Menjadi Ustazah Rosliza (21 – Kata-kata Janji Lan)300Please respect copyright.PENANAngOeEfhpc9
Kami mendengar ketukan di luar bilik tamu. Diikuti dengan suara Misi Anis yang mengatakan keputusan ujian darah sudah selesai dan kami akan dimaklumkan berkenaannya. Sebelum keluar dari bilik tamu, baru aku perasaan terdapatnya CCTV di beberapa penjuru siling bilik tamu tersebut... termasuklah dua lagi di dalam bilik mandi. Ternyata segala perbuatan kami di rakam, kerana setiap CCTV tersebut kelihatan lampu merah LEDnya menyala. Aku memaklumkan pada Lan (kak Ros) dan Lan (kak Ros) kata tak apa, mungkin ini sebagai data eksperimen untuk prosedur pertukaran tubuh makmal XXWXY. Aku bersetuju dan mengangguk mengiyakan alasan Lan (kak Ros).300Please respect copyright.PENANAbAS5Wperhb
Ternyata Dr. Hana dan Misi Anis hanya tersenyum lebar melihat kami telah bertukar identiti kepada identiti baru kami. Lan (kak Ros) meminta Dr. Hana dan Misi Anis memanggilnya dengan nama “Cikgu Roslan” dan turut meminta agar Dr. Hana dan Misi Anis memanggilku dengan nama “Ustazah Rosliza”. Dr. Hana dan Misi Anis bersetuju memandangkan kami telah pun mengambil identiti baru.
Misi Anis mengajak kami duduk di ruang tamu makmal XXWXY agar Dr. Hana dapat mengumumkan keputusan.
Kami jangkakan keputusan positif berdasarkan bahasa tubuh Dr. Hana. Nampaknya terdapat getaran yang baik (good vibes) darinya. Dr. Hana, “Saya rasa kamu berdua mungkin dapat jangkakan keputusan ujian darah kamu, dan seterusnya keputusan keseluruhan senarai semak prosedur pertukaran tubuh bagi kami berdua.”. Sambung Dr. Hana, “tahniah, keputusan ujian darah mendapati tiada apa-apa masalah.”, sambil menanda tanda betul pada kekotak “Ujian Darah”. Dalam senarai semak prosedur pertukaran tubuh kami kesemuanya tanda betul telah ditulis. “Dengan ini, saya boleh mengumumkan bahawa anda berdua layak untuk melakukan prosedur pertukaran tubuh”.
“Hooray... alhamdulillah.”, kata Lan (kak Ros; meneran). Aku turut melebarkan senyuman manisku. Kami sama-sama gembira. Akhirnya impian kami untuk menjadi jati diri kami hampir tercapai. Tanpa semena-mena, Lan (kak Ros) menolakku rebah di atas sofa, dan mengucup bibirku dari atas seperti Prince Charming mengucup Snow White. Walau pun berasa malu, aku membalas kucupannya yang memberahikan.300Please respect copyright.PENANAhk2BOL7Yz4
Selesai aksi panas kami selayaknya sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta, aku dapati Dr. Hana sudah tiada. Misi Anis mengatakan Dr. Hana sedang menyiapkan peralatan untuk memulakan mesin prosedur pertukaran tubuh dan perlu memastikan segala setting dan data yang dimasukkan betul. Misi Anis menyuruh kami tunggu bersabar, kebiasaannya hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk meletakkan dan memastikan setting dan data betul.300Please respect copyright.PENANAohtPKbNYB3
“Tak pe misi, setakat setengah jam kami sanggup tunggu. Sudah bertahun-tahun kami tunggu, takkan setengah jam tak mampu tunggu.”, kata Lan (kak Ros; meneran). Aku mengangguk tanda setuju.300Please respect copyright.PENANAz59fxNrisC
Misi Anis memberikan kami ubat cecair untuk kami minum. Untukku ubat cecair berwarna merah jambu, lebih tepat pink salmon dan untuk Lan (kak Ros) diberikan ubat cecair berwarna biru muda. Ini memandangkan merah jambu lebih sinonim untuk perempuan, dan aku andaikan dengan meminum ubat cecair berwarna merah jambu ini, secara tersiratnya aku benar-benar mahu menjadi perempuan. Begitu juga dengan Lan (kak Ros) yang meminum ubat cecair biru muda yang diberikan. Tiga teguk sudah cukup untuk kami menghabiskan minum ubat cecair yang diberikan kepada masing-masing. Misi Anis seterusnya meninggalkan kami dan pergi membantu Dr. Hana.
