Era Pertama
695Please respect copyright.PENANAAY5eSAkzZP
Bangkok, Thailand.
Tahun 1990
Kota metropolis Bangkok menerima kehadiran rombongan 35 orang pendakwah berjubah dan berserban dari Jemaah Ahlul Haq. Kesemua pendakwah ini terdiri daripada kalangan pemimpin kanan jemaah yang berpengalaman dan paling rapat dengan pemimpinnya iaitu Ustaz Azahari. Ustaz Azahari berumur 56 tahun dan telah memimpin Ahlul Haq selama 20 tahun semenjak jemaah itu ditubuhkan. Bermakna kepimpinan beliau tidak pernah ditukar ganti dan tiada orang yang layak untuk memimpin jemaah itu selain beliau.
Bagi ahli jemaah, Ustaz Azahari merupakan Orang Tuhan dan mujaddid kurun ini. Sebagaimana disebut dalam sebuah hadis sahih iaitu :695Please respect copyright.PENANAFYh98LC4MY
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)"
Bermakna, ahli jemaah percaya bahawa Ustaz Azahari adalah orang utusan Tuhan untuk memperbaharui agama Islam yang telah rosak dan menyimpang dari landasan asalnya. Mereka juga percaya bahawa Ustaz Azahari merupakan seorang wali Allah yang di pilih di akhir zaman untuk meluruskan kembali agama Islam yang telah bengkok. Mereka turut percaya bahawa Ustaz Azahari merupakan pembantu Imam Mahdi dan kedatangan Imam Mahdi sudah begitu dekat menurut mereka. Mereka sedang menyiapkan tempat untuk Imam Mahdi dan Jemaah Ahlul Haq inilah yang akan menjadi penolongnya. Inilah yang membuatkan mereka percaya bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.
Kedatangan rombongan mereka ke Bangkok merupakan serampang dua mata iaitu dengan tujuan dakwah dan mendapatkan pelabur-pelabur di Negeri Gajah Putih itu. Perlu di ketahui bahawa, Ahlul Haq bukan hanya sekadar jemaah biasa, ia merupakan sebuah jemaah yang berorganisasi dan matang. Jika diibaratkan, ia seperti buah yang sudah masak, wangi dan cantik. Ia menarik minat orang untuk mendekat dan merasi buahnya. Untuk menghasilkan buah yang masak, wangi dan cantik, pengorbanan setiap ahli jemaah bukanlah sedikit.
Bermula pada tahun 1970, jemaah ini merupakan jemaah yang miskin. Ia bermula dari diri Ustaz Azahari sendiri yang serba kekurangan. Kesana sini hanya dengan basikal atau berjalan kaki. Ustaz Azahari di fasa awalnya merupakan seorang yang sangat berminat dengan agama dan jemaah. Beliau telah terlibat dengan pelbagai kumpulan jemaah tetapi satu pun tidak memuaskan naluri beragamanya. Semua kumpulan atau jemaah yang disertainya semuanya tak betul. Sehingga dia sendiri membina jemaahnya sendiri. Jemaah yang dibinanya di awal-awal kemunculan mempunyai pelbagai nama sehinggalah nama Jemaah Ahlul Haq digunakan. Daripada sepuluh orang menjadi sepuluh ribu orang, di dalam negara dan di luar negara. Malah ada berita di luar negara mengatakan mencecah satu juta orang. Inilah yang membuatkan mereka percaya bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.
Ahlul Haq pula mempunyai tiga fasa perkembangan iaitu yang bermula dari diri, masyarakat, kemudian barulah negara. Di fasa awal merupakan fasa membina insan dan keluarga melalui latihan ibadah secara berjemaah. Fasa ini telah menawan hati segenap lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan teknokrat yang akhirnya memainkan peranan penting tercetusnya kemunculan sekolah-sekolah milik jemaah, klinik-klinik, hospital, perkhidmatan media, kilang-kilang makanan, rangkaian kedai runcit, mini market, kedai jahitan, restoran, pertanian, penternakan, bengkel-bengkel kenderaan, perkhidmatan bas serta teksi.
