Menjadi Ustazah Rosliza (3 – Kantoi dengan Kak Ros)
Pada suatu hari, di sebalik semua senyuman kak Ros dan tingkah laku lembut, aku sedari bahawa matanya merah dan sedikit bengkak. Ini adalah sesuatu yang agak pelik dan janggal. Mungkin ada sesuatu dalam matanya, aku fikir, mungkin debu, atau mungkin kak Ros tidak cukup tidur. Begitu pun, bagiku kak Ros tetap menjadi wanita yang menakjubkan pada pandangan mataku, menyebabkan aku sentiasa mengambil peduli tentang kesejahteraan dirinya. Aku tidak mempunyai sebab untuk berfikir tentang perkara bukan-bukan lain tentang dirinya yang mungkin telah menyebabkan matanya menjadi merah dan bengkak. Keadaan wajahnya ini berlarutan selama kira-kira seminggu, dia juga mula nampak sedikit berlainan dari sifat kebiasaannya, jadi pada suatu pagi aku bertanya kepadanya jika apa-apa yang salah. Aku mengajaknya agar bertemu berdua-duaan dan bertentang empat mata di bilik kaunseling, di mana keadaan lebih privasi dan rahsia, jika kak Ros sudi. Walau pun pada permulaannya kak Ros menolak dengan mengatakan tiada apa-apa, akhirnya dia mengalah dan bersedia untuk meluahkan apa yang tersemat di dalam hatinya.
Kebetulan, waktu sekolah telah pun tamat, lebih-lebih lagi hari Khamis di masa esoknya cuti hujung minggu. Kebanyakan staf sekolah telah pun pulang. Untuk keselamatan, aku mengunci bilik kaunseling dari dalam dan meletakkan selak agar pintu bilik tidak dapat dibuka dari luar. Memandangkan kak Ros mempercayai aku, dia membiarkan sahaja tindakan aku. Kami duduk di kerusi pada meja ruang tamu bilik kaunseling. Aku dapati kak Ros tiba-tiba sahaja menangis dan berteriak di hadapanku. Walau pun dia bukan muhrim, tetapi aku cuba mententeramkannya dengan memeluknya agar dapat meredakan perasaan hatinya. Ternyata tindakan aku berjaya, walau pun ianya salah dari segi hukum agama, kak Ros yang sebentar tadi berteriak, kini nadanya berkurangan menjadi teresak-esak, dan kemudiannya tangisan kak Ros terhenti diam tak berkata.
“Lan, akak dah lama memendam perasaan”, kata kak Ros sambil mengesat air matanya. Sambungnya lagi, “entah bagaimana, perasaan yang dah lama akak pendamkan ini, kembali selepas kehadiran awak di sekolah ini, sejak hari pertama”. Eh salah aku pula, getus hatiku.
“Apa salah saya kak Ros?”, tanyaku. “Bukan salah Lan, mungkin ini adalah takdir yang harus akak lalui”, katanya lagi. Untuk beberapa ketika, kami terdiam.
Kak Ros bersuara, “Lan perasan tak yang muka dan lenggok badan kita agak serupa? Ramai guru-guru senior semua tegur dan tanya yang Lan ni adik akak ke?”. “Ya lah akak, raut wajah akak dan tubuh akak, agak sama dengan saya... Cuma akak perempuan, saya lelaki”, kataku. “Oh begitu ya, Lan?”, kata kak Ros. Sambung kak Ros, “macam mana ya agak-agaknya kalau Lan ni perempuan ya?”. “Eh ke situ pulak kak Ros. Takkan kak Ros nak saya pakai tudung? Merepeklah kak Ros ni.”, kataku dengan nada yang agak panik. Aku mula berasa takut, andai “hobiku” berpakaian silang akan terbongkar oleh kak Ros. Aku cuba menafikan akan rahsiaku, tetapi dalam masa yang sama, aku teruja sekiranya kak Ros tahu dan terima akan kegiatan aktiviti sampinganku, yang juga adalah sisi gelapku.
