"Mak, kalau markie taknak balik rumah sehari boleh tak?"
"Aku hempuk kepala kau nak!"
Mark ketawa besar.
Mak cik lee pula hanya mampu merenung tajam anaknya dari skrin telefonnya. Mereka sedang bervideo call.
"Ala mak bolehlah..." rayu mark dengan muka comel. Bibirnya pula dimuncungkan semuncung-muncungnya. Eunjung yang melihat muka mark menahan gelak.
"Kau jangan nak mengada-ngada mark. Kau taknak balik mandi? Kau tu dahlah tak bawak baju macam mana nak tinggal sana? Ni kerja sekolah taknak buat?"
"Mampus," gumam mark. Menyampah apabila teringatkan kerja sekolah yang belum siap. I know that haha!
"Apa mampus-mampus? Kejap lagi jam 10 mak datang ambik. Ajak eunjung sekali. Nanti petang mak hantar balik rumah eunjung."
"Okey makku yang disayangi," ucap mark gembira.
"Memanglah aku mak yang disayangi. Takkan kau benci mak pulak?" bidas mak cik lee.
Pergh gempak arh mak cik! Tabik gw!
Mark terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa. Riak mukanya jelas menunjukkan dia merajuk.
La hati tisu ke mamat ni? Ya tuhan sumpah aku nak gelak sekarang ni.
"Bagi fon kat eun. Mak tahu dia ada kat sebelah kamu."
Shoot!
Aku langsung tak pernah muncul kat kamera mark tapi mak dia tahu aku ada kat sebelah. Power arh mak cik lee.
Patutlah anak dia pun pandai baca fikiran orang -_-
Mark menyerahkan telefonnya kepadaku.
"Hai mak cik," sapaku dengan senyuman kekok. Malu kot nak bercakap dengan bakal mak mertua.
"Hai eun! Eun dah sarapan?"
"Dah. Anak mak cik lagi yang masak. Bertuah mak cik dapat anak macam mark," ujarku lalu tersenyum. Tersenyum mengingat mark yang memasak untuk aku.
Ye ke?
"Dia masak apa?"
"Amboi cakap 'dia' macam orang ni tak wujud," sindir mark sambil memandang skrin telefon walaupun mukanya tak masuk.
"Dia masak spaghetti chicken bolognese mak cik."
"Oh ye ke? Sedap?"
"Erm sedap sangat mak cik."
"Kalau macam tu, nanti pesan kat dia balik nanti masakkan mak juga ya."
"Hah?"
Segera aku menghalakan skrin telefon ke wajah mark.
Terangkat kepala mark dari menyandar pada sofa.
"Kau masak untuk eun boleh pula ya? Untuk mak tak boleh?" ucap mak cik lee dengan suara yang semakin perlahan.
Macam nak merajuk je gamaknya, bisik hati kecilku.
"Yelah-yelah. Everything for you mak," balas mark dengan suara redha. Dia bukan taknak buat rasanya. Tapi dia malas. Dasar markie. Hehe
"Good. Dahlah mak nak cuci kain. Bye eun, mark!"
"Bye makcik!"
"Bye mak!"
Talian diputuskan dahulu oleh mak cik lee. Aku menyerahkan kembali telefon mark.
"Hari ni mak ayah kau belum balik kan?" tanya mark.
"Esok."
"Oh, jadi takpe kan aku temankan kau satu hari ni?"
Aku terdiam. Berfikir.
Kau nak fikir apa lagi eunjung?! Hatiku menjerit geram. Asal aku ni bodoh sangat bila ada mamat ni?
"Ala kalau kau taknak pun aku nak teman jugak," ujar mark lagi tanpa menunggu persetujuan aku. Mark hanya tersenyum nakal.
"Yelah boleh," jawabku malu sambil memandang ke arah lain. Bisa mati gw hari ini ya.
Oh ya, aku lupa nak tanya!
"Tapi, saya nak tanya satu soalan boleh?" soalku dan memandang tepat ke muka mark. Bukan matanya haha.
"Apa?"
"Kenapa awak baik sangat nak temankan saya? Awak baru je kenal saya takkan-"
"Baru?" pintas mark.
"Ya?" jawabku teragak-agak. Dah kenapa mamat ni buat muka pelik?
"Kita dah berjumpa berapa ribu kali kat kaunter masa kau nak pinjam buku dan kembalikan buku, kau cakap aku baru kenal kau?" soal mark dengan nuka geram.
Alamak, aku dah buat dia marah ke? Help mehh!
Aku hanya mampu tersengih kekok.
"Oh, ya pulak. Lupa," jawabku sambil menggaru kepala tidak gatal.
Tolong, aku sangat bencikan situasi ini. Situasi yang janggal dan menakutkan aku.
Mark mendekati wajahku. Aku yang terkejut hanya menjauhkan mukaku.
"Kau, takut dengan aku ke?" soal mark tepat di wajahku.
"Maybe," jawabku jujur dan terus melarikan anak mataku dari terus menatap mata coklat itu.
"Aku nak temankan kau, sebab aku taknak benda yang sama berulang."
"Maksud awak?"
Mark bangun. Lalu berjalan ke muka pintu yang terbuka sambil memandang ke luar. Kedua-dua tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Adik aku, umur 14 tahun. Dua tahun yang lepas. Mati kena bunuh selepas dirogol di rumah aku. Masa tu aku keluar lepak dengan kawan-kawan. Then mak ayah pula keluar beli barang dapur. Sumpah aku menyesal sampai mati sebab tolak ajakan adik aku untuk teman dia."
"Aku lebih pentingkan kawan aku dari adik sendiri. Sampai hari ini, aku masih tak boleh maafkan diri aku. Jahatkan aku? Kadang aku rasa aku ni pembunuh. Sebab aku, dia mati."
"Betulkan?" soal mark. Menoleh ke arahku dengan muka datar.
Aku terdiam. Aku nak jawab apa? Kalau ikutkan hati aku, ya. Aku nak jawab ya. Sebab aku faham perasaan adiknya. Tapi, otak aku pula berkata tidak. Dia tidak boleh menyalahkan diri dia. Sebab, kalau sudah takdir ajal adiknya hari itu, adiknya tetap akan pergi. Cuma mungkin dalam keadaan yang lebih baik. Bukan dalam keadaan yang tragis.
"Kau pun mesti rasa benda yang sama bukan?" soal mark lagi.
Aku menunduk.
Aku betul-betul buntu! Aku nak cakap apa? Tolonglah encik otak. Kenapa kau tak boleh berfungsi di saat yang amat memerlukan.
"Takpelah. Maaf sebab buatkan kau rasa tak selesa," ujar mark dan melintas di hadapanku. Mungkin ingin pergi ke bilik.
Tapi tangannya segera kutangkap. Aku renung anak matanya.
"Mark, kalau awak tak keluar sekalipun malam tu, kalau sudah ditakdirkan ajal adik awak masa tu, adik awak tetap akan pergi."
"Tapi aku tetap salah. Kalau aku temankan adik aku, mungkin adik aku takkan mati dalam keadaan tragis."
"Sebab tu aku nak tebus salah aku. Dengan jaga kau."
167Please respect copyright.PENANA59FdtKZusd