LDBB Part 73 (tumbang)
Selesai urusan jenazah dikebumikan aku mula mengatur langkah.. hal ini bukan hal kecil yang ku lihat kerana ia menjadi semakin serius.. serangan pada hari pernikahan Mira dan serangan di rumah ku masih tiada penyelesaian dari pihak polis.. aku mula risau akan keselamatan keluarga ku.. di sebelah petangnya aku dan Adi serta beberapa budak-budak Ace bergerak ke rumah ku.. walaupun mayat musuh sudah di uruskan oleh pihak polis tapi kesan darah masih kelihatan di mana-mana.. aku meminta Adi untuk mencari kontractor bagi membantu ku membersihkan kawasan rumah, menggantikan pintu dan cermin serta menggantikan pintu pagar yang telah dirempuh sebelum ini..
"tuan.. banyak juga kerosakan nie.." kata Adi..
"emm.. sebiji Mercedes.. sebiji alphard.. besok kau suruh dorang siapkan rumah dulu.. kete tu kemudian kita atur.. entah lah boleh claim insurance ke tak.." kata ku..
Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta memakir di hadapan rumah.. rupanya Zura dan yang lain pulang ke rumah.. pengawal ku dan maid turut ikot bersama sambil masing-masing bawa senjata.. aku tengok dah macam geng mafia dorang nie..
"kenapa sayang pulang ke sini.. kan bahaya.." tanya ku..
"Zura dapat tahu abg datang ke sini.. tujuan Zura pulang sebab nak ambil pakaian dan dokument penting yang tertinggal.." kata Zura..
"emm.. baik lah.. lekas sayang berkemas nanti abg akan minta budak-budak Ace tingkatkan kawalan.. tapi kita tak boleh berada lama di sini.. Abby kamu kutip semua srnjata dan peluru di stor senjata.. bawa semua sekali.." kata ku..
"baik tuan.." kata Abby..
Budak-budak Ace mengawal ketat seluruh kawasan rumah sementara Zura dan yang lain bergegas mengemas apa yang patut untuk di bawa ke rumah Bonda.. aku meminta Reko bawa baju samurai milik ku hadiah dari Mitsu Tanake.. aku sempat menutup kembali laluan rahsia yang menuju ke workshop di bawah bukit.. setelah mereka siap kami konvoi pulang ke rumah Bonda.. sebiji toyota alphard yang terselamat dari serangan tempoh hari di gunakan untuk mengangkut semua pakaian dan barang-barang di pandu oleh Sya.. Zura pula membawa keluar kereta mazda rx7 fd miliknya lalu di bawa ke Bukit Tunku.. aku juga bawa kereta mazda rx7 fd milik ku ke Bukit Tunku..
"sayang kenapa nie.." tanya ku..
"Irah macam tak berapa sihat.." kata Irah..
Malam tu aku bawa Irah ke hospital University.. risau aku takot Irah mengalami kecederaan dalaman.. setelah Irah di periksa oleh doktor nampaknya Irah telah di sahkan mengandung 3 bulan.. lega aku rasa Irah tidak apa-apa tapi dalam keadaan sekarang aku mula bertambah risau..
dua hari kemudian..
Kami menerima kunjungan kehadiran peguam keluarga yang telah di lantik oleh Ayahnda sebelum ini.. kemudian semua ahli keluarga berkumpul untuk mendengar wasiat Ayahnda dari peguam.. dalam wasiat tersebut ada Ayahnda menyatakan sekiranya Ayahnda mangkat kuasa keluarga akan ditadbir oleh Ngku Azhar dan di lantik menjadi Raja Azhar.. memandangkan Ngku Azhar juga terkorban dalam insiden sebelum ini maka aku di amanahkan menjadi pemegang amanah dan di lantik menjadi Raja Adrian.. memandangkan semua ahli keluarga setuju maka kuasa di amanah sepenuhnya kepada ku.. kini aku di kenali sebagai Raja Adrian.. tapi aku ebih suka orang panggil aku Raja Addy.. aku meminta peguam menguruskan hal berkenaan keluarga Ngku Azhar.. aku juga menulis warkah lalu diutuskan pada Ayahnda Sultan setelah Ayahnda Sultan menghantar warkah takziah kepada keluarga ku.. dalam warkah yang ku balas tersebut aku meminta Ayahnda Sultan berhati hati kerana musuh tidak di jangka dan apa yang bakal terjadi tidak lama lagi.. beberapa infomasi tentang Shadow Hand juga turut aku beritahu agar Ayahnda Sultan tidak tersalah langkah..
