"Ehh kenapa ni sayang?" Salimah kemudian duduk di birai katil.
"Mama, tak layak ke Ijai untuk dapatkan cinta dari seseorang? Hina sangat ke Ijai ni?" Luah Rizal tanpa memandang wajah ibunya.
"Kenapa ni sayang, siapa yang lukakan hati Ijai ni?" Salimah menjadi terkejut dengan luahan hati Rizal.
"Ijai cuma inginkan secebis cinta dalam hidup Ijai. Tapi kenapa orang buang Ijai macam Ijai ni takde hati dan perasaan?" Terdengar suara Rizal tersedu-sedan.
"Takpe lah Ijai mungkin Allah belum hadirkan bidadari yang terbaik untuk Ijai. Tapi Ijai jangan risau sebab minggu depan kita nak pergi umrah dah. Dekat sana Ijai berdoa lah depan kaabah supaya diberi jodoh yang terbaik untuk Ijai." Salimah cuba menyedapkan hati anaknya.
Beberapa bulan sudah berlalu, kini hubungan Husna dan Syamel di peringkat yang lebih serious. Kedua-dua orang tua mereka juga sudah memberi persetujuan untuk mereka melangkah dengan lebih jauh.
"Ehh Daud, buat apa dekat sini?" Soal Husna sebaik membuka pintu butik dan terlihat Daud yang baru sahaja ingin keluar dari butik tersebut.
"Aku cari pakaian kahwin lah. Kenalkan ni bakal isteri aku, Dhuha. Kau pulak buat apa dekat sini?" Daud pula menyoal sambil memperkenalkan wanita di sebelahnya.
"Aku pun sama, datang sini nak cari busana pengantin. Kenalkan ni bakal suami aku, Syamel." Husna pula memperkenalkan lelaki di sebelahnya. Mereka berempat kemudian berbual sebentar di situ.
"Oh kiranya kau punya majlis seminggu awal dari kitorang lah ye? Jangan lupa bagi kad tau, ok lah aku gerak dulu ye." Daud meminta diri.
"Ehh Daud, sekejap." Husna menarik Daud untuk pergi menjauh dari pasangan masing-masing.
"Ada apa ni?" Daud berasa hairan.
"Kau dengan Nisa macam mana, takkan nak tamatkan macam tu je?" Soal Husna.
"Aku rasa kau pun dah tahu yang aku dengan dia dah pun bercerai." Ujar Daud.
"Memang lah dah bercerai, tapi kau tak nak rujuk balik ke? Kau memang dah tak sayang dekat dia lagi ke?" Husna inginkan jawapan.
"Bukan dah tak sayang, tapi mungkin memang dah ditakdirkan jodoh kami sampai di sini saja. Jadi aku pun move on dan pilih orang lain jadi peneman hidup aku." Jelas Daud.
"Kalau kau dah cakap macam tu, aku pun tak boleh nak cakap apa lah. Semoga kau bahagia dengan pasangan baru kau ni." Ucap Husna.
Dia kemudian memerhati sahaja pasangan itu berjalan dan beredar dari situ. Dia mula terasa kasihan dengan rakannya iaitu Anisa. Gadis itu kini masih lagi mengharap dan menunggu Daud kembali ke pangkuannya.
"Awak termenung apa lagi tu? Jomlah kita masuk." Tegur Syamel.
Husna yang tersedar dengan teguran itu terus melangkah masuk ke dalam butik bersama-sama dengan Syamel. Mereka menghabiskan masa yang agak lama di dalam butik itu untuk memilih busana yang paling sesuai.
Setelah seketika, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mendapatkan busana berwarna biru muda. Setelah selesai, kedua-dua mereka tidak berlengah lalu terus sahaja menuju ke kereta.
"Pakaian tu awak simpan dekat bonet lah." Arah Syamel sebelum membuka bonet kereta.
Arahan Syamel dituruti lalu Husna menuju ke arah belakang kereta untuk menyimpan barangan di tangannya. Ketika itu jugalah Syamel terpandang sebuah kereta yang laju cuba menghampiri Husna.
"Husna!" Syamel yang baru hendak masuk ke dalam kereta terus meluru ke belakang.
Beliau terus sahaja menolak tubuh Husna dengan kuat untuk menyelamatkan gadis itu. Namun akibat tindakannya, beliau pula yang dilanggar oleh kereta itu. Kini tubuhnya bergolek di atas jalan raya.
