SKBB Part 63 (Interpol)
Setibanya kami di rumah.. terkejut Sari melihat rumah ku tersergam indah.. kelihatan keluarga Addy Castello bukan sebarangan keluarga..
“mulai hari ini kau jadi hamba aku dan tinggal di sini.. ingat kontrak kau.. kalau kau lupa.. jangan salah kan aku kalau aku ambil tindakan..” kata Zura..
Kemudian kami masuk ke dalam rumah.. terkejut mereka semua melihat Tasha.. sesungguhnya mereka semua mengenali Tasha sebelum ini..
“kenalkan ini adik kepada master iaitu Dira dan Mira.. yang ini pula isteri master no.2 puan Irah.. yang ini pula no.3 puan Leha dan yang ini no.4 puan Nurul.. yang ini kekasih master puan Sya.. kenalkan semua ini Sari.. dia telah tandatangan kontrak baru dengan identiti baru.. Sya bawa dia ke bilik dia..” kata Zura..
“terima kasih Ratu..” kata Sari..
Pehh termenung aku sekejap melihat Zura berubah sama sekali..
“abg termenung kenapa tu..” tanya Zura..
“Ratu nie garang sangat..” kata ku..
“kalau Zura tak garang orang akan pijak kepala kita.. jadi sebelum dorang pijak kita kena pijak dorang dulu..” terang Zura..
“geram abg tengok Zura.. hehehe..” kata ku..
“alaaa.. Zura letih la sayang..” merengek Zura..
lalu Zura meninggalkan aku..
Dua hari kemudian aku di panggil ke IPK KL.. Sari terkejut melihat aku memakai seragam pegawai polis.. tidak di sangka olehnya Addy Castello sebenarnya polis.. aku bergerak ke IPK KL.. kelihatan SP Razak menantikan kehadiran ku bersama pegawai Interpol, pegawai Polri, pegawai maritim dan pegawai tentera laut.. aku hadiri taklimat tertutup.. satu operasi akan di jalankan melibatkan Indonesia dan Malayan.. operasi ini bagi membenteras kegiatan penyeludupan sempadan antara dua negara.. tugas aku di kehendaki menyalurkan maklumat tentang operasi penyeludup.. aku akan menyusup masuk ke Indonesia secara rahsia.. selesai taklimat aku di panggil oleh SP Razak..
“nampaknya kamu telah selesai masalah dengan kumpulan Mark dalam 1 hari.. tahniah..” kata SP Razak..
“terima kasih tuan.. emm.. tuan operasi nie kenapa kami kena masuk Indonesia..” tanya ku..
“kita di beritahu hal ini melibatkan Shadow Hand.. memandangkan ASP Adi ada pengalaman jadi pihak Interpol mahu unit kamu benteras Shadow Hand di Indonesia..” terang SP Razak..
“bila kami akan berangkat..” tanya ku lagi..
“dua hari lagi.. kamu akan berangkat melalui jalan tikus.. ini kerana kamu akan menyamar menjadi pembeli.. kamu atur rancangan ini dengan teliti.. jangan sampai tertangkap..” kata SP Razak..
“baik tuan..” kata ku..
Setelah aku pulang lalu aku maklumkan pada Zura tentang operasi ku.. mungkin mengambil masa yang lama jadi aku minta Zura uruskan hal rumah bila ketiadaan ku..
“abg.. kalau Zura nak tambah pengawal dengan maid boleh tak.. emm takpe semua Zura akan tanggung..” kata Zura…
“baiklah.. terpulang dekat sayang.. pastikan sayang jaga keselamatan anak-anak kita sama..” kata ku..
Aku ke hospital bersama Zura melawat Man Tiger.. keadaan Man Tiger sudah stabil..
“terima kasih Addy sebab uruskan hal Ace.. tak sangka Ace di langgar oleh Mark..” kata Man Tiger..
