LDBB Part 77 (kerabat)
Sungguh aku tak sangka kerabat diraja mula gila kuasa cuba berebut kuasa dengan yang punya hak..
Besok paginya..
Seperti yang di jangkakan dua rombongan datang ke istana yang terdiri daripada rombongan Raja Naim dan rombongan Raja Brahim.. kelihatan rombongan Raja Naim datang dengan bersenjata.. lalu rombongan Raja Naim menerjah masuk ke dalam istana diikuti rombongan Raja Brahim tanpa hiraukan pasukan keselamatan yang menjaga pintu masuk istana.. setibanya mereka di hadapan istana mereka mula menjerit ke arah Major Amar menuntut kuasa di serahkan kepada mereka.. keadaan menjadi riuh di hadapan israna.. Raja Brahim tidak berani bersuara setelah melihat Raja Naim hadir bersama anggotanya yang bersenjata..
“dengar sini orang istana.. aku nak kuasa pemerintahan kerajaan Utara diserahkan kepada aku serta merta atau aku akan amuk bunuh semua ahli keluarga Ayahnda Sultan..” kata Raja Naim dengan garang pada Major Amar..
Tiba-tiba semua terdiam setelah melihat aku keluar dari dalam istana berdiri di sebelah Major Amar diikuti menteri besar iaitu Tuan Rashid.. mereka terkejut tiba-tiba anggota ku mengepung rombongan Raja Naim dan rombongan Raja Brahim.. nampaknya mereka terkejut dan tidak menyangka akan kepulangan ku.. hal ini sungguh tidak disangka oleh mereka.. lebih mengejutkan mereka dua biji kereta kebal kini turut mengepung mereka bersama tentera ku yang lengkap bersenjata..
“emm.. nampaknya ada yang berani jadi penderhaka.. apakah hukuman buat penderhaka..” tanya ku..
“hukumannya mati tuanku..” kata Tuan Rashid..
Raja Naim kaku tak mampu berbuat apa-apa setelah mendengar kata menteri Bexar.. mereka semua takut dengan ku kerana mereka telah mendengan khabar berita tentang aku membunuh tentera SG hanya satu malam..
“Kau tahu kenapa Ayahnda Sultan tidak ambil tindakan kepada kamu walaupun kamu menjadi tali barut pada tentera SG.. ini kerana kamu ada tali persaudaraan dengan Ayahnda Sultan.. hehehe.. tapi tidak bagi ku kepada penderhaka.. dengan ini aku selaku pemegang amanah Ayahnda Sultan menjatuhkan hukuman mati kepada Raja Naim dan pengikutnya kerana menderhaka..” arah ku..
panggg.. panggg..
Tentera ku melepaskan tembakan bertalu talu ke arah Raja Naim serta pengikutnya.. Raja Naim serta pengikutnya tidak sempat berbuat apa-apa setelah mendengar kata ku lalu rebah mati di tembak..
“ini seorang lagi penderhaka.. kamu juga nak menuntut hak kamu.. kamu mendesak Ayahnda Sultan semasa Tuanku masih hidup hingga menyebabkan Ayahnda Sultan gering dan akhirnya mangkat..” tanya ku..
“ampun tuanku sembah patik harap diampun..” kata Raja Brahim lalu tunduk dalam ketakutan..
“terlajak perahu boleh undur.. terlajak kata badan binasa.. memandangkan kamu hanya berniat ingin memberontak.. beta akan melepaskan kamu dari di hukum mati.. jadi apa hukuman yang sesuai buat mereka..” tanya ku..
“mengikut undang-undang negeri mereka yang ingin memberontak di hukum buang negeri tuanku..” kata Tuan Rashid..
“dengan ini beta menitahkan Raja Brahim dan keluarganya serta pengikutnya di hukum buang negeri serta merta.. termasuk ahli keluarga Raja Naim serta keluarga pengikutnya.. segala harta milik Raja Naim dan Raja Brahim serta pengikutnya di rampas.. hukuman dijalankan serta merta..” arah ku
“perintah di junjung tuanku..” kata menteri besar..
“Major Amar kamu di amahkan untuk jalankan hukuman ini.. pastikan penderhaka ini di halau dari negeri ini.. mereka tidak boleh kembali lagi ke negeri ini.. jika mereka berdegil.. hukaman mati menanti mereka..” kata ku..
“adinda junjung perintah kanda Raja Adrian..” kata Major Amar..
