Selepas selesai solat Isyak, Sarah melipat telekungnya dengan rapi. Suasana sunyi rumah membuatkan dia terasa kekosongan. Dia mencuba menghubungi Hamdi, tetapi seperti sebelumnya, panggilannya terus masuk ke peti suara.
"Dia ada dalam kawasan hutan takde coverage kot.." Bisik hatinya perlahan, sambil menghela nafas panjang, menyimpan telefon bimbitnya, dan mengintai ke luar tingkap. Pemandangan ibu kota yang berkilauan dengan cahaya lampu menenangkan sedikit hatinya.
Malam itu, Sarah mengenakan tudung bawal dan blouse biru muda yang longgar dengan seluar slack hitam, pakaian yang selesa dan casual tetapi tetap sopan. Sesuai dengan imej ustazahnya.
Dengan langkah perlahan, dia menuju ke Sky Bridge yang menghubungkan blok kondominium mereka. Sebaik tiba di blok sebelah, dia disambut dengan senyuman mesra oleh Kak Joe dan Mel di depan pintu rumah.
"Hai, Sarah! Dah sampai," sapa Kak Joe, mengenakan dress pendek satin hitam yang mendedahkan bahunya. Mel pula tampil dengan crop top merah dan seluar tight yang menampakkan otot pehanya, membuatkan Sarah tersipu malu.
"Masuklah, jangan malu-malu," tambah Mel, memegang bahu Sarah perlahan dan membimbingnya masuk ke ruang tamu yang dihiasi lampu malap dan aroma lilin wangi.
"Intan dengan Irma mungkin sampai lambat sikit. Biasalah, busy dengan kerja," ujar Mel sambil menuangkan teh ke dalam cawan dan meletakkan di hadapan Sarah.
"Minum dulu, ya. Kita ada kek coklat dan Kek Pisang juga." Kak Joe buat petang tadi, rasalah.
Sarah duduk di sofa lembut, perlahan-lahan mula merasa selesa dengan keramahan mereka. Mereka berbual santai, bermula dengan topik ringan seperti hiasan rumah, cuaca, dan berita semasa. Tidak lama kemudian, perbualan beralih kepada topik yang lebih peribadi.
"Sarah, kau nampak lain malam ni. Lebih berseri," puji Mel sambil tersenyum.
"Betul tu," sampuk Kak Joe. "Hamdi mesti bertuah ada isteri macam kau."
Sarah tersenyum malu. "Alhamdulillah, Kak Joe. Tapi, saya rasa masih banyak yang saya kena belajar. Kami kan baru kahwin..."
Kak Joe mengangguk. "Biasalah tu. Awal-awal perkahwinan mesti ada cabarannya. Tapi Sarah ni nampak macam jenis isteri yang nak cuba buat yang terbaik untuk suami."
"Memang saya cuba, Kak. Hamdi orangnya baik, tapi saya rasa saya masih belum cukup memahami dia. Kadang-kadang saya rasa macam.... " luah Sarah, perlahan-lahan, suaranya seakan terhenti, seakan tidak mahu memburukkan suaminya.
Mel meletakkan cawannya dan tersenyum, sambil memeluk perlahan Sarah dari belakang. "Lelaki macam Hamdi, yang banyak pengalaman kat luar negara, memang mungkin lebih terbuka. Tapi jangan risau. Itu semua boleh belajar Sarah. Yang penting, kau yakin dengan diri sendiri dulu."
"Betul tu," sokong Kak Joe sambil mendekati Sarah, memegang tanganya. "Kadang-kadang kita perlu keluar dari zon selesa untuk buat hubungan lebih menarik. Jangan risau, nanti Kak Joe ajar perlahan-lahan, sampai Hamdi tak nak keluar rumah dan melekat dengan Sarah je, macam Abang Ayie tu.." mereka ketawa kecil, dan Sarah seakan mula selesa dengan keramahan jiran tetangganya itu.
