Ulu Rokan, Tampin, Negeri Sembilan
Tahun 1985
Suasana di perkampungan Ahlul Haq Ulu Rokan seperti di pagi-pagi yang lain. Aktiviti-aktiviti di perkampungan ini sama seperti di semua perkampungan Ahlul Haq, biasanya akan bermula sejurus selepas subuh.
Riuh rendah suara pelajar-pelajar sekolah yang terletak berhampiran dengan perkampungan sesekali kedengaran setelah matahari naik sepenggalah. Kedai-kedai mula dibuka. Gerai-gerai yang menjual sarapan pagi mulai menjadi tumpuan. Termasuk gerai Deraman yang menjual roti canai dan nasi lemak serta kuih muih.678Please respect copyright.PENANAxNI6cUKJQ9
678Please respect copyright.PENANAej3FxXdciD
”Man roti canai lima. Teh tarik lima.” Pesan seorang ahli jemaah yang duduk bersama lima orang rakannya di sebuah meja. Semuanya berserban dan berjubah.
“Okay siap.” Sahut Deraman ramah.
Gerai Deraman adalah gerai paling besar di perkampungan itu dan satu-satunya gerai yang membuat roti canai. Sudah tentu ia menjadi tumpuan di kalangan ahli jemaah. Gerainya turut menjadi tempat pertemuan tak rasmi ahli-ahli jemaah yang datang dari luar Negeri Sembilan. Di sini menjadi medan untuk mendapatkan berita-berita tentang perkembangan jemaah. Ahli-ahli jemaah di seluruh negara akan datang ke perkampungan ini untuk urusan rasmi kerana di sinilah pusat pentadbirannya. Kadang-kala ahli-ahli jemaah dari Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura turut datang ke Ulu Rokan untuk bertemu Ustaz Azahari dan pimpinan.
Kaum ibu yang berpurdah hitam juga sudah mula kelihatan keluar rumah menuju ke Mini Market Solehah untuk memberi keperluan harian. Anak-anak kecil si ibu berlari-lari mengikuti di belakang seperti anak-anak itik, mewarnai kemeriahan pagi itu. Suasana perkampungan Islam cukup terasa. Bunyi bising dari gudang pertukangan perabot dan bunyi kimpalan dari bengkel kereta tidak kurang meriahnya. Saudara Rashid yang menjaga kedai buku turut sibuk menyusun buku-buku Ustaz Azahari yang dipamer dan dijual di situ. Empat orang ahli jemaah kelihatan sedang mencantas dan memperelok pokok-pokok bunga yang ditanam di sepanjang jalan perkampungan itu. Mereka ditugaskan untuk memperindah perkampungan tersebut dan landscaping di perkampungan ini sememangnya cantik dan di jaga rapi kerana ramai tetamu dari luar yang datang ke sini.
Di waktu cuti sekolah, ramai pelajar yang datang ke perkampungan ini untuk melihat lebih dekat cara hidup masyarakat yang berjubah dan berserban di sini. Malam Selasa pula merupakan malam fardhu ain. Pelbagai lapisan masyarakat akan datang untuk belajar dan sekaligus membuatkan hubungan jemaah Ahlul Haq dan masyarakat bertambah erat. Melalui aktiviti-aktiviti beginilah Ahlul Haq meraih banyak sokongan dan simpati masyarakat yang dahagakan suasana Islam yang tidak terdapat di tempat lain. Dengan cara ini jugalah ahli-ahli jemaah bertambah.
Namun, disebalik semua itu para ahli jemaah Ahlul Haq terlalu taksub kepada pemimpin mereka iaitu Ustaz Azahari. Bagi mereka, ketaksuban kepada Ustaz Azahari dan kepada jemaah Ahlul Haq merupakan kemestian dan menjadi pegangan hidup, yakni apabila mereka berkahwin, Ustaz Azaharilah yang akan merestui atau menentukan jodoh mereka. Apabila melahirkan anak, Ustaz Azaharilah tempat yang dirujuk untuk mendapatkan nama anak mereka.