"Syamel!" Teriak Husna yang sedang terduduk di atas jalan raya.
Dia kemudian bangun dan berlari mendapatkan bakal suaminya itu. Ketika menghampiri Syamel, kelihatan lelaki itu sudahpun tidak sedarkan diri. Tubuh badannya kini dibasahi dengan cecair berwarna merah.
"Syamel, bangun please! Tolong! Tolong!" Teriak Husna cuba mendapatkan bantuan.
Di dalam kereta yang merempuh Syamel sebentar tadi, kelihatan seorang wanita yang seperti tidak terurus. Dia kelihatan seperti menjerit melepaskan amarah dengan matanya pula sedang mengalirkan air.
"Kenapa kau bodoh sangat?! Kenapa kau sanggup korbankan diri kau untuk perempuan tu?! Apa yang special sangat dengan perempuan tu sampai kau sanggup mati?!" Eliza menjerit keseorangan.
"Kau tahu tak betapa cintanya aku dekat kau bertahun-tahun lamanya dari zaman sekolah! Kenapa kau tak pernah pandang aku?! Kenapa kau tak pernah terima cinta aku?!" Amarah Eliza membuak-buak.
"Maafkan aku Syamel." Matanya tidak berhenti menangis setelah melihat lelaki berguling di atas jalan. Bukan niatnya untuk menyakiti lelaki itu.
Ketika itu jugalah kenangan di mana dia cuba menggoda lelaki itu melintas di fikirannya. Dia telahpun berjaya menggoda lelaki itu, namun gagal membuatkan lelaki itu memancut benih ke dalam farajnya.
Dia benar-benar ingin lelaki itu membuntingkan dirinya supaya dapat dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Akibat kegagalan itu, dia terpaksa membayar lelaki lain menyetubuhinya sehingga dia mengandung.
Kemudian dia menipu kedua-dua orang tuanya dan juga keluarga Syamel menyatakan dia mengandungkan anak Syamel. Penipuannya kelihatan seperti membuahkan hasil apabila hampir berjaya mengahwini lelaki itu.
Namun sayang lelaki yang pernah diupah olehnya seorang mata duitan. Lelaki itu ditawarkan duit yang lebih banyak oleh Syaqila supaya membongkar rahsia mereka. Akhirnya perkahwinan mereka menemui kegagalan.
Setelah mendengar perkhabaran bahawa Syamel bakal bernikah dengan Husna, maka satu-satunya jalan supaya perkahwinan mereka gagal adalah dengan cara membunuh Husna. Namun ia tetap menemui kegagalan.
Hasratnya membunuh Husna kini musnah setelah gadis itu diselamatkan oleh Syamel. Ini membuatkan dia jadi menyesal kerana dia tidak mahu perkara yang buruk terjadi ke atas lelaki tersebut.
"Husna, macam mana dengan Syamel?" Soal Hamidah sebaik tiba di ruang menunggu unit ICU. Wanita itu tiba bersama-sama dengan Syakirin dan Syaqila.
"Mama!" Husna terus sahaja memeluk tubuh ibunya itu seraya menangis dengan kuat.
"Macam mana dengan Syamel? Teruk ke dia?" Soal Syakirin setelah kedua-dua wanita tersebut melepaskan pelukan.
"Tak tahu, Syamel ada kat dalam lagi tak keluar-keluar." Jelas Husna dengan suaranya teresak-esak.
Keempat-empat mereka kemudian mengambil keputusan hanya menanti di hadapan unit ICU tersebut. Setelah agak lama menanti, akhirnya kelibat doktor keluar dari bilik tersebut. Syakirin terus mendapatkan doktor itu.
"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" Soal Syakirin.
"Minta maaf encik, anak encik kehilangan darah yang banyak sebelum tiba ke hospital. Kami dah cuba sedaya upaya, namun Allah lebih sayangkan dia." Doktor itu dengan berat hati menjelaskan.
Kata-kata doktor itu membuatkan sekeluarga tersebut hanya mampu tergamam dan tidak terkata apa-apa. Sungguh sukar untuk mereka menerima berita itu dan ia hanya seperti sebuah mimpi buruk. 1570Please respect copyright.PENANArLdLsmNt23
1570Please respect copyright.PENANAGxtBp1ECdY