Belum sempat tumbukan Malik singgah ke wajah Iskandar, tanggannya telah dipegang kemas oleh seseorang. Yo, seorang lagi pelajar senior, tiba-tiba berada disitu. Dia merenung tajam wajah Malik. Malik terkesima. Langsung tidak menyangka Yo yang penuh misteri itu akan berada disitu.
1127Please respect copyright.PENANAz9Js3ZF4WD
Malik merentap kembali tangannya. Pandangannya dituju pula kepada Yo. Dia tersenyum sinis sebelum berudur dari situ. Iskandar yang dari tadi tidak berganjak, turut tersenyum sinis. Pandangannya langsung tidak berganjak dari Malik.
1127Please respect copyright.PENANA9MaEeCt87Q
"Aku akan jumpa korang semua lagi lepas ni." Malik berkata kepada pelajar-pelajar baru yang masih tercengang melihat insiden itu. Akhirnya , Malik bersama-sama kuncu-kuncunya melangkah keluar dari dewan.
1127Please respect copyright.PENANAlMbylwtYlf
*****
1127Please respect copyright.PENANARDcRCDfgw5
Iskandar berbaring di atas katilnya sambil mendengar lagu di telefon. Mata ditutup rapat, sekadar direhatkan. Sesekali kakinya digoyang-goyangkan mengikut irama muzik yang didengari.
1127Please respect copyright.PENANAnAgUUMYwYj
Suasana didalam asrama juga agak riuh dengar gelagat para pelajar yang bersembang dan bergelak ketawa sesama sendiri. Ada yang bersuai kenal antara satu sama lain. Ada juga yang masih bercerita tentang kejadian siang tadi. Sebenarnya, mereka semua takut untuk menegur Iskandar. Sangkaan mereka, Iskandar mungkin seorang gangster kerana berani melawan Malik, pelajar senior yang dianggap ketua disitu.
1127Please respect copyright.PENANAA0sCOks1Kz
Sedang leka mendengar lagu, Iskandar berasa bahunya seperti digoncang seseorang. Segera dia membuka mata.
1127Please respect copyright.PENANAvD3xNQ6bNo
"Weh..apasal duduk sorang-sorang kat sini?" Ikhwan, pelajar yang ditampar oleh Malik siang tadi, menegur.
1127Please respect copyright.PENANAjkn8gAHuNz
" Takda apa. Aku nak rehat." Iskandar menjawab pendek dan memejamkan matanya semula.
1127Please respect copyright.PENANAeiK3i4W7r2
" Aku Ikhwan. Nama kau apa?" Ikhwan bertanya ramah.
1127Please respect copyright.PENANAiQybxHaGhG
" Iskandar."
1127Please respect copyright.PENANADMxDEjcOHF
"Berani jugak kau kan lawan budak poyo tu?
1127Please respect copyright.PENANAtRuGeyXucy
" Nak takut apa? Dia ingat sekolah ni bapak dia punya ke?" Iskandar bersuara mendatar. Matanya masih lagi tertutup.
1127Please respect copyright.PENANAyQAM5jB22J
" Aku menyirap betul dengan mamat tu. Suka-suka hati je tampar aku. Ingat aku apa?" Ikhwan meluahkan rasa tidak puas hati. Tangannya mengusap pipi yang masih lagi terasa perit akibat ditampar oleh Malik siang tadi.
1127Please respect copyright.PENANAsBS9E4U1v5
" Habis tu kenapa kau tak lawan?" Iskandar menyoal sinis.
1127Please respect copyright.PENANAUpEixOcfE1
" Er...hehehe. Bukan tak nak lawan. Tapi dia ada geng. Aku dah la baru hari ni masuk. Member pon takda lagi." Ikhwan tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
1127Please respect copyright.PENANAMOHmMm11AW
" Eh..tapi sapa mamat yang tahan Malik tadi tu ye? Aku rase dia mesti bukan calang-calang. Sebab aku tengok si Malik tu pon macam takut je tadi." sambung Ikhwan.
1127Please respect copyright.PENANAEzrL04nUYY
Iskandar terus membuka matanya. Baru dia teringat tentang itu. Dia juga berasa pelik. Siapa budak tadi sebenarnya? Spontan dia melihat keadaan sekeliling mencari-cari kelibat budak itu. Tetapi langsung tidak kelihatan.
1127Please respect copyright.PENANA5YZrsmBh2o
" Eh..kau cari apa?" soal Ikhwan pelik apabila melihat Iskandar yang seperti tercari-cari sesuatu.
1127Please respect copyright.PENANA6PXRcvdFWM
" Budak tu student baru jugak ke?" Iskandar menyoal.
1127Please respect copyright.PENANAPeRFVB4CC9
" Tak tau la. Tapi masa kita masuk tadi, dia takda pon. Aku rasa dia senior la." Ikhwan membuat andaian.
1127Please respect copyright.PENANAlUtnEN6fgn
****
1127Please respect copyright.PENANAobubGQVKYt
"Ape kau nak buat sekarang Lek? Nampaknya ade budak baru yang berani lawan kau."
1127Please respect copyright.PENANA61FORpJqcr
Malik dari tadi tidak dapat duduk diam. Amarahnya meluap-luap. Belum pernah mana-mana budak yang berani melawannya sebelum ini. Egonya rasa tercalar. Masih jelas terbayang wajah budak baru yang tersenyum sinis dihadapannya siang tadi, seolah-olah langsung tidak berasa gentar dengannya.
1127Please respect copyright.PENANAzkQzZsg0To
" Siallll!!" Malik menendang kerusi dihadapannya.
1127Please respect copyright.PENANAwdVrZqNC3f
Rakan-rakannya tidak berani menegur. Kesemua mereka hanya menundukkan wajah.
1127Please respect copyright.PENANA86qLM5LbQa
" Mus. Aku nak kau cari info pasal budak tu. Aku nak 'kenal' dia dengan lebih rapat." Malik berkata. Nafasnya deras menahan geram.
1127Please respect copyright.PENANAuAdWAjMjal
" Tapi yang aku hairan, macam mana Yo boleh muncul tiba-tiba kat situ? Kenapa dia macam nak protect budak tu? Setahu aku, Yo takkan masuk campur dengan apa yang jadi kat sekolah ni." Mus berkata hairan.
1127Please respect copyright.PENANAYG5nO5SgDl
"Sebab tu aku suruh kau cari info. Aku nak tau apa kaitan Yo dengan budak tu."
1127Please respect copyright.PENANA1PQMEYBimS
" Kau nak buat apa dengan budak baru tu Lek?"
1127Please respect copyright.PENANAcA2O5Fx4rI
" Aku nak bagi dia kenal siapa aku." Malik tersenyum.
1127Please respect copyright.PENANA6IWiGs1771
"Tapi kalau betul Yo protect budak tu, masalah besar kita." Mus berkata lagi.
1127Please respect copyright.PENANAdugHkwZs83
"Aku akan uruskan hal tu." jawab Malik ringkas. Dia berharap rancangannya berjaya.
ns 15.158.61.48da2