Pemandangan bandar yang bercahaya di malam hari kurenung dengan senyuman dibibir.
Aku menoleh ke sebelah setelah puas menjelajah pemandangan di hadapan mata.
Mark memainkan gitarnya sambil bernyanyi dengan suara yang kecil dan hanya mampu didengari kami berdua. Dia menyanyi dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Lagu berbahasa Inggeris sentiasa menjadi pilihannya untuk dinyanyikan. Seperti tadi, mark pada mulanya menyanyikan lagu officially missing you, 2002 dan kini wait.158Please respect copyright.PENANA2NYydH1D1o
158Please respect copyright.PENANA7GXY1MqqWf
Huwaa, boleh bayangkan tak betapa mempersonanya abang mark kita pada malam yini? Dan aku, aku merasa akulah manusia paling bertuah dalam dunia ini.
Aku, sangat bahagia hari ini. Aku meneliti seluruh wajahnya dalam jarak yang dekat oleh kerana kami duduk bersebelahan beralaskan rumput. Mark pula tidak menyedari perbuatan aku.
Ya tuhan, aku tak menyangka langsung mimpi yang aku idam-idamkan selama ini berlaku juga. Aku ingat, mustahil.
Tapi, apa sebab mark bawa aku ke sini? Ataupun sebenarnya, dia juga ada perasaan yang sama kepada aku? Kalau ya, aku mahukan pengakuan itu keluar dari mulutnya malam ini juga.
"Eun, giliran kau pula," ujar mark lantas aku segera memaling wajahku dan mengelipkan mata beberapa kali bagi menahan mata yang semakin memberat.
Bukan berat kerana mengantuk, tapi air mata. Hm, air mata gembira ni hshs.
"Kau nak nyanyi lagu apa?" soal mark.
Aku berfikir sejenak.
Alang-alang dah keluar berdua dengan crush, apa kata aku bagi hint? Aku pun penat juga asyik menahan perasaan bertahun lamanya.
Tahu tak macam mana rasanya memendam perasaan terhadap crush? Rasanya macam kau nak muntah, tapi kau terpaksa tahan sebab kau taknak rasa sakitnya dada kau saat ingin mengeluarkan muntah tersebut. Faham tak maksud aku?
Okey, maafkan atas perumpamaan aku yang bunyinya macam kotor. Tapi, ya begitulah apa yang aku rasa. Tambahan lagi, ia lebih menyakitkan bila kau terpaksa tahan muntah kau sampai bertahun. Jadi, bayangkan jelah macam mana peritnya menyimpan perasaan terhadap seseorang. Kita nak tahan muntah dalam masa sesaat pun susah, apatah lagi lebih dari sesaat itu.
"Enchanted, taylor swift. Boleh?" pintaku dengan nada teruja.
Ahaks masa nilah untuk aku beraksi apabila keyakinan sudah menguasai diri. Gugup dan takut itu memang ada. Tapi sampai bila? Kita kena lawan. Untuk hilangkan rasa tersebut.
"Wow, seriously?" soal mark seperti tidak percaya.
Aku tergelak melihat wajah terkejutnya.
Apahal? Takut suara aku sumbang? Hari itu bukan kemain cakap nak kenalkan suara aku kat satu dunia. Pfft-
"Asal terkejut? Awak tak percaya saya erh?" soalku pula.
"Bukan camtu eun. Aku cuma, excited dan dalam masa yang sama juga, terkejut jugalah sebab dapat dengar lagu tu live dari kau sendiri," ujar mark dengan senyuman teruja di bibirnya.
Hah sudah, kau dah buat aku malu markie !!
"So ready?"
Aku angguk. Sebab inilah saatnya yang aku tunggu-tunggu.
Maka, tali gitar pun mulai dipetik mengikut irama lagu yang akan aku dendangkan.
Kemudian, Satu persatu lirik lagu tersebut kunyanyi dengan lembut dan berhati-hati agar tidak tersalah lirik atau terlupa. Tapi syukur aku sangat menghafal lagu tersebut kerana ia lagu kegemaranku.
❁ཻུ۪۪⸙͎
Setelah selesai aku menyanyikan lagu dari Taylor Swift itu, mark terus menghadiahkan tepukan tangan untuk aku.
Aku hanya tersenyum lalu menunduk.
"Terima kasih."
"Kasih diterima eunjung."
Muka aku membahang lagi dan pasti sedang memerah teruks sekarang. Nasiblah malam hari, jadi gelap sikit. Taklah mamat tu nampak.
"Eun, kau panas ke? Asal muka kau merah?" tanya mark lantas membuatkan aku panik. Aku menjauhkan diri aku sedikit.
Setannya soalan. Apa aku nak jawab?
"Haah. Ma-malam ni panas sikit," jawabku dengan gagap.
Phiuu~
Angin sejuk yang entah dari mana tiba-tiba muncul menampar wajahku.
Aku menggigit bibir dengan nafas yang berat akibat menahan geram.
