BBP Part 52 (Ace 2)
Tugas ku menjadi semakin berat.. aku harus menjaga beberapa kawasan termasuk beberapa kelab malam.. aku masih asing dengan tugas baru ku ini.. tapi kawasan ku terjaga dengan baik kerana nama ku sangat di geruni oleh kumpulan lain.. aku juga sibuk dengan urusan kuliah ku.. Kamal memberi cadangan agar aku melantik seseorang untuk jaga kelab malam ku.. lalu Kamal kenalkan aku dengan seseorang yang dia percaya iaitu Jat seorang pelajar university.. Kamal kata Jat ada ciri-ciri seperti aku sertai kumpulan Ace awal dahulu.. lalu aku menerima Jat untuk menjaga kelab ku.. selepas aku menjadi abg kawasan banyak maklumat yang aku terima tentang kesalahan yang di lakukan di beberapa kawasan milik ku.. aku hantar semua laporan ku kepada Tuan Razak.. Tuan Razak juga mengesahkan kematian Heavy tiada kena mengena dengan ku kerana Heavy mati di racun.. Tuan Razak telah serah kes Heavy pada bahagian siasatan lain untuk siasat hal ini.. walaupun aku telah di lantik menjadi abg kawasan Thaicho masih kurang percaya dengan ku.. lalu Thaicho menghantar perisiknya seorang pelajar kolej untuk menemani ku.. Baby Rina seorang yang lawa dan cantik tapi telah terperangkap dengan beban hutang nasib baik masalahnya telah di selesaikan oleh Thaicho.. kini Baby Cha terhutang budi dengan Thaicho lalu di beri tugas mengawasi aku.. aku pula mengunakan Baby Rina sebaik mungkin bagi mengaburi Thaicho tentang rahsia ku.. seminggu selepas itu kumpulan Mark mula langgar kawasan ku.. nampaknya Kanan mula bekerjasama dengan David Lee.. tapi mereka mudah aku kalahkan.. David Lee akur lalu menyerahkan beberapa kelab malam miliknya dalam KL kepada ku.. rupanya hal ini telah di rancang oleh Kamal untuk mengenakan aku tapi tidak berjaya.. aku laporkan pada Tuan Razak tentang kumpulan Mark.. 3 hari kemudian Kanan menerima nasib yang sama mati seperti Heavy dan nama ku naik sekali lagi.. setelah di siasat kematian Kanan di bunuh dengan racun dan pembunuh masih menjadi misteri pada pihak polis.. nampaknya masalah aku dengan Thaicho masih belum selesai.. Anak Thaicho pula mula buat kacau di kawasan ku.. hal itu menyebabkan aku di tahan oleh pihak polis.. tepuk dahi Tuan Razak bila mendapat tahu aku telah di tahan di balai polis.. aku masih rahsiakan kedudukan ku walaupun aku telah di tahan.. laporan ku di tarik balik lalu aku di lepaskan.. tetapi aku telah jatuh hati dengan seorang pegawai polis berpangkat Inspector..
Insp Liza.. seorang yang periang cantik menawan.. aku tertarik dengannya lalu aku mengusik Liza.. tak sangka usikan ku di layan oleh Liza.. aku mula mengharap cinta ku berputik kembali.. rupanya Insp Liza terpaksa melayan ku bukan kerana dia sukakan aku.. aku dapat tahu selepas aku berjumpa dengan Tuan Razak.. laporan terjadap ku telaj ditarik balik dan kelab malam aku bersih.. Tuan Razak memberi arahan keras pada Insp Liza untuk melepaskan aku.. Tuan Razak juga menyerahkan pada ku satu plastik hitam mengandungi satu set sut baju rasmi polis.. tapi aku tak dapat menggunakannya memandangkan aku seorang perisik.. Thaicho mendapati aku bersih setelah menyiasat tentang aku dan kelab malam ku.. aku di jemput ke rumah Thaicho untuk menyambut hari lahir anaknya.. memandangkan aku tak ambil kisah sangat tentang anak Thaicho lalu aku meminta Dira dan Mira belikan hadiah buat anak Thaicho.. Thaicho minta maaf pada ku kerana anaknya telah menyusahkan aku.. setelah itu baru aku dapat maklumat tentang keluarga Thaicho.. aku dapat mengagak anak Thaicho sengaja buat kecoh untuk dapatkan perhatian dari ayahnya.. memandangkan Thaicho ketua kumpulan Ace jadi Thaicho agak kurang beri perhatian pada anaknya.. aku juga perasan anaknya mula berubah setelah mengenali aku.. hubungan ku dengan Thaicho semakin rapat ini membuatkan aku serba salah.. Kamal dapat tahu hal ini membuatkan Kamal semakin berdendam dengan ku.. aku menerima undangan dari Liza untuk bercuti bersama.. tak sangka undangan Liza berakhir di atas katil.. Liza tewas dalam permainan ku.. aku bangga dapat menewaskan Liza yang agak angkuh pada permulaannya..