Petang tu aku keluar bersama pengawal ku, Reko dan Adi.. kami bergerak menuju ke kelab malam milik ku.. nampaknya kelab malam ku hangus di bom oleh Shadow Hand.. sederet rumah kedai menerima nasib yang sama termasuk markas ku.. aku memeriksa kelab ku kemudian aku melihat peti besi milik ku terselamat dari letupan.. lalu aku keluarkan sejumlah wang dan pedang samurai hadiah dari Mitsu Tanake..
"nampaknya total lost tuan.." kata Adi..
"nampaknya mereka memang menyasar kapada aku sebab tidak mahu bekerjasama dengan mereka sebelum ini.." kata ku..
Malam tu aku mengadakan perjumpaan tergempar keluarga gangster secara rahsia.. cuma keluarga Wanda tidak di jemput dalam perjumpaan kali ini.. dalam perjumpaan tersebut keluarga Wanda di sahkan sebagai pengkianat dalam insiden sebelum ini yang melibatkan Shadow Hand.. aku meminta semua keluarga bersedia kemungkinan sesuatu yang buruk akan terjadi.. jika benar hal ini terjadi sekurang kurangnya semua sudah bersedia.. Don Rafi selaku pengerusi keluarga setuju dengan pandangan ku setelah meneliti apa yang telah berlaku akhir-akhir ini.. aku juga menerima ucapan takziah dari semua ahli keluarga gangster sebelum mereka pulang.. Man Tiger juga menyerahkan jawatan ketua kumpulan Ace kepada ku seperti yang dia janji kan.. aku tak dapat menolak permintaan Man Tiger kali ini..
Kemudian aku adakan satu lagi perjumpaan rahsia antara yang aku jemput untuk hadir..
Man Tiger - Kumpulan Ace 775Please respect copyright.PENANAbgOLUiqOfe
Major Bahrom - Tentera Armour Diraja 775Please respect copyright.PENANAWbVzLffnYo
DR Amin - Hospital University 775Please respect copyright.PENANAOOCG4poi0w
SP Razak - Polis Diraja 775Please respect copyright.PENANANfKj9ramrF
Major Ku Din - Tentera Jurutera Diraja 775Please respect copyright.PENANAa0f880iCVs
En. Mazlan - Pasaraya Jaya
Kami mengadakan perbincangan penting dan aku memerlukan bantuan dari mereka.. pada mulanya mereka berkata aku terlalu taksub dengan keadaan yang telah menimpa keluarga ku.. aku bagi masa pada mereka untuk buat persedian dan sekiranya hal ini betul-betul berlaku secara terus mereka terlibat dengan ku.. aku juga meminta mereka buat satu senarai kecemasan jika berlakunya darurat.. aku meminta bantuan Major Ku Din untuk memeriksa keadaan Bukit Tunku.. menurut Major Ku Din kelihatan terdapat beberapa kawasan yang agak lemah jika Bukit Tunku akan di jadikan kubu pertahanan.. aku meminta bantuan Major Ku Din untuk memperbaiki kelemahan Bukit Tunku dalam masa seminggu.. semua perbelanjaan pembaikan akan ditanggung sepenuhnya oleh ku..
"abg.. apa sudah jadi sekarang nie.." tanya Zura..
"nampaknya musuh mula mengatur langkah keadaan tidak lama lagi dan akan bertukar menjadi lebih buruk lagi.. abg kena perkuatkan Bukit Tunku setelah apa yang terjadi dekat rumah kita sebelum ini.. abg terpaksa buat keputusan yang berat.. harap sayang setuju dengan permintaan abg.." kata ku..
"maksud abg.." tanya Zura..
"sayang tolong abg panggil yang lain.." pinta ku..
Lalu Zura memanggil Nurul, Irah, Leha, Ivy dan Sya datang berkumpul di bilik ku.. Semua hairan kerana di panggil tiba-tiba..
