Mereka bertiga bersembunyi didalam sebuah kelas ditingkat dua. Iskandar mengintai dari sebalik tingkap. Memastikan tiada sesiapa yang mengekori mereka di situ.
" Weh..kau ni siapa? Apasal diorang semua tu kejar kita? Kau ni laki ke ke perempuan? Kenapa muka kau macam Kristen Steward?" Ikhwan menyoal bertubi-tubi. Dadanya terasa sesak kerana berlari sebentar tadi. Mengah.
" Diam la kau." Iskandar menepuk kepala Ikhwan yang tidak henti-henti bersuara itu.
"Kau sapa?" Soal Iskandar.
" Aku Q. Form four student macam korang jugak." gadis itu memperkenalkan diri.
" Q? Huruf q tu ke?" Ikhwan bertanya bodoh.
" Ada banyak perkara tentang sekolah ni yang korang tak tau, dan aku akan bagitau korang apa sebenarnya yang terjadi." Q meneruskan ayatnya tanpa mempedulikan Ikwan.
*****
" Aku masuk sekolah ni dari form 1 lagi. Pada orang luar, diorang mungkin akan nampak sekolah ni macam sekolah biasa. Tapi bagi kami yang ada kat dalam ni, sekolah ni ibarat neraka. Hanya yang betul-betul kental je yang akan kekal ada dekat dalam ni." Q mula bercerita.
" Dari dulu lagi, macam dah jadi culture dekat sini, yang kuat akan terus berkuasa. Dan yang lemah, akan terus dibuli. Banyak geng yang ada dekat sini. Masing-masing bersaing dan berlawan untuk dapat title 'Kuzuri'." Sambung Q lagi.
" Kuzuri? Apa benda tu?" Soal Ikhwan.
" Kalau korang berdua nak tau, dalam daerah kita, sekolah ni adalah rank no satu antara semua sekolah yang ada. Always number one sejak dulu lagi. Setiap sekolah yang ada, akan ada seorang yang paling kuat. Dan orang yang paling berkuasa dalam setiap sekolah yang ada itu lah akan diberi gelaran Kuzuri. The strongest of all fighter."
" Is..minah ni banyak tengok cerita X Men la aku rasa. Kuzuri tu bukan ke gelaran Wolverine dalam movie tu?" Ikwan berbisik.
" Yes. Betul. Kuzuri means monster dalam bahasa Jepun. Aku sendiri tak tau kenapa diorang guna gelaran Kuzuri tu." Q berkata lagi.
" Dan sekarang, korang rasa sapa orang yang paling kuat dekat sekolah kita ni." Soal Q pula.
" Err.. so kau nak cakap yang Malik cilaka tu Kuzuri?" Ikhwan meneka.
" Malik? Hahaha..Bukan. Tapi untuk masa sekarang, kumpulan dia yang paling kuat dekat sekolah kita.Mungkin jugak yang paling kuat dalam daerah kita. Lagi pun, pengikut dia memang ramai. Sebab tu lah dia boleh buat ikut suka hati."
"Habis tu, kalau dia bukan Kuzuri, habis siapa?" tanya Ikhwan lagi.
"Untuk mendapat gelaran Kuzuri tu bukan senang. Macam-macam yang kau kena tempuh. Kalau ikut tradisi, cara paling mudah untuk kau naik, kau kena kalahkan Kuzuri yang ada untuk kau jadi next kuzuri." jelas Q lagi.
"Kejap. Sekarang ni seolah-olah kau cakap cina dengan aku. Tak paham langsung." Ikhwan masih lagi blur.
"Sapa Kuzuri sekarang?" Tanya Iskandar tiba-tiba.
" Sekarang takda siapa yang dapat pegang title tu. Kuzuri sebelum ni adalah Adam. Lepas dia tiba-tiba menghilangkan diri dari sekolah ni beberapa tahun lepas, semuanya hanya tinggal legacy. Cuma tinggal seorang je dari group Adam yang tinggal sekarang."
"Siapa?" Iskandar dan Ikhwan bertanya serentak.
"Senior yang tahan Malik dari pukul kau hari tu. Yo" jawab Q .
Iskandar teringatkan lelaki yang pernah menghalang Malik semalam.
"So, dia senior?" soal Iskandar.
"Ya. Dia dari form 6. Masa Adam masih ada, Yo adalah member paling muda dalam group diorang."
"macam mana kau boleh tau eh pasal semua ni? Ko ade group jugak ke?" soal Ikwan.
"Adam tu sebenarnya adalah...abang aku." Q menjawab.
Iskandar dan Ikwan berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa kau selamatkan kitorang?" Iskandar bertanya.
" Kau rasa aku selamatkan korang ke? Aku tau kau pon tak perlukan pertolongan aku. Cuma aku nak bagitau kau, apa yang terjadi dekat sekolah ni sebenarnya. Supaya kau ready."
"Maksud kau?"
" Bila Yo selamatkan kau semalam, aku rasa... mungkin kau adalah the next Kuzuri."
Iskandar terpempan. Ikhwan disebelah sudah ternganga.
ns 15.158.61.20da2