Seperti biasa, aku tahu di mana dia selalu bermain muziknya iaitu gitar. Pada petang hari jam 5 petang begitu dia akan membuat persembahan dengan bermain gitar di dalam band nya di taman permainan sekaligus merupakan tempat yang selalu dikunjungi orang kerana mempunyai tasik yang cantik.
Jika ada kelapangan pada petang hari, aku pasti akan datang dan melihat persembahan band mereka. Kumpulan band mereka dinamakan nct dream dan beranggotakan seramai tujuh orang iaitu mark, jeno, haechan, renjun, jaemin, jisung dan chenle.
Semuanya mempunyai posisi masing-masing iaitu mark dan jaemin sebagai gitaris dan bassis, jeno sebagai drummer. Haechan dan renjun dan menjadi vokalis. Chenle pula keyboardis. Manakala jisung sebagai rapper dengan suara deep nya yang pasti bisa melelehkan setiap hati wanita yang mendengar.
Termasuk aku. Tetapi aku lebih cair apabila mendengar alunan muzik daripada gitar yang dimainkan mark. Sebab dia crush akulah!
Aku tidak mendekati tempat persembahan mereka. Aku hanya melihat dan mendengar persembahan mereka dari belakang. Sebab aku tidak mahu mark tahu akan kehadiranku. Nanti tak pasal-pasal dia tuduh aku stalker. Walaupun benda tu memang betul.
Tiba-tiba tanpa kujangka, mark menoleh ke belakang. Lantas mempertemukan mata kami. Aku pula terkejut nak mampus sehingga tahap aku mahu lari. Tapi malu.
Aku kena tenang. Kalau tak memang jelaslah aku ni stalker.
Ya tuhan aku buntu! Rasanya jantung aku boleh pecah kalau berterusan berdiri disini.
"Eunjung!" Mark menjerit namaku. Lantas dia berlari kecil ke arahku.
Aku yang terkejut mengundur sedikit. Menakutkan pula bila dia berlari ke arahku.
"Eunjung, do you want to sing with us? I know you have a beautiful voice. Please?" rayu mark sambil membuat muka kasihan.
Aku, I am too stunned to speak. Dia ajak aku menyanyi? Macam mana dia tahu aku pandai menyanyi siak?!
"Sorry saya tak berminat. Lagipun ramai orang kat sini. Saya malu," tolakku jujur.
Aku melihat wajah hampanya sebentar sebelum melangkah ingin meninggalkannya.
"Eunjung."
Tanganku direntap lembut. Aku terpaksa menoleh memandangnya.
"Please? Untuk sekali ni je. I just want the world know that the girl in front of me right now has an angelic voice. Please, I'm begging you," rayu mark lagi sambil duduk melutut.
Aku memandang sekeliling lantas menarik mark dengan cepat.
"Mark! Malulah semua orang tengok," marahku dengan muka yang sudah membahang. Dahlah member dia semua pun dah pandang kitorang!
Huwaa ni ke mark lee yang aku kenal?
Mark hanya tersengih.
"Jadi boleh lah kan?"
"Tak," jawabku tegas tanpa memandangnya.
Gila ke apa nak suruh aku menyanyi depan orang ramai? Suara aku bukannya cantik pun! Kalau nak dibandingkan suara aku dengan katak, rasanya suata katak lebih indah dari aku.
Crush tak crush, kalau aku dah taknak, aku memang maksudkan sebegitu sampai mati.
"Eunjung please? Kalau tak aku terpaksa heret kau," ugut mark lalu menarik tanganku.
"Mark mark mark, okey. Saya terima 'tawaran' awak. Tolong jangan heret saya," pujukku lalu dia pun menghela nafas lega. Wajahnya pula bertukar gembira.
Aku hanya tersenyum. Walaupun di dalam hati, aku cuma terpaksa. Ni semua sebab dia ugut aku huwaa !!
"Cantek! Nanti aku suruh dorang main lagu kau."
"Erh awak tau ke saya suka lagu apa?"
"Tahu. Jomlah cepat!" ajak mark lalu menarik tanganku.
Hish! Tengok dia tarik aku! Tu kan sama je dengan seret. Pukul kang kepala tu. Nasib crush hmph!
"Guys, aku dah berjaya guys! Kita main lagu Only by LeeHi. Boleh?" tanya mark pada rakan-rakannya dengan teruja.
Aku gembira melihat wajahnya. Namun dalam masa yang sama, diriku sudah menggigil dengan jantung yang semakin kuat menumbuk dadaku. Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus kembali bagi mengurangkan perasaan gugup dan takutku. Tetapi, mata semua manusia yang memandangku membuat usahaku sia-sia.
"Eunjung, are you okey?" soal mark risau sambil ibu jarinya menyeka peluh yang mula mengalir dari celah rambut ke dahiku.
Aku mengangguk tanda okey walaupun semakin lama aku semakin merasa lemas.
Pandanganku semakin lama semakin kabur dan akhirnya, pandanganku bertukar gelap gelita.
186Please respect copyright.PENANAeRVaVWYtE4