Kak Joe yang masih memegang tangan Sarah dengan lembut, seperti memberi isyarat sokongan. "Kau ni cantik, Sarah, Natural beauty. Tapi mungkin boleh cuba gaya yang lain sikit. Saja, untuk buat Hamdi nampak kau dari sudut berbeza."
Mel tersenyum nakal. "Kak Joe, apa kata kita bagi Sarah makeover? Bagi nampak lawa dan berseri sikit."
Sarah tergelak kecil, tetapi wajahnya jelas menunjukkan rasa kekok. "Eh, tak payah lah Mel... Saya tak biasa makeup-makeup ni," balasnya.
"Eh Sarah, kita ni perempuan, makeup tu memang wajib untuk menambah seri wajah kita," kata Kak Joe sambil menarik Sarah perlahan ke bilik Mel.
Di bilik, Mel mengeluarkan alatan makeupnya, lengkap full set, seakan seorang profesional. "Cuba yang ni. nampak natural. Baru la naik sikit seri muka tu."
Sarah hanya tersipu malu, sambil dirinya di solek oleh Mel dan Kak Joe. "Buat susah-susah awak berdua sahaja."
"Ehh, apa pula yang susahnya, macam ni lah baru jiran tertangga yang baik, saling menolong" jawab Kak Joe sambil tersenyum lebar.
Sarah akhirnya mencuba dan belajar mengenai asas solekan, desakan manja dan galakan dari mereka benar-benar membuatkannya semakin terbuka.
Bahannya lembut, menyentuh kulitnya dengan halus. Dia berdiri di depan cermin, wajahnya kemerahan. "Cantik.." ujarnya yang melihat muka di makeup. Selama ini dia hanya mengunakan solekan ringkas sahaja.
"Awak memang naturally cantik la Sarah!" Kak Joe bersorak sambil menepuk tangan. "Cuba tengok ni," katanya sambil memegang bahu Sarah dan memintanya berpusing di depan cermin. "Bila dah makeup ni baru lah naik seri wajah tu, takde lah sunggul je."
Mel pula menambah, "Jangan kata Hamdi Sarah, lelaki lain pun kalau nampak kau macam ni, confirm akan ternganga."
Sarah tergelak kecil, semakin menyesuaikan dirinya dengan situasi itu. Semakin hanyut dalam pujian. Mereka kembali semula ke ruang tamu, bersembang, Kak Joe dan Mel memberikan sedkit petua kecantikan, cara solekan yang betul, termasuk bagaimana cara untuk tampil lebih yakin di depan suami. Sarah mula merasa lebih selesa.
###
Intan dan Irma tiba di rumah Mel hampir jam 10 malam. Kedua-duanya mengenakan pakaian ketat, baju yoga yang menampakkan lekuk tubuh mereka dengan jelas. Intan memakai suit biru gelap yang memeluk tubuhnya, manakala Irma memilih warna merah terang, cukup mencuri perhatian.
"Sorry, lambat. Traffic tadi teruk,"kata Intan sambil tersenyum kepada Sarah yang duduk di sofa.
"Tak apa. Kita pun baru nak mula, tadi sesi sembang-sembang sahaja," balas Kak Joe, yang sudah bersedia dengan pakaian senamannya.
Mel tersenyum sambil memandang Sarah. "Sarah, baju yang kau pakai ni macam kurang sesuai untuk yoga. Kau tak nak cuba suit yoga aku? Aku rasa saiz kita lebih kurang je."
Sarah memandang ke arah baju blouse casual yang dipakainya. "Tak apa, Mel. Saya selesa pakai macam ni."
"Eh, tak boleh Sarah, Nanti susah nak buat gerakan, bila kau pakai suit ni, gerakan kau lebih bebas," pujuk Mel sambil menghulurkan suit yoga berwarna pink nude lembut.
Sarah memandang suit itu dengan ragu-ragu. "Saya...." suaranya tersekat-sekat,
Kak Joe ketawa kecil. "Tak ada salahnya cuba. Lagipun, kita semua perempuan kat sini. Tak payah malu-malu."
