Menjadi Ustazah Rosliza (9 – Jalan Lenggang Lenggok Mak Datin)
Aku membuka bilik kaunseling dari dalam dan melepaskan selak untuk membuka pintu bilik. Secara berhati-hati, aku menyuakan muka ke luar bilik dan aku pasti hampir tiada staf di sekolah memandangkan waktu sudah agak lewat. Aku keluar dari bilik kaunseling dan diikuti dengan Lan (kak Ros). Lan (kak Ros) kemudiannya mengunci bilik kaunseling dari luar untuk tujuan keselamatan.
Kami melangkah menuju ke kereta Cikgu Roslan tanpa berasa sebarang kerisauan akan identiti baru kami. Namun, aku terasa kekok dan kurang selesa memakai kasut bertumit tinggi. Lan (kak Ros) berjalan agak laju, memandangkan dia berseluar panjang dan kasut kerja lelaki, yang memudahkan pergerakannya.
Menyedari yang aku jauh tertinggal di belakang, Lan (kak Ros) berpatah balik dan berjalan menghampiriku. Lan (kak Ros; meneran) mengarah, “akak, jalan tu jangan kangkang... peha kena kepit dan jalan catwalk. Barulah feminin.”. Aku yang berasa kekok berjalan dengan kasut bertumit tinggi, disuruh Lan (kak Ros) supaya berjalan kepit peha sambil catwalk. Amboi. Bertambah canggunglah rasanya.
Aku cuba melangkah mengepit peha kakiku sambil berjalan catwalk, ternyata punggungku bergoyang terhayun ke kiri dan kanan. Pergerakanku lebih perlahan dan lemah lembut. Terasa macam control ayu. Gerak geri tubuh badanku pula, kelihatan lebih mempersonakan apabila aku berjalan seperti ini. Lan (kak Ros; meneran) mengacauku dengan bernyanyi, “Sopan santun... anak melayu~”.” Lan (kak Ros; meneran) terus mengacauku lagi dengan menyebut, “Feewwiiit. Seksilah Ustazah Rosliza, body solid, jalan lenggang lenggok mak datin.”, sambil tersenyum memperliku.
Aku terasa malu dan merah padam mukaku. Aku terasa cringed atau terkedu dengan cat-calling atau panggilan kucing yang dihamburkan oleh Lan (kak Ros), namun di dalam benak hatiku, aku terasa bangga dengan perhatian yang diberikannya. Best juga rasanya berjalan dengan punggung tertonggek terhuyung hayang ke kiri dan kanan, getus hatiku. Lan (kak Ros) yang telah sampai lebih awal di kereta milik Cikgu Roslan, bersabar menantiku sehinggalah aku tiba.
Lan (kak Ros) menegaskan dia seharusnya memandu kereta tersebut dia adalah “Cikgu Roslan”, pemilik kereta tersebut dan bukannya aku. Menurutnya, aku adalah “Ustazah Rosliza” dan dirinya adalah “Cikgu Roslan”. Oleh itu, aku memberikan kunci kereta kepada Lan (kak Ros). Keretaku ini kini adalah miliknya. Aku okay sahaja, lebih-lebih lagi aku sedang memakai kasut tumit tinggi, menyebabkan sukar untuk aku memandu.
Lan (kak Ros) menekan butang pada penggera kunci kereta dan secara automatik, membuka pintu kereta. Lan (kak Ros) duduk di tempat pemandu dan aku duduk di sebelahnya. Lan (kak Ros) melarang aku menanggalkan kasut tumit tinggi tersebut di dalam kereta. Lainlah, “Cikgu Roslan” yang ketika ini sedang memakai kasut kerja lelaki yang mudah untuknya menekan pedal kereta.
“Lan, nak tanya... kereta kak Ros, ada kat mana ya?”, tanyaku (mengepit). “Kereta tu ada kat rumah kak Ros, kan kak Ros datang sekolah naik Grab pagi tadi”, kata Lan (kak Ros; meneran). “Oh, ya lah. Akak terlupa.”, tanyaku (mengepit) walau pun sebenarnya aku tak tahu sebab aku bukannya “Ustazah Rosliza” ketika datang ke sekolah pagi tadi.
Aku membuka aplikasi Google Maps, yang menunjuk arah ke rumah Lan, agar dapat membantu “Cikgu Roslan” memandu balik pulang ke rumahnya. Aku meletakkan telefon pintarku ke tempat pemegang di atas dashboard agar mudah Lan (kak Ros) melihatnya ketika memandu.
Apabila tiba di pagar sekolah, Lan (kak Ros) melambai-lambai ke arah jaga sekolah, dan jaga sekolah membuka pagar dan melambai balik ke arah kami. Sengaja Lan (kak Ros) dengan suara meneran mengatakan, “Nak hantar Ustazah Rosliza balik.”. Secara teknikalnya, Lan (kak Ros) tidak menipu; tetapi sebenarnya kata-katanya juga tidak tepat. Penuh helah. Jaga sekolah hanya tersenyum dan mengangguk. Aku berasa cemas, dan hanya memandang ke arah bertentangan... tetapi Lan (kak Ros) agak tenang seolah-olah tak ada apa-apa pun perkara yang perlu dirisaukan. Apa-apa pun, kami berjaya bersurai dari sekolah.
Selepas melepasi pagar sekolah, Lan (kak Ros; meneran) berkata, “okay je kan. Tak ada apa-apa pun.”. Beraninya Lan (kak Ros), mujur tak kantoi kataku di dalam hati. Aku punya cemas, hanya Allah yang tahu. Rasa nak pengsan, walau pun aku sedang memakai tudung labuh dan berjubah longgar, serta memakai niqab dan bercermin mata hitam. Tertutup litup sepenuhnya. Segala perkara negatif bermain di dalam kepala otakku.
Seketika kemudian, Lan (kak Ros; meneran) berkata, “kalau kita tak cuba kita tak tahu. Kita sendiri kena yakin dengan identiti baru kita, kak Ros. Syukurlah, tak ada masalah kalau kita yakin dan confident.”. Senang je Lan (kak Ros) cakap, tetapi apa yang dikatakannya dan apa yang telah dilakukannya, ada kebenarannya. Sedikit sebanyak keberanian Lan (kak Ros) menyebabkan aku yakin bahawa dia mampu menjadi diri “Cikgu Roslan” yang sejati. Secara semulajadinya, dia telah pun menunjukkan bukti tersediaannya untuk menggantikan diriku sekiranya aku benar-benar menghilangkan diri ketika ini.
Cabarannya ialah aku. Adakah aku dapat menjadi diri “Ustazah Rosliza” yang sejati?
Lan (kak Ros) memandu kereta secara berhemat dan cermat. Kami tiba ke destinasi, iaitu rumah Cikgu Roslan, dengan selamatnya. Semasa di dalam perjalanan, kami berborak-borak kosong menggunakan nada suara identiti baru kami agar kami terbiasa dengannya.
ns 18.68.41.179da2