Anak itu pula dibesarkan di perkampungan Ahlul Haq, di sekolahkan di sekolah Ahlul Haq, makan dengan kicap Ahlul Haq, sos Ahlul Haq, mee Ahlul Haq, tauhu Ahlul Haq, mandi dengan sabun Ahlul Haq, makan kari dengan rempah kari Ahlul Haq, baca surat khabar dan majalah Ahlul Haq, menyanyi dan berhibur dengan nasyid Ahlul Haq, yang tentunya semua itu diperolehi dari kedai-kedai milik Ahlul Haq dan dijual oleh ahli Ahlul Haq. Hatta ada ahli jemaah yang menamakan anak mereka Muhammad Ahlul Haq.
Dalam erti kata lain, generasi awal Ahlul Haq di era pertama ini adalah generasi yang mana darah mereka yang mengalir adalah darah Ahlul Haq. Sebab itulah mereka begitu taksub kepada Ustaz Azahari dan jemaah Ahlul Haq. Ini juga penyebab mengapa mereka sanggup ke mana saja walaupun terpaksa ke luar negara atau ke pedalaman, meninggalkan anak isteri berbulan-bulan lamanya demi menegakkan Islam di bawah panji jemaah Ahlul Haq.678Please respect copyright.PENANArCSpteLDN8
678Please respect copyright.PENANA1gccmZaJXQ
“Jemaah ini jemaah Imam Mahdi dan jemaah Rasulullah.” Itu yang selalu diulang-ulang oleh Ustaz Azahari kepada pengikutnya. Ustaz Azahari mengatakan kepada pengikutnya bahawa Rasulullah berbicara dengannya.
Semua ahli Ahlul Haq mempercayai segala percakapan Ustaz Azahari. Mana boleh tak percaya. Melihat kepada ibadahnya yang hebat, akhlaknya yang tinggi, ilmunya yang luas, jemaahnya yang besar, ekonominya yang maju. Semua itu petanda bahawa Ustaz Azahari merupakan wali pilihan Allah. Jika Ustaz Azahari tak betul, mustahil semua itu berjaya dilakukan. Fikir semua ahli Ahlul Haq. Berdasarkan kepada kejayaan demi kejayaan itu, sudah pasti Ustaz Azahari diberi anugerah untuk bercakap dengan Rasulullah secara sedar. Istilahnya ialah yaqazah.
Soal yaqazah ini bukanlah hal baru dalam jemaah Ahlul Haq tapi tidak juga muncul sewaktu jemaah ini mula bertapak. Ianya bermula setelah 10 tahun usia Jemaah Ahlul Haq, di saat jemaah berada di pertengahan perjalanan. Di saat itu, Ustaz Azahari telah mengenali ramai tokoh-tokoh agama termasuklah tokoh-tokoh tarikat lalu beliau tertarik dengan sebuah ajaran tarikat yang berkait dengan kemunculan Imam Mahdi. Tokoh tarikat yang digelar syaikh tarikat itu dipercayai adalah Imam Mahdi sendiri dan pernah bertemu dengan Rasulullah secara jaga (yaqazah). Bukan dalam mimpi. Menurut sejarahnya, ‘Imam Mahdi’ itu bertemu dengan Rasulullah lalu diajar oleh Rasulullah kalimat selawat. Sejak itu bermulalah tarikat Al Ahmadiah. Itu berlaku puluhan tahun sebelum Ustaz Azahari lahir lagi.
