Fawwaz dan Sofea sedang duduk berdua di sebuah kafe yang tenang, menikmati hidangan tengah hari. Udara segar yang bertiup lembut di luar menambah keindahan suasana, mencipta momen yang penuh ketenangan. Fawwaz tidak dapat menahan senyuman ketika memerhatikan Sofea yang sedang asyik memilih makanan.
Fawwaz: "Sofea, hari ni awak nampak sangat cantik. Tadi masa awak datang, saya rasa dunia ni berhenti sekejap. Semua benda jadi tak penting, hanya awak yang ada."
Sofea tersenyum malu, sedikit menggelengkan kepala: "Aduh, janganlah puji-puji sangat. Saya pakai apa yang ada je. Tapi terima kasih, Fawwaz. Awak ni... buat saya rasa macam bintang pulak."
Fawwaz tergelak kecil, namun matanya tetap penuh dengan keikhlasan: "Saya serius, Sofea. Setiap kali saya tengok awak, saya rasa saya ni lelaki paling bertuah. Makanan ni semua rasa biasa je, tapi bila awak ada, semuanya jadi luar biasa."
Sofea merenung Fawwaz dengan pandangan lembut, sambil gelak sedikit: "Awak ni memang manis. Kalau saya dengar lagi, saya rasa nak buat hati saya jadi batu, supaya tak cair dengan pujian awak tu!"
Fawwaz senyum, namun matanya tetap berkelip dengan rasa sayang: "Serius, Sofea. Tak kira apa pun, awak tahu tak, batu pun boleh hancur bila disirami air?"
Sofea tersenyum manis, cuba berlagak serius: "Kalau awak jadi air, saya nak jadi lava. Barulah, awak tak boleh lawan kan? Mesti semua jadi panas!"
Fawwaz mengukir senyum penuh makna, kemudian dengan gaya penuh dramatik seperti seorang pelakon, dia berkata: "Saya tak kisah awak jadi lava atau apa pun, saya sanggup jadi tanah, supaya kita boleh hidup bersama di tempat yang tinggi. Macam makanan ni, apa pun rasa dia, kalau awak ada, semuanya jadi istimewa. Setiap detik dengan awak rasa tak pernah cukup."
Sofea ketawa kecil, namun wajahnya lembut, seakan cuba menahan rasa malu: "Awak ni... macam ada skrip untuk semua ni, kan?"
Fawwaz tersengih lebar, namun ada sedikit kelakar dalam suaranya, "Memang! Dah lama latih depan cermin. Hasilnya... wah, mulut saya ni memang ada magic, kan?"28Please respect copyright.PENANAAQFPpvtKNA
Sofea ketawa lagi, tapi kali ini dia cuba buat muka serius "Tapi seriuslah, Fawwaz... kerja awak macam mana? Ada projek besar yang tengah awak handle?"
Fawwaz mengangkat tangan, menyeka sisa makanan dari bibir dengan penuh gaya, namun ada riak penat di wajahnya: "Alhamdulillah, agak sibuk sikit. Kena submit project sebelum deadline. Tapi bila dapat rehat macam ni, rasa semua jadi lebih ringan."
Hana cuba menenangkan diri, tetapi matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang tak asing, Fawwaz. Dia duduk di meja sebelah dengan seorang gadis yang tidak dikenali Hana. Tawa mereka memecah kesunyian, dan Hana dapat melihat betapa cerianya mereka berbual, seolah dunia ini hanya milik mereka berdua.
Hana tidak pernah mendapat petunjuk bahawa Fawwaz lebih dari sekadar teman. Setiap kata, setiap tawa yang mereka kongsi selama ini, hanya Hana yang memberi makna lebih. Cinta ini tak berbalas, dan Hana tahu itu. Dia cuba menarik nafas panjang, menenangkan dirinya, "Kau tak boleh terus begini," bisiknya pada diri sendiri. "Kau tak boleh berharap pada sesuatu yang tak akan pernah ada."
Hana bangkit dan melangkah ke meja mereka, wajahnya berseri-seri. "Fawwaz! Tak sangka jumpa kau kat sini!" serunya, sambil matanya melilau dan akhirnya bertembung dengan mata Sofea, yang sedang menikmati hidangan dan tersenyum sopan, mengangguk kepala tanda hormat.
