1918Please respect copyright.PENANAksfIP5ll38
Perkampungan Orang Asli, Jerantut, Pahang.
Tahun 1950
Malam itu suara guruh begitu kuat membelah alam. Langit yang tadinya penuh dengan bintang-bintang secara tiba-tiba bertukar menjadi gelap gelita. Sesekali pancaran kilat menerangi suasana kelam itu. Angin dingin turut menerpa laju menerobos masuk ke perkampungan itu lalu menghentam pintu dan jendela kayu rumah penduduk sehingga bunyi dentam-dentum terhasil. Namun, itu bukanlah sebagai petanda bahawa hujan akan turun. Itu adalah petanda bahawa sesuatu yang mistik dan bersifat jahat sedang berkumpul di situ. Upacara menyeru Iblis sedang berlangsung. Suara burung-burung hantu menambahkan lagi keseramannya.
Tok Batin Anjang sudah menyiapkan bahan-bahan pemujaan yang sudah disediakan sejak petang tadi lagi. Tiga bilah pedang yang pernah digunakan nenek moyangnya untuk menebas kepala musuh dipacakkan diatas tiga tengkorak manusia. Manakala enam bikar yang berisi darah segar babi hutan bersusun secara melintang. Satu bikar yang lebih besar berada di sisi Batin Anjang. Bikar itu berisi darah segar harimau.1918Please respect copyright.PENANA8xDpHRozwX
1918Please respect copyright.PENANAkyd0GtJRsL
”Letak di situ.” Arah Batin Anjang kepada dua orang anak buah Pawang Junos.
Tanpa banyak cakap, Harun dan Semaun meletakkan tubuh lemah Junos di atas tanah tanpa sebarang alas di hadapan bikar-bikar itu. Suasana di halaman rumah Batin Anjang sengaja dibiarkan kelam. Jamung-jamung diletakkan jauh daripada tempat pemujaan itu agar tidak menganggu ‘benda’ yang akan menjamu selera sebentar lagi. Itupun hanya dua jamung sahaja dibiarkan menyala. Di halaman rumahnya itu hanya ada mereka berenam sahaja. Dua orang anak buah Batin Anjang berkawal di pintu pagar masuk halaman rumahnya. Penduduk kampung yang berdekatan dengan rumah Batin Anjang diminta berkumpul di rumah jiran-jiran yang lain. Batin Anjang tidak mahu ada gangguan terutamanya dari anak-anak kecil.
Junos merupakan seorang pawang yang telah tewas dengan teruk sekali ditangan seorang anak muda yang bernama Yusuf. Sihir yang dihantar kepada Yusuf telah dikalahkan dengan kuasa yang sangat ampuh. Yusuf pula merupakan anak murid kepada Kiai Malik Ibrahim Al-Yamani atau dikenali sebagai Kiai Sufi. Kiai Sufi merupakan ulama berketurun Arab Yaman yang lahir di Palembang. Ayahnya merupakan pendakwah yang datang dari Yaman sekitar tahun 1870. Kiai Sufi telah membuka pasentren (pondok) pengajian di Palembang setelah beliau diberikan ‘ijazah’ oleh gurunya. Selain daripada ilmu-ilmu agama, beliau turut belajar ilmu persilatan. Maka, pondok yang beliau asaskan bukan hanya menekankan pengajian fardhu ain, tasawuf, Hadis dan Al-Quran tetapi turut dilengkapi dengan ilmu persilatan.
Perseteruan antara Junos dan Kiai Sufi bermula apabila mereka pernah sama-sama berguru dengan guru mereka iaitu Kiai Abu Bakar. Bermakna, mereka adalah rakan seperguruan. Junos sebenarnya bukanlah penduduk tempatan, dia adalah bekas ketua lanun yang berasal dari Tanah Melayu. Nasib malang telah menimpanya kerana kapalnya pecah di hentam badai lalu kapalnya pun karam. Kesemua awak-awak kapalnya mati lemas. Hanya dia saja yang terselamat dan sempat berpaut pada serpihan papan kapalnya yang pecah lalu dihanyutkan ke Pulau Bangka, Palembang.
