Pada suatu petang yang damai, Hana sedang duduk di ruang tamu rumah neneknya. Walaupun rumah itu riuh dengan gelak ketawa dan percakapan ahli keluarga yang berkumpul untuk makan malam, Hana merasa tenang. Lampu-lampu berkelip lembut, suasana terasa nyaman dan intim. Hana memandang wajah-wajah familiar makcik, pakcik, sepupu, dan datuk neneknya. Cuma satu perkara yang sering mengganggu fikirannya setiap kali keluarga berkumpul iaitu soal perkahwinan. Setiap kali ada pertemuan, persoalan itu seolah-olah wajib muncul, seperti satu acara tahunan yang tak boleh dilepaskan. Kadang-kadang Hana rasa seperti bakal jadi topik utama dalam drama keluarga.
Sambil berbual dengan makcik dan emak, Hana terperasan satu kegembiraan yang meluap-luap di ruang tamu. Tiba-tiba, abang sepupunya, Amir, berdiri tegak, menunggu seakan-akan sedang bersedia untuk memberi pidato penting. Amir memulakan pengumuman dengan suara lantang, mengucapkan salam seolah-olah baru sahaja memenangi satu anugerah. Semua orang terdiam, menanti dengan penuh debaran, mungkin ada berita besar yang akan diumumkan.
“Assalamualaikum semua!” Amir membuka bicara dengan senyuman besar. “Saya nak buat pengumuman penting! Tahun ini, keluarga kami akan ada majlis besar! Majlis yang kita semua nantikan!”
Seketika, ruang tamu menjadi sunyi. Semua mata tertumpu pada Amir yang berdiri dengan gaya dramatik. Hana pun tertanya-tanya dalam hati, “Apakah dia nak kahwin ke? Atau mungkin menang loteri?”
“Majlis apa tu, Amir?” tanya emak Hana, tak sabar-sabar nak tahu.
Amir tersenyum lebar, melangkah sedikit ke depan, macam seorang pelakon teater yang baru nak memulakan monolog. “Insya-Allah, hujung tahun ni saya akan mendirikan rumah... beserta tangga depan rumah makcik! Hahahah!”
Tiba-tiba, ruang tamu meletup dengan gelak tawa. Semua orang gelak sakan, beberapa orang memeluk Amir sambil gelak besar, ada yang berpura-pura terkejut, seolah-olah benar-benar dia nak kahwin. Zainal, sepupu Amir yang sama umur, terus buat doa panjang macam orang yang baru dapat jodoh. Hana hanya tersenyum, tapi dalam hati ada rasa macam “hmmm, ini macam bukan pertama kali je soalan ni”.
Zainal, yang duduk di sudut dengan senyuman nakal, tiba-tiba memandang Hana. “Hana, kau bila nak kawin? Hujung tahun ni, eh?” Usikan Zainal itu langsung disambut dengan gelak tawa seluruh keluarga. Hana hanya tersenyum, tapi wajahnya bertukar merah.
“Eh, jangan main-main! Hujung tahun ni, ye!” jawab Hana sambil mengangkat kening, cuba bergurau balik. Tapi dalam hati, dia tahu soalan itu bukan sekadar gurauan. Sebagai sepupu perempuan yang sudah mencecah usia 28 tahun, dia tahu yang soalan itu macam pusingan kedua puluh satu dalam filem yang tak pernah tamat.8Please respect copyright.PENANAXinKU9JAKf
8Please respect copyright.PENANAESYTYvu8UY
Hana melangkah keluar rumah dan mengeluarkan iphone miliknya menatap gambar Fawwaz bersama perempuan lain. Dia mengeluh berat, senyum yang dulu memberi semangat kini terasa menyakitkan. Air matanya jatuh tanpa disedari. Selama ini dia berharap Fawwaz akan menyedari perasaannya, namun kini dia sedar itu semua hanya harapan kosong.8Please respect copyright.PENANAX4LH9Wq6mN
Fawwaz memilih orang lain. Hana merasa seperti tak berarti, seperti debu yang terbang. Cinta yang dipendam kini terasa membebani. Namun, Hana tahu dia harus melepaskan. Fawwaz berhak bahagia, walaupun tanpa dirinya. "Kecewa itu normal," Hana berbisik, "tapi aku harus belajar untuk melepaskan." 8Please respect copyright.PENANA3E8qTLr82b
Malam itu, suasana semakin meriah dengan gelak tawa, alunan muzik latar yang seperti soundtrack hidup, dan hidangan yang melimpah ruah di meja makan. Anak-anak kecil terus berlari-lari sambil main bola, macam tak ada batasan, sementara orang dewasa sibuk bersembang dan menikmati makanan. Dalam segala kesibukan itu, Hana masih duduk diam, merenung jauh dalam fikirannya yang merasakan dirinya bersendirian. Dia sedar bahawa setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Perkahwinan bukan sekadar soal jodoh, tetapi soal kesediaan diri untuk menghadapinya.8Please respect copyright.PENANAQkN5v0ONNT