"abg ada benda nak bagi tahu.. mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi tak lama lagi jadi abg nak kamu tinggalkan negara ini dengan anak-anak.." kata ku..
"kami nak ke mana.." tanya Irah..
"ke UK.." kata ku..
"jadi abg.." tanya Nurul..
"abg kena ada di sini.. abg kena jaga sini sampai semua selesai.. kamu akan ke sana hanya selama 2 minggu.." kata ku..
"Ivy nak tinggal bersama abg.." kata Ivy..
"Sya pun sama.." kata Sya..
"baik lah.. mungkin Bukit Tunku akan menerima nasib yang sama seperti rumah kita sebelum nie.. mungkin lebih buruk lagi.. sebab itu abg minta kamu semua ke UK buat sementara waktu demi keselamatan kamu.." terang ku..
"Nurul nak bersama abg.." kata Nurul..
"benarkan Leha tinggal di sini.." pinta Leha..
"tapi Tengku Firdaus dan Puteri Salju masih kecil lagi.. boleh ke Nurul dan Leha berpisah dengan mereka.." tanya ku..
Nurul dan Leha tunduk bila mendengar kata ku.. mampukah meraka untuk meninggalkan anak yang masih kecil..
"Irah juga mahu duduk sini.." kata Irah..
Nampaknya mereka semua nekad tidak mahu tinggalkan aku di sini.. tapi demi keselamatan anak-anak aku perlu pilih diantara mereka untuk menjaga anak-anak di UK..
"baik lah sayang.. kalau semua sudah buat keputusan.. abg minta Irah dan Leha untuk ke UK bersama anak-anak lagi pula Irah dah mengandung suasana dekat sini tidak sesuai buat Irah dan kandungan.. abg harap Irah dan Leha dengar arahan abg nie.." pinta ku..
Perkara paling penting sekali aku hantar separuh ahli keluarga ku untuk bercuti buat sementara waktu.. aku tahu mereka masih truma dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.. aku telah menyewa sebuah jet persendirian secara rahsia untuk mereka.. antara yang terlibat akan ikot Tirana pulang ke UK adalah Ngku Chik, Zulaika, Sharifah Emma, Suhana, Khatijah, Dira serta suami, Irah, Leha dan semua anak-anak.. maid aku Noi dan Anis turut ikot bersama mereka untuk bantu Irah di UK nanti.. aku minta mereka ke London duduk sementara di sana.. separuh dari mereka akan duduk bersama keluarga Ayahnda Ucu dan separuh lagi akan duduk di rumah milik ku bersama Zizi di sana selama dua minggu.. aku meminta Irah dan Leha serta Dira tolong jagakan anak-anak ku.. aku memilih Leha kerana Leha nampak saja kuat tapi sebenarnya dia lemah jika tanpa anak-anaknya disisinya.. jadi demi keselamatan mereka aku perlu buat pengorbanan besar ini.. Aku juga minta Zura ikot mereka tapi Zura berkeras ingin duduk bersama ku walaupun hatinya hiba bila menghantar anak-anaknya pergi.. begitu juga Nurul terpaksa berpisah dengan anak yang masih kecil.. Mira juga tidak mahu ikot serta kerana bimbangkan keselamatan Adi.. aku mula keluarkan sejumlah dana wang milik syarikat dan wang milik keluarga untuk digunakan membeli barang dan peralatan.. aku terpaksa menjual beberapa saham milik syarikat keluarga..aku turut jual beberapa rumah yang pernah ku miliki sebelum ini.. aku juga buat lelongan amal beberapa barang peribadi milik keluarga ku dan antaranya yang ku lelong adalah kereta Mazda rx7 fd milik aku dan Zura.. Zura juga mengeluarkan dana miliknya untuk membantu aku.. aku di bantu oleh ahli keluarga ku mengatur mengikut strategi yang telah aku sediakan.. masing-masing kini mempunyai tugas masing-masing.. Aku melihat Leha dan Zura termenung teringatkan anak-anak mereka.. Zura dan Leha tidur sekatil dengan ku.. aku harap pelukan ku dapat mengubat kerinduan mereka pada anak-anak..