“takpe Man memang tugas aku gantikan kau tapi mulai esok aku serah tugas ku pada Bob sebab aku ada mesyuarat dekat Indonesia.. mungkin lama sebab aku nak kena deal stok barang dekat sana..” kata ku..
“kalau kau nak dapat harga murah.. baik kau jumpa Wak Doyok.. Sebab dia ada kaki dekat sana.. semua benda dia ada..” kata Man Tiger..
“baik lah.. aku dan Zura pulang dulu.. nanti kalau kau dah sihat dan keluar dari hospital aku minta Bob serah kembali tugas pada kau.. akak jaga abg man baik-baik..” kata ku..
“terima kasih Addy.. Zura sebab datang melawat..” kata Kak Mun..
Aku dan Zura berangkat pulang tapi sebelum tu aku berjumpa dengan Wak Doyok..
“Kabare.. wes mangan opo urung..” kata Wak Doyok..
“wes Wak..” kata ku..
“jeneng mu sopo.. kue wes rabi..” kata Wak Doyok..
“saya Addy kawan Man Tiger.. maaf Wak bahasa jawa saya berkarat sikit..” kata ku..
“hahaha.. begitu rupanya.. ada apa hajat kamu kemari.. adakah kamu mahu berkahwin.. Wak boleh aturkan..” tanya Wak Doyok..
“eh tidak.. ini isteri saya.. kouta saya pun sudah penuh.. tujuan saya datang sebab ingin berdagang..” kata ku..
“oh.. apa barang yang kamu cari..” tanya Wak Doyok..
“saya ingin mencari tepung putih cap duit.. adakah wak tahu siapa patut saya cari..” tanya ku..
“emm tepung cap duit.. berapa banyak yang kamu cari..” tanya Wak Doyok..
“kalau boleh yang baik dan tahan lama..” kata ku..
Lalu Wak Doyok menulis sesuatu pada kertas kemudian serah kepada ku..
“ini alamatnya.. kamu cari di sini.. cari Wak Gani.. dia bisa bantu kamu.. katakan Wak Doyok kirim Sanga Loro Telu Papat..” kata Wak Doyok..
“baik lah Wak.. terima kasih..” kata ku..
Lalu aku pulang bersama Zura.. selepas hantar Zura ke rumah aku bergerak pula ke markas.. aku menyemak tugas pegawai ku..
ASP Suhaimi - Johor- kes D587A
SP Zahra - KL
ASP Adi - KL- kes B211
Insp Guna - KL- kes B871
Insp Shikin - Perak- kes J571
Insp Wong - Penang- kes T732
Insp Adnan - KL
Insp Wani - KL
Insp Jian - Pahang- kes G435
nampaknya Zahra, Adnan dan Wani free takde urus kes siasatan.. kata hati ku.. lalu aku memanggil mereka bertiga datang berjumpa dengan ku..
“saya memanggil kamu bertiga untuk satu operasi mengesan rancangan penyeludupan dadah besar besaran kerana Interpol dapat maklumat terdapat stok dadah kini berada di Indonesia.. stok ini akan di seludup ke negara kita.. Wani kamu akan bertugas di sini menjaga bilik operasi.. tugas kamu salurkan maklumat pada Tuan Razak.. Zahra dan Adnan akan ikot saya ke Indonesia..” kata ku..
“bila kita akan bertolak tuan.. berapa lama operasi kita..” tanya Zahra..
“besok malam kita bertolak melalui jalan tikus.. paling singkat seminggu mungkin akan lebih lagi.. Adnan kemungkinan kamu akan menetap di Indonesia..” kata ku..
besoknya kami bertiga berkumpul dekat jeti..
“ingat aku Addy Castello ketua kumpulan Ace.. kamu berdua pembantu aku.. ini operasi perisikan.. pastikan kamu guna indentiti perisikan yang telah di beri..” kata ku..
