikut aku masuk bilik. Kat dalam bilik nanti kau cerita apa sebenarnya masalah kau ni." Ujar Anisa.
Dia kemudian membawa Husna menuju ke bilik tidurnya. Di dalam bilik tidur tersebut, dia meminta rakannya itu menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Husna mula membuka mulut dan menerangkan perkara sebenar.
"Jadi boyfriend yang selama ni kau cerita tu abang tiri kau sendiri lah ye?" Anisa sungguh terkejut mendengar khabar tersebut.
"Ya, tapi kami takde pertalian darah. Lain emak dan lain ayah." Jelas Husna.
"Ya aku faham, tulah sebabnya susah kalau bercinta dengan orang terdekat ni. Kalau hubungan kau dengan dia bergolak, bukan kau dan dia je bermasam muka. Hubungan mak dan ayah kau pun boleh terpalit sekali tau." Terang Anisa.
"Aku tahu, tapi bukan salah aku. Salah dia sebab curang dekat aku. Kau tahu tak bertapa terlukanya hati aku bila tahu semua ni?" Mata Husna mula berkaca tatkala menceritakan kejadian itu.
"Aku tahu kau sedih sekarang ni, tapi kau dah lupa ke yang kau pun pernah curang dengan dia? Tak ingat ke apa yang kau dah buat dengan Rizal dulu? Sampai berapa round kau main dengan dia." Anisa cuba mengingatkan kembali.2959Please respect copyright.PENANAqwTm26FXqh
2959Please respect copyright.PENANAnNmKp6ahFO