Secara tiba-tiba aku terfikir dan berkata (mengepit), “Lan, akak rasakan yang akak sebenarnya sudah terpikat dan jatuh cinta dengan Lan. Akak takut kalau lepas ni, akak dah tak dapat bersama Lan lagi. Akak takut Lan tinggalkan akak lepas Lan habis praktikum Lan.”. Lan (kak Ros; meneran) berkata, “akak jangan risau. Walau apa pun terjadi, saya takkan tinggalkan akak. Even kalau saya kena pindah Sabah Sarawak pun. Lan akan cari jalan untuk bersama akak. Akak kan ada no. telefon saya.”.
Aku tahu kata-kata janji Lan (kak Ros) hanya ingin menyedapkan hatiku, tetapi kini aku sedar aku menghadapi suatu realiti baru di masa hadapan. 300Please respect copyright.PENANAYBnSQQUfdJ
Realitinya ialah, pertamanya, aku akan menjadi Ustazah Rosliza seutuhnya dan Lan (kak Ros) akan menjadi Cikgu Roslan sesebenarnya. Ini adalah realiti yang sama-sama kami mahukan. 300Please respect copyright.PENANAUOONTtM2z3
Realiti kedua, sebagai Ustazah Rosliza aku akan memiliki seorang suami dan dua anak lelaki dan Lan (kak Ros) sebagai Cikgu Roslan sebagai seorang lelaki bujang dan tersedia. Ini adalah realiti yang Lan (kak Ros) mahukan dan aku pula sedia memikulnya. 300Please respect copyright.PENANA1DHcQOFAJt
Namun, realiti ketiga ialah, Cikgu Roslan bakal menamatkan praktikumnya tidak berapa lama lagi, dan sudah tentu aku ditinggalkan keseorangan terkapai-kapai di sini. 300Please respect copyright.PENANAhXuMRiG1NI
Aku akui, walau pun Lan (kak Ros) sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk berpindah seperti yang diarahkan kementerian sejurus tamat praktikum, tetapi aku sudah merasai cinta yang berputik dengan Lan (kak Ros). Inilah yang merisaukanku. 300Please respect copyright.PENANAYGMWdCCXuJ
Melihat kerungsinganku, Lan (kak Ros; mengepit) berkata, “jangan risau kak Ros. Kita akan uruskan situasi tersebut bila tiba masanya. Kita tempuhi dan nikmati setiap detik-detik perjalanan kita ya.”. Aku tahu tiada apa lagi yang mampuku lakukan selain dari apa yang dikatakan oleh Lan (kak Ros), iaitu tempuhi dan nikmati setiap detik-detik perjalanan.300Please respect copyright.PENANA3LDQve5Z9Z
Aku berasa hiba dengan realiti ketiga ini, dan air mula mengalir dari mataku tanda sedih. Lan (kak Ros) mula memelukku dan menepuk-nepuk belakangku. Lan (kak Ros; mengepit) berbisik ke telingaku, “jangan risau kak Ros. Things will be okay. Lan janji, kak Ros akan bahagia bersama suami kak Ros dan anak-anak.”. Air mataku bergenang, turun deras dalam menghayati realiti ketiga ini. Lan (kak Ros), terus memujukku bahawa segala-galanya akan jadi okay. 300Please respect copyright.PENANA2qp2AKxNEU
Aku mengesat air mataku dan cuba menguntumkan sebuah senyuman kepada Lan (kak Ros). Aku memilih untuk meletakkan sepenuh kepercayaanku pada kata-kata janji Lan (kak Ros). Lan (kak Ros) berjenaka untuk menaikkan semangatku dan kami terus berbual kosong di ruang tamu sementara menunggu persiapan seterusnya.300Please respect copyright.PENANA8TiDNhtwYp