“baik tuan..” kata Zahra dan Adnan..
akhirnya kelihatan kapal tiba di jeti.. kami di bawa oleh Juragan Jerong ke seberang..
“apa hajat tuan ke seberang..” tanya Juragan..
“mencari barang dagang untuk pasaran..” kata ku..
“kalau begitu tuan bagi tahu saja pada saya nanti boleh saya tolong hantarkan.. jasa tuan sebelum nie belum terbalas oleh saya..” kata Juragan..
“hahaha boleh saja..” kata ku..
Aku melihat mata Juragan dari tadi asyik memandang Zahra.. boleh tahan miang Juragan nie.. setelah 4 jam setengah akhirnya kami tiba pengkalan Lunang, Sumatera.. kemudian kami dapatkan kereta sewa lalu bergerak ke Medan.. setibanya di Medan aku dan yang lain menyewa bilik motel.. setelah berehat aku dan Adnan bergerak ke Pengkalan Brandan.. di sana aku berjumpa dengan Wak Gani.. lalu aku khabarkan salam Wak Doyok pada Wak Gani..
“Sanga loro telu papat..” kata ku..
“hahaha.. bisa di atur.. apa yang kamu perlukan..” tanya Wak Gani
lalu aku ceritakan kehendak ku..
“emm.. malam ini kamu datang ke sini tanpa bawa teman.. jangan risau keselamatan kamu tanggungjawab gue..” kata Wak Gani..
Kami pulang dan ikot rancangan Wak Gani.. bila hari mula gelap aku dan Adnan keluar kembali menuju tempat Wak Gani..
“Nan.. aku nak kau tunggu aku dalam kereta.. tunggu sampai aku hubungi kau..” kata ku..
“baik boss..” kata Adnan..
Kemudian aku masuk ke dalam kedai Wak Gani dan Adnan bergerak meninggalkan aku..
“bagus kamu udah sampai.. mari ikot gue..” kata Wak Gani..
Lalu kami bergerak menaiki bot melalui jalan laut.. setengah jam kami sampai ke sebuah jeti.. kemudian kami bergerak masuk ke sebuah gudang yang agak terselindung..
“kenalkan ini Ajis.. ini kawasan dia.. Ajis kenalkan ini Addy Castello ketua kumpulan Ace..” kata Wak Gani..
Terkejut aku Wak Gani tahu identiti ku tanpa aku beritahu sebelum ini.. Ajis juga terkejut kerana dapat berjumpa dengan ku..
“tidak gue menyangka dapat jumpa ketua baru kumpulan Ace.. sebelum ini saya berurusan sama Thaicho dan Kamal.. apa khabar Man Tiger..” tanya Ajis..
“hahaha nampaknya kamu kenal semua orang Ace.. Man Tiger kena langgar minggu lepas dengan kumpulan Mark..” kata ku..
“budak Ryan tu bodoh tidak tahu apa-apa.. masih mentah..” kata Ajis..
Aku tidak menyangka Ajis tahu banyak benda.. lalu aku di bawa masuk ke dalam gudang.. terperanjat aku melihat pelbagai senjata ada di simpan dalam gudang.. kemudian kami ke gudang sebelah kelihatan makmal memproses dadah.. lalu aku di bawa masuk ke dalam bilik pejabat..
“wah tak sangka ada banyak senjata di sini..” kata ku..
“biasa la orang berdagang.. kenapa.. berminat.. kalau minat gue bisa bagi harga potongan 50%..” kata Ajis..
“minat tu memang minat cuma buat masa ini saya perlukan tepung putih cap duit.. untuk di masak..” kata ku..
“emm dadah mampat harganya mahal.. stok kami juga sudah berkurangan.. kenapa tidak ambil yang serbuk saja..” tanya Ajis..
“serbuk senang di hidu.. susah di hantar..” kata ku.
“kamu memang bijak.. jika kamu mahu juga stok baru akan sampai dari Thailand dalam masa dua hari lagi.. jadi kalau kamu boleh tunggu..” kata Ajis..
