Aku sanggup tak makan masa rehat semata-mata untuk melihat dia. Aku rela makan buku daripada tak dapat tengok dia.
Pintu perpustakaan kutolak perlahan agar tidak menghasilkan bunyi kuat yang terhasil dari engsel berkarat. Dengan semangatnya aku terus melihat ke arah kaunter peminjaman buku.
Baik, nampaknya pengorbanan aku sia-sia. Dia tiada disini. Tapi setahu aku dia hadir ke sekolah hari ni. Jadi mana dia? Takkan tak bertugas?
Seketika otakku berfikir ligat memikirkan dia.
Haiyaa, aku melepaskan keluhan kecewa.
Alang-alang aku dah datang sini, takkan nak pusing balik ke kantin? Kantin mesti dah penuh punya.
Aku pasrah. Lalu langkah diatur menuju ke rak yang berisi pelbagai genre novel. Novel yang kugemari semestinya lah genre romance. Tapi aku lebih suka novel bergenre romance bercampur dengan mystery dan thriller hehe.
Rak novel yang mempunyai empat baris kupandang atas bawah. Aku rasa hampir 50% novel dalam rak ini sudahku baca.
Sedang asyik membelek satu-persatu novel, mataku menangkap satu novel baru yang terletak pada baris keempat paling atas.
Aik, selama ni aku nampak novel lama yang dah berkurun je kat atas. Asal novel baru letak paling atas?
Aku memandang redha ke atas.
Siapa yang susun semua novel ni? Dia ingat semua pelajar dalam sekolah ni tinggi lampai ke apa? Kalau aku tinggi macam crush aku takpelah juga. Dahlah aku pendek paras ketiak dia saja. Huwaa nak nanges!
Tapi tak apa, demi novel baru tu aku akan usaha dapatkan. Walaupun terpaksa melompat macam budak kecik! Eii aku bencilah perkataan budak tu! Aku bukan budak!
"Okey stop eunjung. Kau giler ke apa cakap sorang-sorang?" sindirku kepada diri sendiri. Aku menarik nafas sekejap untuk menenangkan diri.
Lantas aku melompat untuk mendapatkan novel itu. Cubaan pertama, hujung jari telunjuk sahaja sampai. Cubaan kedua, aku hanya mampu menarik novel tersebut. Cubaan ketiga, aku cuba menarik keluar novel tersebut namun tidak sempat apabila merasakan aku telah berlanggar dengan sesuatu pada belakangku.
Mataku membuntang terkejut apabila muncul sepasang tangan memeluk pinggangku. Seperti menahanku daripada jatuh. Tapi ternyata silap. Aku dan tubuh seseorang di belakangku itu sama-sama jatuh ke lantai. Tapi aku selamat sebab terjatuh di atas tubuhnya.
"Argh."
Aku segera bangun dari tubuhnya.
"Ma-maaf! Saya tak sengaja! Awak okey ke tak?" soalku panik sejurus sahaja melihat tubuh gerangan yang telah menyelamatkan aku daripada terhempas ke lantai.
Mark lee!
Aku segera memangku kepalanya. Mukanya berkerut kesakitan yang amat.
Matilah semua ni salah aku!
"A-awak, saya bebetul minta maaf! Awak boleh jalan tak? Saya bawak awak pergi bilik rawatan ya?" soalku risau sambil melihat keadaan kepalanya. Nasib cuma benjol. Kalau berdarah? Memang aku dah takde harapan sampai mati.
"Takpe. Aku boleh bangun sendiri," jawabnya lantas bangun dari ribaku.
Aku tersedar. Aku pangku dialah! Mana aku nak letak muka aku ni? Malunya aku ya tuhanku.
Aku menutup mukaku bagi menyembunyikan wajahku yang membahang teruk akibat malu.
"It's okey eunjung. Aku yang salah letak novel tu tinggi-tinggi. Maaf ya?"
Aku memandangnya terkejut. Sekaligus terkedu.
Dia minta maaf? Dia tahu nama aku?234Please respect copyright.PENANAY1DpnDTGaF
Jadi aku nak buat apa depan dia sekarang ini? Melompat kegirangan? Atau aku perlu cakap, " erh awak, awak tak salah. Saya yang salah sebab pendek sangat." Macam tu ke?
Hatiku kini melompat girang. Sekaligus berada rerama berterbangan di sekelilingku.
Yang nama dia pernah disebut oleh crushnya sahaja tahu betapa bahagianya perasaan itu.
"Tak, awak tak-" tidak sempat aku menghabiskan ayatku, dia menyerahkan sebuah novel kepadaku. Novel baru tu!
Aku memandangnya dengan wajah terharu. Mahu menangis pun ada.
"Terima kasih," ucapku dan mengambil kesempatan untuk mengamati wajahnya.
Gatalnya kau eunjung, hatiku mengutuk. Diri sendiri.
Bangangnya aku.
"Sama-sama kasih."
234Please respect copyright.PENANAzItIx0CV55
❛🌜﹏ bersambung...
Hello there! Please do like my story and leave a comment 😻 Thank you for reading and have fun 🌷
ns 15.158.61.16da2