Menjadi Ustazah Rosliza (1 – Permulaan Kisah)
Ini hanyalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau meninggal dunia.
Namaku Roslan. Aku berumur 24 tahun. Aku berketinggian 165 cm dan berat 72 kg. Masih bujang dan belum berpunya. Aku boleh dikatakan kacak (ini diakui oleh rakan-rakan perempuan sekelas aku) dan mampu memikat mana-mana perempuan yang setara dan sebanding dengan diriku, tetapi memandang aku masih mahu menerokai dunia luas ini… perkahwinan adalah sesuatu yang boleh tunggu dan ditangguhkan terlebih dahulu.
Alhamdulillah, aku baru bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Syukur kepada ilahi, aku telah melepasi temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan diberi peluang untuk berpraktikum di sebuah sekolah di pantai timur selama empat bulan.
*****
Pada hari pertama bertugas, aku telah bertemu dengan pengetua. Pengetua memperkenalkan aku dengan semua guru-guru dan staf-staf lain. Segala-galanya berjalan lancar dan permulaan yang baik. Aku dapati suasana kerja yang harmoni dan hubungan yang baik antara staf.
Memandangkan aku adalah seorang guru pelatih muda, selain dari mata pelajaran sains, tuan pengetua mahu aku menjadi guru kaunseling. Ketua unit bimbingan & kaunseling untuk sekolah ini adalah Ustazah Rosliza. Tuan pengetua menyerahkanku kepada Ustazah Rosliza untuk membantu menguruskan unit bimbingan & kaunseling sekolah bersama guru-guru lain.
Dalam sesi perkenalan, Ustazah Rosliza meminta agar aku relaks sahaja. Ustazah Rosliza memintaku memanggilnya dengan nama “Kak Ros”, dan hanya memanggil diriku sebagai “Lan”. Aku mengiyakan sahaja. Apa yang menariknya, kak Ros memiliki wajah yang seiras-iras aku… bolehlah dikatakan kak Ros ialah aku versi perempuan, walau pun umur kak Ros yang jauh lebih matang. Kak Ros berkulit cerah, dan selalunya akan memakai gincu berwarna merah menyala yang dilapisi lip tint pink gloss sesuai dengan tona kulitnya.
Berbalik pada kak Ros, dia berumur 34 tahun, berketinggian 165 cm sama sepertiku dan beratnya aku agak dalam 70-75 kg; namun, walau pun bergelar ustazah, kak Ros suka memakai tumit tinggi berukuran 2-3 inci yang menyebabkan punggungnya sedikit tertonggek. Dia juga kelihatan lebih tinggi dari diriku, bila memakai kasut bertumit tinggi. Bila berkaki ayam, aras mataku sama dengan aras matanya, yang mengesahkan lagi ketinggiannya sama denganku. Seperti kebanyakan ustazah, kak Ros sememangnya memakai tudung labuh, memakai baju kurung atau jubah longgar, dan juga stokin tangan dan stokin kaki. Walau pun begitu, kak Ros pandai bergaya. Pakaiannya sentiasa kemas dan penampilannya menarik. Ada ketikanya, bila angin tiup sepoi-sepoi, atau ketika kak Ros berpeluh, bentuk badan beliau terkelihatan, dan lintasan liar muncul di dalam fikiranku membayangkan bentuk badan kak Ros yang menggiurkan dan payudaranya yang ranum. Satu lagi perkara yang aku perhatikan, kak Ros memakai niqab ketika hendak keluar dari laman sekolah dah menanggalkan niqab semasa memasuki laman sekolah.2249Please respect copyright.PENANAfXvu9qZr1l
Sebagai seorang guru agama yang juga guru kaunseling, Kak Ros melayan semua dengan layanan mesra dan sopan santun, tutur katanya yang tersusun indah dan lemah lembut, menyenangkan hati semua orang, hatta tukang kebun, tukang cuci dan juga jaga sekolah. Perawakannya yang begitu manis dan sentiasa ceria, menyebabkan kami semua tidak boleh mengelak daripada sekurang-kurangnya terpesona dan teruja oleh keperibadiannya, dan yang betul-betul apa yang berlaku kepada diriku: terterbitnya cinta pandangan pertama dalam hatiku, tetapi jenis cinta platonik, tidak lebih seperti kasih sayang seorang adik kepada kakaknya.
Namun, aku tidak mahu sekadar menjadi kekasihnya (itu tidak mungkin, kerana tidak lama selepas berkenalan dengan kak Ros, aku diberitahu bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki dan menjadi seorang ibu yang penyayang kepada dua orang anak). Jadinya, aku mahu menjadi dia seutuhnya, melakukan apa yang dia lakukan dan menjalani kehidupan kak Ros secara umum: ini adalah fantasi utamaku ketika aku bersendirian. Setiap kali aku mempunyai peluang untuk bertemu atau berinteraksi dengan kak Ros, aku pasti meneliti dan menelaah di bawah setiap sudut pandangan (gerak dan lenggok badan, suara, pakaian, dan lain-lain..) supaya dapat menghasilkan semula apa yang aku teliti semasa aku bersendirian di rumah dan berusaha menjadi sebanyak mungkin kembar kak Ros yang sempurna. Aku berfantasi menjadi Ustazah Rosliza.2249Please respect copyright.PENANA2nBV1z4KQQ