"Is..kau rase boleh percaya ke cakap minah tu? Aku dengar cerita dia, dah macam baca komik pulak. Ade ke kuzuri tu semua?" Ikhwan menyuarakan isi hatinya ketika mereka sedang berehat didalam bilik asrama.
" Aku malas nak ambik tau. Aku masuk sekolah ni pon sebab atuk aku yang masukkan. Aku pon tak pernah dengar pasal benda-benda ni." Iskandar menberitahu. Dia langsung tak pernah dengar tentang cerita yang diceritakan oleh Q itu.
"Aku nak tanya satu benda la. Betul ke kau fighter?" Ikhwan bertanya tiba-tiba.
Iskandar tergelak kecil sambil mengangkat bahu apabila mendengar soalan sahabat barunya itu.
Sedang mereka asyik berbual, terdengar suara kecoh di luar koridor. Beberapa orang pelajar baru yang berada diluar berlari masuk kedalam menuju ke katil masing-masing. Iskandar dan Ikhwan yang melihat, berasa hairan.
"Weh Fizi, apsal? Warden datang ke?" Ikhwan bertanya kepada pelajar dikatil hadapan.
"Bukan warden. Senior yang semalam tu datang." Jawab Fizi.
Ikhwan bingkas bangun dari katil.
"Is... Macam mana ni? Diorang mesti cari kita ni." Ikhwan mula gelabah.
Iskandar yang nampak tenang itu masih berbaring dikatilnya.
Malik bersama tiga lagi anak buahnya masuk kedalam bilik asrama itu. Langkahnya deras menuju ke katil Iskandar. Tanpa memberi salam, Malik terus menarik kolar baju Iskandar, membuatkan Iskandar berdiri.
Iskandar yang berang apabila diperlakukan begitu segera menepis tangan Malik dari mencengkam kolar bajunya.
Malik terkesima. Belum ada lagi pelajar junior yang berani melawannya sebelum ini. Matanya bulat merenung wajah Iskandar. Nafasnya turun naik menahan geram. Apatah lagi apabila melihat budak junior dihadapannya itu membalas renungan tajamnya. Akhirnya, Malik tergelak kecil.
"Aku belum pernah jumpa budak yang berani macam kau. Bagus. Aku suka. Siapa nama kau?" Tanya Malik.
Iskandar hanya diam tidak menjawab soalan Malik itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah Malik. Tetapi apabila teringatkan pesan atuknya, dia masih cuba untuk bersabar. Apatah lagi dia baru sahaja dua hari berada disitu.
"Aku tanya apa nama kau!?" Malik bertanya sekali lagi. Kali ini suaranya sedikit tinggi. Geram apabila soalannya tidak dijawab.
Iskandar masih lagi berdiri dihadapan, membalas renungan Malik. Tidak ada sedikit riak gentar diwajahnya.
Malik sudah hilang sabar. Penumbuk sudah mula digenggam. Baru sahaja dia ingin menghayunkan penumbuknya, matanya terpandang nametag pada baju putih yang tergantung di tepi katil dua tingkat itu . Tertera nama Iskandar Zulkarnain. Serta merta wajahnya berubah. Sedikit terkejut. Genggaman penumbuknya mula longgar. Kakinya terundur kebelakang.
" Ka..kau...?" Malik bagaikan tidak percaya. Iskandar Zulkarnain adalah nama yang paling ditakutinya. Sungguh dia tidak menyangka junior dihadapannya itu adalah orang yang selalu menghantuinya.
Tanpa berkata apa-apa, Malik terus meninggalkan bilik itu. Rakan-rakan yang bersamanya turut mengekori walaupun mereka sendiri tidak mengerti dengan apa yang terjadi. Semua mata yang memandang juga tidak mengerti dan bingung. Begitu juga dengan Iskandar.
*****
"Malik.. Hari ini adalah hari terakhir kamu menjadi anak murid tok. Segala ilmu tok, dah pun kamu pelajari. Kamu merupakan murid yang terbaik tok pernah ada. Tapi ingat, walau kuat mana pun kamu, diluar sana akan ada yang lebih hebat." Pesan Tok Murad kepada anak murid kesayangannya.
" Terima kasih tok. Saya janji yang saya tak akan malukan tok. Walau sehebat apapon orang kat luar sana, saya tak akan takut." Malik berkata penuh yakin.
