Setahun sudah berlalu semenjak pemergian Syamel. Kini Husna dan ahli keluarga yang lain akhirnya berjaya menerima takdir bahawa Allah lebih sayangkan lelaki itu. Walaupun berat, namun terpaksa mereka menerima takdir.
Pelbagai peristiwa telahpun berlaku semenjak dari itu, di antaranya Eliza telahpun ditahan polis atas kesalahan membunuh Syamel. Namun gadis itu terlepas dari hukuman gantung sampai mati.
Ini kerana gadis itu didapati menghidap penyakit neurosis. Walaupun Husna dan ahli keluarga yang lain tidak bersetuju gadis itu terlepas hukuman, namun apa lagi yang mereka mampu lakukan jika itu keputusan mahkamah.
Mereka semua terpaksa menerima walau dengan berat hati. Selain peristiwa mengenai Eliza, ada satu lagi peristiwa besar berlaku di dalam keluarganya. Adik tirinya iaitu Syaqila sudahpun melangsungkan perkahwinan.
Yang paling mengejutkan adalah suami kepada Syaqila ialah ayah kandung kepada Husna iaitu Hazman. Husna sendiri tidak mengetahui bagaimana kedua-dua mereka boleh jatuh cinta dan mengambil keputusan bernikah.
Pada mulanya papa dan mama tidak mengizinkan dan membantah perkahwinan itu. Lebih-lebih lagi mama kerana lelaki itu adalah bekas suaminya sendiri. Namun setelah Syaqila memujuk dengan agak lama, akhirnya mereka akur.
Selepas ini Husna tidak tahu apakah hubungan dia dengan Syaqila. Adakah gadis itu masih lagi adik tirinya, ataupun ibu tirinya. Sedang dia mengelamun, tanpa disedari dia telah terlanggar seseorang.
"Minta maaf, saya tak sengaja." Ucap lelaki itu setelah melihat fail-fail di tangan Husna jatuh berselerakan di lantai.
""Ehh takpe bukan salah awak, salah saya sebab tak pandang depan." Balas Husna.
Husna kemudian tunduk dan mengutip fail-failnya yang berselerakan itu. Kelihatan lelaki itu juga membantu mengutip fail-fail berkenaan. Ketika lelaki itu menyerahkan fail-fail itu, mata mereka berdua bertentang.
"Husna." Tutur lelaki itu.
"Ehh Rizal, awak buat apa kat sini?" Husna sungguh terkejut melihat lelaki itu.
"Saya ada kerja sikit dekat sini. Awak still kerja dekat firma guaman awak yang lama?" Soal Rizal.
"Haah, ni pun saya nak cepat pergi mahkamah sebab ada kes. Saya minta diri dulu." Husna cuba beredar dari situ.
"Husna!" Langkah kaki Husna terhenti setelah mendengar namanya di panggil lelaki itu.
"Masih adakah lagi saya dalam ruang hati awak?" Soal Rizal penuh harapan.
Husna memalingkan semula wajahnya ke arah lelaki itu. Dia hanya merenung lelaki itu namun tidak berkata apa-apa. Kelihatan satu senyuman yang cukup manis dilemparkan olehnya kepada lelaki itu.1801Please respect copyright.PENANAoforJnNwwC
1801Please respect copyright.PENANAzMWWFW5HLU
TAMAT
ns 15.158.61.7da2