LDBB Part 75 (Misi)
Sejam kemudian tiba-tiba aku terjaga.. rupanya aku telah pengsan.. aku lihat isteri-isteri ku duduk mengelilingi ku.. aku sangkakan aku telah mati..
“syukur abg sudah sedar.. doktor kata abg cuma pengsan kerana terkena kejutan dari letupan bom tadi.. abg cuba cedera ringan di bahu.. peluru terkena bahu abg.. syukur abg selamat..” kata Zura sambil mengesat air matanya..
Aku terasa pedih di bahu ku.. rupanya aku cedera di tembak di bahagian bahu masa bertempur tadi.. lega aku Zura tidak apa-apa.. aku lihat sekeliling rupanya aku berada di dalam kawasan khemah rawatan.. perlahan lahan aku bangun kemudian di papah oleh Zura dan Nurul.. perlahan lahan kami bergerak ke bahagian pertahanan.. pada mulanya aku di halang oleh Dr. Amin tapi aku bertegas untuk melihat keadaan Bukit Tunku.. bahagian hadapan telah di ambil alih oleh Major Amar.. aku lihat lautan mayat musuh penuh di hadapan kubu kami.. Major Amar melaporkan bahawa musuh telah berundur jauh setelah melihat kemaraan aku dan anggota ku tadi.. rupanya Major Amar turut menyerang musuh bersama ku.. setelah aku rebah tadi anggota ku segera dapatkan aku dan membawa aku ke bahagian kecemasan.. setelah mereka melihat kehadiran ku di bahagian pertahanan semua pegawai datang melapor diri kepada ku..
“tuan musuh sudah berundur diri setelah melihat Jeneral Reico tewas di tangan tuan..” kata Major Amar..
“kita berjaya menahan 200 askar musuh.. termasuk musuh yang cedera..” kata Kapten Adi..
“tuan.. setelah di kira kita kehilangan 47 anggota yang gugur dalam medan perang manakala 96 orang cedera sedang dirawat..” kata Major Dr Amir..
“tuan.. bahagian benteng hadapan sedang di perbaiki oleh unit Jentera Diraja.. dan kita kehilangan sebiji meriam.. tapi kita telah menawan sebuah kereta kebal milik musuh.. sekarang kita sedang menarik keluar kereta kebal tersebut..” kata Major Ku Din..
“Baik lah.. perketatkan kawalan kita.. tapi kalau boleh biar anggota kita berehat.. tawanan pula minta mereka angkat mayat rakan mereka dan kumpulkan satu tempat.. bersihkan semua kawasan kita.. saya ada lihat kereta kebal musuh tu kalau boleh kita gunakan untuk pertahanan kita.. jenazah anggota yang tewas kita tanam satu liang lahat di dalam kawasan Bukit Tunku.. salam takziah buat keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam pertempuran tadi..” terang ku..
“baik tuan..” kata semua pegawai..
“abg kena berehat..” kata Zura..
“emm Zura tu yang kena berehat.. kenapa kepala berbalut tu..” tanya ku..
Zura tunduk tidak berani menjawab pertanyaan ku.. selepas itu aku diperiksa kesihatan ku sekali lagi oleh Dr. Salina.. menurut Dr. Salina menyatakan keadaan aku telah pulih walaupun cedera di tembak di bahu.. kemudian aku di bawa ke markas.. Kapten Adi datang berjumpa dengan ku..
“tuan benarkan saya memeriksa kawasan luar dan saya ingin hantar laporan ke Ampang..” pinta Kapten Adi..
“baiklah tapi hati-hati..” kata ku..
Kelihatan Mira bermasam muka bila mendengar kata Adi.. aku tahu Mira amat risau dengan keselamatan suaminya.. pertempuran dari malam tadi memberi kesan terhadap semua orang yang ada di Bukit Tunku.. ada yang truma kerana melihat apa yang telah berlaku.. aku kembali berehat di bilik.. aku di paksa oleh Zura dan Reko untuk memakai baju perisai samurai hadiah Mitsu Tanake kepada ku demi keselamatan aku selepas ini.. mereka takut aku akan cedera lagi terkena tembakan musuh..
disebelah petangnya..
