Malam semakin larut. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul tiga pagi, namun Hamdi masih belum pulang ke rumahnya. Sarah duduk di ruang tamu, gelisah, memerhati telefon di tangannya, berharap menerima mesej atau panggilan daripada suaminya.
Dalam kekosongan malam itu, bayangan perbualan mereka di meja makan tadi berulang kali bermain di mindanya.
Kata-kata Hamdi yang ingin dirinya menjadi lebih "terbuka" dan "mesra" seperti menikam hatinya. "Saya cuma nak kita lebih rapat, Sarah. Saya nak awak lebih selesa dengan saya, bukan hanya sebagai isteri, tapi kawan, sahabat yang memahami," kata-kata Hamdi bergema dalam fikiran.
Sarah menarik nafas panjang, memikirkan kata-kata yang pernah mak nya pesankan. "Hamdi tu dah lama belajar di luar negara, dia mungkin lebih 'open minded', Sarah. Jangan terlalu kaku, cuba sesuaikan diri, ya?"
Pesanan itu bermain di benaknya, membuatkan dia merenung kembali perkahwinan mereka dan perbezaan besar, dua darjat yang mungkin wujud antara mereka.
Dengan hati yang resah, Sarah berbisik kepada dirinya sendiri, seolah-olah memberi tekad untuk berubah, "Aku mesti cuba memahami dia. Aku kena belajar terima cara dia, kalau aku nak hubungan ni jadi lebih baik..."
Dengan langkah yang berat, Sarah menuju ke bilik tidur. Dia berhenti seketika di hadapan cermin, memandang wajahnya yang sugul dan bingung.
Mungkin selama ini, dia terlalu tegar dengan prinsipnya dan membuat Hamdi rasa terkongkong. Mungkin, Hamdi perlukan seorang isteri yang lebih berani, lebih daring, lebih memahami dirinya.
Perlahan-lahan, Sarah membuka almari dan mengeluarkan satu persalinan yang lebih moden, sesuatu yang tak pernah dia bayangkan akan dipakainya. Dress kebaya satin biru gelap, sedikit ketat dan pendek dari pakaian yang biasa. Pemberian kawan-kawannya sempena hari perkahwinan nya.
Dia berdiri di hadapan cermin, sedikit malu melihat dirinya terdedah, tetapi cuba meyakinkan dirinya bahawa ini adalah usaha yang perlu dilakukan demi suaminya, demi cinta yang mungkin kian merenggang.
Pintu utama berbunyi perlahan, membuatkan Sarah tersentak dari lamunannya. Jam menunjukkan hampir tiga pagi, dan langkah kaki Hamdi yang lemah kedengaran di ruang tamu. Sarah kembali ke katil, hati berdebar menanti reaksi suaminya apabila melihat dirinya dalam persalinan yang berbeza, yang lebih seksi.
Hamdi melangkah masuk ke bilik tidur, wajahnya kelihatan penat dan letih, dengan mata yang sedikit sembap. Tanpa memandang Sarah, dia melepaskan hela nafas panjang dan merebahkan diri di katil, membelakangi Sarah.
Dia kelihatan begitu penat, seolah-olah hari yang dilaluinya terlalu berat. Sarah hanya mampu memandang sayu, rasa kecewa yang mencengkam hatinya.
"Hamdi..." Sarah memanggil perlahan, cuba menarik perhatiannya. Mengerak-gerak kan badannya. Dia mahu suaminya itu untuk melihat perubahan dirinya itu.
"Hmmmmghh..." namun Hamdi hanya membalas dengan gumaman sesuatu yang tidak jelas dan terus menutup matanya.
Sarah menghela nafas dalam-dalamnya, hatinya sedikit demi sedikit mulai rasa patah dan kecewa.
Sarah cuba menguatkan dirinya, meyakinkan diri bahawa dia harus berusaha lebih lagi. Dia cuba memikirkan segala cara untuk membahagiakan suaminya, agar Hamdi dapat merasakan dirinya dihargai.
Namun, dalam keheningan malam itu, sesuatu yang ganjil mula mencuit deria baunya. Satu aroma minyak wangi yang agak asing dan bukan milik suaminya. Bau yang seakan-akan sangat dikenali nya, entah di mana dia pernah menghidunya.
Sarah duduk tegak, pandangannya tertumpu pada suaminya yang kini tidur dengan lena, namun hatinya penuh dengan soalan. Bau itu terasa asing tetapi, ada bayangan samar yang pernah muncul.
Fikiran Sarah mula mengelamun, tertanya-tanya dari mana datangnya bau tersebut. Apakah Hamdi benar-benar bersama rakan-rakannya malam itu, atau... adakah sesuatu yang lain di sebalik kepergiannya yang lewat?
