"Kau selamat ke duduk kat rumah sorang-sorang ni?" tanya mark sejurus sahaja kami sampai ke rumah aku.
Aku hanya tersenyum.
"Jangan risaulah. Saya dah biasa pun. mummy dengan daddy memang selalu outstation," jawabku seraya meletakkan helmet ke dalam bakul motosikal milik mark.
Tiba-tiba aku terfikir. Masa aku pengsan dia bawa aku naik apa?
"Err mark," panggilku dengan nada malu.
"Tadi masa saya pengsan, awak bawa saya naik apa?"
Mark mengecilkan matanya melihatku.
Hah sudah, asal dia buat muka macam tu? Pelik sangat ke soalan aku? Aku cuma curious je. Kalau aku tak tanya, tak tenang hidup aku nanti.
"Kau pelik ya sebab aku bawak motor tapi boleh hantar kau pergi rumah aku?" soal mark.
Shoot!
Dia boleh baca fikiran aku ke apa?
"Hehe." Aku tersengih kecil.
"Aku call mak akulah. Bawak kau naik kereta."
Hah sudah. Takkan mark yang gendong bawa aku masuk kereta? Ya tuhan malunya aku! Kalau ada kawan sekelas aku nampak macam mana? Mesti dorang akan cakap aku ni gedik, minta attention dengan mark.
Huwaa aku patut menyesal atau bahagia hari ni?
Dah, stop eunjung. Kau boleh gila kalau asyik berfikir.
Urgh!
"Oh thank you so much ya mark. Kalau macam tu, saya masuk dulu. Selamat malam," ucapku sambil menunduk hormat.
Aku berpusing dan membuka pagar dengan kunci.
Tapi aku pelik, asal motor dia tak berbunyi? Ke aku yang banyak mengelamun sampai tak sedar dia pergi?
Segera aku berpusing ke belakang.
"Erh mak kau!" Aku terlatah. Terkejut kerana mark masih belum berganjak pergi. Malah dia turun dari motosikalnya dan membuka helmet.
"Awak nak buat apa?" tanyaku pelik.
"Masuk jelah. Aku nak teman kau masuk rumah. Kau tu dahlah perempuan. Seorang diri. Kang ada hantu dalam gelap tu macam mana?" ujarnya dengan bibirnya memuncung menunjukkan keadaan rumahku yang gelap gelita dan hanya disinari cahaya dari lampu rumah sebelah.
Bulu roma kumeremang. Perasaan takut dan seram sudah menyelinap masuk ke dalam diri.
Tak gunalah mamat ni. Aku rasa nak hempuk je kepala dia dengan helmet kat motor tu.
Kau tahu tak aku tinggal seorang?!
Aku memandangnya sakit hati.
"Apa?" soal mark dengan muka hampir tergelak. Mungkin lucu melihat wajah cuak aku.
Dasar anak tapir kau mark.
"Dah dah jangan takut. Aku gurau je. Asal ambik serius sangat."
Pala hotak kau gurau!
Aku memandang ke arah lain. Aku malas nak tunjuk muka nak cekik orang ni kat dia.
"Eunjung, sorrylah. Aku teman kau masuk ya? Jom."
Kunci pagar ditanganku diambil mark selamba.
"Oi!"
"Kau lambat sangat la eunjung." Mark gelak.
Aku menarik muka masam.
"Saya bukan lembab. Awak yang takutkan saya," balasku.
"Aku cakap kau lambat je. Bukan lembab."
Aku gigit bibir.
Sejak bila aku ada masalah pendengaran ni?!
Huwaa kenapa banyak sangat benda memalukan aku hari ni?
Marah ni marah.
"Jom," ucap mark lalu menarik tanganku masuk ke perkarangan rumah.
"Mana suis lampu kau?" tanya mark sambil menyuluh dinding dengan torchlight telefonnya.
"Takpe saya hidupkan sendiri."
Mark melepaskan tanganku lalu aku pun menghidupkan suis lampu di tepi pintu rumah.
Kunci rumah yang berada di bawah pasu bunga aku ambil.
"Oh kat situ rupanya."
Aku menoleh laju memandang mark.
Bodoh. Dia nampak. Asal aku cuai sangat? Aku mengutuk diriku sendiri.
"Muka tu janganlah cuak sangat. Bukan aku ada niat nak rompak rumah kau pun," seloroh mark lalu ketawa.
Dahlah eunjung. Baik kau mati. Otak kau bodoh sangat hari ni.
Aku berpaling malu. Muka aku sudah berbahang malu. Pintu rumah segera aku buka.
"Gelapnya," ujarku spontan. Namun mark segera menyuluh dalam rumahku dengan torchlight telefonnya.
Suis lampu segera kucari dan klakk!
"Thanks," ucapku kepada mark dengan senyuman nipis. Aku tak boleh senyum manis sangat. Kang orang jatuh cinta macam mana?
Perasannya kau eunjung, hatiku mengutuk.
"Your welcome. Jangan lupa kunci pintu dengan pagar tau," pesan mark ingin pulang. Aku hanya mengangguk.
Angguk- angguk, tu je kau tahu eunjung.
Aku menghantar mark sehingga ke luar pagar.
"Good night."
"You too," balasku. Lalu mark pun menghidupkan motosikalnya dan pergi.
144Please respect copyright.PENANAEVwUDVtdEf
144Please respect copyright.PENANA79Qi6EmZGF