Kemudian dia diselamatkan oleh Kiai Abu Bakar dan dirawat di pasentren beliau. Sepanjang berada di situ, dia merahsiakan identitinya yang sebenar dan Kiai Abu Bakar pun tidak memaksanya untuk bercerita tentang asal-usulnya. Beliau menerima sahaja sesiapa pun yang ingin belajar di pasentrennya. Junos menuntut ilmu di situ selama dua tahun dan dipendekkan cerita, Junos tewas ditangan Kiai Sufi dalam ujian akhir persilatan mereka. Hadiah bagi pemenang adalah mendapat pengiktirafan yang membolehkan mereka membuka pondok pengajian baru dan membuka gelanggang silat. Juga dihadiahkan sebilah keris kepunyaan guru mereka. Ia bukan sebarangan keris. Keris itu merupakan keris sakti yang ditakuti pengamal ilmu hitam.
Kekalahan Junos ditangan Kiai Sufi mendatangkan aib baginya dan dia tidak dapat menerima kekalahan tersebut. Dia berdendam dengan Kiai Sufi dan gurunya sendiri. Ternyata sifat-sifat mazmumah yang tertanam sejak menjadi ketua lanun belum terhapus sama sekali. Kiai Sufi juga tahu tentang perangai muridnya itu yang lekas naik darah dan tidak sabar serta ketara sifat angkuhnya. Akibat dendam kesumat itulah, Iblis menawarkan pertolongan.
Si Iblis telah menyamar sebagai seorang tua berupa seorang alim yang berjanggut putih lalu mengajarkan ilmu hitam untuk menentang rakan seperguruannya serta menentang gurunya sendiri. Junos terpedaya dengan tipu daya Iblis lalu menjadi pengikut makhluk yang berumur panjang itu. Kemudian, pada suatu malam, dengan menggunakan kuasa sihir, dia telah menyamar menjadi salah seorang murid Kiai Abu Bakar lalu membunuh gurunya.
Setelah pembunuhan tragis itu, perlawanan antara Kiai Sufi dan Junos telah bermula. Namun, dia hampir mati ditikam keris sakti milik guru mereka yang sudah menjadi milik Kiai Sufi. Di saat mata keris itu hampir tenggelam ke dalam kerongkongnya, dia berhelah dengan mengakui kesilapan dan ingin bertaubat. Kiai Sufi terpedaya dengan lakonan tersebut dan di saat Kiai Sufi menarik tangan Junos untuk bangkit, Pawang Junos menarik sebilah pisau pendek yang disorok di belakang kakinya lalu menikam Kiai Sufi. Mujurlah tikaman itu tersasar ke paha Kiai Sufi lalu kesempatan itu diambil oleh Junos untuk lari.
Junos tahu bahawa dia tidak akan mampu mengalahkan Kiai Sufi dengan perlawanan silat lalu dia melakukan pula melalui perlawanan ghaib dengan menghantar sihir-sihir tetapi ternyata dia tewas juga dan muntah darah apabila sihir itu berbalik kepadanya. Setelah itu khabar tentang Junos tidak kedengaran lagi. Namun, Kiai Sufi tetap dalam keadaan siap siaga. Hasil dari risikan, Kiai Sufi akhirnya mengetahui bahawa Junos telah pulang ke Tanah Melayu.
Junos kembali ke Tanah Melayu dengan tujuan untuk memperkuatkan lagi ilmu hitam dengan menuntutnya dengan tok batin orang asli. Dia yakin segala jenis jin dan jembalang yang tinggal di hutan tebal lebih kuat dan mampu mengalahkan Kiai Sufi. Ya, dia berhasrat untuk berdepan lagi dengan Kiai Sufi setelah selesai menuntut ilmu hitam dengan Tok Batin Anjang.