Dalam diam, Sarah berazam untuk cuba berubah dan mengambil hati suaminya kembali, namun bayangan misteri yang mula timbul itu sukar diabaikan. Dia terlena dalam kebimbangan yang tak terungkap, air matanya mengalir perlahan, dan malam itu berlalu dalam kebisuan penuh tanda tanya.
###
Pagi Ahad itu, sinar matahari menembusi tirai bilik tidur mereka, membangunkan Sarah dari tidur yang tidak lena. Dengan tekad baru di hatinya, dia bangkit dan menyiapkan diri, sembahyang subuh dan bersedia untuk mengambil langkah pertama demi merapatkan kembali hubungan mereka.
Dia menyarungkan blaus satin putih yang lembut, sedikit terbuka di bahagian leher dan ketat dibahagian punggung. Lebih menarik daripada pakaian hariannya sebelum ini. Sesuatu yang dia tak biasa pakai, namun dia tahu ini mungkin sesuatu yang di ingini suaminya.
Dia turun ke dapur, menyediakan sarapan sederhana, nasi lemak dan kopi panas. Bau aroma daun pandan dan kopi memenuhi ruang kecil itu, dan perlahan-lahan terdengar langkah kaki Hamdi yang menghampirinya.
Hamdi masuk ke ruang makan, matanya sedikit terpegun melihat Sarah yang kelihatan berbeza pagi itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Sarah, cantiknya awak hari ni. Ada sesuatu yang istimewa ke," ujarnya dengan nada lembut, sambil mengambil tempat di meja makan.
Sarah tersenyum malu, wajahnya sedikit kemerahan mendengar pujian daripada Hamdi. "Saya... saya cuma nak cuba jadi lebih baik untuk awak. Semalam... maaf kalau saya tak dapat nak beri apa yang mahukan selama kita berkahwin ni."
Hamdi menggeleng lembut. "Sarah, tak ada apa yang awak perlu minta maaf. Saya cuma nak... kita lebih rapat sebagai suami isteri."
Pagi itu mereka berbual lebih lama daripada biasa, Sarah dengan senyum malu-malu, dan Hamdi kelihatan gembira, sambil mengusik manja isterinya. Mereka saling berpelukan, dan Sarah semakin yakin bahawa dia mampu berubah demi menjaga kebahagiaan mereka.
Hamdi memandang Sarah dengan penuh kasih, namun dalam hatinya, masih teringat akan malam yang dilalui bersama Irma, Intan, Mel dan terutamanya Kak Joe, yang mempunyai badan yang sangat mengiurkan baginya, walaupun usia sudah mencecah 40an.
Malam semalam yang penuh debaran dan rasa keterujaan baru yang sukar dilupakan dari ingatannya. Ada sesuatu yang asing dalam dirinya, suatu perasaan yang membuatkan hatinya berbelah bagi, antara kebahagiaan di sisi Sarah dan godaan tanpa ikatan yang dirasainya.
Tiba-tiba, deringan telefon memecah suasana pagi yang tenang itu. Hamdi melihat skrin telefon—panggilan dari HQ TNB. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab, dan Sarah melihat perubahan pada raut wajah suaminya yang serius mendengar arahan di hujung talian.
"Baik, saya akan ke sana secepat mungkin," ujar Hamdi sebelum menamatkan panggilan.
Sarah memandangnya, dahi sedikit berkerut. "Ada masalah ke, Hamdi?"
Hamdi mengangguk kecil. "Ya, ada masalah dengan pencawang baru di Sarawak. Mereka perlukan saya untuk membantu setup pencawang yang menghadapi masalah teknikal. Saya terpaksa pergi untuk beberapa hari, mungkin seminggu. Saya tak sangka saya kena pergi mendadak macam ni."
Sarah mengangguk faham walaupun hatinya terasa berat. Dia tersenyum dan berkata, "Tak apa, saya faham. Ini kerja awak, Hamdi. Saya akan bantu awak kemas barang."
Dengan penuh kasih sayang, Sarah membantu Hamdi mengemas pakaian dan keperluan ke dalam bagasi, memastikan semuanya tersusun rapi. Setiap kali tangan mereka bersentuhan, Sarah merasakan ada harapan baru dalam hubungan mereka.
Dia melihat suaminya dengan mata yang penuh harapan, berharap kepulangan Hamdi nanti akan membuka lembaran baru dalam perkahwinan mereka.
Hamdi, walaupun teruja dengan misi kerjanya, tidak dapat mengelak dari merasakan sedikit kegelisahan. Hatinya bagaikan ditarik dua arah—di satu sisi, Sarah yang setia dan berusaha untuk berubah demi dirinya; di satu sisi lagi, perasaan debaran yang belum reda daripada malam sebelumnya.
Dengan berat hati, Hamdi melangkah keluar, meninggalkan Sarah yang melambai penuh kasih di ambang pintu, berharap agar segalanya akan kembali seperti biasa apabila dia pulang nanti.
- bersambung -
64Please respect copyright.PENANArwufl40aFT