Takdir Allah pun datang. ‘Imam Mahdi’ itu dijemput Ilahi dan mati. Para pengikut tarikat Al Ahmadiah tidak dapat menerima hakikat bahawa Imam Mahdi mereka telah mati lalu mereka mengatakan tak mati tapi ghaib dan akan muncul di akhir zaman. Mereka menjadikan keghaiban Nabi Isa a.s dan Nabi Khidir a.s sebagai contoh, yang akan muncul kembali di akhir zaman nanti. Itulah doktrin ketaksuban yang paling awal dalam tarikat ini yang turut menjangkiti Jemaah Ahlul Haq. Maka, seluruh ahli jemaah mempercayainya kecuali beberapa orang yang tidak percaya lalui keluar daripada jemaah. Mereka yang telah keluar telah dianggap sebagai musuh, fasiq dan kufur.
Sejak mengamalkan tarikat Al Ahmadiah, keahlian jemaah Ahlul Haq tetap bertambah dari sehari ke sehari. Ustaz Azahari percaya bahawa itu merupakan berkat dari pengamalan tarikat tersebut. Walaubagaimanapun, dia telah mendapat maklumat baru tentang tarikat itu iaitu tarikat itu tidak lengkap sekiranya tidak mengamalkan yaqazah. Menurut maklumat itu, beliau perlu mendapatkan seseorang yang dipilih oleh Rasulullah sebagai perantara supaya dia dapat berbicara dengan Rasulullah.
Maka, pada suatu hari di tahun 1982, seorang lelaki telah menyatakan hasrat untuk menyertai jemaahnya. Lelaki itu merupakan lelaki alim, berjubah putih, berjanggut putih dan bertongkat putih. Umur lelaki dalam lingkungan 40 an. Akhlak lelaki itu amat dikagumi oleh Ustaz Azahari dan hubungan mereka akhirnya menjadi rapat sehingga dilantik sebagai penasihat Ustaz Azahari. Lelaki ini bernama Syaikh Ali. Menurut sejarahnya, beliau pernah belajar di Sumatera dan menguasai ilmu kebatinan. Kerap kali di saat bersama ustaz Azahari, beliau menunjukkan kemampuan ilmu kebatinannya.
“Ana (saya) boleh teka apa yang ada dalam poket jubah anta (awak).” Kata Syaikh Ali.
“Kalau macam tu, apa yang ada dalam poket ana?”Tanya Ustaz Azahari menguji.
“Dalam jubah anta ada duit kertas RM 100.” Jawab Syaikh Ali. Ustaz Azahari pun mengeluarkan duit kertas dari dalam poket jubahnya. Ternyata memang benar di dalam jubah ustaz Azahari ada duit kertas RM 100.
Di suatu hari yang lain, Syaikh Ali secara bersahaja mengatakan beliau boleh tahu perangai setiap orang di hadapannya. Kemudian, beliau menceritakan perangai setiap orang kepada ustaz Azahari. Memang tepat apa yang diperkatakan oleh Syaikh Ali. Ustaz Azahari bertambah kagum dengan Syaikh Ali.
“Bagaimana anta melakukannya?” Tanya Ustaz Azahari.
“Rasulullah bagitahu ana.” Jawab Syaikh Ali mendedahkan rahsia.
Maka, tahulah Ustaz Azhari bahawa Rasulullah telah menghantar Syaikh Ali untuk menjadi orang perantara untuk melakukan yaqazah. Semenjak dari itu, apa saja keputusan yang keluar darinya semuanya mesej dari Rasulullah. Semuanya arahan dari Rasulullah. Sesiapa yang mengingkari arahan-arahan yang dikeluarkan oleh ustaz Azahari bererti telah mengingkari Rasulullah dan boleh jatuh kafir. Aktiviti yaqazah dilakukan oleh mereka hampir setiap malam tetapi hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu akan hal ini termasuk isteri-isteri beliau. Bermakna, aktiviti yaqazah ini adalah aktiviti rahsia yang tidak patut diketahui oleh setiap ahli jemaah. 678Please respect copyright.PENANAydiLYLsvqi
678Please respect copyright.PENANAcqRaFAZdKt
Sejak kehadiran Syaikh Ali dalam jemaah kebenaran ini, setiap minggu mereka akan melakukan majlis ‘mencuci dosa’. majlis ini akan dilakukan selepas Isyak. Setiap orang akan di ‘scan’ oleh Syaikh Ali untuk mengesan siapakah yang banyak dosa. Ustaz Azahari memberitahu para ahli jemaah bahawa Rasulullah sendiri yang memberitahu Syaikh Ali tentang hal itu. Disebabkan nama Rasulullah itulah menyebabkan ada jemaah yang meraung-raung sampai terguling-guling kerana bukan sahaja diberitahu tentang dosanya, malah dikatakan sebagai calon ahli neraka.