Junos telah melakukan onar di beberapa buah kampung dengan ilmu sihirnya setelah perguruannya dengan Tok Batin Anjang telah tamat. Itu setelah setahun dia berguru dengan orang asli tersebut. Ilmu sihirnya perlu diuji dan orang-orang yang tidak bersalah telah menjadi mangsanya. Selain itu, dia turut menawarkan khidmat untuk sesiapa sahaja yang ingin membalas dendam kepada seseorang dan dia akan menyihir orang tersebut. Kehebatannya telah menarik minat beberapa anak muda untuk menjadi pengikut setianya.
Huru-hara yang ditimbulkan oleh Junos disedari oleh Kiai Sufi melalui alamat mimpi. Roh gurunya telah muncul di alam mimpi lalu memberitahu kejahatan yang sedang hidup dan membesar yang dilakukan oleh Junos. Lantas, Kiai Sufi menghantar anak didiknya yang paling handal iaitu Yusuf untuk menumpaskan bekas rakan seperguruannya itu. Saat itu Yusuf sudah pun tamat pengajiannya dan ampuh ilmu persilatannya. Kiai Sufi yakin akan kemampuan Yusuf untuk menumpaskan Junos.
Dipendekkan cerita, Junos telah mengalami kekalahan dan badannya terbakar setelah jelmaan seekor ular besar yang dihantar kepada Yusuf dibakar oleh Yusuf dengan berkat ayat-ayat Al-Quran. Namun, Junos sempat meminta pertolongan anak-anak buahnya untuk menghantarnya ke rumah Tok Batin Anjang. Kecederaan yang di alami oleh Junos amat parah. Seluruh kulitnya terbakar dan menjadi hitam lalu merekah-rekah. Namun, nyawa Junos masih liat untuk keluar dari tubuhnya.
Batin Anjang membungkus badan Junos dengan daun-daun herba sementara menunggu anak buahnya berjaya mendapatkan darah harimau. Setelah tiga hari berburu, barulah anak buah Batin Anjang berjaya membunuh seekor harimau dan darah harimau itu kini sudah berada di hadapan Batin Anjang. Darah harimau jarang-jarang digunakan oleh Batin Anjang kecuali kerana terdesak sahaja. Selain akan menyembuhkan Junos, dia akan menjadikan anak didiknya itu kebal dengan sebarang senjata dan seekor saka akan menjadi pendampingnya. Saka itu dikenali sebagai saka harimau.
Junos mengongoi dalam kedinginan malam. Penderitaan tubuhnya terus berlanjutan malah pada tubuhnya yang merekah-rekah itu sudah ada nanah di sana-sini. Batin Anjang mengukuhkan kedudukannya. Dia mula membaca serapah yang tidak difahami. Beberapa minit berlalu. Angin malam semakin kasar menghembus menyebabkan pokok-pokok disekitarnya bergegar-gegar. Gemersik buluh-buluh yang mengitari kawasan itu lebih kuat daripada biasa.
Dalam kesuraman, kedengaran seperti ada banyak lidah yang sedang menghirup bikar yang berisi darah babi di hadapannya yang sejajar dengan tubuh Junos. Jasad makhluk-makhluk itu tidak pula kenampakan. Batin Anjang meletakkan tangannya ke perut Junos, refleksi spontan Junos terus terbangun dan duduk dengan kaki melunjur. Kemudian, Batin Anjang meletakkan tangan kirinya di atas ubun-ubun Junos sambil membaca sesuatu. Sekujur tubuh Junos bergetar.
Setelah itu, bikar besar yang berisi darah harimau dicapai oleh Batin Anjang lalu dengan perlahan-lahan darah itu disiram dari kepala. Siraman itu dipastikan mengena keseluruhan badan Junos. Tak semena-mena Junos melolong dengan suara yang mengerikan. Raungannya panjang dan berulang-ulang. Pohon-pohon di sekitar terus bergegar. Junos merasakan badannya pedih tetapi kepedihan itu hanya bersifat sementara. Saat raungan tadi, dia dapat melihat bayangan ratusan harimau berlari ke arahnya datang dari segala sudut. Batin Anjang melepaskan ubun-ubun Junos lalu Junos pun terbaring semula.