Hari yang ditunggu telah tiba.. aku mula duduki peperiksaan akhir.. segala yang ku belajar mula ku jawab di kertas peperiksaan.. setelah dua minggu aku berjuang akhirnya beban yang ku tanggung telah selesai.. cuma harapan terakhir keputusan peperiksaan yang aku nantikan dengan penuh debaran.. akhirnya Liza membuat perhitungan dengan ku sekali lagi.. aku tak sangka kali ini Liza lebih bersedia.. pertarungan yang paling hebat ku rasa.. selama 3 hari akhirnya kami berdua seri tanpa pemenang.. Liza dapat harungi segala teknik yang aku pratikan.. aku tak menyangka Liza tidak mahu mengalah..
Sebelum kami pulang ke KL aku terlihat David Lee ketua kumpulan Mark bersama Abg Long dan seorang lagi yang agak samar penampilannya.. aku mula menyiasat hal tersebut kerana ia melibatkan keluarga ku.. aku telah melaporkan hal itu pada Tuan Razak.. mengikut maklumat Tuan Razak kumpulan Mark sangat terkenal di daerah Bangi.. mereka terlibat dalam kegiatan penjualan arak.. David Lee juga mempunyai beberapa kilang haram.. kesempatan ini aku gunakan untuk menyiasat lebih lanjut hal yang mencurigakan sebelum ini.. aku menyerang kawasan kumpulan Mark.. setelah aku belasah David Lee masih tiada maklumat aku perolehi.. tapi David Lee ada memesan pada ku untuk berhati hati dengan orang yang rapat pada ku.. adakah Thaicho atau Tengku Azhar.. pada hari yang sama aku telah di panggil oleh Thaicho untuk hadir ke rumahnya.. aku terkejut kerana kelihatan kehadiran 11 orang kanan kumpulan Ace.. mereka juga terkejut melihat ku setelah aku ambil kawasan David Lee.. rupanya Thaicho ingin perkenalkan aku dengan 11 orang kanan Thaicho kepada ku.. kumpulan Mark terkubur selepas David Lee mati.. menurut Tuan Razak kematian David Lee juga sama seperti Heavy dan Kanan sebelum ini.. David Lee mati diracun.. aku jadi buntu.. siapa punya angkara dan siapa yang menjadi dalang rancangan tersebut.. tidak mungkin kerja Tengku Azhar atau adakah angkara Thaicho.. siapa orang ketiga yang telah ku lihat sebelum ini.. semua menjadi tanda tanya.. beberapa hari kemudian aku di lantik menjadi orang kanan Thaicho.. aku menjadi salah seorang dari 12 orang kanan kumpulan Ace.. kini aku setanding dengan Kamal.. aku telah diberi kawasan besar dalam KL.. tempat ku pula diberi pada Jat kerana aku percayakan Jat boleh menjadi Abg kawasan.. Kamal tidak dapat menerima keputusan Thaicho.. lalu Kamal mula merancang sesuatu untuk menjatuhkan ku.. Kamal mula lagakan aku dengan Ray..
Hari yang di tunggu telah tiba keputusan peperiksaan ku cemerlang.. lega aku satu masalah telah selesai.. pada hari Konvo Liza hadir atas jemputan ku.. Liza terkejut setelah mengenali siapa aku yang sebenar.. Bonda gembira aku telah berjaya menamatkan pelajaran ku.. Bonda percaya dengan kebolehan ku selama ini.. selepas konvo Thaicho meraikan kejayaan ku di kelab ku.. satu peristiwa penting telah berlaku.. anak Thaicho iaitu Azura ingin menjadi kekasih ku.. aku terkejut dan tak terkata.. aku nak menolak tapi Thaicho pula restui hubungan ku dengan Azura.. kini Kamal telah mendapat peluang untuk lagakan aku dengan Ray kerana Kamal tahu Ray sangat sukakan Azura.. keesokkan harinya Tuan Razak memanggil aku.. dengan keputusan yang ku miliki aku telah dinaikan pangkat ASP.. aku terkejut dengan hadiah pemberian Tuan Razak.. aku juga di beri satu sut baju polis baru.. aku wajib memakainya jika di panggil dalam urusan rasmi nanti.. Tuan Razak juga memberitahu pada ku yang dia telah merekrut anggota baru untuk mengganti tempat ku.. kemungkinan besar aku akan di serap masuk ke dalam unit polis dan bertugas di balai.. aku tak sangka tugas ku sebagai gangster akan berakhir tidak lama lagi.. agak sukar untuk aku menerimanya kerana aku telah berada jauh dalam dunia kegelapan.. aku di jemput untuk menemani Azura dalam percutiannya.. atas arahan Thaicho aku ikot perintah menemani Azura.. dalam tidak sedar aku telah jatuh cinta pada Azura setelah aku terlanjur dengan Azura.. sejak peristiwa itu bibit-bibit cinta pada Azura mula terbina di hatiku..