“tuan.. ada pergerakan dari bahagian hadapan..” kata Kapten Firdaus..
Lalu aku bergerak meninggalkan markas di temani Reko atas arahan Zura.. setibanya di bahagian pertahanan kelihatan sekumpulan anggota tentera menghampiri kami.. setelah mengetahui identiti mereka dari tentera kerajaan lalu aku benarkan mereka masuk..
“saya Colonel Hisham bersama 72 anggota tentera pelbagai cabang ingin berlindung di sini tuan..” kata Colonel Hisham..
“baik lah.. kamu dari mana sebenarnya..” tanya ku..
Menurut Colonel Hisham mereka dari kem sementara di Selayang.. mereka telah di gempur malam tadi.. pagi tadi mereka menerima berita Bukit Tunku berjaya menewaskan musuh dari division 2 dan division 11.. berita kemenangan ku telah tersebar meluas.. Colonel Hisham dan anggotanya di kejar oleh musuh dari division 5 setelah mereka berjaya meloloskan diri dari Selayang..
“tuan.. musuh telah berkumpul..” kata Major Amar..
“ambil tempat masing masing..” kata ku..
Kelihatan musuh menunggu tanpa menyerang.. kemudian aku terlihat 2 pegawai musuh berjalan menghampiri kubu kami.. aku benarkan mereka masuk berjumpa dengan ku setelah mereka datang meminta kebenaran untuk berjumpa dengan ku..
“kami datang ingin berunding..” kata salah seorang dari mereka..
Lalu aku turun ke depan mereka sambil di kawal oleh anggota ku.. mereka terkejut melihat aku memakai baju perisai samurai.. aku bagai seorang panglima samurai di medan perang..
“aku Jeneral Fai dari division 5.. aku nak kau serahkan pada kami tentera yang telah melarikan diri ke sini..” kata Jeneral Fai..
“aku Raja Addy dan ini kawasan aku.. tentera kau sudah menceroboh kawasan aku.. tu ambil mayat kawan kau sebagai ganti..” kata ku..
Terkejut Jeneral Fai bila melihat mayat Jeneral Rieco terpisah kepalanya dari badan dan mayat Jeneral Wak Segan.. maknanya berita yang di terima mereka sebelum ini adalah benar..
“baik lah kami ingin adakan rundingan genjatan senjata dengan Raja Addy.. kami tak akan mengganggu urusan Bukit Tunku dan kami mahu Bukit Tunku tidak menggangu urusan kami lagi.. dan bebaskan anggota kami yang telah menjadi tawanan..” kata Jeneral Fai..
“jika itu syarat kamu.. dengar syarat aku pula.. aku mahu elektrik dan air diberikan seperti biasa.. setiap seminggu bantuan makanan dan perubatan dihantar ke sini.. pintu Bukit Tunku terbuka pada pelarian dan bukan tentera selepas ini.. adakah kamu setuju..” tanya ku..
“baik lah kami setuju..” kata Jeneral Fai..
“aku harap kamu kotakan janji kamu dan aku nak kamu bawa sekali semua mayat tentera kamu dari sini..” kata ku..
Lalu Jeneral Fai mengundurkan tentera SG seperti yang dijanjikan.. kemudian mengambil semua mayat tentera mereka dari Bukit Tunku.. aku mula mengatur memperkuatkan barisan hadapan.. aku adakan mesyuarat..
“kapten Salleh aku nak kamu bawa anggota memeriksa setiap inci kawasan ini.. kemudian pasang perangkap samar.. kapten Sham aku nak kau buat menara kawalan.. kapten Mira aku nak kau periksa kembali tempat penginapan.. major Amar pastikan laluan masuk di perketatkan jika ada pelarian sila periksa dengan teliti kerana kita takot musuh akan menyelinap masuk.. kapten Sya sila perketatkan pengawasan bahagian stor.. kapten Suhaimi.. atur anggota untuk dibahagikan tugas sentri..” terang ku..
“baik tuan..” kata semua pegawai..