Raja Brahim akur dengan kata ku lalu di bawa Raja Brahim naik lori bersama pengikutnya kemudian di bawa ke rumah mereka untuk mengambil ahli keluarga mereka kemudian di hantar ke sempadan negeri.. berita tergempar penderhaka di hukum mati dan buang negeri tersebar meluas serata negeri.. aku juga menitahkan pada menteri besar menghantar warkah utusan kepada Ayahnda Ucu meminta Ayahnda Ucu pulang untuk memerintah kerajaan Utara.. sementara itu mayat Raja Naim pula di campakan ke laut.. ahli keluarga Raja Naim dan pengikutnya juga telah di buang negeri.. keluarga Ayahnda Sultan gerun melihat tindakan ku.. tidak seperti yang di kenali oleh mereka sebelum ini.. setelah 3 hari kami berada di utara akhirnya aku merancang untuk pulang ke KL.. buat masa ini aku melantik Major Amar menjadi pemangku diraja sehingga kepulangan Ayahnda Ucu untuk memerintah kerajaan Utara.. setelah semua anggota dan pegawai ku bersiap kami bertolak ke KL.. Nobu terkejut mengetahui aku rupanya kerabat diraja.. sungguh tidak di sangka Raja Addy sebenarnya seorang gangster berdarah raja..
Dalam perjalanan pulang ke KL kami singgah ke Penang.. kesan peperangan masih terdapat di sepanjang perjalanan kami ke Penang.. tujuan aku singgah ke Penang kerana ingin berjumpa dengan keluarga Don.. aku sungguh terkejut setelah menerima berita keluarga Don telah di bunuh oleh tentera SG.. semasa pemerintahan tentera SG dalam kerajaan Pulau banyak pertempuran telah berlaku.. keluarga Don cuba menentang kekejaman tentera SG terhadap rakyat.. malangnya keluarga Don kalah dalam pertempuran dan di bunuh dengan kejam.. akhirnya aku dapat berjumpa waris keluarga Don.. Don Razik iaitu cucu kepada Don Rafi yang masih kecil di jaga oleh pengikut kumpulan Don.. dia sempat diselamatkan tanpa pengetahuan tentera SG.. kini Penang bukan lagi di pegang oleh keluarga Don.. aku sempat tinggalkan sedikit wang pada orang yang menjaga Don Rafi kemudian kami bertolak pulang ke KL..
Setiba kami di KL aku menerima maklumat dari pengikut ku mereka telah menjumpai satu kilang tentera SG yang telah di tinggalkan.. tiada siapa yang menjaganya mahu pun dari tentera pembebasan.. kemungkinan tiada sesiapa yang mengetahu hal ini.. lalu aku membawa 200 anggota ku bergerak ke Shah Alam.. sungguh aku terkejut kerana aku mengetahui maklumat tempat ini sebelum peperangan berlaku.. Garuda Enterprise.. lalu kami masuk ke dalam kawasan kilang tersebut.. sungguh kami semua terkejut setelah membuka beberapa pintu gudang yang ada.. kelihatan beberapa biji kereta perisai, kereta kebal dan senjata milik tentera SG masih terdapat dalam gudang-gudang tersebut.. semua senjata telah di tinggalkan oleh mereka semasa berundur ke Melaka.. setelah di hitung lebih kurang 8 biji kereta kebal, 13 biji kereta perisai, 11 biji meriam, 23 biji lori dan 28 biji jeep milik tentera SG masih boleh di gunakan.. yang lain pula dalam keadaan rosak sesuai di jadikan besi buruk.. lalu aku mengarahkan anggota ku kumpul semua senjata yang ada lalu muatkan ke dalam lori.. penuh lori dengan senjata dan peluru yang telah di kumpul.. kemudian kami bawa pulang semua kenderaan dan senjata ke Bukit Tunku.. pintu gudang dan pintu kilang di rantai kemudian kunci oleh kami.. aku mempunyai rancangan untuk kenderaan yang tidak boleh di pakai di dalam gudang tersebut.. setibanya kami di Bukit Tunku semua terkejut melihat rombongan Raja Addy pulang dengan harta rampasan.. kini gudang senjata ku semakin penuh dengan senjata rampasan milik tentera SG.. aku ada terima beberapa permintaan dari tentera pembebasan untuk membantu mereka bertempur dengan musuh tapi tidak diendahkan oleh ku.. anggota ku yang cedera semakin pulih termasuk Major Man Tiger.. setiap hari kami hanya berehat tanpa menerima tentangan dari musuh.. kehidupaj kami aman tanpa di gangu oleh sesiapa.. aku mula buat program pemulihan bagi menghilangkan kebosanan penghuni Bukit Tunku..