“baik lah kalau begitu.. oh ya ini yang saya mahukan..” kata ku..
lalu aku serah senarai kertas pada Ajis..
“huhu banyak nie.. baik lah.. dua hari lagi kita bertemu di sini..” kata Ajis..
Aku dan Wak Gani pulang kembali.. selepas itu Adnan ambil aku lalu di bawa ke motel.. aku sempat suruh Zarah cek out lalu sewa motel yang lain kerana aku rasa kami sedang diekori semasa dalam perjalanan pulang.. antara orang suruhan Ajis atau orang suruhan Wak Gani mengekori kami.. sampai di motel aku dan Adnan masuk ke dalam bilik masing-masing.. ini kerana mereka hanya tahu kami berdua saja yang berusan dengan mereka.. aku melihat di tingkap kelihatan kereta yang mengekori kami tadi memakir di seberang jalan..
tokkk.. tokk.. tokkk..
Pintu bilik ku di ketuk.. lalu aku membukanya.. terkejut aku melihat seorang lelaki memegang pistol di acu ke arah ku..
"siapa kamu.." tanya lelaki itu..
"saya Addy.. siapa kamu.." tanya ku..
"gue Harianto.. gue lihat kamu keluar dari tempat Wak Gani.. apa urusan kamu di sana.." kata Harianto..
“saya membeli barang.. salah ke saya beli kain..” kata ku..
“kamu fikir pihak polri tidak tahu urusan kamu..” kata Harianto..
Rupanya Harianto seorang anggota polri.. aku tak boleh membocorkan maklumat dan identiti ku.. lalu aku keluarkan nota pesanan dari kedai Wak Gani kemudian serah pada Harianto..
“emm baik lah..” kata Harianto lalu meninggalkan ku..
Rupanya Wak Gani dalam siasatan polri.. kemudian aku hubungi markas lalu memberi maklumat yang aku terima.. aku minta Zahra siasat tentang Harianto..
Besoknya aku dan Adnan pusing bandar Medan.. aku rasa kami masih di ekori.. kami singgah beberapa tempat cuba mengaburi pihak polri..
pada malam harinya..
tukkk.. tukkk.. tukkk..
Pintu bilik ku di ketuk.. lalu aku buka.. kelihatan seorang gadis yang tidak di kenali.. gadis tersebut memberitahu Adi yang hantar dia untuk berjumpa dengan ku.. namanya Santy dari polri bahagian perisikan.. aku memanggil Adnan datang ke bilik ku lalu kenalkan Santy pada Adnan.. aku meminta Santy sediakan tempat penginapan buat Adnan kerana Adnan akan menetap dekat sini untuk teruskan siasatan selanjutnya.. Santy akan bekerjasama dan bantu Adnan selepas ini..
Besoknya pula aku seperti dalam rancangan aku bergerak ke kedai Wak Gani.. setibanya di sana aku lihat muka Wak Gani macam serba salah.. kelihatan ada dua orang pelanggan sedang melihat kain dalam kedai Wak Gani..
“Wak.. kain yang saya pesan sudah sampai..” tanya ku..
“maaf pak.. kain yang di pesan belum sampai..” kata Wak Gani..
“hari tu Wak kata boleh di sediakan hari ini..” kata ku dengan marah..
“maaf pak.. hanya ini yang ada buat masa ini.. setelah barang baru masuk lagi.. saya akan hubungi dengan segera..” kata Wak Gani..
Wak Gani serba salah dengan ku.. lalu membawa dua bungkusan plastik hitam lalu di berikan kepada ku.. tiba-tiba beberapa anggota polri di ketuai oleh Harianto serbu kedai Wak Gani lalu menahan aku dan Wak Gani.. dua orang pelanggan tadi rupanya mata-mata polri.. beg plastik tadi di rampas oleh pihak polri.. lalu di buka kelihatan bermacam kain ela dan kain batik..
