Seperti biasa, selepas penat bekerja, Sofea duduk di kafe, menulis beberapa catatan dalam jurnalnya. Ketika dia selesai, dan bersiap untuk pulang, tiba-tiba sebuah nota kecil terlipat di tepi jurnalnya. Dia tak menyedari kehadirannya. Dia sudah pergi tanpa kata. Hanya sekeping nota yang kini menjadi misteri yang semakin mengusik fikirannya.
Sofea memandang nota itu, berasa keliru, namun ada sesuatu yang menyalakan perasaan yang tak bisa dia jelaskan. Hanya beberapa patah kata yang ringkas tetapi penuh dengan makna:
"Bila berkongsi meja dan kopi?"
Hari berikutnya, Sofea kembali ke kafe itu. Ada debaran yang tak tertahan, seakan sesuatu yang lebih besar menanti. Dia memilih tempat yang sama, menunggu dengan penuh harapan dan sedikit gugup. Wajahnya tak lama kemudian muncul, seperti biasa, dengan buku tebal di tangan. Namun kali ini, sepertinya ada sesuatu yang berbeza. Dia duduk di meja sebelah, dan mereka saling berpandangan. Jantung Sofea berdegup lebih kencang, dia cuba menenangkan diri.
Dengan perlahan, Sofea mengeluarkan nota semalam. "Bila berkongsi meja dan kopi?"
Fawwaz terpana sekejap. Nota ringkas yang dia selit semalam Sofea angkat dengan menyelit di jarinya. Sofea pandang dia, dan dia cuba mencerna apa yang baru berlaku. Tapi, dia tersenyum, senyuman yang membuatkan segala kekusutan dalam hati Sofea hilang sekelip mata.
Tanpa berfikir panjang, Sofea terbalikkan nota itu dan mula menulis balasan di belakangnya. "Mungkin hari ini?"
Sofea cuba mengawal perasaan, meskipun jantungnya berdentum seperti ada yang ingin meletus. Tak lama selepas itu, Fawwaz bergerak ke mejanya, duduk di hadapannya. Ada sedikit kejanggalan di udara, namun mereka berdua tidak dapat menahan tawa kecil. Rasanya seperti pertama kali bertemu, namun ada kedamaian yang tiba-tiba mengalir.
"Nama saya Fawwaz," katanya, sambil meletakkan tangan di dada yang kira-kira bidang 15. "Saya selalu nampak awak di sini, tapi kita tak pernah bercakap. Jadi, saya fikir… Why not talk to a beauty pageant?" ucap Fawwaz tersenyum sambil mengangkat keningnya.
Sofea membalas senyum Fawwaz, gembira kerana akhirnya ada sesuatu yang nyata. "Nama saya Sofea. Sebenarnya, saya pun dah lama nak cakap dengan awak. Tapi… entahlah, saya tak pernah berani."
Fawwaz ketawa kecil. "Saya pun sama. Kadang-kadang kita tunggu terlalu lama, dan akhirnya tak ada apa-apa yang berlaku."
Mereka berdua ketawa, dan kafe yang selama ini terasa sepi bagi Sofea, kini penuh dengan kehidupan. Dari satu nota kecil yang ringkas, mereka membuka ruang untuk perkenalan yang lebih mendalam.
Hari itu, dunia terasa lebih mudah, lebih dekat. Semua perasaan yang Sofea simpan, dan ketakutan untuk memulai, kini hilang begitu saja. Setiap perbualan mereka mencipta ikatan yang semakin erat. Walaupun langkah itu kecil seperti sebuah nota, ia mampu mengubah segalanya.
Dan Sofea bersyukur kerana dia memberi kesempatan dirinya untuk berbicara, untuk mengenali Fawwaz. Kadang-kadang, kita hanya perlu berani untuk memulakan. Selebihnya, kehidupan akan mengisi ruang itu dengan segala macam kemungkinan.
"Saya rasa kita baru saja mulakan satu perjalanan yang penuh rasa," kata Fawwaz, matanya tak lepas dari Sofea. "Tak pernah terfikir akan ada hari seperti ni."
Sofea tersenyum, dalam hatinya ada rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. "Saya pun tak sangka. Kadang-kadang kita terlalu takut untuk ambil langkah pertama, kan? Tapi... kalau tak cuba, macam mana nak tahu?"