Fawwaz, yang sedang menyusun garpu dan pisau di meja, tersenyum lebar. "Ni Hana, ni kalau nampak orang, macam Sherlock Holmes! Selalu cepat detect je," bisiknya dengan suara perlahan, hampir tenggelam oleh bisingnya suasana kafe.
Hana ketawa kecil, dan dengan nada berseloroh menjawab, "Hidup ni kalau takde cerita, boring jadinya!" Kemudian, dia berpaling kepada Sofea. "Eh, Fawwaz, ni tengah berdua luncheon ni, couple ke? Tak sangka jumpa kat sini. Saya Hana," katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Sofea, yang sedikit terkejut dengan soalan spontan itu, hanya tersenyum malu dan mengangguk. "It's so nice to meet you, saya Sofea... lunch jugak eh? Kebetulan, joinlah kami, saya tak kisah," sambil matanya sesekali melirik Fawwaz dengan senyuman manis.
Fawwaz, yang sudah biasa dengan keakraban Hana, tersenyum lebar. "Eh, Sofea ni baru je kenal saya, Hana seronok kalau kau kenal Sofea ni," tambahnya, cuba mengurangkan sedikit kerisauan yang mungkin dirasai Sofea.
Sofea, yang sedikit teragak-agak, "Eh! Takdelah, biasa je." Dia sempat memandang Hana dengan tatapan tajam, dan hatinya berbisik, her eyes, nose, lips and those brows... God, she's a natural beauty. Ketinggiannya 165 cm dan berat kira-kira 55 kg, membuatkan mana-mana wanita pasti mengimpikan potongan badan seperti Hana.
Fawwaz hanya menggelengkan kepala dengan senyuman. "Hana ni drama queen pejabat. Suka mengada-ngada tapi kalau nak solve problem, Hana ni juara."
Sofea ketawa kecil mendengar usikan itu, sambil menambah, "Ye? Hana ni macam menarik je orangnya. Kalau begini, tak boring pun kalau lepak dengan dia."
Hana, dengan nada serius namun main-main, bertanya, "Okey, Thanks Sofea. Question Sofea, adakah awak dah berpunya? you ni mesti suka tengok filem komedi, kan? Dengan gaya jenaka macam ni, takkan tak suka filem lucu, kan?"
Sofea terkejut dengan soalan tiba-tiba itu, janggal tetapi dia tetap tersenyum dan mengangguk. "Hmm... lebih suka tengok cerita ringan, yang buat orang ketawa," jawabnya, cuba mengelak daripada menjawab soalan yang pertama.
Fawwaz yang mendengar ini, terus terdiam. "Eh, Hana, hari ni kau ada visit site tak?" Fawwaz cuba menahan senyum, matanya menunduk sedikit sambil menjeling Hana.
Namun Hana merasa sesuatu yang menghalang dia untuk sepenuhnya menikmati saat itu. Matanya bertembung dengan Fawwaz, dan hatinya berdegup lebih kencang. "Hari ni ada, Fawwaz. Kau kalau senyum je, boleh buat orang gemuk turun berat badan, tak payah senamrobik! Jangan nak poyoh depan awek, kau kalau lambat melepas nanti!" katanya dengan nada berseloroh.
Sofea tersedak dan cepat-cepat mengambil air minuman di tepi. Fawwaz dengan tangkas mencapai tisu dan memberikannya kepada Sofea, matanya dikecilkan seakan memberi isyarat pada Hana. Hana, meskipun cuba tersenyum, tidak dapat menahan perasaan yang semakin bertambah. Setiap kali Fawwaz memberi perhatian kepada Sofea, hatinya terasa remuk sedikit demi sedikit, namun dia cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa.
Sofea ketawa kecil, wajahnya berona merah kerana malu, namun Fawwaz yang duduk di sebelahnya tidak dapat menahan dari menatap muka Sofea. "Setiap kali Sofea ketawa, dunia ni jadi lebih terang," fikirnya dalam hati. Hana sedang memerhati, membuatkan Fawwaz sedikit terkejut, seolah mendengar kata-kata itu. Namun dia menenangkan dirinya.
Hana tersenyum nakal, "Wah, Fawwaz. Sekarang aku boleh nampak betapa 'cair'nya kau dengan Sofea. Kalau begini, memang boleh jadi drama cinta romantik!"