Encik angin ni kan, masa-masa macam nilah juga kau muncul. Kau tak boleh ke bertiup lain masa? Urgh!
Tak guna tak guna, kalaulah aku boleh terjun dari bukit ni dan ambil item immortal untuk hidup kembali kan bagus?
Urgh! Realiti hidup tak pernah tak menyakitkan.
"Ke kau masih malu dengan aku?" mark tiba-tiba bertanya.
Ya tuhan, soalannya. Tak boleh bawa bincang.
Aku menarik nafas.
"Mestilah saya masih malu. Saya kan perempuan. Awak tu lelaki. Normal lah," jawabku dan barulah menghela nafas lega.
Terima kasih encik otak. Sayang kau ketat-ketat otakku. Pandai kau bagi jawapan bernas kat aku di masa yang genting ya amat ini.
"Oh. Maaf."
"Hah?"
Aku memandangnya pelik.
"Maaflah sebab buat kau malu."
"Takpe. Saya gembira dengan awak," ucapku selamba.
Aku menekup mulutku terkejut.
Aku menampar mulutku. Bodohnya kau eunjung!
"Me too," jawab mark dengan suara perlahan. Aku memandangnya tapi dia menunduk.
Wah, mark malu dengan aku ke? Harus dicatat dalam book of record kau eunjung. Haha!
Lama keadaan kami sepi sampailah mark memetik gitarnya. Tapi dia tidak menyanyi. Entah apa muzik lagu yang dia mainkan. Aku tidak tahu.
Eunjung, kau tak rasa ke ini masa yang sesuai? Hatiku berbisik.
Jantungku mulai berdegup kencang.
Patut ke aku buat sekarang? Aku takut. Sangat takut akan jawapannya nanti. Tapi, sampai bila aku kena tahan? Sekurang-kurangnya kalau aku sudah mendapatkan jawapannya, andaikanlah negatif, aku pasti akan menghapuskan perasaan tersebut walaupun susah.
Eunjung! Buat keputusan cepat!
"Mark," panggilku dengan debaran yang semakin kuat.
"Ya?"
Mark memalingkan wajahnya dan menatapku.
Aku tidak berani untuk menatapnya balik.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
"Saya-"
"Yes?"
Kau mesti boleh eunjung!! Hatiku menjerit memberi semangat.
"Sa-saya..."
"Saya suka awak mark!" sambungku dengan lancar dan tenang sekaligus menghela nafas lega kerana berjaya.
Tahniah eunjung.
"Apa?"
Mataku membuntang terkejut. Dia tak dengar ke? Ke buat-buat pekak? Takkan aku kena cakap lagi? Gila baik aku terjun.
Aku segera berdiri dengan tubuh yang menggeletar. Habis, anxiety aku dah keluar.
"Ja-jangan risau. Saya tak paksa awak untuk bagi jawapan. Saya cuma nak lepaskan beban yang saya tanggung selama ni. Maaf, kalau saya rosakkan hubungan kita."
"Maaf sangat-sangat!" ucapku lalu menunduk maaf dengan terburu-buru dan ingin melangkah pergi.
"Kau nak tinggalkan aku macam tu je? Lepas apa yang kau dah cakap kat aku, kau nak pergi begitu je tanpa jawapan?"
Langkah aku terhenti.
Apa maksud dia? Kalau dia mahu membuat penolakan, maaf aku tak sanggup.
Aku kaku di tempat kuberdiri sehinggalah mark datang dan berhadapan dengan aku.
Bahu aku ditegakkan. Daguku diangkat sehingga mata kami sama-sama bertentangan.
"It's okey. Kau cuma sukakan aku je kan?"
Aku angguk. Tapi tetap kembali menentang matanya dengan riak tidak faham dan pelik.
"Aku hargai perasaan kau. Tapi, aku harap perasaan kau takkan pergi jauh dari tu."
Rahang aku jatuh menghempas bumi.
What?
"Saya tak faham. Kalau awak nak cakap yang awak tiada perasaan yang sama, cakap je terus terang. Saya terima apa saja apa yang awak akan cakap," ujarku dengan nada sedikit berang dengan mataku yang menatapnya tajam.
Dia tak tahu ke sejurus saja ayat kedua dia menyinggah ke telinga aku, aku rasa macam hati aku kena belah dua. Tak, lebih dari itu rasanya. Tapi aku masih boleh tahan, sebab aku memang sudah bersedia untuk untuk menerima penolakan dia.
"Jangan jatuh cinta dengan aku."
"Sebab aku bukan lelaki yang baik untuk perempuan sesempurna seperti kau."
Hati aku yang sudah hancur disiat-siatkan lagi.
Aku sempurna? Apa dia mengarut ni? Asal kau bodoh sangat ni mark?
"I'm really-really sorry if I ruined your beautiful dream with me all this time. Anggap saja, aku lelaki yang pernah wujud dalam mimpi kau dan lupakan aku."
158Please respect copyright.PENANAzLFwDJY3jg