Selepas habis kelas pada tengahari, saya terus memandu ke Shion Bookery seperti biasa. Namun, sebelum saya mematikan enjin, saya dikejutkan dengan kedai itu ditutup. Kak Raisya ada mesej ke yang kedai tutup hari ini? Saya melihat telefon saya jika dia ada mesej saya hari ini.
Tiada.
Mesej terakhir kami adalah pada bulan lepas. Saya berasa pelik. Saya cuba menelefon nombornya, namun tidak diangkat. Mungkin dia ada hal, fikir saya. Saya meletakkan telefon bimbit pada tempat duduk sebelah saya dan memandu menuju ke rumah. Nantilah saya mesej kak Raisya.
“Eh? Ryan tidak bekerja ke hari ini?” Ibu bertanya pada saya apabila saya melangkah masuk ke dalam rumah.
“Hari ini kedai tutup. Tidak ada notis apa-apa dekat depan pintu masuk. Tauke kedai ada hal kecemasan kot.” Balas saya.
“Tauke kedai ada hal apa pula?”
“Manalah saya tahu. Adalah kot hal kecemasan yang dia tidak sempat bagitahu saya.” Balas saya. Saya terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Kalau macam ini, saya main telefonlah. Ataupun belajar. Malaslah hendak belajar hari ini.
“Eh? Tutup lagi?”
Pintu masuk Shion Bookery masih ditutup rapat. Tiada notis di pintu tersebut. Pada hari berikutnya pun sama. Eh, apa jadi? Kak Raisya masuk hospital ke? Itu perkara pertama yang saya fikirkan. Saya mahu menelefon Ashley, namun saya tidak menyimpan nombor dia. Hendak tanya Natasya, mesti dia pun tidak tahu. Dia hanya boleh datang ke kedai pada hari Sabtu sahaja iaitu hari cutinya.
Saya termenung di Kedai Makan Janda Letop. Sudah lima hari kedai ditutup. Para pelajar hanya melepak di depan kedai sahaja. Saya duduk di kedai makan ini pun kerana teringin hendak rasa air mangga yang ada aiskrim diatasnya. Baru seminggu, cukup kot hendak bertahan dengan duit sedia ada.
Saya kini makin berjimat. Saya sudah tidak berbelanja boros seperti sebelum ini. Namun, ada ketika saya masih ada keinginan untuk merasa makanan sedap seperti spageti carbonara dari kafe ternama kegemaran saya dan kek red velvet dari kafe lagi satu. Itu sahaja keinginan yang saya masih tidak boleh kawal. Tetapi keinginan barang kemahuan lain sudah kurang. Malah, saya juga sudah berhenti daripada berbelanja di kedai atas talian.
Apa yang mendorong saya untuk berubah? Bila fikirkan semula, saya pun tidak tahu. Sejak bila saya mula dapat hidayah untuk berubah? Adakah ianya selepas saya bekerja di Shion Bookery pada masa yang lama? Atau sewaktu Ashley cadangkan untuk saya ada tabung? Atau sewaktu saya mula mengenali Natasya?
“Perkara apa yang awak berdua teringin ada tetapi tidak dapat capai lagi?” Saya teringat pada salah satu soalan yang kak Raisya pernah tanya kami sebelum ini.
“Uish, mendalam sungguh topik kak Raisya pilih.” Balas saya.
“Orang yang selalu membaca buku memang suka berborak mengenai perkara yang mendalam. Ia bergantung pada buku apa yang awak minat baca. Kalau saya, saya suka baca buku mengenai sejarah dan masyarakat. Buku-buku fiksyen yang saya baca pun banyak ketengahkan topik politik dalam pelbagai jenis bidang. Jadi saya cenderung untuk fikir perkara-perkara mendalam seperti ini. Jadi, apa jawapan awak berdua?” Kata Raisya. Saya memandang Natasya, mengharapkan supaya dia menjawab persoalan itu dahulu. Lagipun saya tidak tahu hendak jawab apa.
Natasya melihat kami berdua. Mungkin dia dapat agak yang kami berdua mahu mendengar jawapan dia dahulu.
