"Sofea, lepas ni jom keluar? Kita dinner. Treat on me." Fawwaz yang menghulur nota kecil itu. Sofea jeling sekilas. Hari Isnin dengan rutin kerja yang tiada penghujung, tak disangka hatinya girang berdebar namun Sofea menyembunyikan keterujaannya dengan membalas ringkas pada belakang nota kecil itu
"Okay, hari ni busy. Esok?" Sofea hulur balasan nota tersebut tanpa memandangnya. Tiba-tiba dia kemaskan barang dan mencapai iPadnya. Mereka berpandangan, namun dengan 'poker face' Fawwaz bermain mata sambil berkata, "6.30."
Sofea memandangnya. Hah, sudah! Sedari tadi mereka tak berkata sepatah pun. Dan coffee ini, dia order dan bayar sesampai Sofea di cafe. Sofea membiarkan dia berlalu keluar membuka pintu kafe dan mereka berpandangan. Oh jantung! Kenapa dup dap macam hendaknya meletop?
Esoknya, Fawwaz sudah menunggu di bawah pejabat dengan senyuman mesra. Dia tahu tempat Sofea kerja?
"Awak lapar tak? Jom kita ke mall. Banyak pilihan dekat sana," katanya sambil membuka pintu kereta.
Sofea tersenyum sedikit, mengangkat kening. "Hmm, sebenarnya saya lapar juga. Tapi, macam mana awak tahu saya kerja sini?" soalnya sambil duduk di tempat penumpang.
Fawwaz mengangguk, tersenyum santai. "Ah, saya kan ambil tahu sikit-sikit pasal awak. Suka hati je, bukan nak ganggu pun," jawabnya dengan nada bergurau.
Sofea ketawa kecil. "Betul la tu. Tapi terima kasih la, buatkan saya rasa macam... istimewa sikit," katanya sambil memandang ke luar tingkap.
Fawwaz memulakan enjin kereta. "Mestilah. Saya takkan biarkan kawan saya rasa tak dihargai," jawabnya dengan nada yang lebih serius, tapi tetap ada senyuman di wajahnya.
Sofea mengangguk, rasa sedikit terharu. "Eh, tak sangka pulak awak ni sweet jugak," balasnya sambil melemparkan senyuman manis.
"Sweet? Hah, itu baru permulaan. Tunggu, nanti saya tunjuk bakat terpendam," ujar Fawwaz sambil ketawa nakal.
Sofea mencebik. "Jangan la terlalu over pulak," katanya sambil ketawa bersama Fawwaz.
ns 15.158.61.45da2