Sudah 8 bulan negara berperang masih tiada tanda-tanda kerajaan akan pulih dari peperangan.. aku dapat berita terbaru tentera pembebasan mula menyerang beberapa kawasan milik tentera SG.. mereka di ketuai oleh Brigader Jeneral Azroy telah berjaya menawan Melaka.. mereka hadapi kesukaran untuk menawan Melaka setelah bertempur dengan musuh dekat Tampin.. ternyata tentera SG masih kuat dan tentera pembebasan pula mengalami kesukaran dalam perhubungan.. hal ini mungkin di sabotaj oleh pengkianat dalam tentera pembebasan sendiri.. aku menghidu perangkap musuh dalam selimut di pasang buat Jeneral Azroy.. aku mengadakan mesyuarat berhubung hal tersebut.. semua pegawai ku setuju dengan rancangan ku untuk memberi bantuan kepada Jeneral Azroy.. aku di beritahu bahawa Major Adi telah di hantar ke Segamat bagi mengepung musuh..
“kenapa Mira asyik monyok je nie cuba cerita pada abg..” tanya ku..
Mira tidak jawab pertanyaan ku.. nampaknya Mira masih merahsiakan sesuatu dari ku.. aku hantar perisik ke kem Batalion 82 kerana hal Mira tentu berkaitan dengan Major Adi.. akhirnya aku dapat tahu hal yang di sembunyikan oleh Mira.. rupa-rupanya Major Adi telah berkahwin tanpa pengetahuan Mira semasa berada di Pantai Timur.. aku dapat tahu Major Adi terperangkap dengan rancangan Jeneral Azroy lalu terpaksa berkahwin dengan anak pembesar kerajaan Pantai Timur.. aku sangat marah setelah mendapat tahu hal ini kerana Major Adi merahsiakan dari ku.. akhirnya Mira memujuk aku supaya aku tidak mengapakan suaminya Major Adi.. aku membatalkan niat ku untuk membantu Jeneral Azroy atas hal yang terjadi.. aku mula mengarahkan anggota dan pegawai ku buat pemeriksaan rapi di setiap ceruk kawasan jajahan Bukit Tunku.. setiap bagunan dan rumah di periksa bagi mengetahui keadaan di semua kawasan.. ini kerana aku ada dapat maklumat ada kelibat orang mencurigakan berada d sekitar luar kawasan Bukit Tunku.. laluan masuk sempadan jajahan Bukit Tunku turut di tutup oleh ku bagi mengelakkan sebarang pencerobohan ke kawasan jajahan Bukit Tunku.. dalam masa yang sama aku masih menerima pelarian yang inginkan perlindungan dari Bukit Tunku.. segala urusan tentang Bukit Tunku aku telah serahkan kepada Major Bad.. kelihatan Major Bad semakin mahir menguruskan Bukit Tunku.. beberapa misi pengintipan rahsia aku serahkan kepada Nobu serta anak buahnya.. aku mula memiliki askar yang terlatih terdiri dari pada pelarian yang dapatkan pelindungan.. selain itu mereka juga di benarkan membantu berkebun dan menternak ayam untuk menambah stok makanan.. aku juga membina sebuah sekolah di dalam Bukit Tunku untuk memberi ilmu kepada anak-anak yang diajar oleh guru dan pensyarah.. Major Dr. Amin juga mula memberi pemeriksaan percuma kepada semua orang untuk menjaga kesihatan warga Bukit Tunku.. seminggu sekali aku membenarkan Major Dr. Amin buat pemeriksaan kesihatan di luar kawasan jajahan Bukit Tunku sambil di selia oleh Major Zura dan di kawal anggota tentera Bukit Tunku..
“tuan saya dapat maklumat masih ada pencerobohan musuh menyelinap dari laut.. mereka ada bersembunyi di sekitar pekan Klang..” kata Kapten Suhaimi..
“baik lah.. kamu dan Kapten Adnan.. boleh pergi siasat hal ini.. sekiranya hal ini benar.. aku akan hantar Colonel Hisham bantu kamu di Kelang nanti..” kata ku..