Kemudian aku bergerak ke khemah anggota kelihatan Major Ku Din sedang bersembang dengan Colonel Hisham.. rupanya mereka mengenali antara satu sama lain.. Colonel Hisham lihat kehadiran ku lalu menyerahkan senarai anggotanya..
Colonel Hisham - Batalion 12 965Please respect copyright.PENANAVGVV8FeGb8
Major Zaid - tentera darat diraja 965Please respect copyright.PENANA41mHdA3a8T
31 anggota 965Please respect copyright.PENANAQaH2fYGxUs
Kapten Saad - tentera Jurutera diraja 965Please respect copyright.PENANA8htoKLG9ro
12 anggota 965Please respect copyright.PENANAaHW6tJTLEP
Kapten Hamzah - tentera armour diraja 965Please respect copyright.PENANAB7W5rTZ44H
6 anggota 965Please respect copyright.PENANAl3ccY5RSf1
Kapten Juan - tentera wataniah diraja 965Please respect copyright.PENANAevJscR4O6E
23 anggota
Kini mereka berkhidmat bawah Raja Addy.. keadaan bandar KL huru hara selepas di kawal sepenuhnya oleh musuh.. kerajaan pusat mewartakan perintah berkurung.. keadaan darurat ini sangat bahaya kerana tentera SG bermaharajalela membunuh tanpa mengira waktu.. kelihatan musuh menghantar drone lalu di tembak oleh anggota ku..
“tuan.. Kapten Adi telah pulang dari Ampang..” kata Ivy..
“macam mana keadaan di sana..” tanya ku pada Adi..
“teruk mereka di kepung macam kita tapi banyak jalan tikus yang tidak diketahui oleh musuh.. malam tadi serangan besar besaran oleh tentera Sindiket Garuda.. kini mereka ada ketirisan maklumat dari perisik SG.. kebanyakkan tentera bantuan terpaksa berundur..” terang Adi..
“kita juga terperangkap di sini..” kata ku..
“Jeneral Razak meminta saya bantu kumpulan pembebasan dan siasat dalang yang bocorkan maklumat..” kata Kapten Adi..
“aku takde masalah.. tapi Mira..” kata ku..
Lalu Major Adi bergegas bertemu Mira.. aku memeriksa setiap penjuru Bukit Tunku.. kelihatan anggota ku sedang memperbaiki kawasan east wing dengan memasang periuk api.. dibahagian belakang bukit keadaan stabil tanpa perlu buat penambah baikan.. manakala dibahagian west wing pula anggota memasang jerangkap samar dan membina tembok bagi menghalang musuh ceroboh.. beberapa menara kawalan telah dibina bagi mengawal keadaan dari jauh.. selesai memeriksa aku kembali ke markas.. kelihatan Mira datang berjumpa dengan ku..
“abg.. benarkan Mira ikot abg Adi ke Ampang..” pinta Mira..
“kalau kamu dah ke sana siapa nak jaga sini.. lagi pula sana tengah berperang..” kata ku..
Mira akur dengan arahan ku walaupun kecewa tidak dapat ikot bersama.. kemudian aku melawat anggota yang cedera kemudian memeriksa bahagian kecemasan.. kelihatan semua doktor sedang berehat setelah mereka penat dan keletihan merawat pesakit.. nampaknya aku perlu menambah pembantu perubatan.. kemudian aku bergerak memeriksa tempat penginapan.. kelihatan Mira bermasam muka setelah Major Adi meninggalkan Bukit Tunku.. Mira melaporkan buat masa ini terdapat kekosongan sebanyak 160 kekosongan.. ini membolehkan kami menerima pelarian tapi masih ada hadnya.. aku kemudian bergerak memeriksa keadaan di dapur.. kelihatan Nurul selesai menyediakan makan malam.. tiba-tiba Nurul duduk termenung memikirkan sesuatu..
“sayang kenapa nie..” tanya ku..
“eh abg.. takde apa-apa..” kata Nurul..
“abg tahu sayang sedang fikirkan sesuatu.. cuba bagi tahu pada abg..” kata ku..
“sebenarnya.. Nurul risau pasal ayah dan keluarga..” kata Nurul..