“Lan percaya pada akak kan? Lan jangan risau, rahsia Lan akak simpan baik-baik.”, kata kak Ros. “Baiklah. Kak Ros nak saya buat apa?”, kataku. Pertahananku semakin lemah dan timbul perasaan ingin tahu, apa yang akan kak Ros lakukan. “Lan ni comel, selalu clean shave, muka licin tanpa misai atau janggut. Lan tahu tak, ada gosip yang mengatakan Lan ni gay? Akak rasakan, Lan bukan gay, tapi akak rasa Lan ni crossdresser. Akak rasa Lan suka perempuan, tapi Lan nak jadi perempuan. Lan suka pakaian perempuan. Itulah naluri kuat akak kata Lan.”, kata kak Ros secara panjang lebar.
Aku terkejut dan ternganga dengan kenyataan separa benar itu. Memang benar, aku bukannya seorang gay, tapi macam mana kak Ros boleh mengetahui “hobi” aku ni?
“Akak, saya bukan gay dan saya suka perempuan!”, kataku dengan tegas sekaligus membenarkan kata-kata kak Ros. Kak Ros mencelah, “tapi betul kan yang Lan crossdresser?”. Aku tersipu malu, alah-alah kucing, sambil mengangguk mengiyakan soalan kak Ros. Kak Ros dengan senyum lebarnya, “Betullah ni Lan crossdresser, dari gerak dan lenggok badan Lan pun tak dapat menafikan perkara ini”. Sesungguhnya, aku pasrah padamu, wahai Tuhanku Allah, getus hatiku. Sambung kak Ros, “Akak teka je... naluri akak selalu betul. Akak kan guru kaunseling, dah banyak akak baca dan pengalaman yang akak lalui. Akak perasan yang Lan selalu pandang dan perhatikan akak, cuma akak selama ni buat-buat tak tahu jer... Lan minat akak kan?”.
Muka aku merah padam mendengar penjelasan kak Ros. Aku mengangguk malu, menyatakan pengamatan dan pola pemikirannya benar dan teratur.
“Lan tahu kan yang akak dah kahwin? Anak pun dua orang lelaki, si sulung 10 tahun dan si bongsu 8 tahun?”, kata kak Ros. Aku membalasnya, “Ya, Lan tahu”. “Jadinya, akak fikir, mustahil Lan nak tackle akak. Takkanlah Lan nak rampas akak dari suami akak”, kata kak Ros. “Betul tu akak, bukan sahaja saya tak mampu nak rampas akak dari suami dan anak-anak akak, tetapi saya juga rasa saya juga tidak mahu sekadar menjadi kekasih gelap akak. Daya pemikiran akak memang tajam, macam Sherlock Holmes.”, kataku mengakui kehebatan deduksi kak Ros.
“Lan, boleh tak akak nak tengok gambar dalam handphone Lan? Naluri akak rasa sesuatu. Betul tak tekaan akak?”, katanya memujuk. Memandangkan rahsiaku sudah terlanjur jauh di dalam genggaman kak Ros, aku menunjukkan semua gambar dan video aktiviti berpakaian silangku pada hujung minggu lepas yang berada di dalam telefon pintarku. Mata kak Ros besar membulat setiap kali melihat gambar-gambar dan video-video yang aku persembahkan. Antara rasa tak percaya dan ingin tahu lebih lanjut. Rasa malu bercampur sedikit bangga terbit dari hatiku. Kak Ros kelihatan agak berpuas hati kerana tekaan dan deduksinya tentang diriku tepat.