Aku hantar anggota ku ikot misi perisikan dan kadang kala misi gempur saki baki tentera SG.. ini kerana anggota yang baru memerlukan pengalaman gempur bagi memantapkan ilmu bertempur mereka..
“tuan.. boleh saya berjumpa dengan tuan..” tanya Reko..
“boleh.. saya baru semak laporan.. emm.. ada apa yang boleh saya bantu kamu..” tanya ku..
“apa hubungan tuan dengan Cik Ivy dan Cik Sya..” tanya Reko..
“hehehe.. mereka adalah kekasih saya..” jawab ku..
“Ratu tahu hal ini..” tanya Reko lagi..
“tahu.. sebab saya kenal mereka sewaktu mereka semua belajar di tempat yang sama sebelum ini..” kata ku..
Terkejut Reko mendengar jawapan dari ku.. dia tidak menyangka mereka semua saling mengenali..
“ohh.. patut la.. baik lah.. ini laporan stok makanan.. nampaknya kita perlu cari makanan tambahan lagi kerana stok makanan kita sudah berkurangan.. dianggarkan stok makanan kita hanya boleh bertahan dalam masa dua minggu lagi..” kata Reko..
“baik lah.. nanti saya akan fikirkan..” kata ku..
Reko bertanya hal aku dengan Ivy dan Sya kerana sebelum ini Reko terlihat aku sedang berasmara dengan Ivy dan Sya.. Reko terperanjat dengan apa yang di lihat olehnya.. sekarang dia tahu mengapa Sya dan Ivy tinggal bersama ku sebelum ini.. akhirnya semua teka teki yang bermain di minda Reko terjawab..
“tuan.. saya dapat maklumat dari Kapten Suhaimi menyatakan mereka telah jumpa tempat persembunyian saki baki tentera SG di kelang..” Kata Ivy..
“baik lah.. panggil Colonel Hisham berjumpa dengan saya sekarang..” kata ku..
“baik tuan..” kata Ivy..
Sepuluh minit kemudian Colonel Hisham datang berjumpa dengan ku..
“tuan panggil saya..” tanya Colonel Hisham..
“saya mahu awak bawa 2 squadron bersama 2 biji kereta kebal ke Klang.. ada misi gempur di sana.. segala maklumat kamu minta dari Kapten Ivy.. selesai misi kamu nanti.. sila hubungi markas untuk arahan selanjutnya..” kata ku..
“baik tuan..” kata Colonel Hisham..
Lalu Colonel Hisham keluar dan kumpulkan anggota untuk bergerak ke Klang.. aku beri arahan seterusnya pada Ivy untuk di berikan kepada Colonel Hisham tugas tambahan mencari bahan makanan dalam perjalanan mereka pulang nanti.. aku telah berbincang dengan Zura tentang kekurangan bahan makanan Bukit Tunku.. Zura bagi pendapat kepada ku kami perlu dapatkan bahan makanan yang segar untuk tahan lama.. ini bermaksud kami perlu menanam pelbagai tanaman dan sayuran.. cadangan Zura aku terima lalu aku minta Zura kumpulkan penghuni Bukit Tunku untuk buat batas kebun dalam kawasan Bukit Tunku..
“Reko tolong panggilkan Dr. Salina, Kapten Lan, Major Bob, Kapten Sham dengan Kapten Abby datang berkumpul di sini..” kata ku..
“baik tuan..” kata Reko..
Aku kumpulkan pegawai ku minta mereka bersiap bersama 2 squadron kemudian bertolak keluar dari Bukit Tunku masuk ke dalam bandar KL.. kami singgah ke mall mencari saki baki makanan yang ada.. aku bawa Dr. Salina bertujuan untuk memeriksa makanan agar kami tidak keracunan..
“tuan nampaknya tak banyak makanan yang kita temui.. tapi biji benih yang tuan suruh kami cari tu banyak yang kami jumpa dalam mall nie..” kata Major Bob..
“tak sia-sia kita datang sini.. takpe.. kita bergerak ke mall yang lain pula..” kata ku..