“bukan ke mereka dah keluar dari KL..” tanya ku..
“betul tapi kan jalan highway telah di tutup.. ayah tak reti ikot jalan dalam.. tu yang Nurul risaukan..” kata Nurul..
“emm.. baik lah abg akan hantar org pergi periksa rumah Nurul dahulu.. jika benar mereka ada sana kita akan bawa mereka ke sini..” kata ku..
Tiba-tiba Sarjan Hassan bergegas bertemu dengan ku..
“tuan.. kelihatan musuh datang ke tempat kita..” kata Sarjan Hassan..
“baik lah.. minta semua bersedia” kata ku..
Kemudian kami bergegas ke bahagian hadapan.. setibanya kami di barisan hadapan kelihatan 3 biji kereta perisai bersama sebuah kereta limosin berada di luar laluan masuk.. Kapten Hamdan datang bertemu ku..
“tuan.. tentera SG ingin berjumpa dengan tuan..” kata Kapten Hamdan..
“baiklah.. benarkan hanya limosin itu masuk yang lain tunggu di luar.. itu syarat kalau mereka ingin masuk..” kata ku..
Lalu Kapten Hamdan bergegas ke pos kawalan pintu masuk.. kemudian limosin tersebut bergerak masuk ke dalam kawasan Bukit Tunku.. aku rasa aku tahu siapa yang ingin berjumpa dengan ku.. setelah kereta memakir ke dalam kawasan markas ku.. lalu kelihatan Raja Sulaiman serta anak perempuannya Puteri Marisa.. kemudian aku jemput mereka masuk ke dalam markas.. aku bawa mereka ke ruang tamu.. mereka amat terkejut melihat keadaan Bukit Tunku dahulunya indah keadaannya kini Bukit Tunku bagai medan perang.. keadaan ruang tamu dulu cantik dihiasi pelbagai barangan antik yang mahal kini kelihatan seperti reban ayam..
“anaknda Tengku Adrian.. apa yang telah berlaku di sini.. mana Ayahnda Zakaria..” tanya Raja Sulaiman..
Terkejut aku dengan pertanyaan Raja Sulaiman.. seperti baru keluar dari gua agaknya..
“maaf Tuanku.. tak kan Tuanku tidak tahu tentang keadaan sekeliling.. Ayahnda Zakaria, Bonda dan Ngku Azhar telah di bunuh oleh Shadow Hand.. kemudian kami di serang oleh tentera SG.. kali nie kami nasib baik kerana kami sudah bersedia..” kata ku..
Terkejut Raja Sulaiman di buatnya setelah mendengar khabar berita dari ku.. Marisa juga terkejut dan tidak menyangka tentera SG akan bertindak kejam..
“apa.. mereka telah di bunuh.. tapi mengapa.. Ayahnda tidak di beritahu tentang hal ini.. nampaknya mereka sudah melampau..” kata Raja Sulaiman..
“Tuanku.. nasi dah jadi bubur.. yang mati tidak akan hidup kembali.. beginikah pemerintahan yang Tuanku mahukan selama ini.. pernah kah Tuanku melihat nasib rakyat di luar sana.. setiap hari rakyat di bunuh tanpa sebab..” kata ku..
“Ayahnda.. Ayahnda tidak tahu kerana Ayahnda terlalu sibuk ingin bangunkan negara kita kembali.. Ayahnda hanya minta mereka memujuk Ayahnda Zakaria untuk ikot serta gabungan Garuda.. Ayahnda minta maaf Ngku Adrian.. nampaknya rancangan Ayahnda tidak berjaya malah membawa malapetaka pada negara.. ini semua kerja Jeneral Besar Pailong..” kata Raja Sulaiman..
Raja Sulaiman terduduk di kerusi tidak menyangka impiannya musnah di tangannya sendiri tanpa dia sedarinya..
“kanda Ngku Adrian maafkan Ayahnda sebab Ayahnda benar-benar tidak tahu menahu kerana Ayahnda hanya duduk di istana dan Jeneral Pailong yang selama ini di tugaskan menjaga keamanan dan keharmonian negara..” terang Puteri Marisa..