“kenapa nie..” kata ku..
“kami polri.. kami menerima aduan ada perniagaan terlarang di sini..” kata Harianto..
“beli kain benda terlarang.. maaf saya masih baru di sini.. saya tidak tahu jual beli kain di sini tidak boleh..” kata ku..
Bungkusan tadi di tunjukkan pada Harianto.. terkejut Harianto kerana barang yang di lihatnya bukan seperti yang di laporkan..
“maaf pak.. saya sudah tersilap.. ayuh..” kata Harianto..
Lalu anggota polri dan Harianto meninggalkan kami.. lega Wak Gani bila kami terlepas..
“adakah ini perangkap..” tanya ku pada Wak Gani..
“maaf gue juga terkejut.. gue tidak ada kena mengena dalam hal ini..” kata Wak Gani..
“saya sudah diekori oleh mereka dua hari yang lalu selepas pulang dari sini.. jadi siapa yang memasang perangkap.. adakah Ajis..” tanya ku..
“Ajis beritahu barang mereka telah di tahan sebelum sempat sampai pada Ajis.. gue akan siasat hal ini sama Ajis.. tunggu gue di jeti malam ini.. pastikan tiada yang ikot..” kata Wak Gani..
Kemudian aku keluar dari kedai sambil membawa dua beg plastik hitam tadi.. lalu Adnan datang ambil aku kemudian kami kembali ke motel..
“Adnan aku nak kau pergi jumpa Juragan Jerung.. kata kita akan pulang dalam masa terdekat.. aku nak kau tunggu di sana dan siasat tentang Juragan Jerung.. nampaknya ada orang beri tips tentang operasi kita..” kata ku..
“baik tuan..” kata Adnan..
Petang tu Adnan cek out lalu ke Pengkalan Lunang.. aku menahan teksi lalu bergerak ke Jeti.. hampir sejam aku menunggu tapi tidak kelihatan sesiapa pun.. tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang.. rupanya Wak Gani.. kemudian kami menaiki bot menuju ke tempat Ajis.. setibanya tempat Ajis.. aku lihat Ajis dalam keadaan marah..
“maaf pak barang yang di janjikan tidak bisa di terima..” kata Ajis..
“maksud kamu..” tanya aku..
“kapal yang bawa barang stok telah di tahan oleh pihak berkuasa.. ini pasti ada orang yang bocorkan maklumat..” kata Ajis..
“jadi kamu tahu siapa yang bocorkan maklumat..” tanya ku..
Tiba-tiba orang-orang Ajis mengepung aku dengan bersenjata.. lalu di acukan ke arah ku..
“maaf pak.. gue lagi sangsi.. kerana hanya gue.. Wak Gani dan kamu tahu rancangan ini..” kata Ajis..
“huhuhu.. adakah kamu pasti itu aku atau kamu yang cuba memerangkap aku dan Wak Gani..” kata ku..
“kamu kata apa.. tidak gue faham..” kata Ajis..
“dua hari lepas polri mengekori saya dan siang tadi polri menyerbu Wak Gani dan cuba menahan saya.. mana bisa saya tahu kapal apa yang bawa barang kamu.. hanya kamu sendiri yang tahu..” kata ku..
“jangan percaya kata dia..” kata Erin..
tiba-tiba Erin muncul di belakang Ajis.. terkejut aku Erin ada di sini..
“ooo.. jadi ini sebenarnya sandiwara kamu..” kata ku..
“sandiwara apaan.. Erin yang beritahu kepada ku siapa kamu sebenarnya..” kata Ajis..
“dia ada bagi tahu kamu mengapa dia berada di sini.. apa sebenarnya terjadi pada dia..” tanya ku..
“dia hanya beritahu kamu jual dia ke sini setelah bunuh abgnya..” kata Ajis..