Hampir 3 mall dan 2 supermaket kami masuk cari bahan makanan dan biji benih.. nasib kami baik kerana banyak biji benih kering tidak diambil oleh orang lain berbanding makanan.. setelah itu kami pulang kembali ke Bukit Tunku.. Zura memulakan operasi kebun setelah aku serahkan biji benih yang kami temui.. Ivy melaporkan Colonel Hisham telah berjaya menumpaskan tentera SG dengan mudah.. lewat petang Colonel Hisham pulang dengan berita gembira.. tidak di sangka mereka pulang membawa hasil ternakan yang mereka jumpa.. terdapat 5 ekor lembu, 12 ekor kambing 23 ekor itik, 12 ekor angsa dan 80 ekor ayam.. nampaknya masalah stok makanan kami selesai.. seminggu sekali aku hantar 3 squadron keluar mencari makanan di beberapa tempat yang lain bagi menambahkan stok makanan yang ada..
“tuannn.. ahh.. emm.. sedappp.. ahh..” merengek Tasha..
“pelan sikit nanti orang dengar..” kata ku..
Aku henjut Tasha dalam stor ubat tanpa di ketahui oleh sesiapa.. tak ku sangka pula perbuatan ku di ketahui oleh Dr.Salina yang tiba-tiba muncul sedang mencari ubat.. hubungan ku dengan Tasha sudah di ketahui oleh Zura tapi tidak pada Dr. Salina..
bommm.. bommm..
Kedengaran pertempuran berdekatan Bukit Tunku.. aku segera memakai pakaian ku lalu berlari meninggalkan Tasha dan Dr. Salina.. setibanya di belakang bukit.. Major Ku Din memberi tahu kelihatan dari atas bukit mengadap bandar KL.. kelihatan tentera SG sedang bertempur dengan tentera pembebasan.. Abby bersama unit sniper tiba ke tempat kami lalu aku mengarahkan mereka membunuh tentera SG yang kelihatan.. kelihatan Ivy berlari mendapatkan aku..
“tuan.. saya terima laporan tentera SG muncul tiba-tiba.. menurut laporan dari tentera pembebasan.. terdapat 2 batalion tentera SG dari Perak sedang menuju ke Melaka..” kata Ivy..
“minta Colonel Hisham siapkan 6 squadron lengkap senjata.. 4 biji kerera kebal.. kata saya akan ketuai tentera Bukit Tunku buru tentera SG.. jangan lupa bagi tahu tentera pembebasan bahawa kita ikot operasi mereka dengan buat sekatan di Bangsar..” kata ku..
“baik tuan..” kata Ivy..
Lalu Ivy beredar ke markas.. abby dan anggotanya melepaskan tembakan ke arah musuh yang sedang bergerak menghala Dataran Merdeka.. setelah anggota ku bersiap sedia kami bertolak menggunakan kereta perisai menuju ke Bangsar.. aku cuba menahan tentera SG dari terus mara menghala ke Melaka.. setibanya di Bangsar semua anggota ku sudah bersedia menerima kehadiran tentera SG.. walaupun bilangan kami tidak ramai sekurang kurangnya kami dapat membunuh sebilangan besar tentera SG.. dari jauh aku melihat kelibat tentera SG sedang mara ke arah kami.. kelihatan mereka di kejar oleh tentera pembebasan.. dalam jarak 500 meter lalu kereta kebal ku melepaskan tembakan tanpa di sedari oleh musuh dengan kehadiran kami..
bommm.. bommm.. bommm..
Musuh terkejut mereka tiba-tiba di bedil dari hadapan.. lalu aku dan anggota ku melepaskan tembakan ke arah tentera SG.. kini tentera SG terperangkap.. mereka terpaksa berlindung dari serangan kami.. ramai tentera SG terbunuh kerana kawasan yang di lalui oleh mereka tidak banyak tempat berlindung.. nampaknya tentera SG cuba meloloskan diri melalui laluan lain.. tapi berjaya di sekat oleh tentera pembebasan.. hampir sejam kami bertempur akhirnya tentera SG menyerah diri kerana mereka sudah terperangkap.. tentera pembebasan di ketua oleh Colonel Daud menerima kekalahan tentera SG yang di ketuai oleh Jeneral Chung dan Jeneral Ramu.. hampir 400 orang tenteta SG di tawan pada hari itu.. Colonel Daud berterima kasih kepada ku kerana aku telah membantu tentera pembebasan.. walaupun bilangan anggota ku tidak ramai tapi tentera Bukit Tunku berjaya menghalang kemaraan tentera SG.. hampir 500 orang tentera SG terkorban manakala 200 lagi cedera.. menurut Colonel Daud tentera SG dari Perak di arah untuk bergerak ke Melaka bagi membantu tentera mereka di Johor.. jika mereka berjaya mara ke Melaka kemungkinan besar Jeneral Azroy akan terperangkap di kepung oleh musuh.. dengar kata lagi tentera SG dari pahang turut menerima arahan yang serupa.. setelah semua musuh di tahan aku membawa anggota ku pulang ke Bukit Tunku.. walaupun kami berjaya menundukan tentera SG dari Perak ini tidak bermakna Jeneral Azroy tidak terancam kerana menurut laporan Colonel Daud.. tentera SG dari Pahang kekuatannya lebih kurang 4 batalion dua kali ganda berbanding tentera SG dari Perak..