"tuan.. pihak kontraktor telah siapkan rumah tuan.." kata Adi..
"baik lah.. nanti kamu uruskan pembayaran dengan Zura.." kata ku..
Rumah pusaka Bonda ku jadikan markas utama.. laman di sebelah kiri aku jadikan penempatan sementara yang boleh memuatkan 1000 orang.. manakala laman di sebelah kanan dekat dengan stor aku jadikan penempatan anggota dan ruang rawatan.. manakala stor dan garaj aku jadikan bilik pembedahan.. ruang belakang aku bina beberapa buah gudang untuk aku jadikan tempat penyimpanan senjata dan makanan.. dengan bantuan tentera jurutera aku telah bina 20 kubu konkrit sekeliling Bukit Tunku.. kemudian aku bina satu laluan tikus yang hanya di ketahui oleh ahli keluarga ku.. laluan tikus atau terowong rahsia itu boleh menembusi ke belakang Bukit Tunku.. aku juga telah bina 2 tempat penyimpanan minyak petrol bawah tanah dan 3 tempat penyimpanan air bawah tanah.. aku mula panggil sukarelawan anggota kumpulan Ace yang berminat untuk berlatih menggunakan senjata sambil ahli keluarga ku turut berlatih bersama mereka di bawah bimbingan tentera Armour Diraja..
"kenapa sayang termenung.." tanya ku..
"takde apa-apa sayang.." kata Zura..
"abg tahu.. sayang tentu rindukan anak-anak kan.." kata ku..
Lalu Zura memeluk ku..
"berapa lama lagi sayang kena berpisah dengan mereka.." tanya Zura..
"dalam masa dua minggu nie kita lihat keadaan.. jika keadaan tidak berubah.. mereka akan pulang.. tapi kalau.." kata ku..
"kalau apa abg.." tanya Zura..
"kalau keadaan menjadi teruk biarlah mereka duduk di sana sementara waktu.. lagi pula abg dah bagi tahu pada Zizi untuk tengokkan anak-anak kita sama.." kata ku..
"boleh ke kita bertahan di sini.." tanya Zura..
Dalam diam aku buat beberapa pesanan tambahan membeli senjata, senjata berat dan peluru dari Ajis kerana agak sukar untuk aku dapatkan senjata secara sah.. aku juga membeli beberapa peralatan perubatan untuk kegunaan kelak.. aku bawa masuk 2 generator dan beberapa peralatan solar.. dawai kawat berduri telah ku pasangkan sekeliling Bukit Tunku tanpa di sedari oleh orang awam.. semua telah siap dalam masa seminggu.. hampir separuh dana aku gunakan untuk persediaan awal.. aku lihat Ngku Amar duduk termenung mungkin rindukan isteri dan anaknya..
“Ngku Amar.. kanda harap kamu tabah seperti Ngku Bad.. semua ini abg buat demi keselamatan keluarga kita..” kata ku..
“tapi berapa lama lagi..” tanya Ngku Amar..
“hingga semua hal ini selesai.. abg tidak berjanji kamu akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat.. kamu kena ubah perangai kebudak budakan kamu tu Ngku Amar demi keselamatan keluarga kamu..” kata ku..
Aku harap Ngku Amar faham dengan maksud ku.. kelihatan Leha bawa Yuni pulang dari hospital setelah dia cedera di tembak sebelum ini.. kelihatan Yuni telah pulih sedikit dari kecederaannya.. aku meminta Yuni berehat sementara waktu dan aku beritahu pada Tasha, Reko, maid dan pengawal keselamatan ku untuk pulang ke kampung.. tapi mereka berkeras mahu berkhidmat di Bukit Tunku bersama ku walaupun apa pun yang terjadi nanti setelah mereka lalui peristiwa sebelum ini.. aku hubungi Cikgu Ruhil untuk membatalkan kelas pembelajaran anak-anak ku sehingga di beritahu kelak..
"tuan.. saya dapat maklumat memang Tengku Hadim yang menyerang keluarga tuan sebelum ini.." kata Suhaimi..
"aku akan pastikan dia mendapat balasan apa yang dia lakukan kepada keluarga ku.. segala maklumat kau serahkan pada tuan Razak.. harap maklumat nie berguna buat dia.." kata ku..
