Menjadi Ustazah Rosliza (16 – Tindakan untuk Merealisasikan Impian)584Please respect copyright.PENANAN8MuJCQGSW
Aku memakai t-shirt, seluar dalam dan seluar panjang. Aku masih memakai rantai emas dan cincin-cincin milik Ustazah Rosliza. Kak Ros pula memakai, jubah longgar dan tudung labuh terpakai yang aku beli dari Carousell. Kak Ros seolah-olah tidak kisah terdapatnya tompok besar pada jubahku yang sedang dia pakai, so aku buat tak tahu. Untuk keluar rumah, aku terpaksa memakai kasut kerjaku, memandangkan kak Ros bertegas untuk memakai seliparku. Sengaja dia tinggalkan kasut tumit tingginya di rumahku.584Please respect copyright.PENANAlV3XqZgqfg
Alamat institusi penyelidikan tidak jauh dari rumahku. Kira-kira 30-40 minit perjalanan dengan kereta. Aku memandu keretaku sambil ditemani kak Ros. Semasa dalam perjalanan, aku bertanya kepada kak Ros, tak mahukah kita bertukar identiti? Kak Ros kata boleh kalau nak, kita berhenti tepi jalan dan tukar identiti. Katanya lagi, tetapi kalau nak ubah aku menjadi “Ustazah Rosliza” perlukan masa dan usaha. Untuk dirinya sendiri, kejap sahaja kak Ros boleh transformasi menjadi “Cikgu Roslan”. Sambung kak Ros, waktu kita tukar identiti, kita terus balik ke rumah Lan tanpa singgah ke mana-mana. Kita juga tidak terserempak dengan sesiapa yang dikenali. Kak Ros yakin boleh menjadi diriku, tetapi sebenarnya aku yang belum yakin untuk keluar tampil sebagai “Ustazah Rosliza” sesungguhnya. Aku terfikir ya tak ya juga, dan mengabai idea pertukaran identiti untuk kali ini.584Please respect copyright.PENANAfNbBhxMOwb
Masa berlalu, pelbagai perkara remeh kami borak bersulam dengan gurau senda sehinggalah kami tiba di institusi penyelidikan yang dimaksudkan. Di situ, kak Ros mengatakan yang kita perlu pergi ke makmal XXWXY yang terletak di tempat paling hujung, agak tersembunyi dan terpisah dari bangunan utama. 584Please respect copyright.PENANArkUP0mb0qj
Setibanya di makmal XXWXY, kami masuk dan bertemu dengan seorang staf makmal berkenaan, yang merupakan penyelidik di situ. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Hana, seorang pakar perubatan ob-gyn (obstetrician-gynecologist). Kak Ros memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Rosliza dan aku perkenalkan diriku sebagai Cikgu Roslan. Dr. Hana tersengih melihat aku memakai rantai emas di leherku dan cincin-cincin wanita di jari jemariku. Namun, dia bersifat profesional dan tidak bertanyakan atau memperli aku berkenaan aksesori yang sedang kupakai.584Please respect copyright.PENANAMRkWSlOsyK
Dr. Hana menjelaskan bahawa, tidak ramai orang yang tahu berkenaan dengan prosedur pertukaran tubuh, kerana ianya agak kontroversi dan bersifat eksperimental. Kontroversi kerana ramai tidak bersetuju dengan falsafah di sebalik pertukaran tubuh ini. Eksperimental kerana tidak semua orang boleh melalui prosedur pertukaran tubuh ini dengan jayanya. Ada mengalami komplikasi sementara, jangka masa panjang dan kekal sepanjang hayat. Terdapat beberapa ujian dan proses dokumentasi yang perlu dilaksanakan. Selain itu, sejarah jenayah turut perlu disiasat. Sekiranya semua senarai semak lulus, kami boleh teruskan prosedur tersebut. Data hasil output prosedur pertukaran tubuh kami juga akan menjadi milik penuh institusi penyelidikan ini.584Please respect copyright.PENANAgkxSsdFlXq
Dr. Hana juga menceritakan satu kes, kes yang kami bangkitkan bagaimana Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana secara fizikal, mental dan emosi mereka sememangnya sesuai dan sepadan untuk prosedur pertukaran tubuh. Mereka lebih gembira dan bahagia selepas pertukaran tubuh, dan itulah wawasan kami... menyesuaikan identiti jantina dengan orientasi seks dua individu berlainan jantina yang bercelaru. Malahan, yang lebih baiknya tiada sebarang komplikasi. Pertukaran tubuh mereka ke tubuh baru adalah bertepatan dengan jati diri mereka sesungguhnya. Seolah-olah mereka sememangnya dilahirkan ke dalam tubuh baru.584Please respect copyright.PENANA60XaLN23xb
Aku dah kak Ros mendengarnya dengan khusyuk, segala penerangan Dr. Hana. Kami berpuas hati, dan bertambah semangat untuk memulakan prosedur pertukaran tubuh secepat mungkin.584Please respect copyright.PENANAthStvNquPA
Kak Ros bertanya, “Bagaimana caranya saya dan Cikgu Roslan boleh memulakan prosedur pertukaran tubuh?”. Dr. Hana berkata, “sebelum menguji kamu, saya perlukan salinan kad pengenalan untuk pengesahan identiti. Kamu juga perlu mengisi borang persetujuan (consent form) dan juga borang ganti rugi (indemnity form) dengan klausa pelepasan (release clause) sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di luar kawalan kami. Jika kemalangan berlaku di dalam kawalan kami, kami cuma mampu memberikan ganti rugi RM 10,000 maksimum kepada anda atau waris anda. Selain itu, kami juga perlukan deposit RM1,000 sebagai satu bentuk komitmen dari kamu berdua. Ianya tidak akan dipulangkan.” Kak Ros mencelah, “Jadi, ringkasannya 1. Urusan rasmi seperti dokumen dan borang, 2. Bayaran prosedur, 3. Ujian kesesuaian dan kesepadanan dan 4. Sejarah jenayah sifar. Betulkan Dr. Hana?”. “Ya, tepat sekali jawapan ustazah.”, jawab Dr. Hana. 584Please respect copyright.PENANAMpKpxOntni
Aku berasa sangat teruja dengan penerangan Dr. Hana dan juga ketajaman akal Kak Ros berkenaan dengan prosedur pertukaran tubuh. Aku yakin dengan semangat membuak-buak untuk aku memulakan prosedur pertukaran tubuh secepat mungkin. Aku percaya ini adalah suatu tindakan untuk merealisasikan impian kami.584Please respect copyright.PENANAhOY1a2yeYu