Sofea terdiam, sedikit terkejut dengan kata-kata Hana. Fawwaz pula tersenyum lebar, cuba mengelak daripada memanjangkan perbualan itu. "Hana, janganlah mengusik. Kami baru je kenal, itu je," jawabnya dengan nada santai sambil menyandar pada kerusi.
Namun, hati Hana semakin berbicara sendiri. Dalam diam, dia memandang Sofea dan bertanya dengan nada manis, "Sofea, you tak ada orang lain? Kalau ada, I minta maaf. Tapi I tengok Fawwaz ni insan kesepian setelah sekian lama."
Sofea tersenyum kecil, namun ada sedikit kerisauan di matanya. "Oh, saya... belum ada apa-apa lagi. Kita baru kenal, jadi saya cuma nak enjoy masa ni je," jawabnya.
Mendengar jawapan itu, Hana mengangguk dan cuba tersenyum, walaupun dalam hati perasaannya semakin bergejolak. "Baguslah. I suka tengok orang yang jujur dan rileks just like you," kata Hana dengan nada sedikit datar,"We just look at Fawwaz smile, and we instantly get slimmer."
Sofea mengangguk sambil tersenyum, cuba menghidupkan suasana yang mula terasa kekok. "Hmm... Awak tak nak makan ke Hana?" Hana membalas tatapan Sofea dan menggelengkan kepala.
Fawwaz, yang sejak tadi memerhatikan keadaan, merasa sedikit canggung, cuba mengalihkan perhatian. "Hana, kau ni suka sangat jadi pengacara. Memang pandai buat orang tak selesa dengan soalan-soalan macam ni."
Hana hanya ketawa, cuba menyembunyikan rasa cemburunya yang semakin dalam. "Ala, aku memang spoilkan keadaan, ye? Kalau takde cerita, boringlah!" jawabnya sambil mengarahkan senyuman ke arah Sofea.
Sofea mengangguk kepala sambil tersenyum, "Hana ni boleh baca fikiran orang ke?" bisik Sofea pada Fawwaz. tiba-tiba Hana menyampuk, "Hah, Tea ais kaw!" sambil mengangkat tangan memanggil pelayan yang membawa pesanan minumannya. Dia mula ketawa melihat teh yang terlebih muatan ais batu.
Hana melupakan perasaannya selepas melihat minumannya, dan dengan cepat menghirup sedikit, sambil menjeling dua insan dihadapannya. "Aku nak masuk office jap, satgi nak buat site visit. Jumpa kat pejabat! And you Sofea, nice to meet you dear sweetie pie!" katanya sambil bangkit, teh ais di tangan.
Sofea dan Fawwaz tersenyum mendengar percakapan Hana. "Elok-elok," pesan Fawwaz, dibalas dengan jelingan dari Hana. Hati Sofea sedikit berdebar dengan sikap Hana yang seperti boleh membaca isi hatinya.
Keadaan menjadi lebih santai. Tiba-tiba Sofea bertanya, "Hana tu menarik, dia ada boyfriend ke, Fawwaz?"
Fawwaz menjawab dengan senyum lembut, "Hana kawan saya sejak kami kat uni lagi. Dia memang kasar kalah lelaki, tapi dia chill je..." Matanya memandang Sofea penuh perhatian, "Awak okay ke?"
Sofea mengangguk, "Eh, saya okay, hahaha..." Dalam diam, dia menyetujui apa yang diguraukan Fawwaz sambil tersenyum. Sofea dan Fawwaz kelihatan begitu akrab, gelak tawa mereka melambangkan kehangatan dalam hubungan mereka. 28Please respect copyright.PENANANkfEoI2adC
"Hana macam Sherlock Holmes!" ungkap Sofea, mereka kemudian tertawa dan berpandangan seperti mata yang berbicara ketika ini. Ketika pandangan mereka bertemu, ada sesuatu yang tak perlu dikatakan. Hanya senyuman yang mengungkapkan segala-galanya. Mereka memahami satu sama lain dengan cara yang lebih dalam, seolah-olah bahasa tubuh mereka sudah cukup untuk berbicara.28Please respect copyright.PENANAYgGrzix0hb