Menjadi Ustazah Rosliza (18 – Bicara Hati ke Hati)589Please respect copyright.PENANAKVGfhZ2VlA
Aku duduk di ruang tamu makmal XXWXY bersama kak Ros. Aku membaca brosur yang berada di situ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan maklumat berkenaan institusi penyelidikan ini, makmal XXWXY dan prosedur pertukaran tubuh. Maklumat yang agak umum untuk teknologi yang kontroversi dan eksperimental. Lebih kepada maklumat pemasaran dan pengiklanan.589Please respect copyright.PENANAI4faikEc4y
Aku lihat kak Ros mengambil kesempatan waktu yang terluang ini untuk menelefon suaminya. Aku dapati kak Ros tidak kisah aku mendengar perbualan peribadinya dengan suaminya, malahan dia membukakan pembesar suara ke mod kuat. Dia menyuruhku diam, untuk mengelakkan suaminya mengesyaki kehadiranku dan jangan sampai terkantoi. Aku mendengar kak Ros bertanya khabar pada suaminya dan mengatakan bengkel kaunseling sedang berjalan lancar. Dia sedang berehat sementara menunggu slot aktiviti seterusnya. Aku hanya mampu senyum dengan penipuan dan kecurangan kak Ros. Dia juga berkata dia rindu suami dan anak-anaknya. Aku meleretkan senyuman mencukaku. Aku turut mendengar kak Ros bertanya khabar tentang anak-anak dan keluarga mentuanya. 589Please respect copyright.PENANAPKQHA53IJa
Aku berasa perbincangan antara kedua-dua suami isteri nampaknya semakin membosankan dan tiada kaitan degan aku, jadinya aku bangkit dan terus menuju ke bilik tamu. Kak Ros cuba menahan aku dengan menarik tanganku agar tunggu dan duduk di sebelahnya, tetapi aku menepisnya. Aku mengisyaratkan bahawa aku takut kantoi dan lebih baik aku pergi dari situ. Kak Ros menganggukkan kepala dan membenarkan aku berlalu pergi sambil meneruskan perbualan telefon bersama suaminya. 589Please respect copyright.PENANAjHucmWzF8j
Aku memasuki bilik tamu yang telah disediakan, dan ternyata bilik tamu makmal XXWXY agak luas, mempunyai katil bersaiz king, meja dan cermin solek, sofa yang boleh diduduki oleh tiga orang dan juga satu bilik mandi. Aku teringat brosur yang baru sahaja aku baca tadi, ternyata makmal XXWXY sebelum ini adalah satu klinik kesuburan. Bilik tamu makmal XXWXY pada asalnya adalah tempat untuk suami mengeluarkan benih mani ke dalam bekas khas untuk tujuan persenyawaan seperti IUI atau IVF. Memandangkan penyelidik di institusi penyelidikan tersebut telah berjaya menemui teknologi baru khususnya prosedur pertukaran tubuh, maka makmal XXWXY diubahsuai khas untuk tujuan ini.589Please respect copyright.PENANAsdHlpW4TlW
Aku berbaring di atas katil untuk beberapa seketika. Tak berapa lama, kak Ros membuka pintu dan memasuki bilik tamu, berdua-duaan denganku. Aku bertanya, “kenapa kak Ros tipu suami?”. Kak Ros terperanjat sambil menepis soalanku dengan suara yang sedikit menekan, “Lan, agak-agaknya ada orang percaya ke kalau kita bertukar badan? Agak-agak suami akak percaya?”. Aku menjawab, “tak. Lan tak rasa suami akak percaya.”. Kak Ros berkata, “habis tu, kenapa Lan bertanya? Mestilah akak ceritakan akak kat mana supaya suami akak tak risau. Akak pun rasa Lan boleh agak kenapa akak cakap macam tu kat suami. Mestilah cover line.”. Sambung kak Ros, “Habis tu kenapa Lan tinggalkan akak dan masuk bilik?”. 589Please respect copyright.PENANAAiDp42HzeC