“Hmmm... jadinya... kamu Lan, sebenarnya nak jadi akak kan?”, kata kak Ros dengan deduksi lanjutannya. “Tepat sekali kak. Saya sebenarnya nak jadi akak. Dapat jadi pendua akak pun okaylah.”, kataku spontan. Pendua atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai doppelganger. Aku sebenarnya sangat terkejut dengan deduksi kak Ros. “Akak dah agak dah”, kata kak Ros. Tambah kak Ros, “Cara kamu berpakaian tu macam nak tiru cara akak je. Akak ni ustazah, kenalah pakai macam tu. Takkanlah akak nak pakai kebaya pendek atau dress singkat atas lutus kot?”. “Lah.. kalau akak pakai kebaya sendat, saya pun nak bogelkan akak dan pakai kebaya tu”, kataku menyakat kak Ros. Senyuman kak Ros bertambah lebar dan wajahnya berseri-seri. Aku ingatkan dia akan marahku, tetapi nampaknya dia lebih gembira dan berbahagia setelah terbongkarkannya rahsiaku, iaitu keinginanku untuk menjadi dirinya.
“Jadinya, Lan sanggup ke Lan gantikan akak sebagai “Ustazah Rosliza”, kalau tiba-tiba akak hilangkan diri dari sini?”, soalnya kepadaku seperti satu bom jangka yang meletup di depanku. Jantungku rasa berdebar-debar, soalan kak Ros itu merupakan satu perkara yang benar-benar aku mahukan. Tiada jawapan lain, aku menjawab, “ya kak, saya sanggup gantikan akak menjadi “Ustazah Rosliza” ”.1476Please respect copyright.PENANA5R0Z5ID0PK
Kak Ros masih tersenyum lebar dengan wajahnya berseri-seri, merenung tepat pada mataku. “Terima kasih Lan. Akak rasa happy sangat dengan jawapan jujur Lan. Alhamdulillah, syukur akak ditakdirkan bertemu Lan”, kata kak Ros. “Nanti akak fikirkan sesuatu. Janji Lan bagi kerjasama dan ikut je apa yang akak suruh”, tambah kak Ros. “Huhu~ baik kak, tapikan kak Ros, kenapa kak Ros tadi menangis dan berteriak?”, tanyaku. “Akak rasa terbeban dengan kehidupan akak, Lan. Nanti akak ceritakan semuanya bila tiba masanya. Akak janji.”, kata kak Ros seolah-olah ingin menamatkan awal sebab dia menangis tadi. Sambung kak Ros,”Oh ya... Lan nak jadi akak kan? Apa kata Lan pakai telekung akak ni?”. “Baik kak”, kataku berbelah bahagi dalam keadaan rasa terpaksa dan rela hati.
Aku memakai telekung (tanpa kain telekung) kak Ros. Kak Ros suruh aku berdiri di depan salah satu dinding bilik kaunseling. Kak Ros mengambil gambarku bertelekung. Kak Ros juga mengambil beberapa gambar kami bersama secara selfie. Ternyata, apabila aku memakai telekung, wajahku seiras dengan wajah kak Ros, seolah-olah kami adalah kembar seiras.
“Lan jangan bimbang tau... rahsia Lan sebagai crossdresser ni, akak sorang je tahu.”, katanya. Mengenali kak Ros, aku yakin dia tak akan membongkarkan rahsiaku. “Kak Ros, boleh tak kak Ros kongsikan gambar-gambar tadi?”, tanyaku kepada kak Ros sambil membuka telekung. “Nantilah Lan... nanti bila Lan habis praktikum, akak kongsikan gambar ni ya”, kata kak Ros. Aku pasrah, tetapi menerima keputusan kak Ros. “Sekurang-kurangnya, Lan mesti nak jumpa akak untuk tuntut gambar-gambar ni kan? Tak adalah Lan tetiba je hilang bila habis praktikum.”, kata kak Ros. Ternyata kak Ros sememangnya nak aku terikat dengan “janji” ini. “Jomlah Lan, kita balik dulu, nanti esok-esok kita sembang lagi. Akak yakin Lan boleh bantu selesaikan masalah akak.”, kata kak Ros. Kak Ros mengunci bilik kaunseling dan kami bersurai ke rumah masing-masing.
Dalam perjalanan pulang, aku berfikir... apa perkara yang sebenarnya masalah kak Ros? Dan apa yang boleh kutolong kak Ros? Mungkin kak Ros, sebagai orang lama ada caranya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalahnya yang entah apa. Hmmm.
ns 15.158.61.20da2