Iskandar dan Ikhwan duduk di dewan makan sementara menunggu makanan dihidangkan di kaunter. Hari ini boleh dikatakan agak membosankan kerana sesi pembelajaran masih lagi belum bermula. Biasalah, pads minggu pertama untuk pelajar-pelajar baru kebiasaannya hanya sibuk dengan sesi pendaftaran kelas dan suai kenal antara pelajar dan guru. Mujurlah mereka berdua duduk dikelas yang sama.
"Wan. Aku tengok sekolah ni macam tak boleh go je." Iskandar berkata tiba-tiba.
" Apsal pulak kau cakap macam tu?" soal Ikhwan pelik.
" Kau tengok la. Yang budak nerd, masing-masing dengan budak nerd. Yang acah gangster, tengok..semua muka pecah. Yang gemuk dengan budak gemuk. Berpuak-puak." kata Iskandar.
" Hmmm. Ye tak ye la. Kau cakap macam tu, baru aku perasan. Yang perempuan pulak, yang cun nak lepak dengan yang cun je. Yang anti deadorant, dengan anti deadorant. Amende doh perempuan ade bau ketiak." Ikhwan berkata jujur.
" Ade lagi satu. Yang ni aku pelik." Iskandar berkata pula.
" Pelik? Apa?"
" yyang hensem macam aku ni bercampur dengan banyak mulut macam kau." sambung Iskandar sambil menuju ke kaunter meninggalkan Ikhwan.
" Wah. Ini dah lebih. Nak buat macam mana dah mulut aku memang camni. Weh tunggu la.." Ikhwan mengejar rakan barunya itu dari belakang.
"Cepat la. Kejap lagi ramai orang..uhh..." Iskandar terasa dirinya terlanggar seseorang. Bunyi pinggan plastik terhempas ke lantai kedengaran.
"Eee apa awak ni. Kalau nak jalan tu tengok la depan. Yang jalan mengundur ni dah kenapa?" seorang pelajar perempuan sedang memarahinya sambil mengelap pakaian yang telah kotor terkena sisa makanan.
"err..sory. My bad." Iskandar berasa bersalah. Segera dia memungut kembali pinggan yang terjatuh dilantai.
"Ganti balik makanan saya!" pelajar perempuan itu bersuara lagi.
Iskandar baru ingin membalas, namun segera dia menundukkan wajahnya tatkala melihat wajah pelajar perempuan itu.
" Helloo..? Saya cakap dengan awak ni.." Pelajar perempuan itu berkata lagi sambil melambai-lambaikan tanggannya dihadapan wajah Iskandar.
"Eh.. Awak..awak..kenapa ni?" Ikhwan yang datang kearah mereka menegur.
"Awak pon sama. Ni kawan awak kan? Macam budak-budak bergurau kat sini. Jalan pon tak tengok depan." balas pelajar perempuan itu pula.
" Sya...are you ok?" beberapa lagi pelajar perempuan menghampiri mereka.
" Sya. Jom lah. Kita dah lambat ni." kata salah seorang dari mereka.
" Hmm..ok lets go."
" And you..." dia berkata pada Iskandar.
" You owe me a meal." sambungnya lagi lalu beredar dengan kawan-kawannya.
" Amboii..muka je cantik. Garang nak mampos." Ikhwan berkata sambil menjelirkan lidah.
" Yang kau ni kenapa terdiam terus kat sini? Baru kena marah dengan perempuan dah terkulat-kulat?" Ikhwan mencuit tubuh Iskandar setelah melihat rakannya itu dari tadi mendiamkan diri.
"Sapa awek tu eh?" soal Ikhwan lagi.
"Natasha." Iskandar menjawab pendek.
" Aik? Mana kau tau nama dia? Kau kenal dia ke?"
"Aku tengok name tag dia lah. Dah la jom la makan. Dari tadi asyik berbunyi je mulut kau. Patut kau pergi geng dengan budak-budak perempuan tu. Bukan aku." Iskandar berlalu meninggalkan Ikwan.
" Eleh cakap orang. Dia pon sama. "
****
Iskandar dan Ikhwan berjalan menuju ke asrama. Suasana yang tadinya hingar-bingar, tiba-tiba bertukar menjadi sunyi sepi. Mereka berdua melihat keadaan sekeliling. Ada beberapa orang pelajar senior di sepanjang jalan sedang memerhatikan mereka.
" Is...apasal semua duk usya-usya kita ni? Aku da cakap jangan kacau awek orang. Mesti perempuan yang kau langgar tadi ni dah report kat balak dia." Ikhwan berbisik. Cuak wajahnya melihat diri mereka diperhatikan.
" Apa kau merepek ni setan? Rilek sudah." Iskandar masih lagi tenang.
" Aku tau kau kuat. Tapi diorang ramai. Kita berdua je. Aku mana reti lawan." Ikhwan merapu lagi.
Iskandar malas mahu melayan kawannya itu. Dia masih lagi berjalan tenang. Namun dia sendiri berjaga-jaga.
"Is. Is..diorang follow kita tu." laju Ikhwan menepuk lengan Iskandar saat melihat beberapa orang pelajar senior mula mengekori mereka.
" Sakit hanat. Berapa laju kau boleh lari?" Iskandar menyoal.
" Ha? Er.. Boleh la. Aku selalu kena kejar anjing." Ikhwan menjawab.
"Ikut aku." Iskandar terus berlari kearah blok berhampiran.
" Is..tunggu akuuu." Ikhwan pantas mengekori setelah melihat rakannya itu berlari meninggalkannya.
Pelajar-pelajar senior yang berada dibelakang turut mengejar mereka.
Iskandar dan Ikhwan berlari menuju kearah kelas berhampiran. Namun tiba-tiba larian mereka terhenti saat melihat seseorang menahan mereka dari arah hadapan.
" Tomboy mana pulak nii" Ikhwan berkata mengah.
" Ikut aku kalau korang nak selamat " kata gadis tomboy itu.
Iskandar dan Ikhwan berpandangan sesama sendiri.