Setelah dipujuk, Sarah akhirnya masuk ke bilik Mel untuk menukar pakaian. Ketika dia keluar, semua mata tertumpu padanya. Suit yoga itu melekap sempurna, menonjolkan bentuk tubuhnya yang selama ini tersembunyi di balik pakaian sopan.
Sarah menggigit bibir, mukanya kemerahan. Baju tight ini kelihatan sangat seksi, membuatkan dirinya seakan-akan berbogel.
"Wow, Sarah. Cantiknya kau," puji Irma sambil bertepuk tangan perlahan. "Tengok tu, dah macam model yoga!" tambah Intan dengan senyuman nakal. Sarah hanya tersenyum malu, cuba menyesuaikan diri dengan pakaian itu.
Mel mengambil tempat di hadapan, sebagai seorang guru fitness, memimpin mereka dengan senyuman mesra. "Okay, kita mula dengan stretching dulu. Sarah mengikut gerakan yang diajarkan, walaupun terasa canggung. Kak Joe yang berdiri di sebelahnya kerap membantunya, membetulkan postur tubuhnya.
"Tangan kau angkat sikit, punggung tonggek sikit Sarah," kata Kak Joe sambil memegang pinggang Sarah dengan lembut. Sentuhan itu terasa mesra, tetapi pada masa yang sama, Sarah tidak dapat menafikan perasaan aneh yang mula muncul dalam dirinya.
"Macam ni?" Sarah bertanya, cuba menyesuaikan gerakannya. "Ya, bagus. Kau memang cepat belajar," balas Kak Joe, tangannya masih pada pinggang Sarah, dan menyusur ke bahagian punggungnya, memberi tekanan perlahan untuk membantunya mengekalkan keseimbangan.
Semasa sesi itu berlansung, Irma dan Intan berbual sesama sendiri, sesekali pandangan mereka akan tertumpu pada Sarah. Intan, tanpa Sarah sedari, mengambil telefon bimbitnya dan merakam beberapa saat ketika Sarah dalam posisi yoga tertentu, terutama ketika Kak Joe membantu membetulkan pose tubuhnya dan memeluk rapat dirinya.
"Lembut badan kau, Sarah. Lepas ni, aku yakin suami kau mesti perasan perubahan kau," usik Kak Joe sambil ketawa kecil.
Sarah tertawa malu, tetapi hatinya terasa berdebar. Perasaan janggal dan sesuatu yang baru bercampur-baur dalam dirinya.
Ketika Intan selesai mengambil video itu, dia menghantarnya kepada suaminya, Reza, dengan niat untuk mengusiknya, "Lihat siapa yang kita jumpa malam ni."
Vijay yang berada di rumah Reza ketika itu juga menerima video yang sama. Kedua-duanya, yang sudah lama memerhatikan Sarah, pasti teruja dengan perkembangan ini.
"Sarah, kau nampak gembira hari ni," kata Irma sambil memberikan tuala kecil kepada Sarah selepas sesi yoga tamat. "Nanti join lagi, ya?"
"InsyaAllah," balas Sarah, mukanya masih merah.
Ketika semua bersurai, Sarah berjalan pulang bersama Intan, memandangkan rumah mereka di aras yang sama. Ketika pintu lif terbuka, Intan tersenyum kepadanya sambil berjalan menuju pintu rumahnya. "Ok Sarah, saya balik dulu, nanti kita jumpa lagi."
Sarah tersenyum. "Terima kasih, Intan. Jumpa lagi nanti."
Ketika itu, Sarah mula terhidu bau minyak wangi Intan. Ia mengingatkannya pada sesuatu. Bau itu... sama seperti bau yang dihidu pada baju Hamdi, malam ketika suaminya pulang lewat.
Hati Sarah mula tertanya-tanya. Tetapi dia tidak berani membuat andaian. Dia memandang kepada Intan sebelum masuk ke rumahnya. Di dalam, dia termenung lama, cuba memahami perasaan aneh yang menyelubungi dirinya malam itu.
- bersambung -
61Please respect copyright.PENANAo4K3UtlvJp