" Tapi ingat. Tok dah ajarkan apa yang kamu perlu pelajari. Terpulang kepada kamu bagaimana kamu nak bawa ilmu yang kamu ada. Untuk jadi yang terhebat, kamu kena selalu berlatih." Pesan Tok Murad lagi.
" Baik tok. Saya akan ingat."
" Satu lagi. Satu hari nanti kalau kamu berjumpa dengan orang yang bernama Iskandar Zulkarnain, hendaklah kamu undurkan diri. Tiada pertempuran dengan Iskandar Zulkarnain. Ingat tu." kali ini Tok Murad menberi peringatan.
"Iskandar Zulkarnain? Siapa dia? Kenapa kena undurkan diri?" Malik bertanya. Hairan apabila nama asing keluar dari mulut tok gurunya.
" Ini sumpah aliran kita." Tok Murad menghabiskan kata-katanya dan meninggalkan Malik dengan seribu persoalan.
*******
"Adam! Hari ni merupakan hari terakhir. Aku akan kalahkan kau hari ni!" Malik bersuara lantang. Adam merupakan musuh ketatnya sejak dia melangkah masuk kedalam sekolah itu.
"Hahaha. Entah keberapa kalinya kau cabar aku, tapi aku tetap dapat kalahkan kau. Tapi takpa. Aku respect kau. Orang macam kau yang buat hidup aku tak bosan." Adam memuji musuhnya itu.
Sudah sekian lama Adam bertarung, namun hanya Malik yang hampir berjaya mengalahkannya. Sifat tidak berputus asa Malik membuatkan dia mempunyai ramai pengikut.
Tanpa berlengah, Malik berlari kearah Adam dan memulakan serangan.
Pertempuran terakhir itu berlangsung hampir satu jam dan akhirnya, Malik Masih tidak mampu untuk mengalahkan Adam.
Adam mencangkung dihadapan Malik yang sudah tersungkur itu.
"Kau takkan dapat jadi Kuzuri selagi aku ada." Adam berkata sambil mengesat darah di bibirnya.
"Hahaha. Kau takkan selamanya ada dekat atas, Adam. Satu hari nanti, aku akan tawan sekolah ni." Malik berkata.
"Walaupun satu hari nanti, aku dah tak ada dekat sini, kau tetap tak akan jadi Kuzuri.Yo masih ada untuk kalahkan kau. Legacy aku takkan hilang sampai bila-bila." Adam berkata dengan penuh yakin.
" hahaha. Berapa lama dia boleh hadap seorang diri.? Aku akan pastikan yang legacy kau akan habis. Dan aku akan pastikan cerita tentang kau akan hilang dari sejarah sekolah ni! Aku akan jadi Kuzuri satu hari nanti!" Malik memberi ingatan. Hatinya berasa panas. Maruahnya dipijak berkali-kali oleh Adam.
" Bukan kau. Aku harap lepas aku takda, berseronok lah kau dulu. Sebelum Iskandar Zulkarnain datang." Adam sempat berkata sebelum meninggalkan Malik yang sudah tewas itu.
******
"Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!" Malik menjerit sekuat hati melepaskan amarahnya.
" Lek...apa kau nak buat sekarang?" Mus, orang kanan Malik bertanya. Dia juga sudah sedia maklum tentang Iskandar Zulkarnain.
" Rupa-rupanya budak tu Iskandar Zulkarnain." Malik berbisik sendiri.
" Siapa dia sebenarnya? Macam mana Adam boleh tau yang dia akan ada kat sini?" Mus bertanya lagi. Dia sendiri tidak faham. Banyak persoalan bermain difikirannya.
" Aku akan cabar dia." Malik berkata penuh yakin.
1122Please respect copyright.PENANAhLIjdPs6wv
1122Please respect copyright.PENANAol1gd0mrWS
NOTES:1122Please respect copyright.PENANAOZecezna4a
1122Please respect copyright.PENANARPruXdNTrc
Siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain? Kenapa Malik rasa gerun dengan nama itu? Mampukah dia mencabar Iskandar Zulkarnain dan merampas title Kuzuri? Stay tune for next chapter.1122Please respect copyright.PENANAqrTpSCvQnG