Hubungan ku dengan Azura semakin hari semakin menjadi-jadi.. Thaicho mula meminta aku untuk keluar dari Ace dan bina hidup baru bersama Azura jika aku mahu mengahwini Azura.. mungkin ini titik akhir buat ku berada dalam dunia kegelapan.. aku juga memulakan perniagaan ku sendiri sebagai asas kehidupan baru aku dengan Azura.. Ayahnda mendapat tahu aku telah memulakan perniagaan ku sendiri.. setelah Ayahnda melihat kejayaan ku dalam perniagaan ku Ayahnda meminta aku membantu dalam perniagaan keluarga ku.. Azura telah ku latih dengan perniagaan ku lalu aku serah perniagaan ku pada Azura.. tugas ku sebagai perisik mula ringan sejak aku dinaikan pangkat.. Tuan Razak juga sibuk dengan operasinya di Sarawak.. aku memulakan tugas dalam syarikat keluarga ku.. memandangkan pada kelayakan ku Ngku Azhar memberi tugas remeh kepada ku.. walaupun pangkat ku rendah dalam syarikat itu tidak menjadi masalah untuk aku membantu syarikat..
Dengan kekuatan syarikat aku bertungkus lumus berusaha dan akhirnya aku berjaya dapatkan satu Projek Mega.. Ayahnda bangga dengan pencapaian ku lalu aku di lantik menjadi marketing Manager.. setelah syarikat kami berjaya dalam projek mega pihak kerajaan pula mula memberi harapan kepada syarikat kami untuk mengurus beberapa projek kerajaan.. Ayahnda berpuas hati dengan kerja ku tapi tidak pada Ngku Azhar.. aku kemudian di lantik oleh Ayahnda menjadi CEO syarikat.. aku menerima panggilan dari DSP Razak untuk hadiri satu majlis khas dekat ibu pejabat polis KL.. hari tersebut merupakan hari pertama aku memakai sut pegawai polis setelah beberapa tahun aku menjadi polis.. kehadiran ku pada majlis tersebut tidak di sedari oleh sesiapa yang mengenali aku.. akhirnya aku bertemu dengan Insp Adi.. yang sangat aku kenal.. Adi adalah adik sepeguru ku dan merupakan kawan adik ku Ngku Bad.. aku tak sangka rupanya Adi anak buah Tuan Razak.. aku dapat tahu Adi telah di tugaskan dalam misi di Russia.. kemungkinan besar Adi akan di lantik menjadi ASP setelah dia di tugaskan bekerja sama dengan Interpol.. Tuan Razak juga terkejut kerana aku mengenali Adi.. sewaktu aku hendak pulang aku terserempak dengan Insp Liza.. Liza terkejut setelah mengetahui rahsia ku yang aku seorang pegawai polis.. aku meminta Liza rahsiakan hal ini kerana aku dari bahagian perisikan.. Liza meminta upah untuk aku rahsiakan hal tersebut..