Fawwaz mengangkat cawan kopinya dan menatap mata Sofea dengan penuh makna, "Betul. Semua perkara besar bermula dari satu langkah kecil, dan mungkin kita sedang mencipta sesuatu yang lebih dari sekadar cerita kopi..."
Sofea, dengan senyum yang semakin meluas, membalas, "Ya, mungkin kita sedang menulis babak yang tak terjangka. Siapa tahu? Mungkin inilah titik mula untuk lebih banyak kenangan bersama."
Fawwaz menatapnya dalam-dalam, seolah-olah ingin membuktikan bahawa setiap detik bersama Sofea adalah sesuatu yang berharga. "Kalau begitu, tak sabar nak lihat apa yang akan datang. Setiap pertemuan ada tujuannya, dan saya gembira dapat kenal awak di sini."
Sofea merenungnya, merasakan sebuah kehangatan yang tidak pernah dirasai sebelumnya. "Saya pun. Tak tahu kenapa, tapi sekarang semuanya terasa lebih bermakna."
Ketika kopi itu hampir habis, Fawwaz meletakkan cawan di meja dengan lembut, matanya terus memandang Sofea dengan penuh perhatian. "Kopi ni mungkin akan habis, tapi saya harap perkenalan ni tak berhenti macam tu saja."
Sofea, dengan senyuman yang semakin lebar, berkata dengan penuh makna, "Jangan risau Fawwaz.."
Fawwaz, dengan usikan yang penuh percaya diri, berkata sambil mengangkat cawan kopi, "Rasa dulu kopi saya, mana tahu rasa dia ada sesuatu... yang takkan awak lupa."
Sofea memandangnya, senyum penuh teka-teki, "Kalau saya rasa, ada jaminan saya nak lagi tak lepas?"
Fawwaz berbisik dengan nada yang penuh kepercayaan, "Bukan cuma kopi, saya pun awak takkan lepas."
Sofea, masih dalam senyum yang penuh kehangatan, mencabar, "Berani awak cakap macam tu. Kalau saya suka, awak sanggup buat kopi untuk saya tiap pagi?"
Fawwaz ketawa kecil, dan dengan keyakinan penuh, dia menjawab, "Kalau untuk awak, bukan setakat kopi. Saya buat sarapan, hantar mesej 'good morning', dan pastikan awak senyum sentiasa."
Sofea, yang terkedu dengan kata-kata itu, cuba menyembunyikan rasa malunya. "Hmmm, macam ni saya kena fikir betul-betul. Kalau saya bagi peluang, awak boleh ke jaga?"
Fawwaz menatapnya dalam-dalam, menyandarkan diri dengan penuh kesungguhan. "Saya tak janji sempurna, tapi saya janji saya cuba jadi kawan yang awak tak pernah menyesal kenal."
Sofea terdiam sejenak, merenung kata-kata itu dengan hati yang penuh rasa. Kemudian, dia tersenyum kecil, "Berani betul awak. Tapi saya suka, jadi... awak ada peluang kedua."
Fawwaz ketawa perlahan, sambil mengangkat cawan kopi. "Kedua? Kalau peluang pertama saya dah buat awak senyum macam ni, tunggu peluang seterusnya. Saya janji awak takkan nak berhenti."
Sofea ketawa kecil sambil tunduk, "Okay, okay. Tapi saya ada satu syarat."
Fawwaz, yang semakin tertarik dengan Sofea, bertanya, "Apa dia?"
Sofea memandang Fawwaz dengan mata yang penuh usikan, "Jangan pernah biar kopi saya sejuk, dan jangan buat 'love bombing'."
Fawwaz tersenyum, penuh makna, "Deal. Tapi saya ada syarat saya juga."
Sofea, teruja, "Syarat apa pula tu?"
Fawwaz mendekatkan diri sedikit, dengan suara yang penuh kelembutan, "Jangan pernah biar saya minum kopi seorang diri."
Di tengah kehangatan kopi dan tawa yang terus berlanjut, dua hati itu diam-diam menyulam perasaan yang tak perlu banyak kata. Mereka belajar bahawa kadang-kadang, yang paling indah dalam hidup ini datang bukan dari yang besar, tetapi dari langkah kecil yang diambil dengan penuh keberanian.
ns 15.158.61.6da2