Ini bermaksud, ahli jemaah terdiri daripada segenap lapisan masyarakat seperti doktor, jurutera, juruteknik, peguam, pensyarah, guru dan lain-lain. Mereka juga telah menarik ramai simpatisan yang terdiri daripada pihak berkuasa. Tidak hairanlah, Ahlul Haq mendapat tempat dan berkembang subur di tengah masyarakat yang dahagakan cahaya Islam. Masyarakat terutama orang Melayu berasa bangga dengan pencapaian jemaah ini yang terkedepan dari segi ekonomi berbanding kaum lain. Inilah yang membuatkan mereka percaya bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.
Fasa kedua pula muncul setelah masyarakat percaya kepada jemaah kebenaran ini dan mereka pun lebih giat berdakwah sehingga merata ceruk tanah air. Jika kampung ditengah hutan sekalipun mereka sanggup pergi. Keikhlasan mereka tidak dapat disangkalkan. Pengorbanan mereka berhabis wang dan meninggalkan keluarga untuk berdakwah tidak dapat dinafikan. Mereka pula disambut oleh masyarakat dengan sambutan yang hangat dan mesra. Setiap ceramah, seminar dan bengkel-bengkel kesedaran mahupun bengkel kemahiran disertai oleh masyarakat tanpa ragu-ragu. Inilah yang membuatkan mereka percaya bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.
Dari tahun ketahun, rumah yang mereka bina daripada seketul bata telah menjadi beratus buah bangunan yang kukuh dan hebat. Maka, disinilah bermulanya fasa ketiga. Fasa ketiga inilah yang sedang mereka jalani. Di saat inilah kemuncak kegemilangan mereka. Mereka kini merupakan jemaah yang kaya raya. Ketua jemaahnya yang dulu hanya berbasikal ke sana sini, kini menaiki limosin. Aset mereka diperkirakan sebanyak RM 350 juta. Walaupun pakaian mereka sentiasa berjubah dan berserban sehingga ke luar negara, ia tidak membuatkan orang non Muslim menjauhi mereka. Mengapa? Ini kerana mereka berjaya meyakinkan orang non Muslim bahawa mereka bukan pengganas dan hanya menyebarkan kasih sayang. Disebabkan itulah, banyak pelabur dari negara yang bukan Islam seperti Thailand mengalu-alukan kedatangan mereka. Inilah yang membuatkan mereka percaya bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.695Please respect copyright.PENANAwMKsRp1Xna
695Please respect copyright.PENANA7NLhvu57zc
Sebelum menjejaki ke negeri Siam itu, Ahlul Haq telah menjelajah hampir keseluruh dunia mengembangkan dakwah. Ada di kalangan mereka digelar ‘orang Melayu pertama’ meneroka ‘Silk Route’ mengikuti jalan darat dari Peshawar hingga ke Beijing. Juga digelar ‘orang Melayu pertama’ yang menjejakkan kaki di bumi Khurasan di Uzbekistan, beberapa bulan selepas negara-negara C.I.S Rusia ditubuhkan yakni setelah perpecahan mereka daripada Komunis USSR yang berpusat di Moscow. Perkembangan dakwah dan kemajuan ekonomi yang mereka capai menjadi keyakinan bagi Ahlul Haq bahawa mereka adalah jemaah kebenaran.
Di Bangkok, sebenarnya bukan mudah untuk orang yang berjubah dan berserban untuk berdakwah namun, Ahlul Haq mempunyai strategi yang tersendiri. Mereka sudah cukup faham bagaimana untuk menyebarkan dakwah mereka tanpa ditentang oleh masyarakat non Muslim terutama pemimpin negara itu sendiri. Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Azahari kepada ahli jemaahnya :” Kita ke Bangkok berlagak sebagai orang korporat yang datang untuk mencari rakan niaga bukan sebagai orang dakwah. Nanti kita akan masukkan jarum dakwah perlahan-lahan. Yang penting kita tunjukkan kepada mereka Islam yang kita bawa adalah agama kasih sayang.”