“abg.. ramai juga musuh dari Pahang..” kata Zura..
“itu yang abg risaukan sekarang.. tapi kita tidak masuk campur urusan tentera pembebasan..” kata ku..
“tapi kalau Jeneral Azroy tewas macam mana..” tanya Zura..
“kalau Jeneral Azroy tewas mungkin peperangan ini akan berlanjutan lebih lama lagi..” kata ku..
Aku tahu Zura tidak sabar ingin berjumpa dengan anak-anaknya termasuk Nurul.. aku kena selesaikan peperangan ini dari terus berlanjutan lebih lama lagi.. lalu aku meminta Jeneral Razak datang berjumpa dengan ku.. dalam perbincangan tersebut Jeneral Razak memberitahu kepada ku bahawa tentera pembebasan sedang membina kekuatan di bandar KL bagi menghadapi musuh dari selatan.. kemudian aku membongkarkan rahsia sebenar pegawai tinggi tentera pembebasan berkomplot dengan tentera SG.. hal ini sangat mengejutkan Jeneral Razak kerana maklumat ini tidak didedahkan oleh ku sebelum ini.. aku beri senarai nama pegawai yang terlibat dengan tentera SG.. Jeneral Razak tidak menyangka ketua panglima Jeneral Jamaludin terlibat dengan tentera SG.. sebelum tercetusnya perang Jeneral Jamaludin merupakan ketua polis negara dan di bawa masuk dalam pasukan tentera pembebasan di Ampang setelah perang tercetus.. beliau di lantik menjadi ketua panglima kerana statusnya.. aku meminta Jeneral Razak mengumpul tenteranya setelah tindak di buat.. dalam masa yang sama aku akan bantu Jeneral Azroy tumpaskan musuh dekat selatan.. kemudian Jeneral Razak datang membantu kami.. akhirnya Jeneral Razak setuju dengan cadangan ku.. Jeneral Razak ada memberitahu kepada ku bahawa tentera PBB sudah bersedia ingin membantu menjadi pengaman di Malayan tapi telah di tolak oleh ketua panglima Jeneral Jamaludin atas alasan negara luar ingin mengambil alih pemerintahan negara.. aku menyuruh Jeneral Razak buat surat meminta tentera PBB masuk ke dalam negara dengan bantuan makanan dan perubatan setelah tentera SG di usir keluar dari Malayan..
Hampir sebulan tentera pembebasan di ketuai oleh Jeneral Azroy bertempur di selatan.. tiada tanda-tanda tentera SG akan menyerah kalah.. kedengaran berita tentera SG mula menerima bantuan tentera upahan dari negara jiran.. aku terpaksa hantar bantuan kepada Jeneral Azroy setelah tentera pembebasan tidak menghantar bantuan kepada Jeneral Azroy.. ini kerana tindakan jahat pegawai tinggi tentera pembebasan yang inginkan Jeneral Azroy tewas.. pertempuran di Batu Pahat membuatkan tentera pembebasan terpaksa berundur setelah diserang dengan teruk.. menurut bahagian perisikan ku hal ini telah di rancang oleh ketua panglima Jeneral Jamaludin.. lalu aku mengarahkan Nobu menamatkan riwayat ketua Panglima Jeneral Jamaludin kerana beliau merupakan salah seorang pegawai tinggi yang terlibat dengan Shadow Hand..