Selain majlis ‘mencuci dosa’ tersebut. Di setiap malam Khamis akan diadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan zikir. Menariknya, setelah majlis bacaan Yasin dan tahlil, majlis zikir yang di adakan mempunyai kelainan daripada majlis zikir biasa. Bunyian zikir yang dilafazkan oleh mereka dibuat bunyian akapella seperti nasyid dan ada juga diselangi dengan bunyian kompang dan gendang. Malah apa yang membuatkan jemaah Ahlul Haq berbeza dengan jemaah lain adalah mereka menukar perkataan “Allah, Allah, Allah” menjadi “Ah, ah, ah.”
Menurut mereka, bunyi “ah, ah, ah.” itu sama maksudnya dengan “Allah”. Namun, perubahan sebutan itu dilakukan setelah merasai kelazatan berzikir. Menyebut nama “Allah” merupakan hakikat sedangkan menyebut “ah” merupakan makrifat. Apabila sampai ke tahap makrifat, seseorang itu seakan-akan sedang berhadapan dengan Allah. Penyebutan “ah, ah, ah” ini turut dijadikan zikir dikalangan ahli-ahli yang berkahwin di saat bersetubuh.
Dalam hal ini, Jemaah Ahlul Haq mempunyai kelab seks bagi para isteri jemaah dengan bertujuan untuk membimbing para isteri agar menjadikan seks sebagai ibadah yang paling besar dalam berumahtangga. Kelab ini ditubuhkan oleh isteri pertama Ustaz Azahari iaitu Ustazah Zaharah setelah mendapat cadangan daripada Syaikh Ali. Menurut Syaikh Ali, Rasulullah telah menyampaikan mesej bahawa Bahagian Wanita Ahlul Haq perlu menubuhkan sebuah kelab seks bagi menyebarkan kefahaman seks yang suci lagi murni dalam Islam.
Mereka harus memperbetulkan tanggapan bahawa seks merupakan hal yang kotor dan taboo. Bagi kelab ini, kefahaman masyarakat kini yang menganggap seks merupakan perkara jijik untuk diketengahkan dan taboo untuk diangkat sebagai ibadah yang besar dalam rumahtangga, itu merupakan dakyah Yahudi yang ingin memesongkan umat Islam untuk menikmati seks yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Dengan wujudnya kelab ini, mudah-mudahan kefahaman umat Islam terhadap seks akan berubah.
Di dalam kelab ini, ahli kelab didotrin supaya menjadi isteri-isteri yang hebat dalam melayani para suami agar layanan mereka itu lebih hebat daripada pelacur. Jika pelacur seksi, para isteri jemaah harus lebih seksi lagi. Jika para pelacur ganas di atas ranjang, para isteri jemaah harus lebih ganas lagi. Jika para pelacur pandai menggoda, para isteri jemaah lebih pandai lagi. Semakin hebat para isteri diranjang, semakin banyak pahala yang suami dan isteri dapat. Jika semakin hebat nikmat kelazatan yang dirasa, semakin banyaklah zikir “ah, ah, ah” akan terpacul tanpa sedar.
Kelab yang ditubuhkan diberi nama Kelab Seks Isteri-isteri Solehah.
678Please respect copyright.PENANAlzs4bsCbPD