8 tahun kemudian...
Iskandar mengeluarkan pakaiannya satu persatu dari dalam beg. Sehelai demi sehelai disangkut dan disusun kemas kedalam almari.
" Belajar rajin-rajin ya Iskandar. Ingat pesan atuk. Walau sekuat mana pon kamu, jangan la kamu gunakan ilmu yang kamu ada untuk membuli orang yang lemah."
Kata-kata dan pesanan Haji Kamal semasa menghantarnya ke asrama sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. Iskandar yang sudah pun berumur 16 tahun telah menyambung pelajarannya ke tingkatan 4. Masalah dan konflik yang berlaku dirumah telah memaksa Haji Kamal untuk menghantar Iskandar ke sekolah berasrama.
Selesai mengemas pakaian, Iskandar mengemas katilnya pula. Kain cadar dipasangkan di tilam. Begitu juga bantalnya, turut dipasangkan sarung. Sedang sibuk dia mengemas, terdengar suara riuh dari muka pintu bilik asramanya.
" Wei budak-budak. Dengar sini semua. Lepas korang siap mengemas, aku nak korang semua pergi ke dewan sekolah. Semua pelajar baru kena berkumpul." Malik, seorang pelajar senior Tingkatan 5 tiba-tiba muncul memberi arahan.
"Ala bang. Takkan terus kena pegi sana? Bagi la kitorang rehat dulu. Lagipun cikgu cakap malam ni baru ada perjumpaan dengan budak-budak baru." salah seorang budak baru yang berada disitu bersuara.
Malik yang mendengar, merenung tajam kearah budak itu. Perlahan-lahan dia melangkah kearah budak itu dan berdiri dihadapannya.
"Sapa nama kau?" soal Maliq mendatar.
"Mohd Ikwan.."
Pangg!!
Belum sempat dia menjawab, pipinya ditampar kuat sehingga jatuh terduduk. Semua pelajar baru yang melihat terkejut. Termasuklah Iskandar.
" Bila aku bagi arahan, jangan ada yang berani nak membantah. Korang ingat ni hotel ke nak berehat-rehat?" Maliq berkata keras. Wajahnya bengis memandang seorang demi seorang pelajar baru disitu.
" Semua pergi dewan sekarang!!" jerkah Malik lagi.
Semua pelajar baru terpampan. Lambat-lambat, mereka berjalan menuju ke arah dewan. Iskandar juga turut serta. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melawan, tetapi apabila mengingat kembali pesanan Haji Kamal, Iskandar membatalkan niatnya.
****
Didalam dewan, semua pelajar baru diarahkan supaya beratur oleh Malik dan rakan-rakannya. Mereka semua terpaksa patuh dengan arahan itu kerana takut dengan ugutan Malik. Iskandar juga turut beratur dibahagian belakang.
"Korang semua dengar sini baik-bqik. Dekat sekolah ni, siapa yang kuat, dia yang berkuasa. Aku tak peduli siapa korang kat luar, tapi bila korang masuk je dalam ni, korang semua kena ikut cakap aku. Paham?" Malik memberitahu kepada semua pelajar baru disitu. Wajahnya sengaja dibengiskan.
" Dah kenapa kitorang nak kena ikut cakap kau?" Terdengar satu suara dari barisan belakang. Iskandar hanya tenang sambil menunggu tindakan daripada Malik. Sengaja dia mahu menguji kesabaran pelajar senior yang dilihat terlalu angkuh itu.
Semua yang mendengar terdiam. Seluruh dewan menjadi sepi. Tidak sangka ada yang berani bersuara seperti itu. Malik yang mendengar terus meluru kearah Iskandar. Wajahnya merah padam menahan marah. Matanya merenung tajam wajah Iskandar yang masih lagi tenang itu.
"Aku tak takut dengan kau." Iskandar tersenyum sinis, sengaja membakar lagi api kemarahan Malik.
Malik yang berang terus menghayunkan tangannya. Ingin menumbuk muka Iskandar. Budak baru itu dilihat sengaja mahu mencabarnya.
1373Please respect copyright.PENANAHpdfn1QnBj
1373Please respect copyright.PENANA2uctmLj6fz
1373Please respect copyright.PENANA6MIN43Fy3k
1373Please respect copyright.PENANAwbzFdnKIkK
1373Please respect copyright.PENANAxeHDHKXVUl
1373Please respect copyright.PENANAhy2sGSkVr5
1373Please respect copyright.PENANA5ZbHzGjNL7
1373Please respect copyright.PENANAKzDU9QM7es
1373Please respect copyright.PENANAgnlQ1ghMUS
1373Please respect copyright.PENANAqBRZtXOS7g
1373Please respect copyright.PENANAy3A0pPI2Ht
1373Please respect copyright.PENANAfHuhIMsxv4
1373Please respect copyright.PENANANJzeiTOaFX
1373Please respect copyright.PENANAkoVGVUuWj7
1373Please respect copyright.PENANAn81IfkHtwv
1373Please respect copyright.PENANATG6SKt2K7M
1373Please respect copyright.PENANAuaUG41Hlxg
1373Please respect copyright.PENANAagGBnyzsPS
1373Please respect copyright.PENANAULf73UBTBe
1373Please respect copyright.PENANApnlr8dKW7a