Lalu aku ceritakan semuanya.. Erin terduduk kerana rahsia sebenar telah di bongkar oleh ku.. terkejut Wak Gani dan Ajis setelah mendengar cerita ku..
“sekarang aku tahu siapa yang melaporkan kepada polri..” kata ku..
Lalu senjata Ajis di acukan pada Erin dan Erin terkejut..
“sia-sia aku beli kau untuk jadi isteri ku.. rupanya kau yang bocorkan pada polri..” kata Ajis..
“aku.. aku hanya mahu balas dendam.. itu saja..” kata Erin..
banggg..
Ajis lepaskan tembakan tepat ke dada Erin.. lalu Erin rebah tidak bernyawa..
“maafkan aku Addy sebab aku tidak tahu hal sebenarnya..” kata Ajis serba salah..
“benda dah jadi.. nampaknya aku pulang dengan tangan kosong..” kata ku..
"begini.. barang baru akan sampai lagi dalam masa dua bulan.. nanti kapan sudah tiba gue sendiri akan hantarkan.. sebagai ganti gue hadiahkan sekotak senjata dan peluru sebagai hadiah ganti.." kata Ajis..
Lalu aku di bawa ke gudang senjata.. aku memilih beberapa senjata tambahan setelah Ajis berjanji menjualnya dengan separuh harga pasaran.. lalu aku minta Ajis hantarkan barang tersebut 3 hari kemudian pada Juragan Jerung.. aku pulang ke motel dan Zahra menunggu aku di sana.. Wak Gani serahkan 2 lagi bungkusan plastik mengandungi kain dari kedainya sebagai hadiah kepada ku..
“macam mana tuan..” tanya Zahra..
“emm.. rancangan kita berjaya.. banyak maklumat kita perolehi.. nampaknya kita kena pulang dahulu.. macam mana dengan Harianto..” tanya ku..
“Harianto atau lebih dikenali Inspector Harianto merupakan polri bahagian narkotik.. dia menerima laporan dari seorang wanita tentang tuan..” kata Zahra..
“baik lah kita bergerak pulang..” kata ku..
Malang sungguh nasib Erin.. kerana dendam membawa mati.. lalu aku dan Zahra bergerak ke Pengkalan Lunang.. setelah bertemu Adnan dan Juragan Jerung kami kembali semula ke Malayan ikot laluan tikus.. Adnan pulang kembali ke Medan untuk mengatur siasatannya bersama Santy..
Setibanya di rumah aku terkejut melihat suasana rumah ku telah berubah.. kelihatan semua sedang menantikan kepulangan ku dan aku lihat ada pertambahan orang dalam rumah ku..
“maaf abg.. pasti abg terkejut.. Zura dah gantikan maid lama dengan lantik 4 orang maid baru.. Zura juga lantik 4 orang anggota keselamatan wanita untuk rumah kita.. mereka nie semua terlatih dan pandai guna senjata.. semua kenalkan ini tuan besar.. ucapkan salam..” kata Zura..
“selamat pulang tuan besar..” kata semua..
"abg Zura kenalkan.. dari kanan namanya Ciku, Grace, Noi dan Anis.. Sari di lantik jadi ketua maid.. barisan pengawal pula.. dari kanan namanya Ida, Reha, Yuni dan Nor.." terang Zura..
Aku lihat pada Irah dan Nurul.. mereka hanya tersenyum melihat ku.. lidah aku kelu.. seminggu aku tinggal dah lain rumah impian ku jadinya.. pehh maid aku pula Zura pilih lawa-lawa dan seksi mengenakan baju maid khas.. anggota kesalamatan pun lawa-lawa.. tiga bilik belakang telah di serahkan pada maid dan pegawal keselamatan.. macam aku kena tambah bilik lagi macam nie.. malam tu aku mula bahagikan barang yang aku terima dari Wak Gani.. seronok isteri ku dapat kain batik dan kain ela yang sangat berkualiti tinggi.. aku juga hadiahkan kepada maid dan pengawal keselamatan ku.. separuh lagi aku minta Zura beri pada Bonda dan ahli keluarga ku yang lain.. besoknya aku siapkan laporan ku kemudian serahkan kepada SP Razak dan pihak Interpol.. dua hari kemudian aku menyuruh Bob ambil barang dekat jeti dengan Juragan Jerung..
