"Hari ni, kau kena tebus janji kau."
"Sejak bila pula saya ada janji dengan awak?"
"Kau kan dah setuju hari tu nak menyanyi dengan aku?"
"Bila?" protesku dengan suara hampir menjerit.
"Hari masa kau pengsan tu," ujar mark lalu tersenyum sinis.
Urgh aku dah takde alasan untuk mamat marker pen ni. Kalau aku cakap aku ada social anxiety pun, dia takkan terima sebab aku sekarang berdua sahaja dengan dia.
"Fine! Tapi depan awak je."
"Well, that's what I really want."
❁ཻུ۪۪⸙͎
"Mark, kita nak pergi mana sebenarnya?" soalku di belakang mark. Mengikuti langkah besarnya yang entah mahu kemana. Tapi di hadapan kami kelihatan tanah semakin tinggi.
Dia bawa aku naik bukit ke?
"Pegi mati."
"Mark, seriuslah. Kalau tak saya balik erh?" ugutku sambil memberhentikan langkahku.
Mark mendengus perlahan. Lantas menoleh memandangku.
"Kau nak aku dukung kau atau ikut aku?"
Eii tak acilah macam ni! Aku ugut dia, dia ugut aku balik! Huwaa.
"Fine, aku dukung kau kalau kau taknak ikut aku."
Mark mulai melangkah ke arah aku. Aku undur.
"Erhh takyah takyah saya ikut awak. Lagipun macam mana awak nak dukung saya dengan gitar kat tangan tu?"
"Wow nampaknya kau memang nak aku dukung kau kan?" bibir mark menyungging nakal.
Aku membuntangkan mataku. Dia sajakan nak malukan aku? Argh aku bunuh kau markie.
"Manade. Cakap je. Yang perasan sangat apasal?"
"Manade aku perasan. Kau yang perasan aku nak dukung kau betul-betul AHAHA."
Dasar anak tapir!!!
Someone, please datang culik aku dan bawa lari dari bumi ni. Aku taktahu mana nak sorok muka ni. Kalau boleh aku nak tanam diri sendiri kat tanah!
Aku dapat rasakan seperti ada bom dalam badan aku dan hanya menunggu masa untuk meletup.
Dadaku turun naik menahan sabar dan geram di hati.
"SAYA NAK BALIK!" jeritku dan terus melarikan diri.
"Kalau kau berani cubalah."
Langkah aku terhenti. Di hadapan aku ada lebih kurang lima jalan untuk keluar ke jalan raya besar. Tapi masalahnya aku lupa aku lalu jalan mana tadi.
Urgh! Malangnya aku hari ini!
Aku mendengus marah.
Aku tahu mark ada di belakangku dari bunyi rumput dipijak.
"Kalau nak balik, ikut jalan ke tiga tu."
Aku berpusing memandang mark.
"Awak ingat saya percaya?" balasku dengan senyuman paksa.
"Terpulang," jawab mark selamba. Jelas sangat diwajahnya seperti tidak kisah langsung dengan aku. Dan itu telah membuat mood aku jatuh merundum dengan lebih teruk.
"Urgh! Fine saya ikut awak!" protesku dan terus berjalan laju meninggalkannya.
Hmph benci !!
"Ala, sebenci-benci kau kat aku pun kau tetap nak ikut aku kan sebenarnya? Tch macamlah aku tak tahu."
Urgh!
Shoot!
Mamat ini layak dibunuh. Kewujudannya di bumi ini amat membahayakan.
"Dah awak yang bawa saya pergi sini, memanglah saya nak ikut awak!" marahku sambil memandangnya.
"Bla bla bla. Jomlah makcik. Lewat kita balik nanti," ujar mark dengan wajah bosan yang ditayangkan.
Tanganku diambilnya dan aku ditarik mengikut dia.
Serta-merta segala perasaan marah dan geramku hilang. Seolah-olah tangannya itu telah mengalirkan suatu ubat penenang kepadaku.
Huwaa, gw terbuai di dalam pegangan tangannya.
145Please respect copyright.PENANAO7GhLhs0Bv