Menjadi Ustazah Rosliza (4 – Pengakuanku)
Hari silih berganti, aku lihat kak Ros sangat ceria dan wajahnya sentiasa berseri-seri, sejak luahan perasaan kami tempoh hari. Lebih kepada terbongkarnya rahsiaku pada kak Ros, tapi sedikit sebanyak, aku berasa lega. Mood di sekolah sangat positif dan semangat semua orang secara tidak langsung terangkat. 993Please respect copyright.PENANAIuSeowJbnp
Pada suatu petang, ketika aku ingin pulang setelah selesai tugasanku, kak Ros mengajakku bersembang secara privasi di bilik kaunseling. Hanya antara aku dan dia. Kebetulan, tanpa dirancang, kami memakai warna pakaian yang sama dan sedondon, iaitu biru. Aku memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda, digandingkan dengan seluar panjang berwarna biru tua. Manakala, kak Ros memakai jubah longgar berwarna biru tua yang dipadankan dengan tudung labuh berwarna firus (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai turquoise), dan juga stokin tangan dan stokin kaki muslimah. Namun begitu, kak Ros tetap kelihatan anggun dan pandai bergaya, selayaknya seorang isteri yang solehah.993Please respect copyright.PENANAvcAo4LgcU8
Seperti sebelum ini, untuk keselamatan, aku mengunci bilik kaunseling dari dalam dan meletakkan selak agar pintu bilik tidak dapat dibuka dari luar. Seperti kebiasaannya, kami bersembang di meja ruang tamu bilik kaunseling.993Please respect copyright.PENANAn8SnNmsPJ1
Kak Ros memulakan bicara, “Lan, apa rancangan Lan hujung minggu ni?”. Aku menjawab, “Sebenarnya, Lan nak teruskan “hobi” Lan”. “Oh.. hobi berpakaian silang Lan tu ya? Boleh akak join sekali?”, tanya kak Ros. Aku terperanjat, diam tak terkata. Setelah beberapa seketika, aku membuka mulut, “Tapi... suami dan anak-anak ajak macam mana?”. Kak Ros menjawab, “Akak dah kata kat hubby akak, yang akak ada bengkel kaunseling kat hotel hujung minggu ni. Tapi hubby nak bawak anak-anak balik kampung di selatan tanah air sehingga hari Isnin. Kebetulan kan kita ada cuti awam. So, boleh kan Lan?”. Wah, advance sungguh kak Ros. Segalanya telah dirancangkan dengan teliti. Jarang sekali peluang tiba. “So, kita nak buat aktiviti CD kat mana? Kat hotel ke?” Aku bertanya secara bendul. (CD bentuk pendek untuk crossdressing). Jawab kak Ros, “Kita buat kat rumah Lan boleh? Lagi pun, Lan tinggal seorang diri dan tak ada siapa tahu. Jimat duit dari tempah hotel. Rumah akak tak clear, nanti jiran-jiran gosip atau suami tiba-tiba balik awal... kan naya kantoi?".993Please respect copyright.PENANAGo6g8pSv3A
Ya tak ya juga. “Bijak bijak, kak Ros”, kataku. Aku bersambung, “akak tak takut ke kalau Lan rogol akak?”. Sengaja aku uji kak Ros, untuk merencatkan rencana berCD dgn aku.993Please respect copyright.PENANATQUAmmOhe4
Jawab kak Ros, "Lan... Lan... bengap jugak adik akak sorang ni. Kau ni betul-betul lurus bendul lah Lan".993Please respect copyright.PENANAw7qGdbBsYI
Aku terpinga-pinga dengan kenyataan kak Ros. Takkan dia tak takut kot kalau aku rogol dia?993Please respect copyright.PENANAX3GlMocoZN
Kak Ros sambung, “Satu, kalau kau nak rogol akak, dah lama kau rogol akak masa kita berdua-duaan dulu dalam bilik kaunseling. Mula-mula akak ragu-ragu nak berdua-duaan dengan kau; tapi lepas akak yakin kau takkan rogol akak, akak pun setuju. Dua, kau tu masih teruna, mana berani nak rogol akak yang dah beranak dua... silap hari bulan, akak yang rogol kau. Tiga, kau kan nak jadi akak... mustahil kau akan sakiti akak. Empat, kau tu guru praktikum, kalau akak lapor pada polis, habis kerjaya kau.”993Please respect copyright.PENANAu2p3Wp2Pbe
