Pagi Isnin menyapa dengan suasana sepi di kediaman Sarah. Hamdi telah berangkat ke Sarawak, dan Sarah kini terpaksa menyesuaikan diri dengan ketidakhadiran suaminya.
Dia menghela nafas, bangun dari katil tanpa kehangatan suami di sisi.
Setelah mandi dan bersiap, dia menyarungkan baju kurung moden berwarna pastel yang lebih elegan daripada gaya biasa. Gaya ini masih mengekalkan ciri sopan, tetapi potongannya lebih anggun dan kemas, membuatkan dia tampil sedikit berbeza.
Setibanya di sekolah, Sarah bergegas menuju ke kelasnya. Hari itu, dia mengajar subjek Agama Islam seperti biasa. Suara lemah lembutnya memenuhi kelas, membimbing para pelajar memahami topik solat dan adab dalam ibadah.
Semasa waktu rehat pagi, Sarah melangkah ke kantin dan bertemu rakan-rakan pengajarnya, Puan Norlida dan Suraya. Mereka tersenyum ceria melihat Sarah yang tampil berbeza.
"Eh, Sarah nampak lain hari ni. Berseri-seri macam pengantin baru!" usik Puan Norlida, sambil menyengih.
"Betul tu, Sarah! Cantik tau baju kurung moden ni. Awak pakai kena sangat!" tambah Suraya dengan senyuman mesra.
Sarah tersenyum malu, "Terima kasih, Puan Norlida, Suraya. Saya cuma cuba sesuatu yang baru saja... untuk suami saya juga."
Ketika itu, Cikgu Azura, guru Biologi yang terkenal dengan gaya fesyen trendy, datang menghampiri mereka. "Amboi, Sarah! Cantiknya hari ni. Awak memang tahu cara nak bergaya dalam kesederhanaan."
Sarah tersipu malu. "Eh, taklah. Saya cuma nak mencuba sesuatu yang berbeza. Kalau boleh, saya nak ambil hati suami lebih baik."
Azura senyum lebar dan duduk berdekatan. "Ah, ambil hati suami? Senang je tu, Sarah. Kita sebagai wanita kena tahu jaga diri, baik dari segi fizikal dan emosi."
Puan Norlida menyampuk, "Betul tu. Senaman pun bagus, Sarah. Bukan sahaja untuk badan kita kekal lansing, tapi juga agar lebih menarik di mata suami."
"Lepas tu buatlah senaman-senaman yang boleh bagi bentuk badan awak lebih menarik," tambah Azura sambil tersenyum nakal. "Cuba buat senaman kegel atau yoga. Badan akan lebih 'menggiurkan', tau!" ujarnya sambil mengenyit mata pada Sarah dan menampar punggungnya perlahan.
Mereka semua tertawa kecil, tetapi di hati Sarah, dia mula terfikir untuk mencuba segala cadangan itu. Selepas mereka bersurai, Sarah kembali mengajar seperti biasa, tetapi dengan azam yang kian mengukuh untuk berubah demi menambat hati suaminya.
Petang itu, selepas tamat sesi pengajaran dan tugas di sekolah, Sarah pulang ke rumah dengan keletihan. Setelah selesai solat Asar, dia menggantikan pakaian sekolahnya dengan pakaian sukan yang kasual—t-shirt dan seluar senaman yang longgar, namun selesa. Kali ini, dia berazam untuk menjejakkan kaki ke gimnasium di kondominiumnya, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.
Sarah melangkah masuk ke gimnasium kondominiumnya, satu ruang yang masih asing buatnya. Bau segar alatan senaman dan bunyi muzik instrumental perlahan menenangkan mindanya. Sebagai seorang yang jarang bersenam di tempat awam, Sarah merasakan getaran kecil dalam hatinya, tetapi dia cuba menyesuaikan diri.
Di sudut kanan gimnasium, Kak Joe kelihatan sedang berlari di atas treadmill. Sungguh, Kak Joe tampak sangat bertenaga dan penuh keyakinan. Walaupun berusia, badannya masih kelihatan padat dan terjaga, membuat Sarah terpaku seketika. Kak Joe yang menyedari kehadirannya, melambai sambil tersenyum mesra.
Pakaiannya yang sederhana—t-shirt longgar dan seluar sukan—membuatnya sedikit janggal melihat orang lain di dalam itu dengan pakaian sukan ketat dan berwarna-warni.
"Sarah! Wah, rajinnya awak datang ke gym hari ni," tegur Kak Joe dengan senyuman hangat, menghentikan langkahnya dan menekan butang berhenti pada treadmill.
Sarah tersenyum, membalas dengan sopan dan melangkah menghampiri Kak Joe.. "Eh, takde lah. Saya cuba nak mulakan senaman ringan, Kak Joe. Rasa macam perlu juga untuk jaga diri."
"Oh, betul tu, Sarah! Nak jaga kesihatan, bukan setakat fizikal je. Kepala pun rasa lebih ringan lepas bersenam. Awak akan rasa perubahannya nanti." Kak Joe memberikan nasihat penuh semangat sambil mencapai botol airnya.