“Ayahnda Zakaria pernah berpesan sebelum ini.. hendak bermain api jangan sampai terbakar tangan.. sudah terbakar tangan merebak pula terbakar seluruh rumah.. Tuanku pusing lah sekeliling tengok sendiri apa yang telah terjadi.. Shadow Hand sudah lama merancang dan Tuanku hanya jadi batu loncatan bagi mereka meneruskan rancangan mereka.. hal ini tak akan terjadi kalau Tuanku ikot pesan Ayahnda Zakaria..” kata ku..
Dalam keadaan duka Raja Sulaiman dan Puteri Marisa meninggalkan Bukit Tunku.. sekarang baru aku tahu kerajaan pusat kini di kawal oleh Sendiket Garuda sepenuhnya.. Raja Sulaiman hanya dijadikan boneka mereka.. kemudian aku segera memanggil Lieutenant Adnan..
“aku nak kau ke sini.. ikot alamat rumah ini.. aku nak periksa penghuninya.. kalau benar ini nama mereka.. kau suruh mereka bersiap.. nanti kita akan ke sana.. jika rumah itu kosong atau penghuninya bukan orang yang kita cari.. abaikan.. apa-apa kau hantar dulu laporan.. ingat hati-hati.. musuh ada dimana mana..” kata ku..
“baik tuan..” kata Lieutenant Adnan..
Kemudian Lieutenant Adnan bergerak bersama temannya keluar dari Bukit Tunku secara rahsia..
“Kapten Reko tolong panggilkan semua pegawai datang ke mari..” kata ku..
“baik tuan..” kata Kapten Reko..
Aku kena rancang betul-betul kerana takut musuh bertindak di luar jangkaan.. kemudian semua pegawai berkumpul di ruang tamu..
“baik lah.. memandangkan keadaan kita walaupun telah aman tapi jangan mudah percaya dengan kata-kata musuh.. pastikan pertahanan kita sentiasa bersedia.. pasang perangkap sekeliling Bukit Tunku.. kita tidak tahu bila mereka akan menyerang hendap di waktu kita leka.. jika saya tiada Major Amar akan mengambil alih dan di bantu oleh Colonel Hisham.. kita akan buat 3 rotate senteri agar anggota kita tidak penat jalankan tugas.. kita akan latih anggota baru bawah arahan Major Zura.. jika ada pelarian sila buat pemeriksaan teliti dahulu sebelum di benarkan masuk.. jika mencurigakan tahan dahulu di rumah merah.. sekarang kita sangat perlukan kepakaran jadi cuba siasat penghuni yang memiliki kepakaran yang kita perlukan.. ini akan dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita..” terang ku..
Rumah merah atau pondok sementara di bina di luar dari kawasan barisan hadapan.. mereka yang agak mencurigakan akan di tempatkan di situ buat sementara waktu untuk di periksa kesahihan kerana takot musuh bertopengkan pelarian.. ini akan menyebabkan musuh boleh khianat dari dalam Bukit Tunku..
“tuan.. Major Ku Din ingin berjumpa..” kata Ivy..
“baik lah..” kata ku..
“tuan.. unit kami telah jumpa mata air.. jika bekalan air kita di potong lagi kita boleh gunakan air ini sebagai alternatif..” kata Major Ku Din..
“emm.. baiklah.. awak buat apa yang patut.. jika kita ada lebihan air mungkin kita boleh salurkan pada semua orang dan akan di gunakan untuk mandi.. pastikan air itu selamat digunakan..” kata ku..
“baik tuan..” kata Major Ku Din..
Selesai urusan ku di markas lalu aku bergerak masuk ke dalam bilik untuk berehat.. aku lihat Zura bermasam muka..
“aii.. moyok je muka.. sayang dah kenapa..” tanya ku..
“abg tu asyik sibuk je.. dah jarang jumpa Zura.. tadi tu bukan main lagi dengan Puteri Marisa..Zura tahu lah abg pernah di tunangkan dengan Puteri Marisa..” kata Zura..
