Menjadi Ustazah Rosliza (8 – Identiti Baru Kami)
“Seterusnya, langkah kelima, ialah berkenaan identiti. Selagi Lan berpenampilan sebagai “Ustazah Rosliza”, Lan kena jadi akak, dan selagi akak berpenampilan sebagai “Cikgu Roslan” akak akan jadi Lan, okay. Nanti bila dah balik ke diri yang asal, kita akan kembali pakai identiti asal.”, kata kak Ros. Aku cuba memikirkan kata-kata kak Ros dan akhirnya aku mengangguk faham dan terimanya sebagai suatu arahan. “Lan amik identiti kak Ros, dan kak Ros amik identiti Lan. Kita dah kena biasakan perkara ini jika kita nak jadi diri masing-masing.”, kata Lan (kak Ros). “Jadinya sekarang ni, Lan jadi kak Ros la ya?”, tanyaku. “Betul kak Ros”, kata Lan (kak Ros). “Baiklah. Kak Ros cuba ya”, kataku. Lan (kak Ros) menegaskan yang dirinya kini “Cikgu Roslan”, dan aku adalah “Ustazah Rosliza”.
Lan (kak Ros) membuka rantai emas pemberian suami Ustazah Rosliza yang berada di lehernya dan memakaikannya di leherku. Lan (kak Ros) turut melorot keluar dan mencabut cincin tunang, cincin merisik dan cincin nikah milik Ustazah Rosliza dari jari-jarinya, dan turut menyarungkan cincin merisik dan cincin nikah di jari manis kananku dan cincin nikah di jari manis kiriku. Mujur cincin-cincin ini muat dijari-jari manis kedua-dua belah tanganku. Katanya, sekarang aku adalah hak milik suami Ustazah Rosliza dan dirinya adalah si anak teruna yang bujang dan bebas tanpa sebarang ikatan. Aku senyum simpul. Lan (kak Ros) menyuruh aku menjaga rantai emas dan cincin-cincin ini sebaik-baiknya selagi mana aku memegang watak dan keperibadian sebagai “Ustazah Rosliza”. Aku terima dan berusaha sebaik mungkin menjaga amanah ini. Selain itu, sebagai “Ustazah Rosliza” aku diberikan beg tangan yang mengandungi kad pengenalan dan barang-barang peribadinya, dan “Cikgu Roslan” mengambil dompet lelaki yang mengandungi kad pengenalan dan barang-barang peribadiku.
“Kak Ros, kita kena cuba ubah suara kita. Cuba kak Ros kepit suara kak Ros supaya sama dan sepadan dengan diri kak Ros yang sebenar.”, kata Lan (kak Ros). Aku cuba mengepit suaranya, namun suaranya seperti kartun kerana nada tinggi. Dalam masa sama, Lan (kak Ros) cuba meneran suaranya supaya lebih garau, namun suara Lan (kak Ros) yang serak-serak garau seperti diriku sebelum baligh.
“Tak pe lah kak Ros, benda ni perlu latihan. Kita sama-sama berlatih secara konsisten dan berterusan.”, kata Lan (kak Ros) dalam suara Lan yang meneran. “Baiklah kak Ros akan berlatih lagi dan juga menonton tutorial kepitan suara untuk tambah kemahiran supaya suara akak sepadan dengan jati diri akak.”, kataku dengan mengepit suaraku.
“Langkah terakhir, langkah keenam, jom akak, kita pergi balik rumah Lan”, kata Lan (kak Ros; meneran). “Eh akak kan bini orang? Takkan akak nak gi rumah bujang Lan, berdua-duaan, bersekedudukan dengan bukan mahram?”, tanyaku (mengepit) sambil memainkan perananku sebagai seorang isteri yang setia. “Ini arahan. Akak ikut sahaja ya, tanpa bantahan atau banyak soalan.”, kata Lan (kak Ros; meneran) dengan tegas. Sambung Lan (kak Ros; meneran), “kalau kak Ros tak bersedia, saya tinggalkan kak Ros macam ni... dalam kak Ros tengah CD kat tepi jalan. Apa yang kak Ros nak buat?” sambil mencekak pinggangnya dan menaikkan kening matanya. “Baik Lan, tapi hati-hati ya.”, kataku (mengepit) dengan nada rasa tergugat. Aku berasa takut jika Lan (kak Ros) tinggalkan aku yang sedang berpakaian silang di tepi jalan. Apa yang aku boleh buat? Naya.
Sambungku (mengepit), “Eh, tapi bukan hujung minggu ke Lan?”. Aku mencari sedikit ruang untuk bernafas, kerana rancangan Lan (kak Ros) yang datang mengejut secara tiba-tiba. “Change of plan kak Ros. Instead of hujung minggu, kita mulakan aktiviti CD kita ni malam ini di rumah Lan”, kata Lan (kak Ros; meneran). “Tapi Lan, akak takutlah nak keluar macam ni.”, kataku (mengepit). “Jangan risau, akak ikut je Lan. Akak diam je kalau jumpa sesiapa, biar Lan yang cakap,” kata Lan (kak Ros; meneran) memberikanku sedikit kelegaan. “Baiklah, akak diam dan ikut apa sahaja yang Lan suruh akak buat.”, kataku (mengepit).
Lan (kak Ros) memberikan sehelai niqab dan cermin mata hitam kepadaku untuk aku memakainya. Aku memakainya niqab dan cermin mata hitam yang diberikan dengan sempurna. Lan (kak Ros) sendiri memakai topi cap baseball, cermin mata hitam dan face mask. Dari luaran, orang melihat penampilan diriku sebagai “Ustazah Rosliza” dan penampilan kak Ros sebagai “Cikgu Roslan”. Tidak timbul sebarang kecurigaan atau syak wasangka pada sesiapa pun berkenaan identiti baru kami.778Please respect copyright.PENANA26kAOB2MxF