Kelihatan Man Tiger sudah keluar dari hospital.. aku meminta Man Tiger tubuhkan kumpulan budak-budak baju merah.. tujuannya aku mahu kumpulan Ace memiliki anggota yang mahir menggunakan senjata.. aku juga tubuhkan syarikat keselamatan untuk budak-budak baju merah bekerja di sana.. senjata yang aku perolehi pula di simpan di tempat rahsia.. dekat rumah aku lihat Sari dan maid yang ada telah di latih oleh Zura.. nama Zura pun sudah di gantikan dengan panggilan Ratu.. semua kerja rumah dan menjaga anak di lakukan sepenuhnya oleh maid..
“Sya macam mana cafe..” tanya ku..
“boleh tahan la.. sekarang kita ada 5 cawangan dan akan buka lagi 2 cawangan baru.. sebab sambutan menggalakkan..” kata Sya..
“nie pasal maid apa cerita..” tanya ku..
“Zura kata abg benarkan.. yang lain ikot jelah.. lagi pula rasanya bagus juga semua kerja teratur dan keselamatan terjamin.. cuma agak over sikit bila kami di panggil mem.. manakala Zura di panggil Ratu hehehehehe..” gelak Sya..
“aiii gembira nampak.. kutuk ekk..” kata Zura..
tiba-tiba Zura muncul..
“emm sayang sape urus bahagian keselamatan..” tanya ku..
“mula nak serah kat Leha tapi Leha pun sibuk..” kata Zura..
“emm baiklah.. macam tu abg akan handel mereka..” kata ku..
Zura setuju dengan permintaan ku.. aku kumpulkan mereka berempat lalu aku bawa ke garage.. aku keluarkan semua kereta kemudian jadikan garage sebagai tempat latihan.. Shida atau nama panggilan Ida.. berumur 24 tahun mahir menggunakan senjata.. bekas pelatih tentera memiliki rupa paras dan badan yang menawan.. Noreha atau Reha berumur 21.. mempunyai kemahiran bermain pisau.. berbadan kecil sedikit dari yang lain.. Yuni atau nama sebenar Yusnani.. berumur 22 dan merupakan bekas pelatih polis.. mahir menggunakan senjata dan memiliki tubuh badan agak besar sedikit.. Norhuda atau Nor berumur 23 memiliki kemahiran pertahankan diri.. juga memiliki badan yang menawan..
Sebelum aku melatih mereka menggunakan senjata aku meminta mereka membaca kontrak kerja kemudian meminta tandatangan kalau mereka setuju.. skop kerja mereka selama 15 tahun menjaga keselamatan rumah dan penghuni rumah.. mereka juga perlu menyimpan rahsia seumur hidup atau mereka akan di kenakan tindakan jika membocorkan rahsia.. selepas mereka faham lalu mereka tandatangan kontrak kemudian serah kepada ku.. lalu aku bawa mereka masuk melalui pintu rahsia.. laluan pintu rahsia menuju ruang bawah tanah.. ruang bawah tanah telah ku ubah kini memiliki 1 bilik monitor cctv, 1 bilik senjata dan 1 bilik lapang sasar.. terkejut mereka kerana aku memiliki ruang rahsia bawah garage.. aku terangkan fungsi bilik rahsia kemudian aku meminta mereka buat latihan menggunakan senjata.. Ida dan Yuni tidak kekok menggunakan senjata walaupun tidak berapa cekap.. tapi agak masalah buat Reha dan Nor.. kemudian kami keluar dari bilik rahsia lalu ke garage.. aku mula sesi pertahankan diri.. ternyata Reha dan Nor agak cekap bertarung berbanding Ida dan Yuni.. kini aku tahu kelebihan dan kekurangan mereka.. aku menetapkan hari selasa mereka akan buat latihan menggunakan senjata dan hari rabu latihan seni pertahankan diri.. tugas mereka pula sorang akan duduk di pos kawalan dan seorang akan duduk dalam bilik monitor bawah tanah.. mereka akan berganti ikot shif yang di tetapkan..