“Uh... Saya cuma mahu jumpa dengan seseorang yang boleh bersama dengan saya waktu gembira dan duka.” Balasnya.
“Macam teman lelaki?” Saya bertanya padanya. Bila teringatkan semula, saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya kata sebegitu. Macam tidak ada benda lain yang saya boleh tanya.
“Tidak semestinya. Hanya teman biasa pun cukup. Yang saya boleh rapat dengannya, ada antara satu sama lain jika masing-masing perlukan bantuan dan dorongan.” Balas Natasya. Kak Raisya mengangguk. Kemudian, Natasya menyambung. “B–Bukan saya hendak kata yang awak berdua bukan kawan saya! Saya suka meluangkan masa dengan Raisya... dan awak...” dia memandang saya, “Tetapi...” Natasya mengeluh. “Susah hendak terangkan. Saya tidak mahu awak berdua fikir lain. Bukan bermaksud saya tidak anggap kalian sebagai kawan saya.” Natasya menundukkan pandangan. Kak Raisya memegang bahunya.
“Tidak mengapa, kami faham. Kami tidak terasa pun.” Katanya sambil tersenyum. ‘Kami’? Masalahnya, saya sendiri tidak faham jawapan dia! Apabila saya teringatkan situasi itu sekarang ini, saya masih tidak faham. Mungkin saya terlalu bebal untuk memahami perkara mendalam seperti ini. Saya mana ada minat sastera.
Jadi dia cuma tidak mahu rasa sunyi? Itu apa yang Natasya minta ke? Saya seperti tertanya-tanya apa yang menyebabkan dia jawab sedemikian.
Esoknya, saya pergi ke Shion Bookery lagi. Mesej yang saya hantar pada kak Raisya masih belum berbalas. SMS biasa tidak seperti WhatsApp dimana kita dapat tahu apabila orang tersebut baca mesej kita atau tidak. Kak Raisya masih menggunakan telefon Nokia butang, jadi saya hanya boleh menghantar SMS atau menelefonnya sahaja.
Di hadapan kedai, saya nampak Natasya berdiri di hadapan pintu masuk. Kedai masih lagi ditutup. Saya keluar daripada kereta untuk menyapanya.
“Hari ini kedai tutup?” Kata Natasya.
“Ya, sejak hari Isnin lepas lagi kedai ini tutup. Saya sudah mesej kak Raisya, tetapi sampai sekarang dia tidak membalas.”
“Oh...” Saya boleh dengar rasa kecewa pada suara Natasya. Mungkin dia lama hendak tunggu untuk jumpa dengan kak Raisya lagi minggu ini, namun dia dapat tahu yang sudah enam hari kedai tutup. Tidak tahu kenapa, saya rasa seperti saya perlu memujuk dia. Namun, saya tidak tahu hendak kata apa.
“Er... Mungkin kak Raisya ada hal kecemasan kot. Macam kena pergi kampung halaman dia ke, atau ada kematian ke, dia kena masuk hospital ke...”
“Raisya masuk hospital?!” Suara Natasya yang terperanjat membuatkan saya terkejut.
“Eh! Maksud saya, itu cuma kemungkinan saja.” Saya terangkan padanya. Natasya masih kelihatan risau. Dia memandang lama pada tingkap kedai yang menunjukkan dalaman kedai yang gelap. Mungkin dia risaukan kak Raisya.
“Apa kata awak datang semula minggu depan? Hari ini awak rehat saja di rumah.” Saya hanya berkata apa sahaja yang keluar dari fikiran. Natasya masih terdiam buat seketika sebelum berkata, “Saya pergi dulu.” dan pergi dari situ meninggalkan saya. Saya memandang kedai dari tingkap.
Tiba-tiba rasa sunyi pula.
╔══ஓ๑♡๑ஓ══╗40Please respect copyright.PENANAAqbV2ZeM2Q
Maaf sebab bab makin lama makin pendek. Saya akan cuba tulis bab panjang seperti biasa semula. 40Please respect copyright.PENANAkM8tPLiHoa
Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong karya kecil ini, uhuks... (ノ_<、)
ns 15.158.61.48da2