Aku mula daftar ahli untuk kemasukan kecemasan secara rahsia.. kerana aku tidak akan menerima sebarang orang untuk masuk ke tempat kami tanpa mengetahui identiti sebenar mereka.. ini kerana musuh berada di mana-mana.. bandar KL mula menunjukkan peningkatan bilangan orang yang mula buat perjumpaan.. mogok mula di adakan seperti yang aku jangkakan.. menurut laporan perisikan bilangan musuh telah di seludup masuk menunjukkan angka yang sangat membimbangkan akan tetapi satu halangan mula timbul.. maklumat ini telah di sangkal oleh beberapa pegawai tinggi yang ku rasa mereka ini pembelot dan musuh dalam selimut..
Shadow Hand punya ramai pengikut dikalangan pegawai tinggi kerajaan dan hal ini tidak di sangkal menurut laporan Adi yang pernah terlibat dengan operasi sebelum ini.. Shadow Hand mula berpengaruh apabila pegawai tinggi terlibat sama setelah menerima rasuah.. turut di pengaruhi beberapa parti pembangkang yang ingin cuba menumbangkan kerajaan sedia ada.. Shadow Hand menyasarkan golongan yang berpengaruh untuk ikot serta dalam kumpulan mereka.. aku lihat rakyat juga terpengaruh dengan sentimen birokrasi dan rasuah dalam kerajaan.. hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat yang inginkan perubahan.. SP Razak hubungi ku memaklumkan mereka akan buat markas rahsia mereka di Ampang setelah melihat keadaan mula meruncing.. mogok besar besaran mula diadakan di sekitar bandar.. hal ini mula merebak ke negeri lain..
“sayang tolong tepon En. Mazlan suruh dia mula buat penghantaran ke sini.. kata pada dia bayaran telah di buat..” kata ku..
"baik sayang.." kata Zura
Setelah Zura buat panggilan kelihatan beberapa lori mula masuk menghantar barang yang ku pesan sebelum ini yang terdiri daripada bahan makanan.. Adi hubungi ku menyatakan stok senjata, senjata berat dan peluru dari Ajis telah tiba.. lalu aku minta Adi menguruskan penghantaran barang tersebut ke Bukit Tunku.. kemudian aku hubungi Bob meminta Bob keluarkan semua senjata dari stor rahsia ku di hantar ke Bukit Tunku.. gudang ku mula di penuhi dengan makanan dan senjata tanpa di ketahui oleh sesiapa.. aku turut meminta syarikat petroleum menghantar beberapa biji lori tangki berisi petrol ke Bukit Tunku lalu di simpan dalam tangki simpanan….
Besoknya..
Keadaan mula menjadi kacau bilau setelah mogok yang bermula dengan aman telah berubah menjadi ganas.. rakyat mula bertempur dengan pasukan keselamatan.. bandar KL di istiharkan darurat apabila banyak kenderaan dan bangunan kedai di bakar.. antaranya kelab malam ku yang lain turut di bakar.. aku tahu ini angkara Shadow Hand.. aku mula menerima kehadiran ahli berdaftar yang mula bimbang akan keselamatan mereka.. kerajaan mula goyang apabila pihak pembangkang turut bersama sertai rusuhan.. Raja Sulaiman kelihatan di kaca tv mengetuai kumpulan rusuhan meminta kerajaan di gulingkan.. parlimen terpaksa di gantung dan kerajaan dalam keadaan genting bila rusuhan tidak dapat di tangani lagi.. aku mula mengumpulkan anggota keluarga ku dan memberi tugas kepada mereka.. Dr. Amin mula membawa masuk beberapa kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor dan nurse serta ahli keluarga mereka.. akhirnya berita mengesahkan akan berlakunya peralihan kuasa sementara.. mandat kerajaan mula bertukar tangan kepada pakatan pembangkang setelah kerajaan di desak oleh rakyat dan pembangkang.. besok pagi secara live penyerahan kuasa akan dilakukan setelah kerajaan akur dengan permintaan rakyat..
