PONN !
PONN !
"Kereta siapalah yang menjerit memalam buta ni?" rungutku lantas aku bangun dari sofa dan melihat ke luar dari celah langsir di tingkap.
"MIN EUNJUNG!"
Shoot! Aku kenal suara itu.
"Haip! Janganlah jerit kuat sangat!" marah seorang wanita kepada anaknya. Sempat juga lengan anak lelakinya ditampar.
"Auhh, sakitlah mak," aduh mark sambil mengusap lengannya.
Aku ketawa melihat keletah dua beranak itu. Laju aku mengatur langkah ke pintu dan keluar ke pagar rumah.
"Hai eunjung. Maaflah kalau kami menganggu. Eun baru nak tidur ke?" sapa ibu mark mesra dengan senyuman.
"Erh taklah. Belum lagi. Tapi, ada apa mak cik dengan mark datang sini?" soalku pelik. Tapi dalam masa yang sama teruja. Kerana aku dapat bertemu dengan mark lagi dan aku juga mendapat nama panggilan baru, eun.
Belum pernah ada manusia lagi yang memanggilku dengan nama itu waima ibu bapaku sendiri.
Aku terharu haha.
"Begini. Disebabkan kamu cakap yang kamu tinggal seorang diri jadi mak cik cadang nak mark temankan kamu. Lagipun, baru-baru ni banyak kes pecah rumah. Bahaya untuk eun yang tinggal seorang diri," terang ibu mark.
Aku terdiam, terkesima, terkedu, terkejut dan sebagainya.
Wow, sampai macam tu sekali ibu mark risaukan aku? Sedangkan mak ayah aku sendiri pun tak pernah risaukan aku. Yang mereka tahu, suruh aku jaga diri sendiri dan mereka keluar bekerja. Mengejar duit sehingga mengabaikan aku.
Hatiku menjadi hiba. Rasa bahagia yang tidak pernah kurasa membuatkan mataku memanas dan berat.
Aku menunduk. Menyembunyikan mataku yang ingin menangis.
"Kau, tak suka ke? Kalau macam tu, tak apalah kami balik," ujar mark dengan nada kecewa.
Gila ke apa aku tak suka?! Nak je aku jerit jawab macam tu.
Aku melangkah ke depan ibu mark. Lantas aku mendongakkan wajahku dan menatap wajah mak cik lee.
"Terima kasih mak cik. Terima kasih sangat-sangat sebab risaukan saya walaupun saya cuma orang luar."
"Hiks." Akhirnya tangisku terlepas jua tanpa dapat kutahan lagi.
Lantas ibu mark memelukku. Sangat erat. Kehangatan pelukan dari tubuh mak cik lee seakan-akan mengalirkan sebuah kasih sayang dari seorang ibu yang tidak pernah kurasa.
Ya, inilah kali pertama aku memeluk seorang wanita yang bernama ibu. Walaupun bukan ibu aku. Tapi ibu kepada crush aku.
Ya tuhan, bahagianya aku hari ini. Aku tak tahu bagaimana lagi mahu mengambarkan betapa gembiranya aku hari ini. Betapa bersyukurnya aku dengan takdir aku hari ini.
Mak cik lee menepuk belakangku beberapa kali. Aku yang faham dengan maksud tepukannya melepaskan pelukan. Mungkin mak cik lee rimas kot aku peluk dia kuat sangat.
Alamak! Mesti nanti ibu mark annoying dengan aku. Huwaa!
Mak cik tiba-tiba memegang kedua belah pipiku dan mendongakkan kepalaku menatapnya.
"Sama-sama. Lepas ni, kalau eun ada apa-apa masalah atau perlukan pertolongan, bagitahu je makcik atau mark ni hah. Okey? Dah jangan nangis. Pelik jiran eun tengok kita nanti. Macam orang jejak kasih pula," ujar mak cik lee lalu tertawa kecil.
Aku mengesat air mataku. Gediknya aku menangis depan mark dengan ibunya! Huwaa malu malu malu!
Asal kau cengeng sangat eunjung! Raungku dalam hati.
"Mark, bawa dia masuk rumah. Sejuk kat luar ni. Kang demam susah pulak," arah makcik lee lalu menarik mark kepadaku.
"Eun, jom masuk."
"Okey. Terima kasih sangat-sangat ya mak cik."
"Yeah no problem la. Hal kecik je. Kau mark, jaga eun bebaik. Kalau eun ada report pape pasal kau kat mak, siap kau!" makcik lee memberi amaran sekaligus mengugut. Sempat juga mak cik lee acah mahu menampar anaknya.
Aku hanya tersenyum melihat mereka. Sungguh aku cemburu. Kenapa keluarga aku tak macam tu? Apa salah aku?
Aku tahu aku tak layak untuk menyalahkan takdir. Ada mark dengan ibunya sahaja sudah cukup membahagiakan aku. Itu pun sudah memadai.
"Ya mak. Esok jangan lupa ambil markie balik," balas mark sambil tersengih apabila menyebut nama manjanya, markie.
Dia cuma menggunakan nama itu dengan keluarganya sahaja.
"Iya nak. Mak balik dulu. Bye eun, mark," ucap mak cik lee sebelum memasuki keretanya.
"Dah dah jangan emo sangat. Masuk jom," ajak mark lalu meninggalkan aku di belakangnya.
Cara dia ajak macam aku yang datang rumah dia. Haih, nasib crush.
Wait, aku tinggal sebumbung dengan crush aku?!
Okey eunjung rilek, takut mati katak nanti.
Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan diri aku. Ini realiti, kau kena terima eunjung, hatiku berbisik memberi semangat.
"Eun, jangan cakap kau nak pengsan kat sini macam petang tadi," sindir mark dengan tatapan " Janganlah minah ni pengsan." Hah gitu.
"Ma-manada. Saya cuma nak hirup udara segar je," nafiku sambil memandang ke arah lain. Bahaya mark ni. Dia tak tahu ke, dia yang buat aku macam nak pengsan? Hiks.
Tapi, aku nampak nervous sangatkah?
"Segarlah sangat," perli mark.
"Haah memang segar pun. Saya suka," balasku sarkastik. Siapa suruh main perli-perli dengan aku? Kan aku dah geram!
"Macam ni ya kau layan tetamu?"
Aku sentap. Tapi melihat dirinya membuatkan aku mendapat idea.
Jadi, macam ni ya kau layan tuan rumah? Dengan selamba tapirnya kau duk menyandar kat pintu rumah orang tapi tuan rumah kat luar macam tugu negara?
Andailah aku sampai hati untuk berkata demikian hm.
"Yelah, maaf. Biar saya tunjukkan bilik awak," jawabku redha seredha redhanya.
"Okeyy," jawab mark dengan nada meleret lalu segera masuk ke dalam rumahku.
Aku hanya menggeleng. Ni ke mark lee yang aku selalu skodeng dekat library sekolah setiap hari?
Huwaa today is the best day in my lifeu !!
Your story here...125Please respect copyright.PENANAVIDH4LL1qm