Aku membuka mata.
Urgh, aku tertidur ke? Tapi bukan tadi aku kat taman? Aku berbicara di dalam hati. Dalam masa yang sama aku cuba mengingat apa yang telah berlaku kepadaku pada petang tadi. Kemudian aku meneliti bilik yang aku berada ini.
Ini bukan bilik aku. Lantas aku bangun dan menyisir rambutku dengan sisir yang kujumpai sebelum keluar.
Aku sedikit terkejut apabila mark terlebih dahulu muncul dihadapanku sebaik sahaja aku membuka pintu.
Aku terpaku. Sekaligus pelik. Kenapa mark berada di sini dan aku dimana? Apa yang dah jadi?
"Tadi kau pengsan. Jadi aku bawak kau ke sini, rumah aku," terang mark seolah-olah dia mengetahui apa yang difikirkanku.
Aku hanya mengangguk perlahan. Tiada kekuatan untuk bercakap. Lantas tanganku dipaut dan aku dibawa ke katil semula.
Mark menyuruh kududuk dan dia pun duduk di sebelahku.
Aku melihat sesuatu di tangannya. Semangkuk bubur dan gelas berisi air masak di atas dulang. Kemudian dia meletakkan dulang tadi di atas bedside.
Mark menatapku.
Aku menunduk. Tolonglah encik jantung, boleh tak kalau kau tak jealous dengan mark dalam sehari? Tiap hari kau buat aku tak tenang nak jumpa dengan crush. Hish!
"Maaf. Aku tak tahu pula kau ada social anxiety. Kalau aku tahu, aku takkan paksa kau. Aku minta maaf sangat-sangat eunjung," ucap mark lembut dan perlahan.
Aku masih menunduk.
Aku tidak tahu mahu membalas apa. Aku tidak tahu mahu membuat reaksi apa.
Aku marah. Tapi dalam masa yang sama, aku kesian. Mark tidak tahu sebab tu dia buat macam tu. Kalau aku bagitahu dia awal-awal mesti benda ni takkan jadi. Jadi disini aku yang salah atau mark? Sebab dia tak hormat keputusan aku dan memaksa aku dengan cara ugutan.
Huwaa aku pening!
"Forgive me ya."
Aku mengangkat kepalaku dan menatapnya sesaat.
"Saya maafkan awak. Saya pun nak minta maaf, sebab saya dah susahkan awak."
"It's okey. Memang dah bertanggungjawab aku sebab aku yang buat kau pengsan," balas mark. Lalu bubur di atas bedside diambil dan diserahkan kepadaku.
"Hmm?" aku memandangnya. Dia nak suruh aku makan ke?
Eunjungg !! Bodohnya soalan kau!
"Makanlah. Mak aku yang masak. Mak aku takut kalau kau lapar bila bangun nanti."
"Makaseh. Oh ya, mak awak mana?" soalku pula. Yalah, takkan dia je bercakap dengan aku. Tak sopan pula.
"Mak aku kat dapur. Tengah siapkan makan malam. Kalau kau nak makan malam kat sini boleh jugak. Nanti aku hantar kau balik," pelawa mark tapi aku pantas menolak.
"Tak-takpe. Saya nak balik rumah lepas habis makan bubur ni. Thank you," ucapku malu. Suduku gapai dan menyuapkan bubur ke dalam mulutku.
"Okey. Kalau macam tu, aku keluar dulu. Nanti dah habis makan, kau turun je bawah. Aku dengan mak ada kat bawah. Okey?"
Aku mengangguk faham. Lantas dia meninggalkanku. Tidak dilupakan juga dia menutup pintu kembali.
Aku menghela nafas lega. Macam tak cukup oksigen aku dalam bilik ni. Ke salur pernafasan aku yang ada masalah?
Husnudzon eunjung.
Aku memandang segenap bilik. Bilik mark ke? Sebab aku ternampak ada meja belajar dengan rak yang dipenuhi buku, majalah dan novel. Tidak dilupakan juga, ada gitar di tepi meja belajarnya.
Alangkah bagusnya kalau aku dapat mendengar dia bermain gitar seorang diri.
Aku berangan, aku mahu mendengar mark menyanyi sambil bermain gitar di atas sebuah bukit dengan pemandangan yang indah. Di malam hari. Pemandangan bangunan-bangunan yang bercahaya, lampu-lampu dari kereta, bintang yang bertaburan dan bulan yang menyinar sehingga menghasilkan bayang-bayang kami berdua.
Wahh giler lah angan-angan aku. Mustahil. Sangat mustahil. Aku siapa untuk bersama mark dalam moment yang sebegitu indah? Dalam mimpi pun belum tentu jadi. Heh.
164Please respect copyright.PENANA0WBOZAnt3N