“aii.. merajuk.. cemburu.. hemm.. sayang nie macam tak kenal perangai abg.. dah laaa sayang meh sini..” kata ku cuba memujuk Zura..
“dah kenal abg tu la yang buat Zura risau..” kata Zura lagi..
Macam mana Zura tahu hal pertunangan ku dulu tu.. dulu aku pernah di tunangkan dengan Puteri Marisa oleh Ayahnda tanpa pengetahuan ku.. lalu aku memeluk badan Zura kemudian aku cium bibirnya..
“abg.. nanti orang tengok laaaa..” kata Zura..
Keadaan Bukit Tunku kini lebih teguh dan selamat.. ramai pelarian mula datang meminta perlindungan setelah mendapat tahu tentang Bukit Tunku.. ada di kalangan mereka merupakan cikgu, pensyarah, jurutera, doktor, nurse dan pelbagai bidang lagi.. kami benarkan mereka masuk duduk di bukit Tunku sambil menggunakan kepakaran mereka untuk membantu Bukit Tunku.. ada beberapa anggota tentera SG cuba masuk akan tetapi mudah di kesan oleh anggota ku lalu di tahan di rumah merah.. setelah mengetahui identiti mereka di ketahui lalu mereka meninggalkan rumah merah..
besoknya..
Kapten Adi pulang dari Ampang bersama maklumat sulit.. lalu menyerahkan maklumat sulit dari Jeneral Razak kepada ku.. ada maklumat yang perlu pengesahan dari ku.. setelah itu Kapten Adi bergerak meninggalkan ku untuk berjumpa Mira.. menurut maklumat yang ku terima terdapat senarai nama yang mencurigakan.. markas Ampang sentiasa di serang dan rancangan mereka selalu di gagalkan kerana ada ketirisan maklumat.. aku perlu juga memeriksa kepimpinan dalam pasukan pembebasan.. aku terkejut melihat senarai nama yang ada.. aku jumpa beberapa nama yang aku kenal dan tidak menjangka mereka ini sebenarnya tali barut musuh.. nampaknya pasukan pembebasan juga tidak boleh di percayai.. malam tu aku berjumpa dengan Kapten Adi.. Kapten Adi terkejut melihat senarai nama yang aku berikan kepadanya..
“tapi tuan ini..” kata Kapten Adi..
“iye.. terpulang pada kamu untuk memberinya.. dan jangan kamu percaya dengan kepimpinan pegawai tinggi pasukan pembebasan..” kata ku..
Besok paginya Kapten Adi pulang kembali ke markas Ampang.. aku hanya beri 17 nama pegawai pengkianat dalam tentera pembebasan.. tapi lebih memeranjatkan pemimpin pembebasan itu sendiri pengkianat.. hal itu aku rahsiakan dahulu dari Kapten Adi.. jika hal ini di ketahui.. nyawa Kapten Adi mungkin akan terancam.. aku kena tunggu dulu keadaan stabil sebelum ambil tindakan.. kelihatan Lieutenant Adnan telah pulang dari misi risikannya..
“tuan.. saya telah memeriksa tempat yang di arahkan.. memang benar.. orang yang di cari berada di sana..” kata Lieutenant Adnan..
“baik lah.. kamu berehat dahulu..” kata ku..