Keempat-empat kenyataan kak Ros, semuanya benar-benar belaka. Melihat wajahnya yang ceria dan bersinar, sememangnya meyakinkan lagi hujah-hujahnya. Malangnya aku tiada hujah balas.993Please respect copyright.PENANAMHALLQ7q7o
“Baiklah akak, hujung minggu ni, akak datang untuk aktiviti CD di rumah saya”, kataku dengan nada mengalah.993Please respect copyright.PENANAgVhsEvVlmK
“Baik Lan. Sekarang, Akak nak Lan baca ayat atas kertas ni... dan akak akan rakam guna handphone akak. Lan percaya kat akak kan?”, kata kak Ros.993Please respect copyright.PENANAJIWs3mc4kk
“Baik kak Ros.”, aku menjawab dengan nada yang sangsi dan agak skeptikal.993Please respect copyright.PENANAxKkfGr3SZA
Kak Ros mengeluarkan kertas untuk aku baca, dan memberikan padaku.993Please respect copyright.PENANAz707MOUrbA
“Akak nak Lan baca bersungguh-sungguh dan seikhlas hati sebagaimana Lan benar-benar mengkehendaki perkara tersebut berlaku. Baca dengan jelas dan dapat difahami tau.”, kata kak Ros.993Please respect copyright.PENANACQq6NaWtKZ
Aku memegang kertas tersebut dan memahami ayat yang terkandung dalamnya. Kak Ros mula merakam video ucapan yang bakal aku bacakan.993Please respect copyright.PENANAFZPbyJGHRy
“Saya ingin menjadi ustazah Rosliza. Saya ingin menjalani kehidupan ustazah Rosliza sebagai guru Agama dan guru kaunseling. Saya ingin menjadi isteri solehah yang taat kepada suaminya dan ibu yang penyayang dan prihatin kepada anak-anaknya. Saya ingin menjadi wanita seutuhnya dan sesungguhnya. Jika aku menjadi wanita, aku melepaskan segala hakku untuk kembali sebagai lelaki selama-lamanya”, aku menuturkan secara jelas setiap patah perkataan dengan ikhlas dan sepenuh hati. Walau pun ini hanyalah kata-kata, tetapi aku tidak percaya ianya akan benar-benar berlaku. Mungkin ianya suatu gurauan atau prank kak Ros. Mungkin juga dia nak mengkaji sesuatu tentang diriku selayaknya sebagai guru kaunseling. Namun aku berasa lega membacanya, kerana kenyataan ini seiring dengan semangat jati diriku sebenar, iaitu keinginan aku menjadi seorang wanita bernama “Ustazah Rosliza” seutuhnya.993Please respect copyright.PENANA9j640AMcka
Kak Ros memberhentikan rakaman ucapan videoku sambil memberi tanda “ya" menunjukkan rakaman ini berjaya. Kak Ros mengongsikan rakaman video ini kepadaku, menunjukkan yang aku komited untuk menjadi dirinya sesungguhnya.993Please respect copyright.PENANApwUZewlDNz
“Terima kasih Lan”, kata kak Ros. “Terima kasih Lan kerana memberikan kerjasama yang baik”, sambungnya lagi. “Sama-sama kak”, aku membalas penghargaannya. Sambungku, “Tapikan akak, apa yang akak nak buat dengan gambar dan video saya yang akak rakamkan tu.”. Kak Ros menjawab, “Lan jangan risau. Akak just rakam dan simpan gambar dan video sebagai bukti pengakuan Lan yang benar-benar ikhlas dan rela hati Lan ingin menjadi “Ustazah Rosliza”. Akak kan simpan sebaiknya. Lan jangan risau ya.”. Aku berkata, “baiklah kak. Simpan baik-baik tau.”. Aku cuba menghayati pengakuanku sebentar tadi dan membayangkan yang aku benar-benar “Ustazah Rosliza” seorang wanita seutuhnya, isteri solehah dan ibu penyayang. 993Please respect copyright.PENANACv3e9gehjp