Menjadi Ustazah Rosliza (17 – Ujian)
Dalam keterujaan aku, tanpa disangka, kak Ros memulakan inisiatif. Kak Ros bertanya, “Boleh kami jalani prosedur pertukaran tubuh sekarang?”. Dr. Hana mendapati kami tidak senang duduk dan tak sabar untuk memulakan prosedur pertukaran badan secepat mungkin. “Saya tengok macam mana prosedur ini boleh dipercepatkan ya Ustazah. Boleh bagi saya kad pengenalan kamu berdua?”, minta Dr. Hana. Kami menyerahkan kad pengenalan kami untuk pengesahan identiti. Dr. Hana menggunakan mesin pengimbas untuk mengimbas salinan digital kad pengenalan kami ke dalam komputer. Sengaja Dr. Hana memberikanku kad pengenalan “Ustazah Rosliza” dan kak Ros diberikan kad pengenalan “Cikgu Roslan”. Kak Ros terus memasukkan kak pengenalanku ke dalam beg tangannya. Aku terpinga-pinga ingin memulangkan kad pengenalan “Ustazah Rosliza” kepada kak Ros, tetapi kak Ros sengaja buat tak tahu. Akhirnya aku menyimpan kad pengenalan “Ustazah Rosliza” ke dalam dompetku.
Dr. Hana bertanya, apa hubungan Cikgu Roslan dengan Ustazah Rosliza. Kak Ros terus berkata dengan lancang dan tanpa tapis, “Cikgu Roslan ni skandal saya”. Aku pula menunjukkan rantai emas dan cincin-cincin yang kupakai adalah miliknya. Dr. Hana bertanya, “takkan saya nak taip status korang berdua sebagai skandal? Saya letak sini sebagai rakan sekerja ya.”. Kami berdua mengangguk setuju.
Dr. Hana memberikan borang pesetujuan dan juga borang ganti rugi untuk kami isi. Kami mengisi kedua-dua borang tersebut dengan cermat dan tepat. Pada maklumat waris, aku meletakkan nama Ustazah Rosliza, dan kak Ros meletakkan nama suaminya. Kak Ros menyuruhku membayar deposit RM1,000. Sedikit kesal, sebab aku harap kak Ros faham berkenaan situasi kewanganku sebagai guru pelatih. Aku cuba bertabah. Aku tidak membawa duit tunai, mujurlah transaksi melalui perbankan atas talian dibenarkan. Setelah membayarnya dan memajukan resit pembayaran, Dr. Hana mengesahkan bayaran telah pun diterima. Lari bajetku bulan ini. 522Please respect copyright.PENANAEu3eWAgOb4
Dr. Hana membaca dan memberi salinan penafian (disclaimer), “saya perlu ingatkan risiko kemalangan dan musibah boleh berlaku semasa dan selepas prosedur pertukaran tubuh tetap ada. Juga, prosedur pertukaran tubuh adalah satu hala, dan kamu tidak boleh lagi kembali kepada diri kamu yang asal. Secara teknikalnya, teknologi ini hanya membenarkan pertukaran satu hala dan pertukaran berlainan jantina sahaja.”.
“Seterusnya, perkara 3: Ujian kesesuaian dan kesepadanan.”, Dr. Hana. Kak Ros menyampuk, “Doktor, boleh ke semua ujian selesai cepat dan saya terus bertukar tubuh dengan Cikgu Roslan hari ini?”. Entah... apasal aku rasa kak Ros seperti terdesak. Seolah-olah ada perkara tak kena, getus hatiku. Timbul rasa curiga dengan desakan kak Ros. Dr. Hana cuma tersenyum dan tidak memberikan apa-apa jawapan. Sebaliknya, Dr. Hana meneruskan taklimat beliau, “ada 1. Ujian darah, 2. Ujian Fizikal, dan 3. Ujian mental, emosi dan identiti.”.
Dr. Hana mengambil darah kami dan memasukkan ke dalam tabung uji yang berbeza. Kemudian, tabung uji ini dimasukkan ke dalam mesin khas untuk menganalisis kesesuaian dan kesepadanan kami. Dr. Hana mengatakan mesin khas ini akan mengambil masa beberapa jam, oleh itu Dr. Hana, mengarahkan pembantunya seorang jururawat bernama Misi Anis untuk meneruskan ujian-ujian lain sementara menunggu keputusan ujian darah ini.
Untuk ujian fizikal, pemeriksaan kesihatan am dijalankan ke atas kami. Ujian tekanan darah, ujian jantung, ujian kencing manis, ujian paru-paru dan beberapa lagi ujian yang kebiasaannya boleh dibuat di klinik. Dr. Hana dan Misi Anis turut memastikan yang kami tidak mempunyai sejarah alahan yang teruk, penyakit keturunan atau pernah dimasukkan ke hospital untuk penyakit berat. Segalanya nampak cantik, dan aku perhatikan Dr. Hana menandakan tanda betul pada kekotak “Ujian Fizikal” dalam senarai semak prosedur pertukaran tubuh.
Seterusnya, ujian mental, emosi dan identiti. Dr. Hana ingin memastikan bahawa aku benar-benar boleh menjadi dan mahu menjadi “Ustazah Rosliza” dengan kerelaan hatiku, dan juga kak Ros menjadi diriku dengan kerelaan hatinya. Kak Ros menunjukkan rakaman pengakuanku yang ingin menjadi dirinya dengan ikhlas, dan beberapa kegiatan CD kami kepada Dr. Hana dan Misi Anis. Kak Ros berkata padaku, “Inilah sebab kak Ros ambil gambar dan video. Sebab Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana ada bagitahu akak secara terperinci yang bukti aktiviti berpakaian silang kami akan membantu mempercepatkan ujian kesesuaian dan kesepadanan kami. Itu yang akak ambil.”.
Sekarang aku faham akan tindakan kak Ros sebelum ini. Kak Ros turut merakam aksi seks kami dan “upacara pecah daraku” kepada Dr. Hana dan Misi Anis. Kak Ros dan aku berasa sangat malu. Aku perhatikan yang Dr. Hana dan Misi Anis berpuas hati dengan penerangan kak Ros. Kami perhatikan yang Dr. Hana menandakan tanda betul pada kekotak “Ujian Mental, Emosi dan Identiti” dalam senarai semak prosedur pertukaran tubuh, bermakna kami telah pun berjaya melepasi ujian ini.
“Tit... tit... trit...”, bunyi pencetak komputer. Dr. Hana mencetak sejarah jenayah kami yang baru sahaja diterima dari sebuah syarikat penyiasat persendirian. Aku bersyukur yang kak Ros tidak memiliki apa-apa sejarah jenayah dan kak Ros turut berasa lega yang aku turut tidak pernah melakukan apa-apa kes jenayah. Dr. Hana menandakan tanda betul pada kekotak “Sejarah Jenayah Sifar” dalam senarai semak prosedur pertukaran tubuh.
“Setakat ini nampaknya kesemua menepati setiap kekotak senarai semak...”, kata Dr. Hana. Sambungnya lagi, “... kecuali Ujian Darah yang akan mengambil masa dua-tiga jam lagi. Jadi kamu buatlah apa-apa kamu nak buat. Kamu boleh juga menggunakan bilik tamu sementara menunggu keputusan ujian darah”.
Aku dan kak Ros duduk di ruang tamu makmal XXWXY sementara menunggu keputusan ujian darah, dan seterusnya mendapatkan keputusan sama ada kami layak untuk melakukan prosedur pertukaran tubuh atau tidak.
ns 15.158.61.20da2