Sejak kematian anak perempuannya, Encik Azmi tidak dapat menerima ketentuan takdir. Dia sering menyalahkan diri terhadap apa yang menimpa keluarganya. Anak perempuannya, Syahira telah meninggal sewaktu melahirkan cucunya.
1344Please respect copyright.PENANAsXAfEwf2Jf
Arwah Syahira telah disahkan mengandung seawal usia tujuh belas tahun setelah terlanjur dengan teman lelakinya, Maliq yang juga merupakan anak murid Haji Kamal. Walaupun saling mencintai, tetapi hubungan mereka berdua tidak direstui oleh Encik Azmi kerana padanya, Syahira masih lagi bersekolah ketika itu. Belum sempat Encik Azmi mengahwinkan mereka, Maliq telah terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawanya, sehari sebelum pernikahan.
1344Please respect copyright.PENANAzZKEpu2qcx
Dan saat melahirkan cucunya, Syahira pula meninggal dunia. Oleh sebab itu, Encik Azmi amat membenci bayi yang disangkakan mati saat kelahirannya itu.
1344Please respect copyright.PENANAM1jeGDzbxy
****
1344Please respect copyright.PENANApLCOgEQ6Yl
"Mak Limah...apa yang berlaku ni? Tadi Mak Limah cakap budak ni dah mati?" Azmi berasa kehairanan apabila melihat bayi lelaki yang kaku sebentar tadi tiba-tiba bergerak dan menangis.
1344Please respect copyright.PENANAR969xGx91S
" Demi Allah. Aku sendiri yang sambut budak ni. Aku yakin yang budak ni dah mati masa aku sambut tadi." Mak Limah turut tidak percaya dengan apa yang berlaku.
1344Please respect copyright.PENANA2kDywrbANT
" Ini semua kuasa Allah. Syukurlah cucu kamu selamat, Azmi." Haji Kamal menenangkan anak lelakinya itu. Dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku. Namun tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah.
1344Please respect copyright.PENANAl18tCaMP8b
" Sudah. Azmi... azankan cucu kamu tu." Haji Kamal berkata.
1344Please respect copyright.PENANAZxlUimWCyl
Azmi dengan perasaan sebak menyambut bayi lekaki itu dari pangkuan Mak Limah. Bibirnya tersenyum melihat wajah bayi itu. Saling tidak tumpah seperti wajah Syahira. Tiba-tiba, Azmi seperti tersedar dari khayalan. Wajahnya berubah serta merta. Terus dia memberikan bayi itu kepada Mak Limah semula.
1344Please respect copyright.PENANACvYIOEp0he
" Tak. Budak ni bukan cucu saya. Sebabkan dia la Syahira mati. Syahira mati sebab nak lahirkan budak ni!"
1344Please respect copyright.PENANAUFxtljkf3b
"Astaghfirullah Azmi. Apa yang kamu cakap ni?" Haji Kamal beristighfar panjang melihat kelakuan anaknya itu.
1344Please respect copyright.PENANAjGbOaROyqk
"Patutnya anak saya yang hidup, ayah. Bukan budak ni!" Azmi melepaskan rasa kecewanya dan berlalu keluar dari bilik.
1344Please respect copyright.PENANA1U9gjaevAn
Haji Kamal hanya menggelengkan kepalanya. Dia juga turut bersedih dengan apa yang berlaku. Tetapi dia redha menerima ketentuan takdir.
1344Please respect copyright.PENANAzGuhDqMzrH
"Mastura.. Kamu pergilah tenangkan suami kamu tu. Biar ayah uruskan disini." Pinta Haji Kamal.
1344Please respect copyright.PENANAAMptEeuiSM
"Nor.. Kamu pergi lah beritahu orang masjid. Kita uruskan jenazah Syahira." sambung Haji Kamal lagi.
1344Please respect copyright.PENANAaXW3zseonx
"Limah...berikan aku budak tu. Biar aku azankan dia." pinta Haji Kamal. Dia mendakap erat bayi lelaki itu lalu kalimah suci diperdengarkan.
1344Please respect copyright.PENANAIltK1pxOWP
"Haji... Kesian budak ni. Azmi mati-matian taknak terima budak ni sebagai cucunya." Mak Limah berkata sedih.
1344Please respect copyright.PENANAhwHAmU70gX
" Kalau dia taknak terima, biar aku yang jaga. Selagi aku hidup, tiada sapa yang dapat apa-apakan budak ni. Biarlah dia panggil aku datuknya pon tak apa."
