Menjadi Ustazah Rosliza (10 – Melaksanakan Tugas Orang Rumah)
Aku membukakan pintu pagar rumah, agar Lan (kak Ros) dapat memparkirkan kereta ke dalam laman rumah. Lan (kak Ros) mengambil kunci rumah dariku dan membukanya. Lan (kak Ros) masuk dahulu sebelum menjemputku masuk dengan berkata (meneran), “kak Ros, selamat datang ke rumah Lan. Jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri.”, seolah-olah menganjingku. Aku hanya tersenyum kelat. Lan (kak Ros) menanggalkan kasut kerja lelaki dan stokinnya, dan aku hanya menanggalkan kasut tumit tinggiku, sebelum memasuki rumah.801Please respect copyright.PENANAKcmLrGw6IC
Setelah aku masuk, Lan (kak Ros) cepat-cepat kunci pintu rumah. Sebenarnya, ini adalah kali pertama aku berkesedudukan dan berkhalwat dengan seseorang yang berlainan jantina dan bukan mahram. Berdebar rasa hati dengan kesalahan ini. Namun, aku dapati Lan (kak Ros) sangat tenang dan relaks. Lan (kak Ros) berlagak seperti dialah big boss di dalam rumah.
Aku bertanya (mengepit), “Lan, boleh tak akak bukak tudung labuh ni? Panaslah.”. Lan (kak Ros, meneran) menjawab, “Lan tak benarkan akak buka tudung. Pakai je. Sabarlah ya, nanti akak tahu sebabnya.”. Aku pasrah dan membiarkan tudung labuhku kekal di kepalaku, walau pun aku berasa kurang selesa. Aku faham, dia sedang menguji kemahuanku untuk menjadi “Ustazah Rosliza” dan aku kena cekal untuk menghadapinya. Aku tidak boleh gagal.
Namun begitu, Lan (kak Ros) membenarkan aku membuka cermin mata dan niqab yang sedangku pakai. Terasa sedikit kelegaan apabila aku melepaskan cermin mata dan niqab pada wajahku. Lan (kak Ros) turut menanggalkan topi cap baseball, cermin mata hitam dan face mask Yang dipakainya. Aku membuka kipas siling agar ruang tetamu berangin dan mengurangkan rasa panas.
Lan (kak Ros, meneran) memanggilku dan berkata, “Kak Ros, biasanya orang perempuan kat rumah ni yang masak, Lan nak suruh kak Ros, selaku orang rumah masak malam ni. Lan lapar.”. Kenyataan ini sebenarnya tidak benar, kerana di dalam rumah sewa Cikgu Roslan, kelazimannya tiada orang perempuan. Hanya seorang lelaki bujang bernama Cikgu Roslan. Aku terima sahaja kata-kata Lan (kak Ros) as it is. Aku berkata (mengepit), “Baik Lan, akak nak gi masak. Lan rehatlah dulu.”.
Aku pun pergi masuk dapur untuk memulakan kerja-kerja memasak, melaksanakan tugas selayaknya sebagai orang rumah, sementara Lan (kak Ros) sibuk menggeledah sana sini. Aku pasti dia akan membongkarkan segala rahsiaku memandangkan segala tempat sedang diselongkarnya. Ah biarkanlah.... apa yang penting, aku harus masak untuk Lan (kak Ros) dan mengisi perut kami yang sudah kosong.
Selesai sahaja memasak, aku memanggil (mengepit) Lan (kak Ros), “Lan jom makan. Makanan dah siap. Sedap kalau makan panas-panas ni.”. Lan (kak Ros, meneran) menjawab, “Kak Ros isi dalam satu pinggan, nanti Lan datang, kita makan sama-sama.”. Aku menyenduk nasi goreng bujang ke dalam satu pinggan, berserta dua telur goreng mata kerbau dan kangkung goreng belacan dan meletakkan di atas meja. Segelas air sejuk turut aku sediakan untuk kami minum dari gelas yang sama. Romantik kan.
Lan (kak Ros) datang dari bilik tidur, dan aku dapati dia sudah pun menyalin pakaian. Kini dia memakai baju melayu berwarna biru muda dan kain pelikat. Tak lupa juga songkok di kepala. Ternyata, dia juga sudah mandi dan membersihkan badannya, tetapi aku berasa tidak selesa dan badanku berlengas memakai pakaian “Ustazah Rosliza” sejak kami bertukar baju petang tadi. Namun, bau perfum yang wangi dan feminin masih kuat berbau di badanku. Aku juga ingin mandi, tetapi Lan (kak Ros) melarangku memandangkan aku akan ambil masa yang lama untuk mencuci solekan pada wajahku, bersiap dan bersolek semula.
Lan (kak Ros) duduk atas lantai secara bersila dan meminta aku duduk di sebelahnya secara bersimpoh. Macam inilah wanita melayu terakhir, katanya sambil ketawa berdekah-dekah. Aku tersenyum sahaja dan melayan kerenahnya. Mungkin ini cara Lan (kak Ros) meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Maklumlah, beliau dilatih untuk menjadi wanita yang sopan santun dari kecil lagi, tetapi jauh di sudut hati, mungkin adanya penentangan dan pemberontakan yang dipendam. Lan (kak Ros) menggunakan ruang dan peluang ini untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Ini hanyalah tekaan aku.
Walau pun aku berasa kekok duduk secara bersimpoh dan rasa kebas, tapi aku cuba juga. Atas arahan Lan (kak Ros), aku menyuapkan makanan ke mulut Lan (kak Ros) dan ke mulutku secara berselang seli, menggunakan tangan. Ada masanya, Lan (kak Ros) sengaja menggigit jariku secara lembut, dan adakalanya mengemamnya. Terasa romantis pula makan berkongsi pinggan, dan menyuapkan pasangan dengan tanganku sendiri. Suapan demi suapan dari tangan kananku, akhirnya kami berjaya menghabiskan makanan mereka. Secara spontan, tanpa kujangka, Lan (kak Ros) mengucup bibirku selepas makanan di pinggan habis bersih licin.
Lan (kak Ros) mengambil gelas air sejuk dan minum beberapa teguk untuk memuaskan dahaganya. Air sejuk tinggal separuh dan Lan (kak Ros) memberikan kepadaku untuk kuhabiskan. Aku meminum air sejuk itu di tempat bekas bibir Lan (kak Ros), menandakan yang aku akan taat dan patuh pada segala arahannya. Lan (kak Ros) perasan akan perkara ini, senyum tanda redha akan perlakuanku.
Lan (kak Ros) memuji (meneran), “terima kasih sayang, sebab masak sedap. Betul kata orang tua-tua, Tambat Hati Suami Melalui MASAKAN, Confirm Si Dia Sayang!”. Aku terperanjat Lan (kak Ros) memanggilku sayang, tetapi aku terima dengan hati terbuka. Apa yang penting, Lan (kak Ros) dan aku bahagia bersama, dan aku mulai mengecapi perasaan kasih sayang yang dizahirkan oleh Lan (kak Ros).
ns 15.158.61.48da2