Aku berkata, “Maaf kak, bukan apa, Lan rasa tak selesa, tu sebab Lan masuk bilik. Lan juga berasa curiga... kalau akak boleh tipu suami, mungkin akak boleh tipu saya jugak?”. Aku cuba dapatkan kepastian. Kak Ros berkata, “akak tak tipu Lan. Lan pun nampak diri akak yang sebenar. Kita sama-sama nak jadi diri masing-masing. Akak nak jadi “Cikgu Roslan” dan Lan nak jadi “Ustazah Rosliza”. Apa yang akak tipu Lannya?. Pasal suami akak tu, sekali lagi akak tanya, agak-agak suami akak percaya kalau kita bertukar badan? Perkara sulit ni Lan. Kalau Lan tak percaya akak, kita boleh je batalkan dan tidak meneruskan prosedur ni. Tapi Lan kena ingat tau, akak dah banyak berkorban untuk Lan.”. Panjang lebar kak Ros membebel. 589Please respect copyright.PENANAs40TH6xqoz
Aku berkata, “Maafkan saya sekali lagi kak Ros. Saya percaya pada akak. Saya tak seharusnya curiga dengan akak. Saya cuma nak minta kepastian agar segala kecelaruan dapat dirungkaikan. Bukan apa, saya nak jadi “Ustazah Rosliza” dengan hati yang tenang tanpa sebarang rasa bersalah dengan suami akak atau sesiapa sahaja. Saya juga tak mahu terbeban dengan sebarang isu atau konflik, jika ada, antara akak dan suami. I just want to be in good terms with everyone.”. “Akak faham dan akak maafkan Lan. Antara akak dan suami, kami tiada sebarang isu atau masalah. But, you’ll definitely have a better relationship with him. Hubungan kami memang rapat, cuma akak mahukan ruang untuk diri akak. Hanya Lan yang boleh berikan ruang itu pada akak. Lan, ada sesetengah perkara kita hanya boleh pendamkan pada diri kita sendiri. Seperti prosedur bertukar badan ni. Akak harap Lan faham ya. In due time, you definitely will understand.”. Aku angguk tanda faham dan terima penjelasan kak Ros seadanya. Aku terasa bersalah pula secara tiba-tiba membangkit perkara yang bukan isu seperti ini, tetapi dalam masa sama, aku berasa lega kerana dapat berbicara dari hati ke hati dengan kak Ros yang sedikit sebanyak berjaya memadamkan kecurigaaanku.589Please respect copyright.PENANAG6rvBG346e
Sambung kak Ros, “tahu tak Lan, tadi akak ada sembang dengan Dr. Hana, katanya ramai tak percaya, malahan kata gimik, oleh orang awam kebanyakan. Malahan ada satu teori konspirasi yang kuat mengatakan makmal XXWXY tempat orang gila untuk dapatkan rawatan psikiatri.”. Aku terlopong dengan kata-kata kak Ros. Aku tak pernah mendengar perkara ini, mungkin aku tidak pernah mengendahkannya. Ada benarnya, sebab tidak jauh dari institusi penyelidikan ini, ada satu hospital bahagia khas untuk pesakit-pesakit psikiatri. Mungkin juga orang awam tersilap dalam membuat andaian ini. 589Please respect copyright.PENANAkoE2qZxJnN
“Lan, sedikit yang percaya itu pula, agak militan. Mereka mahu makmal XXWXY ditutup dan orang-orang yang dikatakan bertukar badan ini pernah maklumat mereka di sebarkan di blog dan muka buku secara terbuka. Mujurlah segala maklumat diturunkan dan ada yang disaman atas dasar fitnah menyebabkan gerakan militan ini lumpuh. Malah kumpulan militan ini juga pernah buat ugutan untuk mengebom makmal XXWXY. Disebabkan itu makmal XXWXY kini bersifat low profile dan hanya orang-orang tertentu sahaja percaya.”, kata kak Ros panjang.
Aku menghela nafasku dan menerima apa kata-katanya. Aku tidak lagi mencurigai kak Ros. Aku yakin kak Ros berniat baik dan tiada malicious intent.
ns 15.158.61.51da2