Menjadi Ustazah Rosliza (15 – Sinar Harapan Baru)
“Memandangkan Lan percaya dan yakin pada akak, dan akak juga percaya dan yakin pada Lan, akak nak bagitahu Lan satu rahsia.”, kata kak Ros. Apa? Rahsia? Banyak betul rahsia kak Ros ni, getus hatiku.540Please respect copyright.PENANAgvnqSfNpn7
“Lan kenalkan Cikgu Suhaimi yang ajar pendidikan jasmani dan Teacher Lyana yang ajar bahasa Inggeris?”, kata kak Ros. “A’ah, Lan kenal, tetapi apa kaitan mereka dengan kita?”, tanyaku balik. “Akak sebagai guru kaunseling, sebenarnya ada memegang rahsia mereka. Sebenarnya Cikgu Suhaimi asalnya adalah Teacher Lyana dan begitu juga Teacher Lyana yang asalnya adalah Cikgu Suhaimi.”, kata kak Ros. Mulutku ternganga melopong, tidak mempercayai kata-kata kak Ros, tetapi dalam masa yang sama, jika benar, maka ada sinar harapan baru bagiku di situ, untuk bertukar tubuh dengan kak Ros dan menjadi “Ustazah Rosliza” seutuhnya. 540Please respect copyright.PENANABlAeKkmN3E
Kak Ros menceritakan, yang dia sememangnya rapat dengan kedua-dua Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana sejak dia mula mengajar di sekolah ini. Memandangkan kak Ros adalah guru kaunseling, Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana menceritakan rahsia pertukaran jasad mereka kepada kak Ros. Memandangkan hal ini adalah perkara luar biasa dan menyalahi adat, Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana banyak mengunci mulut dan tidak mencerita berkenaan perkara ini kepada sesiapa melainkan kak Ros. Sebagai orang yang mempunyai minat (tetapi dipendam), kak Ros tidak menghakimi mereka, malahan mengalu-alukan mereka bercerita panjang lebar secara terperinci. 540Please respect copyright.PENANAIuEqdGKDfN
Apa yang membuatkan kak Ros percaya dan yakin bahawa pertukaran jasad benar-benar berlaku pada Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana ialah perubahan karakter mereka yang sangat drastik. Pada mulanya, Cikgu Suhaimi sangat lembut dan memiliki gaya pondan, manakala Teacher Lyana sangat tegas dan bersifat jantan. Sifat mereka sangat bertentangan dengan jantina mereka. Pada cuti akhir tahun, kira-kira dua, tiga tahun lepas, dikatakan bahawa mereka telah pergi ke sebuah institusi penyelidikan, dan menjalani prosedur pertukaran tubuh. Selepas kembali semula ke sekolah, kak Ros dapati Cikgu Suhaimi menjadi sangat tegas dan bersifat jantan, manakala Teacher Lyana sangat lembut dan ayu. Kak Ros berkata, “Jika sebelum ini Teacher Lyana hanya mahu memakai shirt dan seluar, tetapi selepas cuti tersebut, akak perasan yang Teacher Lyana suka memakai kebaya ketat, jubah yang mengikut bentuk badan, dress yang agak menarik dan seksi. Jiwa mereka nampak sangat serasi dengan badan baru mereka.”. 540Please respect copyright.PENANAGU2gRvzeFw
“Staf lain mungkin tidak menghiraukan perubahan mereka, merasakan perubahan mereka hanyalah perubahan fasa di dalam hidup mereka tetapi disebabkan mereka, keinginan akak untuk menjadi seorang lelaki yang selama ini terpendam, mula timbul dan jadinya akak pun ambil perhatian. Kini, akak yakin dan percaya pertukaran tubuh itu dapat dilakukan sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana. Malangnya, akak tiada calon semasa itu. Akak telah menguji pada ramai orang, tapi gagal. Kebanyakan calon ujian akak tu, sama ada mereka ini hanya bermain-main atau sememangnya gay, atau hanya menganggap kata-kata akak ini hanyalah satu cerita fiksyen tetapi kau bukan begitu. Kehadiran Lan sangat-sangat akak dambakan, lebih-lebih lagi bila akak tahu yang Lan sememangnya Lan ingin menjadi “Ustazah Rosliza”. Lan nak jadi akak dan dalam masa sama, Lan terima akak untuk menjadi diri Lan.”, kata kak Ros secara panjang lebar. 540Please respect copyright.PENANAXWm0avVQpc
Aku bersetuju dan mengiyakannya. Sememang benar apa yang kak Ros perkatakan. Hati aku berasa teruja setelah mengetahui bahawa “hobi” berpakaian silangku, mungkin bukan sekadar “hobi” selepas ini. Malahan, aku boleh menjalani kehidupan sepenuh masa dan seutuhnya sebagai seorang wanita bernama “Ustazah Rosliza” dan kak Ros boleh menggantikan tempatku sebagai “Cikgu Roslan”. “Sekarang akak ada calon, dan calon itu adalah kau Lan.”, kata kak Ros dengan senyuman manisnya. Aku tersengih dengan penuh harapan dan tidak mahu menghampa impian kak Ros.540Please respect copyright.PENANAiq4alFXyQf
Aku lihat kak Ros menaip sesuatu di telefon pintarnya. Tak berapa lama kemudian, kak Ros terima mesej, dan dari raut wajahnya, dia sangat gembira dengan maklum balas yang diterimanya. 540Please respect copyright.PENANA02m0wRTuV7
“Kak Ros ada berita baik Lan.”, kata kak Ros. Sambungnya lagi, “tadi kak Ros wasap Cikgu Suhaimi dan Teacher Lyana secara berasingan berkenaan dengan pertukaran tubuh, dan mujur mereka masih menyimpan butiran perhubungan dan mengongsikannya dengan akak. Lan, jom kita pergi tempat tu.”. “Jom akak, kita pergi sekarang juga”, kataku. Ternyata maklumat yang baru Kak Ros terima, memberi sinar harapan baru kepada kami.540Please respect copyright.PENANAqpV6GtUugP