“Junos ! Junos ! Junosss !” Seru Batin Anjang.
Junos pun membuka mata dan baru dia tersedar badannya yang melekit dengan darah. Serta merta deria baunya mengesan bau hanyir. Junos telah pulih dari kesakitannya dan berada dalam keadaan terpinga-pinga.
“Bangun, bangun, bangun Junos !” Arah Batin Anjang. Junos pun bangkit lalu berdiri tegak.
“Hah ! Hah ! Hah ! Dah berjaya Junosss !” Batin Anjang teramat gembira dengan hasil kerjanya.
Batin Anjang mencapai bikar yang berisi darah harimau tadi. Sisanya ditinggalkan untuk diberi Junos minum.
“Ayuh Junos, minum. Kasi habis. Kamu akan jadi luar biasa selepas ni.” Pinta Batin Anjang.
Junos yang masih belum stabil fikirannya hanya mengikut kata Batin Anjang lalu meminum darah harimau tersebut. Darah harimau itu diminumnya habis tanpa mual sedikitpun. Tiba-tiba dia berasa tubuhnya memanas dan spontan badannya melengkung seakan-akan merangkak seperti harimau. Saat itu ngauman harimau bersilih ganti kedengaran di telinganya tapi keadaan itu berlangsung sebentar saja. Keadaan kembali tenang.
Batin Anjang mengisyaratkan kepada anak buahnya dan anak buah Junos menyalakan kesemua jamung dihalaman rumahnya. Kini suasana sudah terang benderang. Junos melihat keadaan tubuhnya. Kesakitan sudah hilang sama sekali tetapi badannya kini bercorak-corak seperti petak-petak hasil dari rekahan kulitnya yang kering selepas terbakar.
“Celaka kau Malik ! Celaka kau Yusuf ! Aku bunuh kau orang.” Kesedaran Junos mula kembali. Ingatan kepada musuh-musuhnya kembali segar dibenaknya. Dendamnya begitu membara.
1918Please respect copyright.PENANADEjW8OZR3F
Air dalam bertambah dalam,
Hujan dahulu belumlah teduh.
Hati dendam bertambah dendam,
Luka dahulu belumlah sembuh.
1918Please respect copyright.PENANAYjNqODIRvp
”Arghhhhhhhhhhhh..” Junos teriak nyaring melepaskan geramnya melihat kecacatan tubuhnya.
“Junos, kau tak perlu risau. Esok tok pulihkan kulit kau dan bagi kau kebal. Sekarang kita rehat dulu.” Batin Anjang meredakan ketidakpuasan hati Junos. Ditepuk-tepuk bahu Junos, kemudian dia mengarahkan anak buahnya mengemas segala peralatan pemujaannya tadi.
1918Please respect copyright.PENANA3D9aeAuTds
1918Please respect copyright.PENANAQUOdu6aUsE
Malam Esoknya.
Cahaya kilat sesekali menerangi suasana dan halilintar menggegarkan perkampungan asli itu seperti sedang memanah syaitan. Batin Anjang dan Junos duduk bersila saling berhadapan. Kedua-duanya berada di atas tanah di halaman rumah yang suram. Junos diminta menutup mata sehingga upacara selesai. Junos hanya memakai seluar pendek tak berbaju.
Batin Anjang mula membaca jampi serapah yang tidak difahami. Sudah tentu dia sedang mendatangkan suku sakat jin di hutan tersebut. Aliran bersifat mistik mulai terasa di benak Junos. Secara tiba-tiba dia terlontar ke sebuah daerah yang asing.