Dua hari kemudian keluar berita tergempar ketua panglima Jeneral Jamaludin serta Leftenan Jeneral Kasim telah terbunuh di serang oleh tentera SG.. tempatnya telah di gantikan oleh Major Jeneral Razak.. setelah Major Jeneral Razak dinaikan pangkat Leftenan Jeneral.. aku mula mengatur anggota tentera ku untuk bersedia bergerak membantu Jeneral Azroy.. Major Bad di arah untuk menjaga Bukit Tunku.. hampir separuh tentera Bukit Tunku seramai 700 orang di bawa mengikut operasi Balas.. hampir semua pegawai ikot operasi ini.. aku dapat tahu Jeneral Azroy telah berjaya mara hingga ke Batu Pahat.. kini tentera SG berada di hujung negeri selatan setelah diasak teruk oleh tentera pembebasan.. tapi semua kekuatan penuh tentera SG telah berkumpul dekat Johor bahru tidak jauh dari Kulai.. aku menggunakan separuh kekuatan Bukit Tunku bergerak ke selatan..
Dalam perjalanan aku bercadang untuk berhenti di Seremban untuk berjumpa dengan Mael.. aku terkejut melihat kesan perang dekat Seremban.. banyak kerosakan terjadi di sekitar bandar Seremban.. malangnya aku menerima satu berita yang sedih dari Fizza setelah aku berjumpa Fizza di rumahnya.. Mael suami Milah telah di bunuh oleh tali barut tentera SG.. sungguh tidak di sangka Nizam anak Pak Karim ketua kampung telah menjadi salah seorang komandan tentera SG.. setelah Nizam mendapat kuasa dari tentera SG semua orang kampung mula menjadi mangsanya.. Pak Abu, Mak Senah dan Pak Karim sendiri menjadi korban angkara Nizam.. menurut Fizza lagi Jamal dan Kamil turut menjadi orang kanan Nizam melakukan banyak huru hara dalam kampung.. sesiapa yang menghalang akan di bunuh dan banyak anak gadis kampung di rogol oleh mereka bertiga.. Milah dan Fizza tidak terkecuali menjadi antara mangsa mereka.. Milah pula kini di tahan dalam rumah oleh abgnya Nizam.. lalu aku mengarahkan anggota ku mengepung rumah Pak Karim.. tanpa di sedari oleh mereka bertiga kami berjaya menahan mereka semua..
“aku sangka kau akan berubah Nizam.. menyesal aku selamatkan kau.. nie dua ekor beruk masih tidak insaf lagi..” kata ku..
“tuan kami dapat menahan 5 orang lagi anggota tentera SG.. semuanya 22 orang termasuk mereka bertiga..” kata Kapten Bob..
“19 orang nie jalan hukuman mati serta merta..” kata ku..
“baik tuan..” kata Bob..
Kelihatan Zura memapah Milah keluar dari rumah Pak Karim di ikuti oleh Fizza bersama Dr. Salina.. aku ingin bantu mereka tapi Dr. Salina bila berjumpa dengan ku seperti ada sesuatu yang tak kena.. mungkin ada kena mengena dengan kejadian sebelum ini..
“kau pengkianat Fizza..” jerit Nizam..
“aku rasa kau yang pengkianat..” kata ku..
“tuan.. abg Bear maafkan kami.. kami tak bersalah.. kami hanya orang suruhan je..” kata Jamal cuba selamatkan diri..
panggg.. panggg.. panggg..
19 anggota tentera SG mati di tembak serentak oleh anggota ku.. terkejut mereka bertiga melihatnya..
“aikkk.. terkejut.. yang korang bunuh orang kampung tu tak pula korang terkejut..” kata ku..
“kau ingat aku takot dengan kau.. bunuh aku sekarang kalau kau berani..” kata Nizam dengan sombong..
“hehehe tak semudah itu aku akan tamatkan riwayat kamu bertiga.. begini lah.. korang kan pendekar apa kata kita beradu.. kalau korang menang aku lepaskan.. kalau korang kalah pun aku lepaskan..” kata ku..
“hehehe ada hati nak beradu dengan aku..” kata Nizam..
Lalu aku minta anggota ku lepaskan ikatan pada tangan Nizam.. kemudian anggota ku mengepung lalu melihat aku dan Nizam beradu tenaga..
“wah.. nampak gaya kau tentu banyak ilmu yang kau belajar dengan Tok Wan Pekasa..” kata ku..
Milah dan Fizza ditemani Zura dan Dr Salina duduk melihat kami.. anggota ku juga duduk melihat pertarungan yang akan terjadi sebentar lagi.. nampaknya ilmu persilatan siapa yang lebih handal..
ns 15.158.61.8da2