Aku panggil bahagian pengurusan lalu berbincang rancangan misi ku.. Nurul berasa bersyukur kerana ayah dan keluarganya masih berada di rumah mereka.. aku kena atur satu misi penyelamat untuk selamatkan keluarga Nurul.. tapi segala pergerakkan harus di rahsiakan.. aku meminta Major Hamzah aturkan satu pasukan kecil terdiri daripada aku, Nurul dan 2 anggota ATM bersama sebiji kereta perisai.. kami akan keluar lewat malam nanti.. kami akan menyusup masuk ke dalam bandar untuk selamatkan keluarga Nurul.. setelah memeriksa kenderaan dan senjata tepat jam 1 pagi kami bergerak meninggalkan Bukit Tunku.. pergerakan kami tidak di sedari oleh musuh kerana injin kereta perisai telah di pasang kalis bunyi.. kami menyusuri bandar KL.. aku lihat sekeliling bandar KL yang banyak musnah dalam pertempuran.. laluan kami berliku mengikut peta dan maklumat yang di terima.. kerana banyak sekatan jalan yang harus kami elak.. akhirnya kami terpaksa berhenti.. kerana laluan kami telah di sekat.. kelihatan di hadapan dalam jarak 1km ada pergerakkan musuh sedang bergerak ke Ampang.. anggaran lebih kurang 1 batalion tentera SG dengan kekuatan beberapa biji kereta kebal dan meriam.. nampaknya kami harus bergerak mengunakan kaki sementara menunggu musuh melepasi laluan kami.. aku dan Nurul bergerak ke Bangsar dan meminta anggota ku ke sana selepas halangan mereka selesai.. kemudian aku dan Nurul berjalan menyusuri taman perumahan.. setelah 30 minit berjalan kami terpaksa berpatah balik.. kerana kelihatan drone musuh buat rondaan.. aku dan Nurul terpaksa pecah masuk ke dalam sebuah rumah untuk bersembunyi.. kelihatan rumah ini sunyi dan tidak berpenghuni.. lega aku bila drone musuh tidak dapat mengesan kami.. aku hubungi kereta perisai melalui alat perhubungan jarak dekat meminta mereka sembunyikan kereta perisai kerana drone musuh sedang buat rondaan..
Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu.. Nurul juga perasan akan bunyi tersebut.. perlahan lahan kami bangun lalu menyusup ke bilik belakang.. terkejutnya kami bila terserempak dengan satu keluarga.. rupanya rumah ini berpenghuni.. rumah ini di diami oleh seorang janda bersama 5 orang anak termasuk 2 orang anak jiran yang telah kehilangan ibubapa mereka dalam pertempuran sebelum ini.. mereka kelihatan sangat takot bila rumah mereka di cerobohi.. Nurul cuba menteramkan mereka dan aku meminta maaf kerana ceroboh rumah mereka.. nampaknya kehidupan mereka sangat daif dengan keadaan sekarang.. mereka memperkanalkan diri mereka Kamsiah 52, Rohana 22, Raihana 19, Saiyana 17, Mariana 15 dan Taufik 7.. manakala anak jiranya pula Fazura 18 dan Farah 17.. aku berjanji akan bantu mereka selepas misi kami berjaya.. aku dan Nurul keluar dari rumah tersebut setelah kelibat drone musuh telah meninggalkan kawasan kami.. lalu kami meninggalkan kawasan itu menuju ke Bangsar.. kami sentiasa berlindung apabila terserempak dengan drone musuh yang sedang membuat tinjauan.. aku diberitahu pihak musuh akan menggunakan drone untuk memantau beberapa kawasan bagi mengelak di serang oleh tentera pembebasan.. drone musuh dilengkapi dengan senjata dan amat bahaya kalau kami bertembung dengannya.. dalam perjalanan kami aku tidak menyangka rupanya masih banyak rumah berpenghuni.. kebanyakan daripada mereka tidak sempat melarikan diri meninggalkan bandar KL.. ada di antara rumah yang di huni memasang bendera musuh.. ini bermakna mereka terpaksa menjadi tali barut musuh.. hal ini di terangkan oleh Puan Kamsiah tadi.. aku sempat tinggalkan sedikit pek makanan untuk keluarga mereka kerana mereka kelihatan kelaparan..
Hampir sejam kami menempuhi jalan akhirnya kami masuk ke kawasan Bangsar.. aku lihat kami semakin kesuntukan waktu kerana cahaya pagi akan menjelang tidak lama lagi.. akhirnya kami tiba di rumah keluarga Nurul setelah dua jam berjalan kaki.. ayah Nurul terkejut dengan kehadiran kami.. kami terpaksa menunggu waktu malam untuk bergerak pulang kerana matahari telah terbit.. aku hubungi anggota ku melalui radio minta anggota ku sembunyikan kereta perisai dan mereka akan bergerak ke mari setelah hari menjelang malam kembali.. kami bersyukur keluarga Nurul selamat.. mereka ceritakan saat mereka cuba melarikan diri ke johor akan tetapi laluan ke sana telah di tutup.. nasib baik mereka sempat berpatah balik pulang kerana keadaan semakin huru hara.. stok makanan juga makin susut itu pun ayah Nurul dengar nasihat ku untuk simpan makanan yang tahan lama sebelum perang bermula.. aku suruh Nurul berehat kerana Nurul keletihan berjalan jauh.. keluarga Nurul terdiri dari lima orang termasuk Nurul.. Dato Rahman, Datin Suraya, Nurul, Rahim dan Ratna.. kelihatan di luar kadang kala terdengar beberapa pertempuran kecil antara tentera SG dan pasukan pembebasan..
