×

Penana
US
search
Loginarrow_drop_down
Registerarrow_drop_down
Please use Chrome or Firefox for better user experience!
  • Writer
    Puan Sara
    Puan Sara
    “Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

    ― A. Samad Said
    See more
campaign Request update 0
Report this story
Kelab Seks Isteri Solehah (KESIS)
R
5.4K
91
37
16.7K
2


Novel Kelab Seks Isteri Solehah atau KESIS merupakan sebuah novel yang diinspirasikan dari sebuah cerita lama. Segala cerita, nama watak dan nama tempat tidak boleh dijadikan fakta kerana telah diubah. Novel ini adalah novel fiksyen yang lebih ke arah cerita mitos sahaja.

KESIS merupakan kelab seks yang mengajar, mendidik dan mendoktrin para ahlinya supaya menjadi isteri yang taat kepada suami tanpa berbelah bagi terutamanya tentang kewajipan melayan seks suami masing-masing. Ahli kelab wajib melayan keinginan seks suami tanpa bantahan sedikitpun. Mereka berpegang kepada hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” [Riwayat al-Bukhari (3237)(5193)]

KESIS berpendapat bahawa, jika mereka melayan suami mereka seperti pelacur melayan pelanggan, malah lebih daripada pelacur, suami mereka tidak akan tertarik lagi kepada wanita lain yang berada di luar sana (di luar perkampungan mereka). Mereka berpendapat, jika seks suami-suami mereka terpuaskan, para suami yang merupakan da'i ummah dapat menumpukan kerja dakwah mereka di luar sana dengan tenteram. 


Novel KESIS versi awal ini merupakan versi percuma. Versi berbayar akan datang di tahun hadapan dengan banyak penambahan dan panjang ceritanya bagi setiap episod. Versi awal ini adalah versi ringkas atau versi 'raw' yang tidak begitu terperinci jalan ceritanya kerana saya menulis dalam keadaan yang sangat sibuk. Moga-moga tahun depan banyak kelapangan masa dan lebih banyak bertumpu pada penulisan.

Puan Sara

X
Never miss what's happening on Penana! Close