Projek Ngku Azhar mula menunjukan masalah.. ini berpunca dari kesilapan Ngku Azhar sendiri.. aku pula mula menyerap Ngku Amar dan Ngku Bad ke dalam syarikat.. kerana mereka menpunyai kelulusan masing-masing dalam perniagaan.. masalah Ngku Azhar semakin meruncing setelah projeknya kerugian besar.. Ayahnda terkejut lalu jatuh sakit setelah membaca laporan projek Ngku Azhar.. dalam keadaan kesihatan Ayahnda yang tidak menentu.. Ayahnda mula menyerahkan kuasa syarikat kepada kami.. kami telah di beri saham mengikut arahan Ayahnda.. Ngku Azhar di lantik menjadi pemangku pengarah syarikat buat sementara waktu.. hal tersebut tidak di senangi oleh Ngku Azhar.. Ngku Amar telah menjumpai maklumat yang mencurigakan lalu memberitahu kepada ku.. setelah aku memeriksa beberapa kertas kerja projek Ngku Azhar aku melihat ada sesuatu yang pelik dengan maklumat yang ku terima pada projek sebelum ini.. aku mula buat siasatan dengan lebih lanjut.. aku di marah oleh Ngku Azhar setelah Ngku Azhar mendapat tahu tentang siasatan ku.. demi syarikat aku teruskan juga dengan siasatan ku.. aku memanggil Jat untuk membantu dalam siasatan ku kerana Jat punya pengalaman dalam perakaunan.. Kamal terkejut setelah mengetahui aku Tengku Adrian.. dia tidak menyangka aku anak kerabat diraja..
Menurut laporan siasatan terdapat penyelewengan telah berlaku dalam projek tersebut.. aku juga meminta bantuan pada Kak Rose dalam hal perundangan.. satu hari teka teki ku mula terjawab apabila aku melihay Ray bersama Ngku Azhar.. adakah Thaicho juga terlibat dalam hal ini.. tapi Ray bukan orang yang ku lihat sebelum ini.. aku berjumpa dengan Tuan Razak berbincang hal yang telah terjadi.. Tuan Razak memberi kebenaran untuk aku teruskan siasatan hal ini.. dalam masa yang sama aku telah melamar Azura.. lalu aku kenalkan pada Bonda.. ternyata Bonda juga menerima pilihan ku.. Azura terkejut setelah mengetahui rahsia ku.. hal ini memberi satu tamparan pada Azura kerana mengetahui aku anak kerabat diraja.. akhirnya aku ceritakan siapa diri ku yang sebenar pada Thaicho.. Thaicho tidak menyangka seorang anak kerabat diraja mampu menjadi gangster yang di geruni.. pada mulanya Thaicho tidak setuju hubungan ku dengan Azura tapi setelah aku dan Azura meyakinkan Thaicho akhirnya Thaicho terima lamaran ku pada Azura.. kami telah berbincang dan menetapkan tarikh perkahwinan kamj.. lalu aku pulang berbincang dengan keluarga ku.. aku akan lansungkan pernikahan ku dengan Azura dalam masa terdekat.. aku sempat jumpa Liza dan Kak Rose bagi membincangkan prosiding kes Ngku Azhar.. sebagai hadiah terakhir buat ku dari Kak Rose dan Liza akhirnya kami berasmara.. gandingan mantap Kak Rose dan Liza hampir menggugat ku.. dengan ilmu yang ku pelajari dari Tok Anjang dulu akhirnya aku dapat tewaskan Kak Rose dan Liza.. aku baru tahu rupanya Liza telah jatuh hati pada ku tapi sudah terlambat buat kami.. hari penting ku kian tiba.. tanda aku akan menamatkan zaman bujang ku dengan wanita pilihan hati ku.. pada hari tersebut aku bagai kera kena belacan.. tak mampu mententeramkan hati yang terlalu gembira untuk menjadi suami orang.. tiba-tiba aku menerima satu panggilan yang mengubah hidup ku.. Azura telah dicolek oleh Ray.. aku di minta untuk hadir ke tempat mereka untuk selamatkan Azura.. Thaicho hubungi aku menyatakan Ray telah mencolek Azura.. aku meminta bantuan Tuan Razak dan Insp Liza dan bergegas selamatkan Azura.. dalam keadaan kacau bilau aku berjaya selamatkan Azura.. kemudian kami di kejar oleh Ray.. aku tidak faham mengapa aku di tuduh oleh Ray kerana membunuh David Lee.. seharusnya Ray lebih mengetahui siapa yang membunuh David Lee.. jika bukan Ray maka ada dalang yang sebenar.. tapi siapa dalangnya.. akhirnya aku dan Azura kemalangan.. aku kehilangan Azura.. kemudian aku di masukkan ke dalam hospital kerana kecederaan ku.. 2 minggu aku di tahan dalam wad kerana koma.. setelah sedar aku hampir menjadi gila.. akhirnya kecederaan ku mula pulih dan aku juga telah hilang ingatan tentang apa yang terjadi 3 bulan lepas.. Tuan Razak terpaksa memberi aku pelepasan cuti kerana kesihatan ku tidak berapa baik..
ns 15.158.61.48da2