Aku mula memanggil semua bekas pegawai unit ku berkumpul di rumah ku tapi hanya separuh yang hadir bersama keluarga mereka.. Man Tiger mula bawa anggotanya dan keluarga mereka ke tempat ku setelah aku meminta mereka berpindah segera.. ini kerana mengikut maklumat perisikan terakhir yang ku terima kelihatan musuh mula bergerak ke arah bandar secara rahsia.. aku serahkan maklumat rahsia ini kepada Adi untuk di serahkan kepada SP Razak.. malam tu Adi dan Mira keluar berjumpa SP Razak.. akhirnya SP Razak berterus terang pada Adi maklumat insiden yang berlaku sebelum ini tidak di siasat oleh pihak polis.. fail kes siasatan insiden serangan hari pernikahannya serta serangan di rumah aku juga telah di tutup.. aku sangat marah setelah Adi pulang dan ceritakan pada ku.. aku terkejut tiba-tiba Bob datang ke Bukit Tunku dengan keadaan sedih dan tidak terurus..
"Bob kenapa nie.. apa sudah jadi pada kamu.." tanya ku..
"aku telah di serang dan Baby Cha telah terkorban.. bangunan Yayasan Ace juga telah di bakar.. beberapa kawasan Ace turut di bakar.. semua angkara Shadow Hand.. aku akan bunuh mereka.." terang Bob sambil menangis..
"kita akan buat perhitungan dengan mereka nanti.. Tasha tolong bawa Bob masuk ke dalam.." kata ku..
besok paginya..
Aku mula hubungi Major Ku Din dan Major Bahrom untuk buat persedian penghantaran.. dalam masa yang sama kami menonton secara live di tv penyerah kuasa pemerintahan negara.. kelihatan perdana menteri hadir dalam acara rasmi penyerahan kuasa bersama menteri-menteri serta pegawai kerajaan.. aku terkejut bila melihat wakil dari pembangkang di ketuai oleh Pailong sendiri.. kelibat Raja Sulaiman tidak nampak dalam acara tersebut.. tiba-tiba keadaan bertukar ganas bila seluruh kawasan tersebut di kepung oleh tentera bersenjata dan pemimpin terdahulu telah di tembak mati.. kemudian beberapa orang pegawai tinggi dan ahli politik turut di bunuh secara live.. keadaan di situ agak huru hara bila kelihatan pasukan keselamatan mula berbalas tembakan.. ramai yang mati dalam insiden tersebut.. Shadow Hand mula tunjuk taringnya dan keluar dari tempat persembunyian mereka.. setelah pasukan keselamatan berundur satu pengumuman secara live telah di buat.. kini Shadow Hand di gelar Kerajaan Pusat di tadbir oleh kumpulan Sindiket Garuda.. kumpulan Sindiket Garuda akan mula tadbir negara dan..
Negara istiharkan darurat sepenuhnya..
Aku adakan perjumpaan dengan semua yang ada dan memaklumkan keadaan sebenar.. kini negara telah tumbang di ambil alih oleh musuh.. Bukit Tunku menjadi antara barisan terakhir untuk di pertahankan.. aku memberi peluang untuk mereka keluar ke tempat lain untuk selamatkan diri.. hanya segelintir yang membuat keputusan untuk keluar dari Bukit Tunku untuk melarikan diri.. kemudian kelihatan beberapa biji lori askar termasuk 2 biji meriam dan 2 biji kereta perisai masuk ke kawasan Bukit Tunku.. kelihatan seramai 50 anggota tentera Jentera Diraja dan 20 anggota Armour Diraja mula berkubu di Bukit Tunku.. kehadiran Major Ku Din mula memberi semangat kepada ku.. aku dapat berita Major Bahrom hanya hantar segelintir anggotanya pada ku kerana dia sedang cuba merampas kembali kerajaan dari Sindiket Garuda.. kedengaran pertempuran di dalam bandar KL tercetus.. tembak menembak dan letupan berlaku di sana sini.. rakyat mula melarikan diri meninggalkan bandar KL demi keselamatan mereka.. aku menerima maklumat terakhir di mana kedudukan markas musuh di luar bandar KL.. Adi meminta untuk menghantar maklumat yang aku terima untuk di hantar kepada tuan Razak.. Mira tak bersetuju kerana keadaan sangat berbahaya buat masa ini.. memandangkan maklumat tersebut merupakan maklumat penting aku membenarkan Adi keluar bergerak ke Ampang.. Major Ku Din mula mengarahkan anggotanya memasang periuk api di sekitar Bukit Tunku manakala aku mula mengeluarkan senjata berat kemudian di letakkan dekat kubu.. senjata mula diedarkan kepada anggota ku yang pernah menjalani latihan senjata.. terkejut Major Ku Din bila melihat aku memiliki senjata dan betul-betul telah buat persedian.. setelah di hitung aku memiliki 500 anggota bersenjata yang terdiri daripada tentera, polis dan orang awam yang pernah ikot latihan senjata..
