"Apa awak buat ni?" soalku terkejut sebaik sahaja datang ke dapur. Dengan mark yang memakai apron, sudip di tangan, kuali di atas dapur gas.
Dia masak?
Oh my gosh! Someone lend me a oxygen mask please!!
"Oh tak nampak ya? Saya tengah masak sarapan awak," jawab mark dengan suara perempuan sambil tersenyum.
Dia mengejek aku ke apa ni huh?! Aku tahulah aku nampak ayu lembut nak mampus ber-awak saya urgh!
Aku membalas senyumannya dengan terpaksa.
"Awak pandai masak ke? Kalau dapur saya terbakar macam mana?" soalku sambil berpeluk tubuh.
"Cik kak, kalau aku tak pandai masak aku tak sentuhlah dapur ni. Dah duduk sana dediam," halau mark lalu menjelingku.
Hmph!
Dia ingat aku budak ya boleh diarah-arah?
Huwaa bagitahu mak cik lee!
Aku duduk di meja makan sambil memerhatinya yang sibuk membuat spaghetti chicken bolognese. Bibirku mencebir, mengakui bakat mark yang pandai memasak.
Aku menongkat dagu di atas meja lalu melihatnya.
Apakah ini semua mimpi? Macam mana kalau masa aku baru nak makan masakan mark tiba-tiba aku tersedar? Menakutkan. Kalau boleh aku taknak bangun langsung kalau ini mimpi.
"Eun? Comeback to the earth juseyo," kejut mark sambil melambai di hadapan wajahku.
"Hah?" Aku memandangnya terpinga-pinga.
Apa yang dah jadi?
"Tu." Mark mencebikkan bibirnya menunjuk ke arah pinggan di depanku.
Aku tersenyum kehairanan. Asal aku tak perasan?
Aku merenung spaghetti itu, lama. Macam mana kalau aku terbangun?
"Kenyang spaghetti tu tengok muka kau eun," tegur mark lantas membuatkan aku menoleh memandangnya yang berada disebelahku.
"Mark, cuba awak tampar muka saya kuat-kuat boleh?" pintaku dengan muka teragak-agak.
Agaknya apa reaksi dia eh?
Mark ketawa.
"Buat apa nak tampar kalau boleh cubit hmm," jawab mark lalu mencubit pipi kananku.
Sakit.
"Puas?" tanya mark.
"Haah. Ya begitulah nampaknya," balasku lalu dengan yakin aku mengangkat garpu itu dengan spaghetti.
Tetapi, aku tidak sempat memakannya. Garpuku dirampas.
"Meh aku suapkan kalau kau rasa ini semua mimpi. Sekurang-kurangnya kalau kau terbangun pun dalam keadaan gembira," ucap mark lalu menyuapkan terus ke dalam mulutku.
"Heii!" jeritku dengan spaghetti yang memenuhi mulutku. Mark hanya ketawa. Aku menjelingnya tajam.
Macam mana dia tahu aku takut bermimpi? Kan aku dah cakap dia pandai baca fikiran aku.
"Awak ni pandai baca fikiran orang ke apa?" soalku tidak puas hati sejurus selesai menelan.
"Well, I'm mark lee kan?" riak mark sambil duduk di sebelahku.
"So, kalau awak bukan mark lee, awak tak pandai baca fikiran orang la?" soalku serius dan ingin tertawa.
"Tak. Aku boleh baca fikiran kau je eun."
"Sebab?" soalku lagi dan kini kami saling menatap antara satu sama lain.
Lama aku menunggunya menjawab. Mark pula acah buat muka berfikir.
"Gadis buku macam kau, tengok riak muka kau pun dah menjelaskan segalanya."
127Please respect copyright.PENANACdE5Fr6xWM