1344Please respect copyright.PENANAErGXvKzjGB
"Alhamdulillah. Oh ya.. Haji nak bagi nama apa budak ni?"
1344Please respect copyright.PENANAEHNZkKQU8g
" Budak ni anak luar biasa, Limah. Anak ajaib. Disangka mati saat kelahiran, tetapi diberikan nyawa. Aku namakan dia Iskandar. Iskandar Zulkarnain."
1344Please respect copyright.PENANAO0qAgAUP0w
1344Please respect copyright.PENANAS89cd22zIQ
*****
1344Please respect copyright.PENANApocqn6WLuo
" Aduh..sakit tokk. Sakitt.." Iskandar menangis menahan sakit saat Haji Kamal menyapu ubat dibelakangnya.
1344Please respect copyright.PENANAlrkKPW4qFA
" Tahan lah. Iskandar kan kuat. Anak lelaki kena la tahan sakit." Haji Kamal cuba memujuk.
1344Please respect copyright.PENANAbNfSN0ivT0
" Is tak ambik duit Amirul tu tok. Sumpah. Kenapa dia tuduh Is curi duit dia?" berkali-kali Iskandar menerangkan perkara sebenar.
1344Please respect copyright.PENANAmBfHKCNykL
" Ya atuk tau. Ini semua ujian. Atuk tau cucu atuk ni baik, takkan buat benda-benda macam tu. Tuhan nak uji Iskandar. Sabar ya cu?" Haji Kamal memujuk lembut. Kesian dia melihat Iskandar dihukum sebegitu.
1344Please respect copyright.PENANAGcVA1lelWt
" Kenapa pakcik tak percayakan Is? Kenapa dia pukul Is?" Iskandar menangis lagi.
1344Please respect copyright.PENANAzAHWBojQ5C
" Dia pukul sebab sayang. Dia tak nak Iskandar jadi pencuri. Sebab tu dia pukul." Haji Kamal menenangkan.
1344Please respect copyright.PENANA1RgwFMQ8Xn
" Tapi Is tak curi!"
1344Please respect copyright.PENANAqzSyYIHkM9
"Ya. Sudah. Iskandar dengar cakap atuk ya? Walau teruk macam mana pon pak cik layan Iskandar, janganlah benci dia ya? Dia tetap darah daging Iskandar." Pesan Haji Kamal sebak.
1344Please respect copyright.PENANACbWZ9qgatB
Iskandar hanya mengangguk faham. Mujurlah ada Haji Kamal dan Hajah Nor. Mereka berdua sajalah tempat dia mengadu.
1344Please respect copyright.PENANAXbH9zIKNNY
"Iskandar.. Berapa umur kamu sekarang?" Haji Kamal bertanya setelah selesai menyapu minyak pada tubuh Iskandar.
1344Please respect copyright.PENANA8JOXzNYUsi
" Atuk ni. Is dah darjah dua kan. Lapan tahun lah."
1344Please respect copyright.PENANAr9yhcIVCnP
" Lapan tahun. Maknanya Iskandar dah besar lah kan? Kalau macam tu, malam esok atuk akan bawa Iskandar pergi satu tempat." Haji Kamal tersenyum.
1344Please respect copyright.PENANALjt9uecN6z
" Pergi mana tok?" Iskandar bertanya ingin tahu.
1344Please respect copyright.PENANAsvwH9Nxz0O
" Pergi gelanggang." Jawab Haji Kamal ringkas.
1344Please respect copyright.PENANAg6bMsRB412
" Gelanggang? Atuk nak ajar Is silat ke?" Iskandar bertanya meminta kepastian. Bagai tidak percaya mendengarnya.
1344Please respect copyright.PENANAoFwA1WdCR9
Haji Kamal hanya tersenyum lalu mengangguk.
'Sudah tiba masannya.' dia berkata didalam hati.
1344Please respect copyright.PENANAHgwqhgFt66
" Dah. Tidur cepat. Besok nak sekolah lagi." Kata Haji Kamal sambil menyelimutkan tubuh Iskandar.
1344Please respect copyright.PENANADBnssJPVfI
" Terima kasih tok. Is janji Is akan jadi murid atuk yang paling power." Iskandar berasa terlalu gembira. Kesakitan akibat dirotan petang tadi, hilang serta merta.
1344Please respect copyright.PENANA2CCwwwffTu