Aku mula melantik diri ku menjadi Komander Diraja ketua Bukit Tunku manakala aku di bantu oleh..
Major Ku Din - TJD 775Please respect copyright.PENANAA2H0cMD4va
Major Man Tiger - ACE 775Please respect copyright.PENANAaeHJrYeHod
Major Dr. Amin - Medic 775Please respect copyright.PENANAcT51Dv5QQ3
Major Zura 775Please respect copyright.PENANALBAWFCsKod
Major Amar 775Please respect copyright.PENANAhmEt8Ta6uh
Kapten Bad 775Please respect copyright.PENANAyLEEW7Pthn
Kapten Reko 775Please respect copyright.PENANAtVav3l48kR
Kapten Mira 775Please respect copyright.PENANASu5B6seLOS
Kapten Nurul 775Please respect copyright.PENANAAZfWGL1Dnf
Kapten Sya 775Please respect copyright.PENANABzdSo1WvCX
Kapten Ivy 775Please respect copyright.PENANARrf227cpuc
Kapten Gina 775Please respect copyright.PENANAAhkyCUkmGR
Kapten Abby 775Please respect copyright.PENANASHlD1FhzsW
Kapten Bob - ACE 775Please respect copyright.PENANAf8va4cjZxq
Kapten Sham - ACE 775Please respect copyright.PENANAGVxFDzY1V3
Kapten Firdaus - ACE 775Please respect copyright.PENANAconaObLZ9G
Kapten Dr Salina - Medic 775Please respect copyright.PENANA7o1XXC6i8L
Kapten Ridwan - TAD 775Please respect copyright.PENANAX8bNlZ1HZZ
Kapten Salleh - TJD 775Please respect copyright.PENANAQQmX3tX4ZH
Kapten Sing - TJD 775Please respect copyright.PENANA5wwtEQ1V3M
Kapten Suhaimi - PDRM 775Please respect copyright.PENANAt3xsQASF7S
Kapten Zahra - PDRM 775Please respect copyright.PENANAu3HmM7sgmq
Kapten Adi - PDRM
Setiap pegawai yang di lantik di tempatkan di tempat mereka yang telah di tentukan oleh ku.. setiap kubu di lengkapi dengan heavy mesingun.. manakala di bahagian hadapan di perkuatkan dengan 2 biji meriam dan 4 biji motar.. setiap kapten mempunyai 2 lieutenant serta 20 anggota.. seramai 100 anggota simpanan akan di kerahkan mengikut keadaan semasa.. Doktor Amin di amanahkan untuk menjaga di bahagian kecemasan dan ruang pembedahan.. dia di bantu oleh 3 orang doktor pakar, 5 orang pembantu perubatan dan 12 orang nurse..