Setelah menjelang malam kami mula bersedia.. kami hanya menanti masa yang sesuai untuk bergerak pulang ke Bukit Tunku.. tepat jam 11 malam aku minta anggota ku bergerak ke Bangsa.. sejam kemudian kereta perisai tiba di rumah keluarga Nurul.. kami bergegas meninggalkan rumah Nurul dan bergerak pulang ke Bukit Tunku.. aku lihat masih ada ruang dalam kereta perisai.. dalam perjalanan kami aku meminta anggota ku hentikan kenderaan di sebuah taman perumahan.. Nurul faham niat ku.. lalu aku masuk ke dalam rumah semalam yang kami ceroboh.. puan Kamsiah terkejut dengan kehadiran ku.. dia tidak menyangka aku akan kotakan janji ku.. aku meminta puan Kamsiah bergegas masuk ke dalam kereta perisai bersama anak-anaknya.. kemudian kami sambung perjalanan pulang.. sekali lagi kami terpaksa berhenti kerana ada halangan dihadapan.. sebuah pokok telah di tumbang menutup jalan semalam yang telah kami lalui.. nampaknya kami perlu mencari jalan alternative yang lain..
Setelah berundur kami cuba laluan lain tapi tidak disangka pergerakkan kami telah di kesan oleh musuh.. aku segera menyuruh anggota ku memecut laju sambil kami di kejar jeep musuh.. aku segera mengambil senjata ku.. lalu meminta anggota ku hentikan kenderaan di tepi jalan.. lalu aku turun.. Nurul ingin ikot bersama tapi aku minta Nurul jaga keluarganya dengan keluarga puan Khamsiah.. aku akan cuba halang musuh dari terus kejar kami.. kemudian kereta perisai sambung perjalanan ke Bukit Tunku yang tidak jauh dari tempat ku turun.. aku bersembunyi di balik pokok lalu aku sediakan bazooka yang ku bawa.. kelihatan jeep yang mengejar kami tadi telah muncul.. lalu aku menembak menggunakan bazooka..
bommmm..
Tepat.. jeep musuh meletup terbakar.. kemudian aku bergerak masuk ke kawasan semak samun.. akhirnya aku terjumpa apa yang aku cari.. pintu rahsia.. terowong rahsia yang aku bina sebelum perang.. lalu aku masuk dan menutup kembali pintu rahsia.. aku berjalan dalam terowong yang kecil dan gelap.. nasib baik aku bawa lampu suluh.. setelah setengah sejam berjalan akhirnya aku tiba di pintu keluar.. nampaknya kehadiran ku tidak di sedari oleh sesiapa dalam kawasan Bukit Tunku.. aku melihat Nurul, keluarga Nurul dan keluarga puan Kamsiah telah tiba di Bukit Tunku dengan selamat.. Nurul dan yang lain terkejut melihat kehadiran ku tiba-tiba muncul..
“macam mana abg ada kat sini.. risau Nurul sebab tadi Nurul terdengar bunyi letupan..” kata Nurul..
Aku hanya tersenyum..
“Mira aturkan tempat penginapan untuk keluarga Nurul dan keluarga puan Kamsiah..” arah ku..
“baik..” kata Mira..
Lega aku semuanya selamat dan Nurul nampak ceria kembali.. nampaknya selepas ini aku boleh mengatur misi rahsia untuk membantu tentera pembebasan..
ns 15.158.61.8da2