Kata Ustaz Azahari lagi ;”Kita duduk di hotel mewah di Bangkok agar kita boleh terus berhubung dengan tokoh-tokoh politik dan ahli korporat di sini dan jika kita duduk di hotel, orang tidak syak kita akan berdakwah.”
Di Bangkok, ahli-ahli Ahlul Haq menyebarkan brochures dan company profile yang diatasnamakan sebagai Ahlul Haq Group of Companies. Di dalam brochures tersebut ditunjukkan gambar-gambar dengan keterangan yang menunjukkan segala kegiatan ekonomi Ahlul Haq seperti kilang-kilang perusahaan, projek pertanian, penternakan, penerbitan, hospital, klinik-klinik, sekolah-sekolah, kedai-kedai runcit, mini market, kedai jahitan, bengkel-bengkel dan sebagainya.
Memang strategi Ustaz Azhari cukup berjaya di Bangkok. Dalam masa sebulan, mereka berjaya melabuhkan ekor-ekor serban di kawasan-kawasan strategik di Bangkok. Hasil daripada pertemuan di lobi-lobi hotel, beberapa orang ahli kongres Thailand dan tokoh-tokoh perniagaan telah menjemput pemimpin-pemimpin Ahlul Haq ke kediaman mereka. Hubungan mesra ini menguntungkan jemaah Ahlul Haq.
Disebabkan jemaah Ahlul Haq sudah mendunia, sudah tentu pihak wartawan akan mengejar-ngejar mereka dan akhbar-akhbar tempatan secara tidak langsung memberikan promosi dan publisiti percuma kepada mereka. Memang, Ustaz Azahari sendiri mengalu-alukan wartawan untuk menemu ramah beliau agar jemaah yang dipimpinnya dikenali seluruh dunia. Bukan sahaja wartawan di Thailand, setiap negara yang mereka kunjungi, Ustaz Azahari akan menjadi sasaran wartawan. Disebabkan itulah, orang akan menyangka Ustaz Azahari mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.
Sebelum jemaah Ahlul Haq menjejakkan kaki di Thailand, ada ahli jemaah yang bertanya kepada Ustaz Azahari ;”Mengapa baru sekarang pergi ke Thailand setelah pergi ke negara-negara lain yang jauh? Bukankah Thailand adalah jiran yang dekat?”
Jawab Ustaz Azahari ;”Menurut mesej dari Rasulullah, bumi Thailand ini merupakan negara terakhir kita jejaki sebelum munculnya Daulah Islam di Malaysia. Kita mesti sebarkan dakwah kita di sini sebelum ana (saya) dilantik perdana Menteri Malaysia.” 695Please respect copyright.PENANAwpS4eI2tV9
695Please respect copyright.PENANARtMyugFTt5
”Daulah semakin hampir, hanya menunggu saat dan ketikanya saja. Dah hampir sangat. Maka, kita mesti persiapkan diri dan anak-anak buah kita dengan memperkemaskan ibadah mereka. Akhlak mereka dan tingkatkan khidmat kita kepada masyarakat.” Sambungnya lagi. Begitu ghairahnya Ustaz Azahari berpesan kepada para delegasi Ahlul Haq sepanjang berada di Bangkok. Seolah-olah esok akan berlaku daulah tersebut.
695Please respect copyright.PENANA0X9SwE8Z1d
695Please respect copyright.PENANA42vsBRhR10
695Please respect copyright.PENANAjHvl9dNIJl
695Please respect copyright.PENANArr5lgEdRj0
695Please respect copyright.PENANAV5NGFxO6KH
695Please respect copyright.PENANAZmDf1gQ9Nv
695Please respect copyright.PENANAqtBS465tYe
695Please respect copyright.PENANAahqjbZo0kQ
695Please respect copyright.PENANA1ppW2LKWU0
695Please respect copyright.PENANArXDQ8qDNm3
695Please respect copyright.PENANArPS1G9znen
695Please respect copyright.PENANAJm0gHApfcW
695Please respect copyright.PENANAUdmKkkuxYl
695Please respect copyright.PENANAqa50YX3DP2