Bahagian Pertahanan 775Please respect copyright.PENANAZ91BNMVfiH
Raja Addy 775Please respect copyright.PENANAI5rEcXyBLC
Major Amar - operasi 775Please respect copyright.PENANAet3cxdkZtJ
Kapten Ridwan - TAD
Bahagian Hadapan 775Please respect copyright.PENANAuFFQtQ7uPn
Kapten Adi - PDRM 775Please respect copyright.PENANAS9qVx4E7Ba
Kapten Firdaus - ACE
Bahagian Markas 775Please respect copyright.PENANALvHcRCsKHB
Major Zura - pengurusan 775Please respect copyright.PENANAjc07RCOkhn
Kapten Leha (dapor) 775Please respect copyright.PENANAghzEqJz6zi
Kapten Mira (penginapan) 775Please respect copyright.PENANAwQ5JAEOdtg
Kapten Gina (stor senjata) 775Please respect copyright.PENANAHYdNJtLBXl
Kapten Sya (stor makanan) 775Please respect copyright.PENANAQwx1e4CnzS
Kapten Ivy (radio perhubungan)
Bahagian belakang bukit 775Please respect copyright.PENANAlKRl8mGcH7
Major Ku Din - TJD 775Please respect copyright.PENANA3LCApsSjJ7
Kapten Suhaimi - PDRM 775Please respect copyright.PENANAjLsxn2NT28
Kapten Bad
bahagian east wing 775Please respect copyright.PENANAiRerAOllR9
Major Man Tiger - Ace 775Please respect copyright.PENANARyPVPAtP0Q
Kapten Sham - ACE 775Please respect copyright.PENANApJYm8zersa
Kapten Salleh - TJD
bahagian west wing 775Please respect copyright.PENANAwWMRVrz8nV
Kapten Bob - ACE 775Please respect copyright.PENANAjWIeAWCstl
Kapten Sing - TJD 775Please respect copyright.PENANAms2oyplWvc
Kapten Zahra - PDRM
Medic 775Please respect copyright.PENANATNO5HATiDI
Major Dr. Amin - Medic 775Please respect copyright.PENANAwd2owQ5pAO
Kapten Dr. Salina - Medic
Bahagian hadapan laluan masuk mula di letakkan penghadang jalan dan di kawal ketat oleh anggota ku.. terdapat 3 sekatan jalan untuk menghalang musuh dari ceroboh masuk melalui jalan utama.. aku mula mencatut air hanya di gunakan untuk memasak, minuman dan kegunaan tandas.. bahagian dapur di urus oleh Nurul dan di bantu oleh maid ku.. bantuan makanan akan di sediakan sebanyak 2 kali sehari.. untuk bahagian penginapan di urus oleh Mira.. Ivy pula mengurus bahagian perhubungan radio bersama Wani.. Reko di bantu oleh Ida dan Yuni di tugaskan mengurus stor senjata manakala Sya di bantu oleh Nor dan Reha di tugaskan menjaga stor makanan.. mereka semua diselia oleh Zura di bantu oleh Tasha.. aku mula buat makluman..
"kepada semua penghuni markas Bukit Tunku sila patuh pada arahan atau kamu akan di usir keluar dari Bukit Tunku.." kata ku..
Semua faham dengan arahan ku demi keselamatan mereka dan keluarga mereka.. kelihatan Adi baru pulang dari Ampang sempat buat rondaan sekeliling kawasan Bukit Tunku..
"tuan.. kelihatan semua yang tinggal di kawasan berdekatan telah meninggalkan kediaman mereka.. mungkin mereka telah melarikan diri.." kata Adi..
"mereka takut tapi mereka tak tahu yang mereka sedang masuk perangkap musuh.." kata ku..
Aku tahu musuh sudah tentu telah menutup laluan keluar bermula malam tadi.. kini sesiapa yang ingin keluar dari bandar KL kena ikot laluan tikus.. jika di tangkap padah hukumannya.. Ivy melaporkan pihak tentera terpaksa berundur dan berpecah.. kekuatan musuh sangat luar biasa.. musuh dilengkapi dengan senjata moden antaranya musuh memiliki kereta kebal dan drone udara yang canggih.. Aku di temani oleh Major Ku Din mula memeriksa seluruh kawasan kubu Bukit Tunku.. kemudian aku memeriksa sekitar kawasan yang lain.. kelihatan semua penghuni Bukit Tunku dalam ketakutan bila terdengar bunyi letupan di luar kawasan bukit Tunku.. kelihatan Mira cuba menenangkan mereka.. mereka berkumpul satu tempat yang selamat dan tertutup.. kawasan penginapan mereka telah ku naikkan batu konkrit bagi mengelakkan mereka terkena serangan peluru sesat..
"tuan pihak musuh mula berkumpul di sekitar kawasan Bukit Tunku.." kata Kapten Firdaus..
"bagi tahu semua orang untuk bersedia.. Zura minta semua berlindung.." kata ku..
Perjuangan demi keluarga dan tanah Air akan aku pertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir..
ns 15.158.61.20da2