“Angkat tangan kau ke atas Junos.” Arah Bating Anjang. Junos menurutinya.
Selepas tangannya diangkat, dia disiram cecair dari atas kepala. Dia tidak tahu cecair apakah itu tetapi baunya hamis. Cecair itu turut dilumur di badannya. Junos terus memejam mata. Batin Anjang mencapai taring harimau lalu diasahnya menjadi semakin tajam. Hablur dari taring itu ditadah di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, taring tajam tadi dibawanya ke leher Junos. Cara pegangnya seperti memegang sebatang pensel.
“Tahan Junos, Tahan.” Pesan Batin Anjang.
Taring harimau itu dicucuknya di leher Junos lalu darah Junos pun mengalir. Junos tiba-tiba mengaduh nyaring. Batin Anjang tidak peduli. Darah itu diambil lalu diaduk dengan hablur taring harimau tersebut. Batin Anjang terus membaca mantera dan secara tiba-tiba luka di leher Junos tertutup dan sembuh.
Jampi serapah terus berlanjutan. Tiba-tiba Junos bangkit dan melentur seperti gaya harimau. Junos seperti dikawal kuasa lain. Junos berhalusinasi didatangi ratusan harimau. Batin Anjang berdiri di hadapannya lalu dalam masa yang sama dia mengikat taring harimau tadi dengan tali berwarna hitam. Kemudian, dikalungnya ke leher Junos. Setelah itu, barulah Junos kembali sedar. Batin Anjang memintanya membuka mata.
“Hah, sekarang apa kau rasa Junos?” Tanya Batin Anjang. Bahunya ditepuk kuat dan kasar. Batin Anjang sedang menguji.
“Tak rasa apa-apa tok. Err maksud aku, aku tak rasa tok tepuk.” Jawab Junos kagum. Tubuhnya terasa pejal dan kuat.
“Err tok, badan aku tak berubah tok.” Junos rasa kecewa kulitnya masih berparut.
“Kau jangan risau. Esok pagi kau bangun parut kau akan hilang.” Batin Anjang memberi jaminan.
“Sekarang kau sudah kebal. Kau dah ada pendamping. Pendamping kau ni saka harimau. Kau lebih kuat dari dulu. Saka kau akan tolong kau.” Batin Anjang kata Batin Anjang lagi.
“Terima kasih tok.” Junos menundukkan kepala tanda hormat. Dia lebih tenang mendengar apa yang dikatakan tok batin itu.
“Sekarang kita nak uji badan kau. Anak buah tok dan anak buah kau akan tetak kau. Kau baring sekarang.” Arah Batin Anjang.
Tanpa banyak soal, Junos pun terus berbaring di atas tanah. Empat orang pemuda berbaris di hadapan Junos. Batin Anjang meminta mereka menetak Junos beberapa kali. Keempat-empat mereka pun menetak. Pada mulanya mereka menetak dengan perlahan kerana ragu-ragu tetapi setelah parang-parang mereka melantun kembali, mereka pun menetaknya dengan kuat. Ternyata, Junos benar-benar telah kebal dan dirinya telah dijaga oleh saka.
1918Please respect copyright.PENANA0Z4mV6lk8G
1918Please respect copyright.PENANAtKhgQg0OuV
1918Please respect copyright.PENANAHMCgYuxMef
1918Please respect copyright.PENANAF57o523Kaf
1918Please respect copyright.PENANArMD58UcCqu
1918Please respect copyright.PENANAFCGBZPVBXO
1918Please respect copyright.PENANAQDA2MNhMI3
1918Please respect copyright.PENANABUXpwvflHE
1918Please respect copyright.PENANAr3OBuyZcD6
1918Please respect copyright.PENANAhxU5yXMPRi
1918Please respect copyright.PENANARc0uiP0Vq9
1918Please respect copyright.PENANAfzgK2Ql6me
1918Please respect copyright.PENANA1xFau4u0LP
1918Please respect copyright.PENANAOKxUpE9DD7