“macam mana dorang..” tanya Zura..
“abg tengok dorang separuh mahir.. nanti abg akan latih mereka.. dorang akan ikot latihan silat kita.. abg juga minta mereka tandatangan kontrak rahsia..” kata ku..
“kalau macam tu apa kata abg buat sama pada maid kita..” kata Zura..
“baik lah panggil dorang..” kata ku..
Lalu Zura memanggil semua maid datang berjumpa dengan ku.. Tasha atau di kenali sebagai Sari berumur 21 mahir dalam pengurusan telah di lantik oleh Zura menjadi ketua maid.. Ciku atau nama sebenar.. Cik Ku berumur 21 dan mempunyai kemahiran memasak.. di tugaskan memasak 3 kali sehari.. Grace Wong atau Grace berumur 20 dan mahir mengemas rumah dan mengurut.. Zura mengambil Grace walaupun berbangsa cina.. Noi atau Norin berumur 22.. mahir mengendalikan bayi dan budak-budak.. dia di tugaskan menjaga anak-anak.. Noranis atau Anis berumur 20.. mahir memasak dan mengemas.. dia di tugaskan membantu Cik Ku dan kadangkala membantu Grace.. kemudian aku menyerahkan kontrak kepada mereka sama seperti aku serahkan pada unit keselamatan.. mereka akan bertugas selama 15 tahun dan di kehendaki menyimpan segala rahsia.. mereka bersetuju kemudian serahkan kontrak kepada ku.. aku beri mereka pilihan untuk ikot kursus housekeeping jika mereka berminat.. selain itu aku mereka juga boleh ikot latihan seni pertahankan diri setiap hari rabu yang akan di latih oleh Adi..
dua hari kemudian aku di panggil oleh SP Razak..
“tahniah kerana Interpol berpuas hati dengan maklumat kamu berikan.. bagaimana perkembangan misi kamu..” tanya Tuan Razak..
“tuan.. dalam misi yang lepas tiada tanda-tanda campur tangan Shadow Hand.. kebanyakan mereka adalah penyeludup biasa.. mereka sentiasa dapatkan bekalan senjata dan dadah dari Thailand..” kata ku..
“dengan kerjasama Interpol, polis marin, tentera laut dan polri.. mereka berjaya menahan kapal membawa dadah dan senjata.. tapi kita perlu hati-hati lagi.. bagaimana dengan pegawai kamu..” tanya Tuan Razak..
"Adnan kini bertugas di Indonesia bagi meneruskan siasatannya.. dan yang lain pula mereka semua sedang siasat dengan tugas yang di beri.. cuma kini saya ingin mereka lebih terlibat dalam misi luar tuan.." kata ku..
“saya akan tambahkan lagi pegawai kamu yang lebih berkemahiran dalam siasatan..” kata Tuan Razak..
“terima kasih tuan..” kata ku..
Man Tiger minta aku datang ke Yayasan Ace kerana ada benda hendak di bicangkan.. dalam perbincangan tersebut aku di jemput untuk hadir satu majlis perjumpaan keluarga besar.. aku terkejut kerana baru tahu ada majlis keluarga besar.. ia adalah perjumpaan keluarga gangster setiap negeri.. perjumpaan di adakan setiap 5 tahun sekali dan kali terakhir keluarga Ace di wakili oleh Kamal..
ns 15.158.61.46da2