Lekuk badannya kelihatan jelas melekat di baju fit yang dipakainya, membuatkan Sarah benar-benar rasa kagum.
Di seberang gimnasium, Mel sedang asyik melakukan pose yoga yang kelihatan begitu fleksibel. Badannya lentur dan setiap gerakan dilakukan dengan penuh keyakinan. Selesai melakukan pose tersebut, Mel bangun dan menghampiri mereka, menyalami Sarah dengan senyuman lebar.
"Sarah! Baguslah awak datang! Rasa makin ramai geng perempuan di sini," Mel bersuara ceria. "Tak sangka juga awak berminat untuk bersenam di gym ini," tambahnya sambil memandang Sarah dari atas ke bawah dengan senyuman yang mesra.
Sarah ketawa kecil, sedikit malu dengan pujian mereka. "Eh, taklah... saya tak biasa sebenarnya. Ini baru pertama kali nak cuba. Nak tengoklah... kalau mampu saya ikut."
Kak Joe ketawa kecil. "Alah, tak ada masalah! Yang penting mula dulu, lepas tu cuba cari yang awak rasa serasi. Saya dulu pun kekok masa mula-mula, tapi sekarang ni tengoklah hasilnya!" ujarnya dengan bangga, sambil menepuk bahunya sendiri.
Mel menyokong kata-kata Kak Joe, "Betul tu, Sarah. Jangan risau, kita sama-sama buat aktiviti ringan-ringan dulu. Nak jaga bentuk badan ni, tak semestinya kena yang berat-berat. Cuma kena konsisten."
Sarah mengangguk. "Terima kasih, Kak Joe, Mel. Saya memang nak cuba sikit-sikit je dulu."
"Kalau nak buat regangan, boleh ikut saya buat yoga! Tak berat sangat, tapi kena lenturkan badan sikit," Mel mengusulkan sambil menunjukkan satu pose yoga yang mudah. "Bagus untuk peredaran darah juga, nanti awak rasa badan ringan!"
Sarah cuba mengikuti pergerakan Mel dengan hati-hati, merasa sedikit geli hati melihat dirinya sendiri yang masih kekok. Kak Joe menahan tawa sambil menyokong Sarah. "Tak apa, Sarah. Kalau baru mula, memang rasa janggal sikit."
Sarah mula merasa lega berada dalam lingkungan wanita-wanita ini yang menerima dirinya seadanya. Mereka bertiga berbual lebih lama, berkongsi kisah-kisah ringan, dan suasana gimnasium yang sebelumnya asing kini terasa lebih selesa.
Sejurus kemudian, perbualan mereka perlahan-lahan bertukar kepada kehidupan peribadi.
Sarah tersipu-sipu. "Hamdi ada di Sarawak minggu ni, kena kerja. Jadi saya pun terfikir untuk cuba aktiviti baru sementara dia tak ada."
Mel mengerling pada Kak Joe dengan senyuman misteri, lalu bertanya, "Hamdi tak ada minggu ni, ya?"
"Kalau macam tu, apa kata malam ni awak datang ke rumah Mel? Kami plan nak buat minum-minum teh, borak-borak." Kak Joe tersenyum penuh makna.
Sarah tersenyum lembut tetapi serba salah. "Entahlah... tak manis pula kalau keluar malam-malam tanpa Hamdi."
Mel membalas lembut, "Sarah. Tak payah risau. Ini cuma perempuan sahaja. Girls night ok, Kita borak-borak, minum teh, kongsi cerita je, lepas tu i boleh share tips nak mula buat yoga ni."
Kak Joe ketawa kecil. "Alah, Sarah. Kami ni jiran, bukannya orang asing. Lagipun, tak seronoklah kami kalau awak tak join sekali. Bila lagi kita nak saling mengenali?"
Sarah terdiam, memikirkan ajakan mereka yang seakan sukar untuk ditolak. Dia masih ragu-ragu, tetapi keramahan mereka berdua membuatnya merasa diterima. "Baiklah... tapi sekejap je, ya? Saya tak boleh lama-lama. Esok paginya ada kelas."
"Bagus, Sarah!" Mel bersorak kecil sambil melompat-lompat dengan tangan ke udara. "Nanti malam datang je rumah saya. Awak takkan menyesal."
Kak Joe menepuk bahu Sarah dengan penuh keyakinan, "It's going to be fun, trust us."
Sarah mengangguk, berasa lebih selesa dengan rakan-rakan barunya di kondominium itu.
Dalam hatinya, dia tahu tiada salahnya untuk sesekali bersosial bersama rakan-rakan. Walaupun dia masih ragu-ragu, keikhlasan dan keramahan Kak Joe dan Mel membuatkan Sarah sedikit terbuka hati.
Sarah mula merasa dirinya diterima dalam kelompok rakan barunya di kondominium itu, dan buat pertama kalinya, dia teruja untuk bersosial secara bebas buat pertama kali, tanpa Hamdi di sisi.
Perasaannya bercampur-baur, namun dia bertekad untuk mencuba perkara baru demi memupuk keyakinan dirinya.
- bersambung -
59Please respect copyright.PENANA8CyvA0Z6M5